Wednesday, May 27, 2009

MUFTI JANGAN JADI SYAITAN BISU


Di dalam muka hadapan Utusan Malaysia hari ini memetik kata-kata Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut;

”Orang yang mogok lapar sama seperti golongan yang berputus dalam perjuangannya, sedangkan Islam melarang umatnya berbuat demikian”.

Sehari sebelum itu, di dalam akhbar yang sama melaporkan;
”Mufti Perlis, Datuk Dr. Juanda Jaya menegaskan,

umat Islam diharamkan sama sekali melakukan mogok lapar kerana perbuatan itu menyerupai amalan dalam agama Buddha dan Hindu”
Ia turut melalaporkan;

”Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir Samsudin menegaskan, umat Islam diharamkan menyertai mogok lapar itu dan pihak berkuasa pula perlu menghalangnya daripada berlangsung kerana ia boleh menimbulkan fitnah besar kepada negara”

Beberapa hari sebelum itu pula;
”Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria hari ini membidas rancangan pakatan pembangkang untuk mengadakan kempen mogok lapar selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah”

Naskhah hijau diatas saya terlihat didalam laman tranungkite.net . Saya tidak mahu mengulas tentang hukum berkaitan dengan mogok lapar sebagaimana yang dipalu oleh penasihat agama johor dan mufti-mufti yang berkenaan, kerana hukumnya berlaku khilaf di kalangan ulama'-ulama' ( sila rujuk http://www.episodeperjuangan.blogspot.com/ dan http://www.al-muqry.blogspot.com/ ).Lagipun Yb Dato' Sri Mohd Nizar Jamaluddin menyarankan kepada ummat islam supaya berpuasa untuk berhadapan dengan kes yang berlaku di negeri Perak ini.

Yang menariknya ialah mufti-mufti ini, apabila berkait dengan pembangkang, terlalu pantas mereka mengeluarkan fatwa-fatwa mereka sama seperti yang berlaku kepada Yb Nga Kor Ming yang membaca ayat suci Al-quran. Sedangkan YAB Najib Tun Razak semasa menjadi Timb. Perdana Menteri dulu pernah meluluskan 10 lesen judi. Tetapi semua mufti-mufti di atas membisu.Habis lidah-lidah ulama' ini menjadi kelu bila berhadapan dengan kebathilan.

Ingatlah :
الساكت عن الحق شيطان أخرس
Maksudnya : Orang yang senyap dari menyatakan kebenaran ia adalah syaitan bisu.

KERAJAAN TAK SERIUS TANGANI KESIHATAN RAKYAT


Bungkusan rokok wajib papar amaran kesihatan bergambar mulai bulan depan

PUTRAJAYA: Semua bungkusan rokok untuk jualan di pasaran tempatan wajib memaparkan Amaran Kesihatan Bergambar mulai 1 Jun ini.Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata perkara itu seiring dengan penguatkuasaan sepenuhnya terhadap cetakan Amaran Kesihatan Bergambar pada bungkusan rokok mengikut keperluan Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2008.

"Penjual yang didapati menjual bungkusan rokok yang tidak memaparkan Amaran Kesihatan Bergambar selepas 1 Jun ini boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dr Mohd Ismail berkata, Amaran Kesihatan Bergambar itu juga tidak boleh dihalang daripada penglihatan oleh apa-apa benda, alat atau cara."Penjual yang melakukan kesalahan ini boleh didenda tidak melebihi RM10,000atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya.

Penguatkuasaan Amaran Kesihatan Bergambar pada kotak rokok dikuatkuasakansecara berperingkat bermula Januari lepas, iaitu sesebuah syarikat perlumencetak amaran itu pada sekurang-kurangnya dua jenama rokok keluaran mereka, dan pada Mac lalu mereka dikehendaki mencetak amaran itu pada semua jenama rokok keluaran mereka.-Bernama

Ulasan : Sebenarnya kerajaan Malaysia sangat tidak serius dalam menangani kesihatan rakyat mereka. Bagi saya, arahan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican supaya diadakan cetakan amaran kesihatan bergambar hanya untuk menjaga peraturan kawalan hasil tembakau pindaan (2008) sahaja. Kalau hanya setakat amaran ditepi kotak rokok sahaja, maka larangan itu seumpama lepas batuk ditangga sahaja.

