Wednesday, February 25, 2009

AMALAN PELEMBUT HATI


MELEMBUTKAN HATI PEMBESAR
ATAU MAJIKAN
Sekiranya kita berhadapan dengan penguasa atau majikan yang suka membuat aniaya atau sewenang-wenangnya dengan pekerja bawahannya maka untuk menghalang mereka daripada terus bersikap sedemikian dan melembutkan hati mereka maka bolehlah diamalkan amalan berikut.:

1) Berdepan dengan mereka dengan tenang
2) Ayat berikut hendaklah dibaca ketika sedang berdepan dengan mereka.
3) Adalah lebih baik ketika berdepan itu berada dalam keadaan bersih dan berwudhuk.

بسم الله الرحمن الرحيم
الله ربّنا وربكم لنا أعمالنا ولكم أعمالكم لا حجة بيننا وبينكم الله يجمع بيننا وإليه المصير (الشورى 15)

MENGADAP ORANG GARANG
DAN BERPANGKAT

Untuk mengadap orang tertentu terutama jika orang itu berpangkat atau garang maka lakukan tindakan seperti berikut :

1) Duduk dulu didalam rumah sebelum melangkah.
2) Bayangkan wajah orang yang akan ditemui itu seakan-akan berada dihadapan.
3) Baca “Bismillah tujuh” ia juga dikenali “Bismillah enam”

بسم الله الرحمن الرحيم
بسم الله السميع البصيرالذي ليس كمثله شئ وهو بكل شئ عليم
بسم الله الخلاَّق العليم الذي ليس كمثله شئ وهوالفتًّاح العليم
بسم الله الذي ليس كمثله شئ وهو العليم الخبير
بسم الله الذي ليس كمثله شئ وهو العليم القدير
بسم الله العزيز الكريم الذي ليس كمثله شئ وهو العزيز الكريم
بسم الله الغفور الرحيم الذي ليس كمثله شئ وهو الغفور الرحيم

Setelah selesai membacanya hembuskan kepada wajah orang yang dibayangkan tadi

4) Melangkah menemui orang itu.


APABILA BERHADAPAN DENGAN
ORANG YANG PANAS BARAN

Apabila hendak berhadapan dengan seseorang yang mempunyai sikap kasar seperti panas baran, maka sebelum berangkat sehinggalah menemuinya hendaklah melakukan amalan berikut :

1.Surah An-Nisa’ ayat 84 sebanyak 3 kali :
عسى الله أن يكف بأس الذسن كفروا والله أشدُّ بأسا وأشدُّ تنكيلا

2. يا حفيظ يا سلام

( sumber dari karangan ust Hanif Ghazali)

Sunday, February 22, 2009

POTRET PEJUANG PALSU MELAYU

SAYA BERHASRAT UNTUK MENGULAS GAMBAR-GAMBAR INI SETELAH MELIHAT
TELATAH PEMIMPIN DAN PENGIKUT UMNO YANG MUDAH LUPA, MAKA KITALAH YANG PERLU MENGINGATKAN MEREKA SEKALIPUN MEREKA TELAH NYAYUK
Keris bersilang.....Kumpulan gerakan melayu sepatutnya berdemontrasi di depan rumah Tun Dr Mahathir kerana beliaulah yang meminda pelembagaan persekutuan pada tahun 1993 sehingga hilangnya kekebalan raja-raja melayu. Barangkali keris bersilang terus tumpul bila berhadapan dengan Tun.
Khir Toyo jangan buat lupa apa yang berlaku pada sultan Selangor....Bekas MB Selangor( yang kena tahan di Australia suatu ketika dahulu) telah melarikan Tg Zanariah puteri sultan Selangor dan berkahwin dengannya buat beberapa ketika. Kalau berani pecatlah Mat Taib dari Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor
JANGAN BIARKAN MARUAH SULTAN DICABAR.....Orang yang mencabar maruah sultan diantaranya ialah :
1- Dato' Paduka Annuar Musa kerana melantik Tg Ibrahim sebagai sultan sedangkan sultan Ismail Petra masih lagi hidup sampai sekarang.
2- Penyokong-penyokong kuat Idris Jusoh memang sahlah mereka ahli UMNO berdemontrasi sambil membawa kain rentang " Kami nak deris Natang".
Geng Menang sorak kampung tergadai....banyak mana dah tanah milik melayu di Johor yang dijual kepada rakyat Singapore....hanya berapa persen sahaja harta orang melayu sekarang ini di Johor. adakah ianya semasa PAS memerintah.

