Sunday, March 29, 2009

SINAR HARIAN LAPOR BERITA PALSU TENTANG PENAMAAN CALON BKT GANTANG

LAPORAN AKHBAR SINAR HARIAN EDISI PAHANG
BERTARIKH 30 MARCH 2009
SINAR HARIAN MELAPORKAN "Sebahagian besar penyokong parti PAS ditempat penamaan calon di Majlis Perbandaran Taiping turut dikawal oleh anggota polis anti rusuhan".
Sahabat semua jangan percaya laporan sinar harian bahawa penyokong PAS seramai itu....tengok gambar sebenar dibawah ini.
Penyokong Pakatan Rakyat memenuhi bukit dibelakang padang tenis majlis perbandaran Taiping
Penyokong Pakatan Rakyat memenuhi kawasan padang tenis
Penyokong Pakatan Rakyat semakin ramai berada diatas bukit.

Penyokong DAP membawa sepanduk mereka mara kehadapan bersama PAS dan Keadilan menundukkan keangkuhan BN

Lautan manusia....masih ramai lagi mereka-mereka yang tak sempat untuk masuk ke perkarangan Majlis Perbandaran.
Sekarang penyokong DAP tidak lagi takut dengan pakatan Rakyat...Penyokong DAP sudah berani memakai dan memegang bendera PAS, begitu juga dengan pendokong PAS, atas nama kerjasama mereka boleh memakai pakaian dan bendera yang berlambangkan DAP.
Bendera biru (UMNO) dan bendera merah (PPP)...itu sahajalah jumlah mereka
Walau dimana sekalipun bendera PAS tetap berkibar

Kelab Penyokong (india) menaikkan sepanduk mereka dan berceramah berkaitan dengan PPSMI....pelik, orang melayu UMNO tak reti-reti....
Sepanduk yang dinaikkan dimerata-rata tempat


Anakku yang sulung...Yahya Ayyash turut menyertai perarakan mengiringi Yb Sdr Ir Nizar Jamaluddin sebagai calon di Parlimen Bukit Gantang.

Wednesday, March 25, 2009

TEPAT SANGKAANKU RUPANYA...

Tepat sangkaanku rupanya...bahawa orang yang bermasaalah memang mendapat tepat dalam UMNO, pada 2 minggu lepas saya menulis tentang Dato' Norza Zakaria yang terlibat dalam kes rasuah, saya berikan perangsang kepada beliau bahawa beliau jangan bimbang dengan kes rasuah yang terpalit keatas diri beliau, kerana kebiasaannya orang yang bermasaalah dalam UMNO akan mendapat tempat.

Buktinya jelas sekarang apabila Khairy menantu Paklah menang dalam pemilihan ini sedangkan beliau terlibat dalam kes rasuah bersama Dato' Ali Rustam tetapi menang dalam pemilihan tersebut. Saya cukup yakin Dato;' Norza Zakaria juga akan menang dalam pemilihan tersebut sekiranya beliau dibenarkan untuk bertanding oleh Setiausaha Agung UMNO untuk merebut kerusi MT.


Walau macamana pun saya bukanlah orang kuat Norza...kerana aku seumpama kucing dan umno seumpama anjing..tidak boleh bertemu.

Tuesday, March 24, 2009

PILIHANRAYA BUKIT GANTANG...UMNO / BN SEMAKIN JAHAT

Bukit Gantang – Majlis Memperkenalkan Calon PRK Bukit Gantang di Sungai Tinggi dalam DUN Terong dekat sini, cemas dihujani asid dari meriam air (water canon) polis simpanan persekutuan (FRU).

Bagaimana pun, YAB Dato’ Seri Nizar Jamaludin sempat menyampaikan ucapannya di Markaz MTD Sungai Tinggi, sebelum suasana bertukar menjadi cemas.Sekitar jam 10 malam, Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping pada awalnya hanya meminta pihak penganjur supaya memastikan semua hadirin dan pembesar suara dibawa masuk kedalam bangunan.Timbalan Yang DiPertua PAS Bukit Gantang, Ustaz Zulkifli Ahmad berkata pihaknya telah berunding dengan Encik Syed (Timbalan OCPD).