Sekiranya kerajaan serius untuk menjaga kesihatan rakyat mengapa ianya tidak diharamkan terus, sedangkan umum mengetahui termasuk kerajaan juga mengetahui bahawa rokok membahayakan kesihatan. Tapi kenapa mereka yang bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan seolah-olah tunggul kayu. Inilah akibatnya bila wang adalah segala-galanya, wang mengatasi kepentingan rakyat.akhirnya secara tak sedar rakyat dibunuh oleh kerajaan sendiri.


Berikut ini adalah antara point2/isi2 penting tentang rokok yang dapat saya catatkan setelah membaca artikel tentangnya tempohari ;

-Rokok mengandungi lebih kurang 4000 jenis bahan kimia

-Dalam 4000 itu, sekurang-kurangnya 200 jenis adalah dikesan berbahaya kepada kesihatan.

-Racun utama yang ada dalam rokok adalah TAR, NIKOTIN dan KARBON MONOKSIDA.

-Tar adalah substansi hidrokarbon yang bersifat melekit yang menempel dan melekat pada paru-paru.

-Nikotin adalah sejenis dadah yang mempengaruhi sistem saraf dan peredaran darah. Bahan ini bersifat karsinogen, yang boleh menyebabkan cancer paru-paru yang amat berbahaya.

-Karbon monoksida adalah bahan yang mengikat hemoglobin dalam darah, menyebabkan darah tidak dapat bercantum dan membawa oksigen.

-Kesan-kesan yang disebabkan oleh bahan berbahaya dalam rokok boleh menyebabkan si perokok terdedah kepada risiko mengalami (dibanding yang tidak menghisap rokok) :

-14 x kebarangkalian lebih tinggi untuk menghidapi cancer paru-paru, mulut dan tenggorok

-4 x kebarangkalian lebih tinggi untuk menghidapi cancer esophagus

-2 x kebarangkalian lebih tinggi untuk menghidapi cancer saluran pernafasan

-2 x kebarangkalian lebih tinggi untuk menghadapi serangan penyakit jantung.

-Rokok juga meningkatkan risiko kecacatan bagi penghidap pneumonia dan menyebabkan gagal fungsi jantung, serta tekanan darah tinggi.

-Menghisap rokok dengan kadar nikotin rendah tidak akan membantu anda mengurangi risiko berbahaya, kerana si perokok pasti akan menghidapi penyakit ketagih kepada bahan2 seperti nikotin dan tar, menyebabkan si perokok cenderung untuk menyedut asap roko secara lebih keras, lebih mendalam dan lebih lama.

-Bahan-bahan yang dikenalpasti sebagai sangat berpotensi untuk menyebabkan si perokok menghidapi cancer adalah seperti ;
vinyl chloride
benzo (a) pyrenes
nitroso-nor-nicotine

Berkenaan dengan cancer paru-paru, kematian biasanya terjadi kerana kesulitan bernafas yang diakibatkan oleh ketumbuhan cancer yang semakin membesar. Yang berbahayanya ialah, oleh kerana posisi paru-paru dalam sistem peredaran darah menjadikan cancer jenis ini begitu mudah tersebar ke seluruh tubuh. Penyebaran metastase ke arah otak dan bahagian penting lainnya lah yang mengakibatkan kematian. 90% penderita cancer paru-paru biasanya akan meninggal dunia dalam masa 3 tahun setelah diagnosis. ( dari web: http://www.pakarhowto.com/ )

Tuesday, May 26, 2009

NIZAR TARIK DIRI TANDING NAIB PRESIDEN, TANTAWI SAH KETUA PEMUDA PUSAT



Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sah menarik diri daripada persaingan jawatan naib presiden PAS, sementara Nasrudin Hassan menang tanpa bertanding ketua Pemuda. Daripada 16 yang dicalonkan untuk tiga jawatan kanan tersebut, hanya lima tokoh PAS bersaing.

Ketua Pemuda sekarang Salahuddin Ayub, ketua penerangan Datuk Mahfuz Omar dan tiga ahli jawatankuasa pusat Mujahid Yusof Rawa, Datuk Tuan Man Tuan Ibrahim dan Nik Amar Nik Abdullah mengesahkan bertanding.

Menteri besar Pakatan Rakyat di Perak itu hanya berminat bersaing bagi menganggotai jawatankuasa pusat PAS.Seperti diduga, jawatan timbalan presiden menyaksikan perebutan tiga penjuru antara penyandangnya Nasharuddin Mat Isa, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.

Bagi Pemuda PAS, dua lagi jawatan kanan turut dimenangi tanpa bertanding - masing-masing Azman Shapawi Abd Rani sebagai timbalan ketua dan Ahmad Sabki Yusof (naib ketua).