Monday, February 16, 2009

SEKITAR HIMPUNAN PEMUDA PAS PAHANG MEMBANTAH KEKEJAMAN I.S.A

Himpunan Pemuda Pas Pahang membantah I.S.A di Jerantut telah dirasmikan
oleh Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Pesuruhjaya PAS Pahang)
Ucapan alu-aluan oleh Ustaz Suhaimi Md Saad
(Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang)
Gelanggi Group turut hadir ....tahniah Lan !!!
Disekitar Kompleks Imam As-Syafei (K.I.A.S) Kg Temin
Jerantut
3 orang penting dalam pemuda PAS Pahang iaitu Ust Suhaimi Md Saad (Berkopiah),
Fadhly Ramly (Naib Ketua DPP Pahang) dan Sdr Abdullah Karim (Ketua Penerangan DPP Pahang)
Forum membantah I.S.A dipengurusikan oleh Sdr Abdullah Karim, panelnya Sdr Hanipa Maidin, Yb Shaari Sungip dan Puan Norlaila
Puan Norlaila isteri mangsa I.S.A sedang berucap
Semangat....pemuda PAS Cawangan Chengal Lempung hadir
dengan berbaju hijau
Pimpinan PAS Pahang sama-sama melaungkan doa Wehdah

Pidato kemuncak....Oleh Tuan Hj Muhammad Sabu (Naib Presiden Pas Pusat)
Kata pengerusi majlis, Ustaz Shahril Azman Abdul Halim.."Lautan manusia"
sedang mendengar amanat dari pimpinan.

Pemuda-pemuda PAS sedang melaungkan doa Wehdah.

Wednesday, February 11, 2009

IJTIMA' TARBAWI DAN MATLAMAT TARBIYAH ISLAMIYAH


( Semalam ( 11 February 2009) Dewan Pemuda Pas Jerantut telah mengadakan Ijtima' Tarbawi di peringkat DUN Pulau Tawar. Pembentangnya ialah Ust Abdul Rahim Latif Beliau ialah Ajk Perhubungan Pas Negeri Pahang dan Ydp Pas Kawasan Temerloh. Pernah diamanahkan sebagai Ketua Dewan Pemuda Pas Pahang dan Exco Dewan Pemuda Pas Pusat ).Kertas Kerja yang bertajuk "MATLAMAT TARBIYAH ISLAMYAH"


MATLAMAT TARBIYAH ISLAMIYAH

Matlamat tarbiyah islamiyah itu perlu dibahagikan kepada dua matlamat iaitu matlamat yang umum dan matlamat yang khusus. Matlamat yang umum ialah untuk menyelamatkan manusia dari azab Allah SWT. Firman Allah SWT:
ياأيها الذين أمنوا قوا أنفسكم وأهليكم نارا وقودها الناس والحجارة
Maksudnya:Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya manusia dan batu (berhala).

Insan yang diselamatkan dari azab Allah SWT itu ialah insan yang dapat menyempurnakan segala tanggungjawabnya kearah mencapai tujuan dan matlamat ianya dijadikan oleh Allah SWT sebagaimana yang digariskan oleh Allah SWT :

1) Beribadah kepada Allah yang Maha Esa mengikut syariat yang diwujudkan oleh Allah SWT. Seperti firmannya:
وما خلقت الجن والإنس إلا ليعبدون
Maksudnya: Dan (ingatlah) aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaku. (Az-Zariaat 56)

Ibadah kepada Allah mengikut syariat yang diturunkan olehnya melalui Nabi SAW menuntut supaya orang-orang muslim itu memiliki beberapa sifat yang penting, antaranya ialah iman, islam, ihsan, keadilan, Amar makruf Nahi munkar, jihad di jalan Allah, manis tutur kata, pekerti yang mulia dan beberapa peradaban serta amalan lain.

2) Menjadi khalifah Allah diatas muka bumi ini.