Perundingan pada mulanya mencapai kata sepakat, apabila Encik Syed bersetuju membenarkan ceramah,“beliau meminta hadirin yang berada diluar markaz masuk dan pembesar suara jangan diletakkan diluar bangunan,”kata Ustaz Zulkifli yang ditemui Buletinonline.

Namun, sekitar jam 10.30 malam, katanya, setelah pembesar suara dibawa masuk dan sebahagian hadirin berada didalam markaz, pihak FRU tiba-tiba meminta majlis dihentikan.Ahli Dewan Undangan Kawasan Canning dari DAP, Wong Kah Woh yang baru menamatkan ucapannya tekah keluar untuk berunding dengan ketua pasukan FRU.Ketika itu, pihak FRU tidak mahu lagi mendengar rayuan dan meminta ceramah dihentikan serta merta. Selang beberapa ketika, setelah majlis berhenti, dengan nada keras, ketua FRU memberi amaran meminta semua hadirin bersurai.

“Semua diminta bersurai dalam masa lima minit, sekiranya tidak, kami akan menyuraikan dengan kekerasan,”ulang ketua FRU sambil berdiri memegang miktrofon diatas atap kenderaan.Orang ramai yang berada dalam Markaz mula keluar perlahan-lahan, dan yang tinggal hanyalah terdiri dari kalangan wanita dan kanak-kanak sahaja.Penjelasan YB Wong tentang perkara tesebut ditolak oleh pihak FRU dan amaran lebih keras dikeluarkan, memaksa orang ramai, termasuk wanita dan kanak-kanak bersurai, meninggalkan kawasan Markaz sepenuhnya.

Pada masa yang sama dua dua kelompok anggota FRU telah berbaris membentuk enam barisan yang berjumlah lebih hampir seratus orang, bersaip sedia mengambil tindakan.Dengan perisai dibelelah tangan, anggota FRU mengetuk-ngetuk cota, mengeluarkan bunyi yang menakutkan orang ramai.Ketika itu trak meriam air sudah bergerak setentang dengan hadapan Markaz dan muncung ‘meriam air’ sudah dilaraskan, menuju sasaran tepat ke kawasan markaz.Air asid yang berwarna kuning, pedih dan akan ‘mencekik tekak’ sesiapa saja yang bakal menghidunya, sudah sedia dimuntahkan.

Dalam keadaan cemas dan kelam kabut, lebih seratus hadirin wanita bergegas keluar meninggalkan dewan Markaz.Seorang hadirin wanita yang ditemui selepas itu berkata, beliau datang untuk mendengar ceramah, namun keadaan sebaliknya berlaku.“Saya datang hendak mendengar ceramah Nizar (Dato’ Seri ) dan Anwar (Dato’ Seri), tiba-tiba dipaksa bersurai,“saya rasa amat sakit hati,”kata Sunarti Bt Saat, 26, yang datang sejauh 5km dari Kampung Sungai Che Rahmat.Sambil mendukung anaknya berusia setahun beliau mendakwa tindakan polis menyuraikan ceramah tersebut adalah satu tindakan yang keterlaluan.

Manakala ibu Sunarti, Fatimah Bt Jaafar, 45, turut melahirkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan polis yang tidak mahu bertolak ansur.“Ia satu tindakan yang tidak adil, saya amat tidak berpuas hati,”katanya yang datang bersama keluarga seramai lima orang.Ustaz Zulkifli memaklumkan Dato’ Seri Anwar yang dijangka turut menyampaikan uacapan, tidak dapat hadir kerana disekat ditengah jalan.Kira-kira lebih 2,000 hadir ke majlis yang julung-julung kalinya diadakan di UPU Sungai Tinggi, setelah Nizar di isytiharkan sebagai calon PAS, semalam
UMNO MENGGUNAKAN POLIS UNTUK BERHADAPAN DENGAN PENYOKONG PAS.....INGAT !!! SABAR ADA BATASANNYA.PADAN DAH ORANG KATA KE FRU SYAITAN, BABI, NATANG, IBLIS,OTAK LOCENG DAN SEBAGAINYA

Monday, March 23, 2009

GANTUNG PERMIT HARAKAH...UMNO SEDANG MENGGALI KUBURNYA SENDIRI

Tadi (23 March 09) lebih kurang jam 1.10 Pm saya singgah ke kedai ayah Ngah di Batu Tiga untuk mendapatkan akhbar harakah, anaknya memberitahu bahawa harakah telah dirampas oleh KDN.

