Sunday, June 28, 2009

TUANGURU MAT SEDAWA (BUKIT AJYAD) MEKKAH MENINGGAL DUNIA...DUNIA HAMPIR PENGHUJUNGNYA.

Seorang ulama besar Patani yg dikenali dengan Tuan Guru Mat Sedawa atau Baba Mat Sedawa telah kembali ke Rahmatullah pada malam tadi iaitu malam Jumaat, 4 Rejab 1430 Hijrah bersamaan 26 Jun 2009. Baba Mat Sedawa merupakan tenaga pengajar di atas Jabal Ajyad berdekatan dengan Masjidil Haram. Kebanyakan pelajar yg pernah belajar di Bukit Ajyad, Mekah sudah tentu mengenali beliau.

Baba Mat Sedawa rahimahullah (kiri) dan Baba Sin Surat rahimahullah (kanan). Kredit untuk bishrulhafi.blogspot.com

Sumber dari Mekah melaporkan beliau meninggal dalam keadaan yg amat baik. Bahkan pada pagi hari Khamis, beliau masih lagi mengajar dan menyampaikan ilmu kepada pelajar-pelajarnya.

Jenazah mulia Baba Mat Sedawa telah disolatkan selepas solat Jumaat tadi. Betapa beruntungnya beliau. Sesungguhnya Allah telah memilih beliau untuk kembali menemuiNya di tempat yg mulia iaitu di Tanah Suci Mekah, pada malam Jumaat yg mulia dan pada bulan Rejab yg mulia iaitu salah satu daripada 4 bulan haram.Kita doakan agar Allah mencucuri rahmat ke atas ruh beliau. Mudah-mudahan ruh beliau ditempatkan bersama para anbiya' dan syuhada'. . Amiiinnn...

Al-Fatihah!
Dari kanan, Baba Sin Surat rahimahullah, Baba Mat Sedawa rahimahullah dan Baba Soh Paku hafizohullah (semoga Allah memanjangkan umurnya)Baru-baru ini kita telah dikejutkan oleh pemergian Baba Sin Surat rahimahullah, ulama besar dari Patani yg juga mengajar di Bukit Ajyad. Biodata Baba Sin boleh dibaca di sini. Begitu juga dengan pemergian seorang tokoh gerakan Islam, Syeikh Fathi Yakan rahimahullah. Satu demi satu ruh para ulama dicabut oleh Allah sebagai tanda Allah ingin mencabut ilmu daripada masyarakat.p/s: Berita kematian ini telah disahkan oleh Ustaz Sufian, pelajar Malaysia di Bukit Ajyad, Mekah. Sumber dari( www.lamanulama.blogspot.com )

KEPIMPINAN PEMUDA PAS NEGERI PAHANG SESI 2009 - 2011


UST SUHAIMI MD SAAD
(KETUA PEMUDA)
KETUA LAJNAH POLITIK & PILIHANRAYA

UST SHAHRIL AZMAN ABDUL HALIM
(TIMB. KETUA)
LAJNAH KEBAJIKAN

ABDULLAH KARIM
(NAIB KETUA)
PENGARAH JABATAN UNDANG-UNDANG &
HAK ASASI MANUSIA

UST JUNAIDI ISHAK
(SETIAUSAHA)

MASLAN ARDI ABU SAMAH
(PENOLONG SETIAUSAHA 1)

UST ROSLAN KASSIM
(PENOLONG SETIAUSAHA 2)

UST TARMIZI YAHYA
(PENOLONG SETIAUSAHA 3)

JOHARI ABDUL WAHID
(BENDAHARI)

FADHLI MOHD RAMLY
(KETUA PENERANGAN)

UST AZMIL SAIFUDDIN
(KETUA LAJNAH TARBIYYAH)

UST FADHLI IBRAHIM
(KETUA LAJNAH PENERANGAN)

MASLIZI DESA
(KETUA LAJNAH PERPADAUAN ANTARA KAUM)

MUTACOHIRI LUDIN
( PENGARAH DACK)

UST SHARUDDIN MUHAMMAD
(JABATAN AMAL)

UST FADHIL NOR ABDUL KARIM
(KETUA LAJNAH PENEROKA, PETANI &NELAYAN)