Jawatan ketua Dewan Muslimat menyaksikan persaingan dua penjuru, antara penyandang Nuridah Salleh dengan pencabarnya Dr Asiah Ali.Guru agama itu dicabar ahli jawatankuasanya sendiri, yang juga mantan pensyarah UiTM.Jawatan timbalan ketua menyaksikan persaingan antara penyandang Wan Hasrina Wan Hassan dan naib ketuanya Siti Zailah Mohd Yusoff.

Datuk Harun Taib menguasai kembali ketua Dewan Ulama tanpa bertanding seperti dua lagi jawatan kanan - timbalannya kini Datuk Ahmad Yaakob dan naib ketua Datuk Mahfodz Mohamed. Ahmad yang juga timbalan menteri besar Kelantan menang tanpa bertanding apabila penyandangnya Hashim Jasin enggan mempertahankan jawatan tersebut.

Senarai penuh calon-calon barisan pemimpin PAS diumumkan dalam satu sidang media khas di ibu pejabat parti, Kuala Lumpur pagi ini.Pengerusi Jawatan Pemilihan PAS Datuk Mustafa Ali berkata 54 orang menawarkan diri daripada 86 yang dicalonkan untuk merebut 18 jawatankuasa pusat PAS.

Tambahnya, pemilihan awal bulan depan menarik perhatian kerana buat pertama kali lapan wanita menawarkan diri, lebih 30 peratus daripada kerusi yang diperuntukkan."Ada di kalangan mereka menjadi ahli parlimen dan Adun, jadi mereka semakin dikenali," katanya.Mustafa berkata keputusan jawatan kanan parti akan diumumkan selewat-lewatnya pada pagi 6 Jun, hari kedua persidangan di Stadium Malawati, Shah Alam.

Jawatankuasa pemilihan parti itu dianggotai 45 anggota. Lebih 1,000 perwakilan PAS dari 176 kawasan akan memeriahkan muktamarnya ke-55, khususnya menentukan calon nombor dua parti yang dianggap persaingan aliran pro-muqabalah dengan pro-Pakatan Rakyat. ( SUMBER : www.malaysiakini.com )

Sunday, May 24, 2009

FUTSAL MAHABBAH BERJAYA HUBUNGKAN UKHUWWAH PEMUDA -PEMUDA

Pagi ini (24 /5/ 2009) Dewan pemuda Pas Kawasan Kuantan, Paya Besar dan Indera Mahkota berjaya mengadakan perlawanan futsal persahabatan di dewan futsal Kg Tiram, Indera Mahkota. Sebanyak enam tem pemuda berjaya dikumpulkan Perlawanan ini julung-julung kalinya diadakan demi untuk mengukuhkan hubungan silaturrahim diantara pemuda-pemuda kawasan.
Selain itu, perbincangan disetiap lujnah juga diadakan, untuk merangka program dan gerakkerja bersama memandangkan ketiga-tiga kawasan tersebut bersebelahan. Program Futsal Mahabbah ini telah dirasmikan oleh Al-Fadhil Ust Rosli Abdul Jabbar selaku Ydp Pas Kawasan Kuantan.
Saya mewakili pemuda Pas Kawasan Kuantan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kawasan Paya Besar dan Indera Mahkota yang memberikan kerjasama yang cukup baik untuk menjayakan program ini
Ust Rosli Abdul Jabbar sedang menyampaikan ucapan perasmian
Futsal Mahabbah
Fadhli Ibrahim mewakili pemuda Kuantan mengambil
hadiah.

Ust. Tarmizi Yahya, ketua pemuda Paya Besar sedang menerima hadiah dari perasmi

wakil dari Indera Mahkota sedang menerima hadiah dari Ust Rosli

Melepaskan lelah selepas bermain

Perlawanan sedang berlangsung

Wednesday, May 20, 2009

BESAR DAN BERATNYA TANGGUNGJAWAB ULAMA' YANG PERLU DIGALAS


Syaitan dari kalangan jin dan manusia sangat gembira apabila kehidupan manusia tidak ditunjuk ajar oleh ulama’.Kerana mereka boleh meyesatkan manusia dari seluruh sudut kehidupan mereka.