Perangai menyekat kebebasan bersuara ini telah diwarisi oleh UMNO/BN sejak turun temurun dari musyrikin quraish.Apabila gagal menghalang nabi SAW dengan cara kekerasan,mereka memujuk pula Nabi SAW dengan cara lembut, yang penting bagi mereka Nabi tidak lagi menyampaikan islam kepada masyarakat Makkah.

Inilah kerja buat golongan musyrikin quraisy, sama juga dengan UMNO/BN yang merampas akhbar harakah dan Suara Keadilan yang merupakan organ menyalurkan maklumat kepada ahli PAS.Mereka amat bimbang kebenaran dan fakta-fakta isu semasa yang dipaparkan dalam harakah sejak akhir-akhir ini, UMNO/BN tidak boleh mengelak lagi dengan isu rasuah yang melanda parti mereka, rampasan kuasa di Negeri Perak masih lagi tidak dapat memuaskan hati rakyat.

Untuk memudah dan menyempitkan minda rakyat, maka harakah dan Suara Keadilan digantung selama tiga bulan. Benarlah Firman Allah SWT :
يريدون أن يطفئون نور الله بأفواههم ويأبى الله إلا أن يتم نوره
ولو كره الكافرون
Maksudnya: Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) Dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan Yang demikian). (At-Taubah 32)
Apabila Harakah dan suara keadilan digantung, maka mudahlah bagi mereka untuk menabur fitnah yang direka-reka sedangkan kita tidak mampu lagi untuk menjawab tohmahan mereka.Ibarat kaki dan tangan kita diikat kemudian mereka mengajak kita berenang.
Saya ingatkan buat UMNO/BN, bahawa islam tetap akan memerintah di Malaysia ni,sekalipun pelbagai sekatan yang dikenakan. Pendokong PAS seumpama air terjun yang mengalir deras, sekiranya kamu (BN) menyekat kemaraan kami, maka kami akan melalui disebelah kanan, sekiranya kamu menyekat sebelah kanan, maka kami akan melalui aliran air disebelah kiri, tetapi sekiranya laluan kiri dan kanan kamu sekat maka tidak mustahil benteng yang kamu cipta itu akan pecah.
Sebenarnya dengan cara inilah rakyat bersimpati dengan Pakatan Rakyat. Ini bermakna UMNO /BN sedang menggali kuburnya sendiri

Wednesday, March 18, 2009

Ali Rustam dan Khairy...Tg Rithaudeen hidapi penyakit Dementia ?


Saya baru sahaja membaca Mstar tentang komen YBM Tg Razaleigh Hamzah berkait dengan hukuman yang dikenakan kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang didapati bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno dan dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan minggu depan.

Selain itu, calon Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin turut didapati bersalah mengikut Perkara yang sama tetapi hanya diberikan amaran dan masih dibenarkan bertanding.Manakala enam ahli diperingkat bawahan digantung selama tiga tahun dan lima ahli digantung selama setahun.


Kalau dulu, Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO inilah yang mencadangkan agar di sayap parti Puteri dan Putera dimansuhkan. Kerana dengan sebab banyak sayaplah rasuah makin banyak dalam UMNO. Tetapi akhir-akhir ini Pengerusi lembaga itu sendiri dicemuh oleh ahlinya kerana tindakan yang dikenakan berlainan hukuman sedangkan kesalahannya dibawah etika yang sama.

beberapa bulan lalu, Ust Nasruddin Tantawi ( Timb. Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat ) dan Ust Mokhtar Senik (Timb. Ketua Dewan Ulama' Pas Pahang ) telah memberikan komen mereka tentang penyakit yang dihadapi oleh UMNO ini.