AHLI JAWATANKUASA:
UST NAZRI AHMAD (ROMPIN)
AKMAL ALIASAK (PAYA BESAR)
UST JAUHARI ISHAK(TEMERLOH)
KHAIRUL FATAH A’LA(BENTONG)
UST KAMARUL SHUIB (BERA)
YUSRI ISMAIL (INDERA MAHKOTA)
MOHD KHAIRY ABDULLAH (KUALA KRAU)
AHMAD BADRI DAUD (TEMERLOH)
SHAHRUL MUHAMMAD (BERA)

Saturday, June 27, 2009

SAF KEPIMPINAN DEWAN ULAMA' PAS PAHANG SESSI 2009-2011

DEWAN HARIAN ULAMA' PAS NEGERI PAHANG :
UST ABU KASIM MANAF
UST MOKHTAR SENIK
UST NAFIRI AHMAD TOAZI
UST NAJMI ABDUL RAHIM
UST JAUHARI ISHAK

LAJNAH-LAJNAH :
UST HJ ABU KASIM MANAF(KETUA)
LAJNAH POLITIK & PILIHANRAYA

UST MOKHTAR SENIK (TIMBALAN)
KETUA LAJNAH TARBIYYAH

UST NAFIRI AHMAD TOAZI
KETUA LAJNAH PENERANGAN & DAKWAH

UST NAJMI ABDUL RAHIM
SETIAUSAHA

UST ZAKARIA OMAR
PENOLONG SETIAUSAHA

UST JAUHARI ISHAK
BENDAHARI /KETUA LAJNAH EKONOMI

UST GHALIB HITAM
KETUA LAJNAH ULAMA’MUDA

UST ZAKARIA DHE
KETUA LAJNAH KEBAJIKAN

UST FADHLI IBRAHIM
KETUA LAJNAH I.C.T

AHLI JAWATANKUASA
UST AHMAD BADAWI ABDULLAH,UST KHAIRUL AZMI ISMAIL,UST SUKRI HJ AHMAD
UST ZAKARIA KHAMIS,SDR YUSLIDDY MUSA.

AHLI JAWATANKUASA TAMBAHAN:
UST CHE ZUHAR CHE HARUN, UST HOD ABDUL RAHMAN,UST YUSUF SULONG, UST MUSTAFFA YUSUF, UST KARIM NOOR DAN UST ZURAIDIN MD DARUS

Thursday, June 25, 2009

APABILA TOK GURU NIK AZIZ SAMAKAN UMNO DENGAN KOMUNIS


Pemuda Umno Kelantan membuat aduan polis berhubung satu kenyataan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyamakan Umno dengan ajaran sesat dan juga komunis.Kenyataannya, yang juga mursyidul am PAS, didakwa berbaur hasutan dan boleh mewujudkan ketegangan dalam kalangan rakyat, lapor Bernama.

Saya menyokong penuh dengan apa yang dinyatakan oleh YAB Tuanguru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan itu, kerana Umno dan Komunis kedua-duanya sesat tidak diterima oleh Allah SWT.Ini kerana YAB Tuanguru melihat melalui kacamata Al-Quran itu sendiri.

Walau bagaimana pun kepimpinan pemuda Umno Kelantan melihat kenyataan Tuanguru ini dari sudut logik akal semata-mata.Sebab itulah pemuda Umno melontarkan pertanyaan didalam Malaysiakini.com “Berapa ramaikah yang telah dibunuh dan diperkosa oleh Umno sejak penubuhannya.”Apabila dikaitkan dengan komunis,maka mereka nampak keganasan jenayah bunuh dan rogol sahaja.