Sebab itu ulama’ diibaratkan sebagai lampu yang bersinar menyuluh kegelapan yang melanda planet bumi ini. Di bumi mereka laksana bintang dilangit yang menjadi petunjuk kepada kegelapan didarat dan dilautan. Allahu Akbar….Sungguh besar peranan ulama yang menjadi pewaris kepada Nabi-nabi dalam kehidupan dunia ini

- Rasulullah SAW umpamakan para ulama’ sebagai kompas kepada manusia di muka bumi ini. Sabda Nabi SAW :
أن مثل العلماء فى الأرض كمثل النجوم فى السماء يهتدى بها فى ظلمات البرِّ والبحر فإذا طمست النجوم أوشك أن تضلَّ الهداة
Maksudnya: Sesungguhnya perumpamaan ulama’ dimuka bumi laksana bintang dilangit yang menjadi pedoman didalam kegelapan didarat dan dilaut. Maka apabila bintang telah gelap maka hampirlah juru petunjuk itu sesat. (H.R Ahmad)

- Rasulullah SAW membuat perbandingan diantara keistimewaan ulama dengan orang yang kuat beribadah.Sabda Nabi SAW:
وأن العالم ليستغفرله من فى السموات ومن فى الأرض حتَّى الحيتان فى الماء وفضل العالم على العابد كفضل القمر على سائر الكواكب ان العلماء ورثة الأنبياء
Maksudnya: Sesungguhnya orang alim (ulama’) itu, diminta ampunkan (dosanya)oleh sesiapa yang dibumi dan di langit sehingga didalam air dan kelebihan orang alim (ulama’) keatas orang yang beribadat seperti kelebihan bulan diatas segala bintang-bintang. Sesungguhnya ulama’ itu adalah pewaris para nabi. (H.R Abu Dawud dan At-Tarmizi).

- Rasulullah SAW menyebut tentang tanggungjawab yang begitu berat untuk mereka berhadapan dengan pemerintah. Sabda Nabi SAW:
من رأى سلطانا جائرا مستحلَّا لحرم الله ناكثا لعهد الله مخالفا لسنَّة رسول الله يعلم فى عباد الله بالإثم والعدوان فلم يغَيِّر بقول ولا فعل كان حقَّا على الله أن يدخله مدخله
Maksudnya: 'Barangsiapa yang melihat seorang penguasa zalim yang menghalalkan apa yang telah diharamkan Allah, melanggar perjanjian Allah, menentang sunah Rasulullah, dan berbuat dosa dan permusuhan terhadap hamba-hamba Allah, lalu dia tidak berusaha untuk merubahnya dengan perkataan dan perbuatan, maka Allah berhak untuk memasukkannya ke dalam tempat masuk penguasa zalim tersebut

Tugas para pewaris nabi-nabi ini terlalu berat untuk mereka pikul keseorangan, (tugas dakwah, tarbiyyah dan berpolitik), maka yang lain perlulah membantu para ulama’ untuk melicinkan perjalanan gerak kerja amal islami ini.Alangkah manisnya jika jemaah kita pada hari ini bersikap demikian.

Monday, May 18, 2009

ISU POLITIK WANG DALAM PAS TIDAK BENAR - UST MOHD DAUD

http://www.buletinonline.net/

DUNGUN – Isu politik sogokan atau membeli undi dengan ‘jamuan dan T-Shirt’ sebagaimana yang di gembar-gemburkan adalah laporan pihak media yang tidak benar.Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat, Dato’ Muhammad Daud al-Iraqi menafikan beliau ada membuat membuat kenyataan tentang wujudnya perkara tersebut.
Katanya kenyataan beliau hanya berbentuk ‘nasihat’ serta peringatan agar tidak berlaku kejadian seumpama itu dalam PAS. “Saya tidak buat kenyataan. Saya tidak pernah membuat kenyataan bahawa ada sogokan wang, ‘tak dok’ (tiada), saya tidak buat kenyataan.