ِِِAllah SWT telah menyatakan bahawa antara tujuan manusia diciptakan ialah untuk menjadikannya khalifah diatas muka bumi ini. Firman Allah SWT:
وإذ قال ربك للملائكة إنِّى جاعل فى الأرض خليفة
Maksudnya: Dan ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada malaikat “Sesungguhnya aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”.(Al-Baqarah 30)

3) Berkenal-kenalan dan berbaik-baik dikalangan manusia.
Firman Allah SWT:
ياأيها النَّاس إنَّا خلقناكم من ذكر وأنثى وجعلناكم شعوبا وقبائل لتعارفوا إنَّ أكرمكم عند الله أتقاكم إن الله عليم خبير
Maksudnya: Wahai manusia, sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan, sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya diantara kamu.

4) Memimpin dan memerintah dunia ini.

Firman Allah SWT :
وعد الله الذين أمنوا منكم وعملوا الصالحات لَيَسْتَخْلِفَنَّهُم فى الأرض كما استخلف الذين من قبلكم وليمكنن لهم دينهم الذي ارتضى لهم وليبدلنهم من بعد خوفهم أمنا يعبدوننى ولا يشركون بي شيئا ومن كفر بعد ذلك فأولئك هم الفاسقون
Maksudnya :Allah menjanjikan orang-orang Yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (Wahai umat Muhammad) Bahawa ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah Yang memegang Kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana ia telah menjadikan orang-orang Yang sebelum mereka: khalifah-khalifah Yang berkuasa; dan ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) Yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). mereka terus beribadat kepadaKu Dengan tidak mempersekutukan sesuatu Yang lain denganKu. dan (ingatlah) sesiapa Yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang Yang derhaka. (An-Nuur 55)

5) Menjalankan syariat Allah dibumi ini.

Matlamat dan tujuan seterusnya manusia dijadikan oleh Allah SWT ialah untuk menjalankan syariat Allah dimuka bumi ini. Ini merupakan matlamat yang sangat besar dan masyhur. Ia merupakan intisari kepada segala matlamat yang lain. Firman Allah SWT:
ثم جعلناك على شريعة من الأمر فاتًّبعها ولا تتبع أهواء الذين لا يعلمون
Maksudnya: Kesudahannya kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum agama , maka turutlah syariat itu dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui. (Al-Jathiah 18)

Bersambung
….

Tuesday, February 10, 2009

OSMAN DIMASUKKAN KE HOSPITAL, JAMALUDDIN MENGHADAPI MASALAH KESIHATAN....HASIL MUNAJAT RAKYAT?


apabila saya membaca The Star edisi melayu tentang apa yang berlaku kepada 2 orang yang melompat ini, saya teringat kepada Allahyarham Ustaz Buniyamin Yaakob yang sering menyebut "Sudah jatuh ditimpa tangga, tercabut kilas kain lepas tu tangan kena tahi ayam pulaa"....begitulah nampak gayanya yang terjadi kepada 2 orang ni.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu dimasukkan ke hospital dan gagal hadir pada perbicaraan kes rasuah yang dijadualkan hari ini.

selain Mohd Osman, ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi juga tidak hadir kerana turut mengalami masalah kesihatan.

jamaluddin berkata beliau telah dimaklumkan bahawa Osman dimasukkan ke hospital kerana masalah jantung.

Bagaimanapun beliau enggan menyatakan nama hospital Osman dirawat.
"Saya difahamkan keadaannya tidak serius dan mungkin akan keluar dalam sehari dua ini," katanya ketika dihubungi.

Ekoran itu, Majistret Sharmila mengeluarkan perintah waran tangkap terhadap Mohd Osman kerana gagal mengemukakan sijil cuti sakit dari hospital dan menetapkan 13 April depan sebagai sebutan semula kes waran tangkap itu.

Adik Mohd Osman, Noriza Jailu sebagai penjamin beliau, memaklumkan mahkamah bahawa tertuduh tidak dapat hadir kerana telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur malam semalam kerana masalah jantung.

"Belum dapat MC sebab doktor masih membuat observation," kata Noriza.