Apa yang dimaksudkan oleh Tuanguru ialah sesat dari kacamata Al-Quran sebagaimana firmannya :
ومن يبتغ غير الإسلم دينا فلن يقبل منه وهو فى الأخرة من الخاسرين
Maksudnya : Dan sesiapa yang mencari selain daripada islam sebagai cara hidupnya maka ia tidak diterima dan diakhirat kelak dia termasuk dikalangan orang-orang yang rugi.( Ali-Imran 85 )

Firman Allah SWT:
وما كان لمؤمن ولا مؤمنة إذا قضى الله ورسوله أن يكون لهم الخيرة
من أمرهم ومن يعص الله ورسوله فقد ضل ضللا مبينا
Maksudnya: Dan tidaklah harus bagi orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. dan sesiapa Yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka Sesungguhnya ia telah sesat Dengan kesesatan Yang jelas nyata.(Al-Ahzab 36)

Ayat yang pertama Allah menyatakan orang yang mencari selain dari islam,samada komunis, secular dan apa-apa sahaja fahaman maka ia tidak diterima oleh Allah SWT termasuk Umno yang menganuti ajaran secular juga tidak diterima oleh Allah.

Ayat yang kedua Allah nyatakan bahawa orang yang memilih sesuatu perkara tidak berdasarkan kehendak Allah dan rasul, mereka adalah orang-orang sesat.Jadi,komunis cara hidupnya berlainan dengan cara hidup Al-quran,maka fahaman itu sesat.

manakala Umno pulak masih lagi tidak mengharamkan apa yang Allah haramkan seperti judi dan kilang arak masih wujud di Negara kita, sedangkan mereka mempunyai kuasa mentadbir Negara ini. Ini bermakna mereka ada cara tersendiri untuk memerintah selain dari cara yang Allah gariskan maka cara ini adalah sesat.Oleh itu tepatlah apa yang Tokguru sebut bahawa UMNO sama dengan Komunis

Wednesday, June 24, 2009

H1N1 DAN MASYARAKAT BABI - SIRI 1


Malaysiakini.com melaporkan bahawa setakat ini 80 kes H1N1 telah merebak ke Negara kita.Virus ini juga disebut sebagai selsema babi.Tidakkah saudara-saudara sekelian terfikir kemanakah virus ini akan melanda? Jawabnya virus ini akan melanda ke Negara yang mempunyai masyarakat babi.Kerana masyarakat yang beriman akan dilimpahkan keberkatan kepada mereka.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN MASYARAKAT BABI ?
Firman Allah SWT:
قل هل أنبئكم بشرٍّ من ذلك مثوبة عند الله من لّعنه الله وغضب عليه وجعل منهم القردة
والخنازير وعبد الطغوت أولئك شرّ مكانا وأضلّ عن سواء السبيل
Maksudnya: Katakanlah: "Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu tentang Yang lebih buruk balasannya di sisi Allah daripada Yang demikian itu? ialah orang-orang Yang dilaknat oleh Allah dan dimurkaiNya, dan orang-orang Yang dijadikan di antara mereka sebagai kera dan babi, dan penyembah Taghut. mereka Inilah Yang lebih buruk kedudukannya dan Yang lebih sesat dari jalan Yang betul".( Al-Ma’idah 60 ).

PANDANGAN ULAMA’ ULAMA’ TAFSIR TENTANG AYAT INI.

1. Sheikh Dr Wahbah Az-Zuhaily

Ayat ini diturunkan disebabkan sikap golongan yahudi di Madinah yang mempersenda-sendakan orang-orang islam, semata-mata kerana mereka beriman kepada Allah dan rasulnya dan juga rasul-rasul sebelumnya.Mereka menganggap agama islam adalah agama yang jahat.

Allah SWT menempelak golongan yahudi ini dengan mengemukakan kisah masyarakat yahudi dizaman silam,yang telah dilaknat dan dimurkai oleh Allah SWT, kerana masyarakat mereka sebenarnya adalah masyarakat yang jahat.Bukan sahaja Allah SWT menukar kejadian mereka menjadi babi dan kera malah menjadikan sebahagian dari mereka menyembah taghut iaitu sesuatu yang lain daripada Allah SWT.

2. Dr Muhammad Mahmud Hijazi

Ketika mentafsirkan ayat 60 dari surah Al-Maidah, Dr Mahmud menjelaskan orang-orang yahudi suka mengejek-ngejek agama islam dengan menganggap agama islam agama yang buruk.Al-Quran menjelaskan akibat yang dialami oleh masyarakat yahudi terdahulu.Ada diantara mereka yang ditukar menjadi kera dan babi.Mereka ini sebenarnya lebih buruk dan lebih menyeleweng dari jalan yang benar.