“Cuma, saya telah menasihatkan kawan-kawan dalam Ulama’ jangan jadi ada seperti bagi baju atau bagi apa-apa dalam masa pemilihan menjelang Muktamar Tahunan PAS akan datang,” jelasnya ketika merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Ulama’ disini.Menurutnya, aktiviti kurang sihat itu amat tidak wajar diamalkan terutama dalam kepimpinan Ulama’ PAS yang merupakan tunggak, contoh dan tauladan kepada rakyat yang dibawahnya.
“Kita (PAS) minta jika ada ‘hentikan’ dan jika tidak ada tinggalkanlah. Ulama’ ini merupakan sebagai tunggak, contoh dan tauladan kepada rakyat,” ujarnya.Dato’ Muhammad juga menjelaskan, pihaknya tidak menerima sebarang bentuk laporan atau aduan tentang wujudnya gejala tersebut.“Laporan atau aduan tidak ada cuma laporan surat khabar (media) tulis macam itu.
Saya hanya beri peringatan sahaja dan saya tidak buat kenyataan akhbar seperti orang lain,” jelasnya terhadap kekeliruan tentang isu tersebut.Beliau yang menarik diri serta enggan mempertahankan jawatan Ketua Ulama’ PAS Pusat menjelaskan bahawa kepimpinan Ulama’ diteruskan.
Katanya, Majlis Syura Ulama’ PAS telah membuat keputusan bahawa jawatan nombor satu dan dua dalam kepimpinan parti adalah ulama’ dan terserah kepada para perwakilan di muktamar, Jun ini.Turut hadir sama pada majlis tersebut Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Haji Yahya Ali dan Ketua Dewan Ulama’ PAS Terengganu, Dato’ Husin Awang.

PDRM DAN MARUAH YANG MAKIN TERCALAR


Polis Di Raja Malaysia (PDRM) adalah satu pasukan yang sangat disegani oleh masyarakat pada satu ketika dahulu. Orang-orang kampung bangga sekiranya orang sekampungnya menjawat jawatan polis atau askar.Bahkan itulah kebanyakannya cita-cita pelajar sekolah rendah apabila ditanya oleh guru-guru mereka.

Tapi selepas zaman Reformasi, anggota polis tidak lagi dihormati, kredibilitinya hilang dimata rakyat sampai ke saat ini sehinggakan polis tidak lagi disegani dan ditakuti.

Apa yang saya nak tulis pada kali ini ialah tentang pendedahan yang telah dibuat oleh majalah Mastika bil 815.Bulan Mei.Antara tajuk didalamnya ialah : “Dahsyat betul cerita mereka ini,tapi…” yang ditulis oleh :Khairul Anwar Yusop.

Diantara perenggan cerita tersebut ialah:
Dalam sekatan itu, menurut Kak Liza, keretanya turut ditahan. Kemudian datang seorang anggota polis, lalu meminta kad pengenalan dan lesen memandu daripada suaminya. Setelah membelek kad pengenalan dan lesen memandu, anggota polis itu kemudiannya berjalan mengelilingi keretanya.”

“ Tiba-tiba polis itu memberi tahu lampu brek ketiga kereta kami tak berfungsi.Polis itu panggil suami akak keluar.Polis itu beritahu, dia nak saman.Jadi, suami akak pun tak kisahlah sebab itu memang salah kami,”dakwa kak liza.

Namun , setelah hampir sepuluh minit berlalu,saman masih belum dikeluarkan.Kak Liza dan suaminya mula menjadi musykil. Pembaca tahu sebabnya?” Rupa-rupanya, kak Liza mendakwa, anggota tersebut bukannya mahu menyaman sebaliknya dia berkata….”Kalau saya saman awak, awak kena bayar banyak.Tiga Ratus.Jadi baik kita settle kat sini saja.Kata anggota polis itu kepada suami Kak Liza.”

Dengan sebab beginilah institusi ini semakin lama semakin dibenci oleh rakyat. Bermula dengan kes rasuah lama kelamaan mereka akan berani melampaui kepada kes yang lain seperti baru-baru ini blog pahangdaily.blogspot.com telah mendedahkan bahawa ada anggota polis yang dituduh terlibat dalam kes rompakan secara berkumpulan.

Pendedahan majalah Mastika benar-benar memalukan institusi ini, sekiranya apa yang dilaporkan oleh Majalah ini benar, maka polis Malaysia setaraf dengan polis India yang dilakunkan dalam filem tamil sahaja.

PDRM perlu pandang serius apa yang didedahkan oleh majalah mastika sekiranya mahu kembalikan kegemilangan PDRM. Jangan sampai ada rakyat yang menyatakan polis dan rasuah seumpama kentut dengan tahi.

Saturday, May 16, 2009

YB DATO' SRI HJ ABDUL HADI AWANG KEKAL PRESIDEN



Yb Dato' Sri Tuanguru Hj Abdul Hadi Awang sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengemudi Pas Pusat setelah tidak ada calon yang layak untuk bertanding jawatan tersebut. Manakala jawatan yang lain dipertandingkan

Berikut adalah senarai nama-nama calon yang layak bertanding dalam Muktamar PAS akan datang.