Nasruddin menyatakan UMNO dijangkiti penyakit Diabetis yang sangat kronik manakala Ust Mokhtar pula menyatakan bahawa UMNO dijangkiti penyakit tulang reput dari dalam yang tidak ada ubat lagi. Kedua-dua penyakit ini diulas selepas kenyataan yang dibuat oleh Tg Rithaudeen sebagai pengerusi lembaga disiplin UMNO yang dianggap sebagai seorang doktor yang telah memberi nasihat kepada UMNO.

Kalau dilihat kepada kes yang diulas oleh Tg Razaleigh Hamzah tadi dalam Mstar, nampak gayanya Doktor yang merawat UMNO sekarang sedang menghadapi penyakit Dementia, tidak mampu lagi merawat UMNO dengan baik. Manakan tidak, Ali Rustam dan khairy melakukan kesalahan dalam satu tataetika tetapi hukumannya berlainan.

Saturday, March 14, 2009

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW






BIODATA RASULULLAH SAW

· Nama: Muhammad bin ‘ Abdullah bin ‘ Abdul Muttalib bin Hashim

· Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagaitahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka ‘ abah)

· Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

· Nama bapa: ‘ Abdullah bin ‘ Abdul Muttalib bin Hashim

· Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘ Abdul Manaf

· Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah(digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

· Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

· Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa ‘ diah (lebih dikenaliHalimah As-Sa ‘ diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dadaRasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagiansyaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminahbinti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ‘(sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)

· Baginda dipelihara oleh UmmuAiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)dan dibiayai oleh datuknya ‘ Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

· Datuknya, ‘ Abdul Muttalib pula meninggal dunia.

· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.

· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

· Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘ Sirah ‘ ,jilid 1, halaman 184-187 menyatakan padaketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.

· Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul ‘ ; perjanjian damai untuk memberipertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah..

USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan baranganKhadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.

· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..

· Baginda SAW bersama-sama Abu Talibdan beberapa orang bapa saudaranyayang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.

· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka ‘ abah.

· Pembinaan semula Ka ‘ abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.

· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘ Hajarul-Aswad ‘ ketempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

· Menerima wahyu di gua Hira ‘ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.

· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

· Kewafatan RasulullahSAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.

§ Khadijah Binti Khuwailid§ Saudah Binti Zam ‘ ah§ ‘ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)§ Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab)§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)§ Zainab Binti Jahsy§ Maimunah Binti Harith§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra ‘


ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy binZurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy.Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).


SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
IBU SUSUAN
SAUDARA SUSUAN

1.. Thuwaibah1. Hamzah2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad1. Halimah Al-Saidiyyah1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib2. Abdullah bin Harith bin Abdul ‘ Uzza3.. Syaima ‘ binti Harith bin Abdul ‘ Uzza4. ‘ Aisyah binti Harith bin abdul ‘ Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAKKEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al- ‘ Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya ‘ Abdul ‘ Uzza)
8.. Abdul Ka ‘ bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13.. ‘ Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al- ‘ Awwam) *** *** Sempat masuk Islam.##


Ulama ‘ berselisih pendapat tentang Islamnya.
Sabda Rasulullah SAW:“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku,maka sesungguhnya dia telah mencintaiaku. Dan sesiapa yang mencintai akunescaya dia bersama-samaku di dalamsyurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)

Monday, March 9, 2009

KEBIASAANNYA ORANG YANG BERMASAALAH DALAM UMNO AKAN MENANG DALAM PEMILIHAN


Bekas Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Dato' Norza Zakaria tetap akan mempertahankan kerusi MT UMNO walaupun beliau dipalitkan dengan rasuah politik.Sebelum ini, media melaporkan beliau menyerah diri di pejabat SPRM cawangan Temerloh selepas agensi berkenaan menahan 12 ahli Umno di Maran dan Temerloh bulan lalu.

Bagi saya Dato' Norza Teruskanlah hasrat untuk bertanding MT tu...sebab kebiasaannya dalam UMNO orang yang melakukan kesalahan akan menang dalam pemilihan tersebut. Seperti Dato' Khir Toyo pernah mendapat undi popular dalam pemilihan sekalipun terlibat dengan bermacam-macam kes rasuah yang telah dilaporkan.