Sementara itu lapor BERNAMA Perbicaraan yang dijadualkan selama tiga hari bermula hari ini terpaksa ditangguhkan ke 15 Jun depan kerana Hakim Mahkamah Sesyen, Tan Hooi Leng menghadiri seminar sehingga esok dan kes itu kemudian didengar di hadapan Majistret Sharmila Abdul Samad.
Jamaluddin berkata beliau juga kurang sihat pada hari ini.
"Sejak dua tiga hari yang lalu, saya sakit kepala mungkin kerana stres dengan tekanan daripada perkembangan politik semasa.

"Saya pun memang sakit pinggang dan tidak mendapatkan rawatan," katanya.
Selain Osman, mahkamah turut mengeluarkan waran tangkat terhadap ahli perniagaan Usaili Alias.

Bagaimanapun perintah itu dibatalkan setelah tertuduh hadir kira-kira sejam kemudian.

Beliau menjelaskan tersalah faham mengenai waktu prosiding dijalankan dan menyangka kes itu akan disebut pada sebelah petang kerana beranggapan dua bekas exco itu, Mohd Osman dan Jamaluddin, akan hadir ke Istana Iskandariah untuk majlis angkat sumpah barisan exco baru kerajaan negeri itu pagi ini.

Sementara itu menurut peguam Jamaluddin, Abdul Roni Rahman bahawa anak guamnya tidak dapat hadir kerana menghadapi masalah kesihatan dan surat sakit juga telah dikemukakan kepada pihak mahkamah.

Sunday, February 8, 2009

KENAPA PR SAHAJA DIANGGAP DURHAKA PADA RAJA?UMNO/BN MACAMANA?


Akhir-akhir ini nampak gayanya pemimpin-pemimpin UMNO diperingkat negeri dah mula pandai berdemontrasi, kononnya kerajaan Pakatan Rakyat di Perak yang diketuai oleh YAB Ir Nizar Jamaluddin durhaka terhadap titah dari sultan.

Bernama hari ini melapurkan “500 anggota Gerakan Belia 4B Melaka dan Pergerakan Pemuda Umno Melaka mengadakan perhimpunan aman membantah tindakan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat menghina kedaulatan Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Manakala dalam Utusan Malaysia pula Ketua Pemuda UMNO Malaysia Dato’ Hisyamuddin Hussein memberi amaran kepada pihak- pihak tertentu supaya tidak melakukan tindakan yang boleh menjatuhkan martabat, maruah dan kedudukan raja-raja.

Sebenarnya Dato’ Hisyamuddin Hussein ni jenis melayu mudah lupa dalam masa yang sama mengambil kesempatan diair yang keruh yang sebenarnya dimulakan oleh UMNO dan BN.

Hisyamuddin, gerakan belia 4B Melaka dan pimpinan-pimpinan UMNO kena ingat, orang yang pertama menjatuhkan martabat, maruah dan kedudukan raja-raja ialah Presiden UMNO sendiri yang memerintah Malaysia selama 22 tahun iaitu Dr Mahathir Muhammad apabila beliau mencabut kekebalan raja-raja.Adakah pimpinan UMNO tak ingat ? Pada masa itu, mana kelibat pemimpin UMNO untuk menyanggah perbuatan Dr Mahathir ? Dimana Dato’ Sri Najib Tun Razak pada masa itu ? Dato’ Hisyamuddin ? kemana ketegasan kamu pada masa itu ?

Kemudian selepas pilihanraya umum yang lalu, Perdana Menteri, TPM dan 23 ADUN Terengganu juga mempertikaikan kehendak sultan Terengganu semasa perlantikan menteri besar Terengganu. Kenapa tidak ada dikalangan pemimpin UMNO yang berdemontrasi kerana PM, TPM dan 23 ADUN itu durhaka dan sanggah terhadap keputusan sultan.?
Rakyat Terengganu dari Besut juga datang ke Kuala Terengganu berdemontrasi kerana tidak berpuas hati Idris Jusoh (ADUN JERTEH,BESUT) tidak dilantik sebagai Menteri Besar, ada dikalangan mereka yang membawa kain rentang “ KAMI NAK DERIS NATANG “ (natang dirujuk kepada sultan). Orang-orang ini dicari sehingga ke Besut. Tetapi kenapa tidak mendakwa PM, TPM dan 23 ADUN yang engkar terhadap kehendak sultan.?