PENGERUSI TETAP
1. Abu Kassim Abdullah
2. Hussain Ismail

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
1. Hussain Ismail
2. Ishak Surin
3. Misbahul Munir Masduki
4. Nasuruddin Daud
5. Tengku Puji Tengku Abd Hamid
6. Wan Abdul Rahim Abdullah

PRESIDEN1
. Abdul Hadi Awang

TIMBALAN PRESIDEN
1. Azizan Abdul Razak
2. Haron Din
3. Husam Musa
4. Mohamad Sabu
5. Nasharuddin Mat Isa

NAIB PRESIDEN
1. Ahmad Awang
2. Azizan Abd Razak
3. Mohamad Sabu
4. Harun Taib
5. Hassan Mohd Ali
6. Husam Musa
7. Idris Ahmad
8. Kamaruddin Jaffar
9. Mahfuz Omar
10. Mohd Amar Abdullah
11. Mujahid Yusuf Rawa
12. Nasharuddin Mat Isa
13. Nizar Jamaluddin
14. Salahuddin Ayob
15. Taib Azamuddin Md Taib
16. Tuan Ibrahim Tuan Man

AHLI JAWATANKUASA KERJA
1. Abdul Aziz Yaakob 2. Abdul Ghani Abdul Rahman
3. Abdul Ghani Shamsuddin 4. Abdul Halim Abdul Rahman 5. Abdul Wahab Ismail6. Abdul Wahid Endut 7. Abdul Rani Osman 8. Abu Bakar Chik 9. Adly Zahari 10. Ahmad Awang 11. Ahmad Rosli Ibrahim 12. Ahmad Yaakob 13. Ahmad Yunus Khairi 14. Aiman Athirah al-Jundi 15. Aminolhuda Hassan 16. Amiruddin Hamzah 17. Anuar Tan Abdullah 18. Asmuni Awi 19. Azizah Khatib Mat 20. Azizan Abdul Razak 21. Azman Shapawi 22. Che Rosli Che Mat 23. Dzulkifli Ahmad 24. Halimah Ali 25. Hamzah Abdullah 26. Hamzah Jaffar 27. Harun Taib 28. Hasan @ Abd Rahman Abd Razak 29. Hassan Mohd Ali 30. Hashim Jasin 31. Hayati Othman 32. Husam Musa 33. Idris ahmad 34. Iskandar Abdul Samad 35. Kamaruddin Jaffar 36. Khairuddin Abdul Malik 37. Khalid Samad 38. Khalil Idham Lim 39. Lo'Lo' Mohd Ghazali 40. Mahfodz Mohamed 41. Mahfuz Omar 42. Mazlan Aliman 43. Mariam Abdul Rashid 44. Misbahul Munir Masduki 45. Mohamad Sabu 46. Mohamad Noor Mohamad 47. Mohamed Hanipa Maidin 48. Mohd Amar Abdullah 49. Mohd Anuar Tahir 50. Mohd Apandi Mohamed 51. Mohd Hatta Ramli 52. Mohd Nasir Mustapha 53. Mohd Taufek Abdul Ghani 54. Mohd Yusof Husin 55. Mujahid Yusuf Rawa 56. Mumtaz Md Nawi 57. Nasharuddin Mat Isa 58. Nasrudin Hassan Thantawi 59. Nasuruddin Daud 60. Nik Abduh Nik Aziz 61. Nik Mazian Nik Mohamad 62. Nik Mohd Zawawi Salleh 63. Nizar Jamaluddin 64. Norazli Musa 65. Nuridah Mohd Salleh 66. Omar Mohamad 67. Othman Sabran 68. Phahrolrazi Mohd Zawawi 69. Rosli Yaakob 70. Sabki Yusof 71. Salahuddin Ayob 72. Sallehen Mukhyi 73. Shaari Sungib 74. Shafie Abu Bakar 75. Siti Mariah Mahmud 76. Siti Zailah Yusuf 77. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi 78. Taib Azamuddin Md Taib 79. Takiyuddin Hassan 80. Tuan Ibrahim Tuan Man 81. Wan Abdul Mutalib Embong 82. Wan Abdul Rahim Wan Abdullah 83. Wan Hasrina Wan Hassan 84. Yusof Embong 85. Zulkefly Mohamad Omar 86. Zulkifli Ahmad

PEMERIKSA KIRA-KIRA
1. Ali Maidin
2. Ishak Surin
3. Khalid Samad
4. Khalil Idham Lim
5. Mohd Rashidi Hassan
6. Mohd Taulan Rasul
7. Musanif Abd Rahman
8. Muzammil Hafizd
9. Syed Mohamed Syed Hassan_

Thursday, May 14, 2009

ISLAM DAN JAWATAN


ISLAM DAN JAWATAN
Islam mengajar kepada penganutnya supaya tidak menuntut jawatan untuk kepentingan dirinya.Apabila diberikan jawatan, sedangkan dirinya tidak mampu untuk melaksanakannya, maka muslim itu tidak boleh menerimanya melainkan apabila majority ramai telah menentukan kepadanya.maka wajiblah muslim itu melaksanakan tugas yang diserahkan kepadanya.