PakLah sangat berminat dengan Mad Taib (Bekas MB Selangor), beliau dilantik oleh PakLah sebagai Senator walaupun Tidak dapat dinafikan bahawa harta beliau yang melampau bukan perolehan beliau dari gaji dan elaun sebagai Menteri Besar. Dari kes beliau PP vs Tan Sri Muhammad Muhd Taid (Criminal Trial 45-28-98) yang diadili oleh Hakim Abdul Wahab Patail [abang kepada Abdul Ghani Patail-Peguam Negara sekarang]menyebut :

BAHAWA NILAIAN HARTA YANG DIISTIHAR OLEH MUHAMMAD MUHD TAIB ADALAH RM 30,831,306.15”.
Ini adalah harta yang dimaklumkan dalam kenyataan bersumpah beliau. Harta pegangan beliau melebihi 74,500,000.00 juta ringgit tidak termasuk tanah dan pegangan saham beliau. Tidak syak lagi kekayaan beliau bukan datang dari harta turun menurun keluarga tetapi lebih dari harta turun dari perlakuan rasuah dan pengunaan kedudukkan beliau

Begitu juga dengan Ali Rustam telah merasuah ahli UMNO dengan membawa 600 orang ke Indonesia dengan menggunakan wang rakyat.

Apa yang saya sebut ini adalah contoh diantara pemimpin-pemimpin UMNO. Kalau sebut semua, nanti berjela-jela pula panjangnya.

Jadi....Buat Dato' Norza jangan bimbang, lagi buat salah..maka kamu akan ada tempat dalam umno.

Sunday, March 8, 2009

FRU+TENTERA ISRAEL = SAMA AJEE...


SAUDARA-SAUDARA BOLEH MENILAI DUA GAMBAR DIATAS DAN DIBAWAH INI, BAHAWA SAMA SAHAJA CARA TENTERA ISRAEL DAN POLIS FRU BEROPERASI. JAHAT TENTERA ISRAEL IALAH KERANA MERAMPAS BUMI UMMAT ISLAM, MEMBUNUH DAN MEROBOHKAN RUMAH-RUMAH UMMAT ISLAM. POLIS FRU PULA JAHATNYA APABILA MENGHALANG RAKYAT MEMPERTAHANKAN HAK-HAK MEREKA DAN MEMPERTAHANKAN BAHASA IBUNDA MEREKA. NATIJAHNYA IALAH SAMA-SAMA JAHAT




Semasa pilihanraya 2008, seorang sahabat telah menceritakan tentang pengalaman sahabat sekampungnya yang pernah menganggotai FRU. Beliau bertanya sahabatnya "Engkau masa jadi FRU dulu....tak kesian ke pukul orang-orang tua masa ada demontrasi"?
Jawab sahabatnya itu "kami pun manusia biasa....memang menyesal sangat-sangat selepas pukul orang, tapi cuba korang bayangkan...kalau korang nak demontrasi petang, aku pagi-pagi lagi kena dok sana....makan minum tak dibagi masa tu.....kami perut lapar,engkau orang datang buat provokaasi pulak lagilaaaa nak marahnya " kata sahabat itu.
Terdetik dalam hatiku.....ughhh,,tak ubah mereka ini dilatih seperti anjing sarkas...

Saturday, March 7, 2009

RAKYAT BANGKIT TENTANG PPSMI

Anggota polis macam biasalaaah.....bersiap sedia untuk berhadapan dengan
peserta perarakan.
Sdr Suhaizan Kaiat (Ketua Penerangan DPP Pusat) sedang berucap menentang
pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris

A.Samad Said dikawal rapi oleh anggota Unit Amal

Prof. Datuk Hasan Ahmad sedang berbincang dengan anggota polis untuk ke
istana negara.

Seorang anggota Unit Amal telah ditahan dan dikurung didalam lori selepas menghalang anggota polis dari menangkap A.Samad Said

Peserta perarakan di perkarangan Masjid Negara

Tuanku....Rakyat berarak dari Masjid Negara ke Istana Negara,
selepas ini ke Putrajaya

Anggota Unit Amal mengawal perarakan menuju ke istana negara

Lautan manusia....berarak menuju ke Istana Negara

Sahabat lama di Mesir....Asri Mat Daud dari Kelantan yang baru seminggu pulang ke tanahair tidak melepaskan peluang untuk menyertai perarakan ini. semasa di Mesir beliau pernah memegang jawatan Ketua perwakilan pelajar Malaysia di Tanta,egypt.