3. Imam Fakhrur Razi

Ketika mengulas ayat 60 dari surah Al-Maidah, Imam Fakhrur Razi menjelaskan Allah menerangkan beberapa sifat golongan yahudi.Mereka dilaknat oleh Allah SWT dan dimurkai olehnya. Allah juga menjadikan mereka kera-kera dan babi-babi dan menyembah taghut.

Ahli tafsir menyatakan yang menjadi kera ialah golongan yang menangkap ikan pada hari sabtu, manakala yang menjadi babi pula ialah golongan kufur kepada Nabi Allah Isa A.s setelah mereka memperolehi hidangan daripada langit. Diriwayatkan juga golongan yang menangkap ikan pada hari sabtu diubah kepada dua rupa bentuk.Pertama dalam bentuk kera bagi remaja dan rupa bentuk babi bagi golongan tua.

4. Imam Al-Buruswi

Penduduk Bandar Ailah yang berjumlah lebih 70,000 orang berpecah menjadi 3 golongan.Satu golongan mengambil sikap tidak melibatkan diri dengan golongan yang melanggar perintah Allah itu, malah mereka melarang golongan tersebut dari menangkap ikan pada hari sabtu.

Golongan kedua mengambil sikap tidak melibatkan diri dan tidak pula mencegah golongan lain berbuat demikian.Manakala golongan yang ketiga melanggar secara terang-terangan larangan menangkap ikan pada hari sabtu.Golongan yang menegah berjumlah 12,000 orang.

Oleh kerana golongan yang ketiga tidak mendengar dan mematuhi larangan golongan yang pertama, Allah SWT menukar mereka serta merta menjadi kera yang hina dina.

Nabi Daud A.s melaknat mereka,manakala Allah SWT memurkai mereka kerana sikap mereka yang berterusan melakukan maksiat.Kesemua golongan yang durhaka itu bertukar bentuk menjadi binatang pada satu malam sahaja.Apabila keesokan harinya golongan yang menegah meninjau ke kawasan golongan yang menderhaka, tiba-tiba mereka dapati para remaja mereka telah menjadi kera manakala orang-orang tua mereka pula menjadi babi dengan ekor-ekor masing-masing melibas ke sana dan ke mari.

Kera-kera tadi mengenal keturunan mereka dari kalangan manusia,tetapi manusia tidak dapat mengenali mereka.Kera-kera itu mendekati keturunan mereka daripada kalangan manusia,sambil mencium pakaian mereka dan menangis.Apabila dikatakan kepada mereka “Bukankah kami telah melarang kamu dahulu dari menangkap ikan-ikan itu?”Binatang-binatang itu menganggukkan kepala, sambil air mata mereka mengalir ke pipi.

Ini menunjukkan walau rupa bentuk mereka berubah, namun mereka masih mempunyai daya kefahaman dan akal fikiran.Seterusnya Imam Sheikh Al-Buruswi menjelaskan bala ini adalah sebagai balasan keatas orang-orang yang tidak tahu menilai kebenaran dan ihsan ilahi kepadanya dan juga balasan orang yang mengkufuri nikmatnya.

Babi merupakan binatang yang suka memakan benda-benda kotor, kerana itu orang-orang yang suka memakan benda-benda kotor menurut kacamata syarak, akan bertukar hatinya menjadi hati yang kotor seperti hati babi juga.

BERSAMBUNG....

Tuesday, June 23, 2009

KERAJAAN PERPADUAN: SEGALA-GALANYA TELAH SELESAI







Bermasam durjalah golongan munafiq setelah saff kepimpinan PAS
kembali bertaut erat.Setiap inci perangkap yang mereka pasang,setiap patah perkataan yang di ungkapkan, setiap kali sidang media diadakan dan setiap pembohongan yang dilakukan masih lagi tidak mampu untuk menggoncang saff kepimpinan Parti Islam ini. Mereka merancang Allah SWT juga merancang, maka perancangan Allah SWTlah yang lebih baik.