Apabila si muslim yang diberikan jawatan tadi terlewat atau lambat dalam melaksanakan tugas maka dia perlu dibantu.Sekiranya dia melaksanakan tugas yang telah diserahkan kepadanya maka ia mendapat ganjaran.

Firman Allah SWT:
تلك الدار الاخرة نجعلها للذين لا يريدون علوا فى الارض ولا فسادا والعاقبة للمتقين
Maksudnya: Negeri akhirat (yang telah diterangkan nikmat-nikmatnya) itu, Kami sediakan bagi orang-orang Yang tidak bertujuan hendak mendapat pengaruh atau kelebihan di muka bumi dan tidak ingat hendak melakukan kerosakan; dan kesudahan Yang baik adalah bagi orang-orang Yang bertaqwa.( Al-Qashsas 83 ).

JAWATAN DAN TANGGUNGJAWAB
- Sabda Nabi SAW:
عن عبد الرحمن بن سمرة عن رسول الله صلى الله عليه وسلم " يا عبد الرحمن لا تسأل الإمارة فإنَّك إن أوتيتها عن مسألة وكلت إليها وإن أعطيتها من غير مسألة أعنت عليها
Maksudnya: Daripada Abdul Rahman bin Samrah, daripada Nabi SAW “Wahai ‘Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau ditinggalkan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu.

- Sabda Nabi SAW:
عن أبى موسى قال: دخلت على النبى صلى الله عليه وسلم أنا ورجلان من بني عمي فقال أحدهما: يا رسول الله أمرنا على بعض ما ولاك الله, وقال الأخر مثل ذلك فقال عليه الصلاة والسلام "إنَّا والله لا نولِّى هذا العمل أحدا سأله أو أحدا حرص عليه
Maksudnya :Aku menemui Nabi saw. bersama dua orang lelaki anak pamanku. Seorang dari keduanya berkata: Wahai Rasulullah, angkatlah kami sebagai pemimpin atas sebagian wilayah kekuasaanmu yang telah diberikan Allah azza wa jalla! Yang satu lagi juga berkata seperti itu. Lalu Rasulullah saw. bersabda: Demi Allah, kami tidak akan mengangkat seorang pun yang meminta sebagai pemimpin atas tugas ini dan tidak juga seorang yang berambisi memperolehnya .

- Sabda Nabi SAW :
عن أبى ذرّ قال: قلت يا رسول الله ألا تستعملنى فضرب بيده على منكبي ثم قال: " يا أبا ذرإنك ضعيف وإنها أمانة وإنها يوم القيامة خزي وندامة إلا من أخذها بحقها وأدّى الذي عليه فيها.
Maksudnya: Daripada Abu Zar katanya: Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Tidakkah mahu engkau melantikku?”. Baginda menepuk bahuku dan bersabda: “Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya."

Apabila seseorang itu menghendaki sesuatu jawatan, sedangkan dirinya tidak layak untuk jawatan tersebut, maka dia berdosa dan apabila seseorang itu menolak sesuatu jawatan sedangkan ia mampu untuk memikulnya maka ia berdosa kerana menolaknya.

Sabda Nabi SAW:
من استعمل رجلا على عصابة وفيهم من هو أرضى لله منه فقد خان الله ورسوله
والمؤمنين
Maksudnya: Sesiapa yang melantik seseorang lelaki keatas sesuatu kumpulan, sedangkan ada dikalangan mereka orang lain yang lebih diredhai Allah maka dia sudah mengkhianati Allah dan rasulnya dan orang-orang yang beriman.

Sabda Nabi SAW ini amat tegas bahawa mestilah dilantik atau dipilih orang yang paling diredhai Allah mengikut ukuran agama, bukan disukai orang ramai dan sebagainya.

Wassalam.
150520090234pm

Monday, May 11, 2009

DPP PAHANG DAPAT KETUA BARU


Dewan Pemuda Pas Negeri Pahang telah mengadakan Muktamar Agungnya kali yang ke - 27 di Kompleks Imam As-Syafei, Temin, Jerantut pada 10 Mei 2009. Muktamar itu telah dirasmikan oleh Sdr Suhaizan Kaiat ( Ketua Penerangan DPP Pusat ).