Peserta perarakan yang menuju ke istana berhimpun didalam kedai sambil membeli air mineral untuk membasuh muka mereka..laku bukan main lagi kedai mamak ni...

Pelapis perjuangan....seorang kanak-kanak cuba ditenteramkan oleh ayah dan ibu mereka selepas ditembak dengan gas pemedih mata.

Masing-masing dengan sebotol air...selepas sama-sama merasa pedih mata, mungkin kimia kali ini lebih sikit kot berbanding dengan sebelum dari ini.

Kesian....seorang anggota polis berbangsa india ,yang mengawal lalu lintas tidak terkecuali terkena bahang asap kimia yang dilepaskan oleh pasukan FRU.

Peserta perarakan yang menuju ke Masjid Negara disembur dengan Water Canon
dan ditembak dengan gas pemedih mata.

Kereta Polis yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas inilah yang telah dimaki hamun oleh peserta perarakan oleh sekempulan pemuda-pemuda.Tetapi berjaya dihalang oleh Anggota Pasukan Unit Amal.

Lori penyembur water canon.....laharnya telah disembur kedalam masjid negara. Seorang india yang turut hadir dalam himpunan itu berkata "Bodoh...tempat ibadat pun ada sembur juga kaa?"

Dato' Hj Abu Bakar Chik bersalaman dengan orang ramai selepas mengetuai
perarakan menuju ke istana.

Blogger (tengah) bergambar bersama ALP Unit Amal Negeri Pahang dihadapan masjid Negara selepas selesai perarakan berlangsung

Pelbagai jenis masyarakat berhimpun di Kuala Lumpur petang tadi untuk berhimpun dan berarak bagi menyatakan sikap tidak puas hati mereka terhadap pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa inggeris. Implikasi kepada sistem ini terkena kepada sesiapa sahaja, samada anak-anak penoreh getah, pekerja kilang, guru dan anak-anak polis sendiri. anak-anak tidak lagi mahir sains dan matematik seperti mereka pelajari dalam bahasa melayu dulu.

Walau apapun saya percaya dihati kecil pihak polis yang menembak gas pemedih mata kepada kami petang tadi juga tidak bersetuju dengan sistem ini, tapi segala-galanya UMNO/BN perlu dipersalahkan. kerana sistem ini dibawah pemerintahan mereka.

Monday, March 2, 2009

POLIS SENJATA BN BERHADAPAN DENGAN PR


Beginilah keadaan BN...bila dah terdesak, undang-undang sudah tidak berpihak kepada mereka,maka polis akan digunakan sebagai senjata terakhir mereka. Mungkin pakar undang-undang yang mereka temui di luar negara juga tidak berpihak kepada mereka....Tak lama lagi, jadi pak kadoklah mereka-mereka ni.

Sunday, March 1, 2009

SEMPENA MAULIDUR RASUL DI STADIUM MELAWATI

SEMPENA MAULIDUR RASUL.....MASYITAH HADHARI SEDANG MERASMIKAN
PROGRAM MAULID RASUL....MASYITAH DULU KAU LAIN, SEKARANG MAKIN LAIN. SENYUMMU TIDAK SEINDAH SENYUMAN MASYITAH TUKANG SIKAT FIRAUN YANG BERIMAN DI ZAMAN NABI MUSA A.S LAGI
SITI NORHALIZA PUN AMBIL BAHAGIAN DALAM MENYAMBUT MAULIDUR RASUL..
TAPI TERNYATA PAKAIANNYA CUKUP SOPAN....SEMOGA BERTERUSAN.
TAPI LAIN PULAK YANG INI....RASANYA DULU LAIN BANYAK.

Maulidur Rasul bukan disambut kerana untuk bergembira, tapi hayatilah perjuangan yang telah dibawa oleh baginda SAW dan sama-samalah kita pertahankan sunnahnya dari dimaki hamun oleh orang-orang yang celaka.

"Perlu berubah dari baik kepada yang lebih baik"