Friday, June 19, 2009

MUHYIDDIN YASIN JUAL JAHILNYA DI KELANTAN


Hari ini Timbalan PM membuka pekung jahilnya di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok Kuala Krai apabila menyatakan bahawa “Sama ada rakyat mengundi Barisan Nasional (BN) atau pas, kedua-duanya pun membolehkan ummat islam di Negara masuk syurga.

Muhyiddin sebagai TPM perlu sedar bahawa ucapannya itu sebenarnya adalah racun untuk membunuh partinya sendiri Dengan ucapan beliau ini, mustahil dapat menarik undi penduduk setempat.Kerana di Kelantan majority rakyat-rakyatnya adalah mereka yang tahu membezakan halal, haram, syurga,neraka,baik,jahat dan sebagainya.

Sebenarnya pemimpin UMNO sudah kehabisan modal dan idea untuk ditawarkan kepada rakyat.Kerana menyamakan perjuangan PAS dengan UMNO bukan perkara baru bagi PAS,tahun 80 an dulupun inilah modal UMNO menyamakan PAS dengannya.

Macamana boleh masuk syurga sekiranya arak yang Allah haramkan itu pun masih diberi permit untuk dijual kepada rakyat.Macamana boleh masuk syurga sekiranya judi yang Allah haramkan itu telah diberikan kebenaran untuk beroperasi?, begitu juga dengan kelab-kelab malam yang tumbuh bagaikan cendawan diserata tempat. Sedangkan mereka mampu untuk mengubah segala-galanya kerana mereka punyai kuasa

. Ya kita tidak nafikan untuk memasuki syurga Allah SWT semuanya adalah rahmat dari Allah SWT.Tetapi sikap pimpinan BN sedikit pun tidak menunjukkan mereka berusaha untuk meraih rahmat dari Allah SWT bahkan bercanggah dengan kehendak dan aturan Allah SWT.

Allah SWT menyebut bahawa nerakalah bagi orang-orang yang menyanggahi hukum dan peraturannya. Firman Allah SWT :
ألم يعلموا أنه من يحادد الله ورسوله فأن له نار جهنّم خالدا فيها
ذلك الخزي العظيم
Maksudnya: Tidakkah mereka mengetahui bahawa sesiapa yang menentang (Perintah-perintah Allah,membantah hukum-hukum) Allah dan rasulnya, maka sesungguhnya baginya neraka jahannam serta ia kekal didalamnya.Balasan yang demikian ialah kehinaan yang besar. (At-Taubah 63)

Jadi saya tak Nampak dimana mengundi UMNO yang berkuasa di Malaysia sekarang ini boleh masuk syurga.

Thursday, June 18, 2009

JEMAAH KITA SEDANG DIUJI...BERMUNAJATLAH KEPADA ALLAH

Pejuang-pejuang islam sekelian, jemaah kita sekarang berada dalam suasana fitnah yang amat membimbangkan.Samada ianya datang dari musuh tradisi kita atau dari kalangan kita sendiri.

Sekiranya fitnah ini datangnya dari musuh tradisi kita, kita tidak kisah kerana itulah kerja mereka siang dan malam untuk menghancurkan perjuangan suci ini. Tetapi kita tidak boleh menerima sekiranya fitnah ini adalah permainan yang dimainkan oleh sahabat seperjuangan kita,Alangkah pedihnya perasaan kita semua.....seolah-olah terasa ngilu kepedihan dilapah kulit oleh sebilah pisau yang tajam.

Saudara sekelian, sebagai ahli bawahan,untuk tidak mengeruhkan lagi suasana yang ada ini, sama-samalah kita berdoa kepada Allah SWT semoga gelombang fitnah ini reda dan kita terus dapat menumpukan usaha dakwah kita pada jalan Allah SWT.

Saudara, fitnah yang berlaku ini juga adalah salah satu ujian dari Allah SWT untuk menguji dan menapis siapakah pejuang-pejuang agamanya yang ikhlas.Sebagaimana firmannya :
أم حسبتم أن تدخلوا الجنّة ولمّا يأتكم مثل الذين من قبلكم مسّتهم البأساء والضرّاء وزلزلوا حتى يقول الرسول والذين أمنوا

معه متى نصر الله ألا إنّ نصر الله قريب
Maksudnya: Adakah patut kamu menyangka Bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti Yang telah berlaku kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang Yang beriman Yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" ketahuilah Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). (Al-Baqarah 214 ).