DPP diperingkat kawasan sebulat suara menobatkan Ust Suhaimi Md Saad sebagai ketua dewan itu, manakala Ust Shahril Azman Abdul Halim ( Ketua DPP Kuala Krau ) telah dilantik sebagai timbalan DPP dan Sdr Abdullah Karim ( Ketua Penerangan DPP Pahang ) sebagai Naib Ketua.

Dewan Pemuda Pas Pahang juga telah memilih Ust Nasruddin Hj Hassan Tantawi sebagai Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Sdr Subky Mohd Yusuf sebagai timbalan ketua dan Ust Nik Abduh Dato' Nik Abdul Aziz sebagai Naib Ketua.
Sdr Maslidi Desa, perwakilan daripada Jerantut telah membentangkan usul tergempar supaya Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man kekal sebagai Pesuruhjaya Pas Pahang pada sessi akan datang.
DI SEKITAR MUKTAMAR PEMUDA NEGERI DI TEMIN JERANTUT
EXCO DPP PAHANG DAN KETUA-KETUA DPP KAWASAN BERGAMBAR
DI ATAS PENTAS

DIANTARA PERWAKILAN YANG HADIR KE MUKTAMAR DPP PAHANG

PENUTUP....MUKTAMAR DITUTUP DENGAN BACAAN DOA WEHDAH

U.SUHAIMI MD SAAD BERGAMBAR DENGAN SDR SUHAIZAN KAIAT ( KETUA PENERANGAN DPP PUSAT ) DAN UST NAZRI CHIK ( EXCO DPP PUSAT) SEBAGAI PEMERHATI.

SPEAKER...UST ROSLI JABBAR MENANG MEMPERTAHANKAN KERUSI PENGERUSI TETAP DPP PAHANG

Friday, May 1, 2009

SELAMAT TINGGAL JERANTUT......TAPI UKHUWWAH KITA TETAP UTUH

MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA PERASMI
MESYUARAT AGUNG DPPK JERANTUT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Jerantut telah menyelesaikan mesyuarat agungnya pada 25 April 2009 lalu di bilik mesyuarat Kompleks Imam As-Syafei ,KIAS Jerantut. dengan itu tamatlah tugas saya sebagai Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Jerantut pada tahun ini.

Sayu dan sebak hati ini...tuhan sahaja yang mengetahui.Bayangkanlah selama dua penggal berturut-turut saya menerajui dewan itu, pelbagai ragam anak buah yang terpaksa dihadapi, pelbagai kepahitan yang kami lalui bersama. Segala masalah kami selesaikan bersama termasuk masalah peribadi. Kami bagaikan adik beradik sekalipun saya tinggal di kuantan.

Walaupun jarak kami jauh, tapi hati kami dekat...habis sahaja minggu ini, rasanya tak sabar-sabar untuk menunggu minggu hadapan untuk bertemu kembali. Begitulah keadaannya sehingga ke saat ini. Apa yang lebih mengharukan saya ialah sikap As-sam'u Wat Ta'ah yang ditunjukkan oleh exco-exco cukup baik. Saya ucapkan Syukran Jazilan kepada semua exco-exco yang telah bekerja bersama saya untuk PAS Kawasan Jerantut.

Kini saya menerajui kepimpinan PAS Kawasan Kuantan, diharap kepada sahabat-sahabat doakanlah semoga saya berjaya mendaulatkan agenda jemaah bersama-sama sahabat di Kuantan ini.

Diantara Secebis gambar bersama kami....


Kami berhimpun bersama-sama pada kali terakhir.Hari keluarga ini telah
dirasmikan oleh orang lama dalam Pas iaitu Abdul Aziz Ahmad
Sedang membina istana pasir.....salah satu slot dalam hari keluarga
Walaupun bukan Ajk ...tetap hadir sebagai kawan

Sdr Nazri sedang memanggang sotong dan udang di Tanjung Gelang
Resort.Program ini ialah hari keluarga DPP Kawasan Jerantut pada 18-19 April lalu.
Bersama Ridhwan di Bukit Gantang

Amal Jerantut bergambar setelah membersih masjid Kg Nyak
yang dilanda banjir
Sekalipun jauh....tetap bersama memberi semangat kepada sahabat
seperjuangan
Sokongan sahabat...bergambar dihadapan balai polis Travel sempena mengambil
barang kes.