Firman Allah SWT :
أم حسبتم أن تدخلوا الجنّة ولما يعلم الله الذين جهدوا منكم ويعلم الصبرين
Maksudnya :Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh ) diantara kamu.dan belum nyata (wuudnya) oang-orang yang sabar dikalangan kamu.(Ali-Imran 142 )

Setelah digoncang dan diuji, maka mereka-mereka yang ghairah mahukan pangkat, harta benda dan jawatan pasti akan gugur.

Saudara sekalian, Setelah Allah SWT menggoncang dan menguji mereka yang memperjuangkan agamanya, maka zahirlah siapakah sebenarnya mereka-mereka yang ikhlas memperjuangkan agamanya, mereka yang tidak ikhlas gugur dalam medan perjuangan. Diwaktu itu perjuangan akan bertambah mantap dan kuat bilamana perjuangan itu tadi digoncang dan diuji.

Imam As-Syafei RahimahuLlah telah ditanya oleh seorang lelaki. “Manakah yang lebih afdhal kepada seseorang,bahawa ia mempunyai kekuatan atau ia diuji? Jawab Imam As-Syafei “Tidak ada kekuatan sehinggalah ia diuji, kerana Allah SWT telah menguji Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan Nabi Muhammad SAW ketikamana mereka itu sabar maka mereka medapat kekuatan.”

Justeru itu...sahabat-sahabat semua bersabarlah dengan isu yang melanda parti dan jemaah kita ini, jangan cepat melatah dan serahkanlah perkara ini kepada mereka yang layak menyelesaikannya.Jadikanlah ia suatu perkara yang akan mematangkan kita dalam perjuangan ini.

Tuesday, June 16, 2009

KELEMAHAN KERAJAAN PAHANG, DIMANA WAKIL RAKYAT PR ?

( Artikel ini adalah dari Sdr Fadhli Mohd Ramly,Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Negeri Pahang.Saya selaku timbalannya merasa terpanggil untuk bersama-sama beliau dalam persoalan yang telah dikemukakannya )

Pelbagai isu dan kelemahan yang amat ketara kerajaan Pahang hari ini. Bermula dari perakuan audit kewangan negeri yang bertaraf muflis sehinggalah kepada tindakan sivil Mahkamah terhadap kerajaan negeri dan batang tubuh Menteri Besar Pahang yang kemudiannya diikuti siri-siri saman yang mengheret Kerajaan Negeri ke Mahkamah, kesemuanya memperlihatkan keupayaan negeri yang semakin diragui. Terkini, Kerajaan Negeri mengalami defisit berlanjutan dan angka defisit bagi 2009 sahaja berjumlah RM98.61juta!.
Ia bukan sahaja menghakis integriti sebuah kerajaan, tetapi juga amat jijik dan memalukan bagi kerajaan yang mendakwa mampu membawa kemajuan kepada rakyat dalam setiap manifesto pilihanrayanya.

Negeri Pahang umum mengetahui ianya adalah sebuah negara terkaya hasil mahsul sumber buminya apatah lagi sebagai sebuah negeri yang mempunyai lokaliti terbesar di Semenanjung tanahair. Tetapi semua ini hanya tinggal kenangan. Hasil pembalakan kini hanyalah sekadar statistik “atas kertas” yang pada hakikatnya dirakusi oleh golongan tertentu. Buktinya Writ Saman dan Penghakiman RM30 juta yang meningkat kepada RM63juta oleh sebuah syarikat persendirian terhadap kerajaan negeri.

Hujah Menteri Besar mudah, syarikat kerdil (yang diistilahkan sebagai syarikat RM2) tidak perlu dilayan sedangkan Mahkamah Persekutuan mengarahkan bayaran dibuat oleh kerajaan Pahang kepada syarikat kerdil tersebut. Sikap biadap, angkuh dan celaka Menteri Besar Pahang ini bukan sahaja memalukan institusi kehakiman negara ini, tetapi juga merendahkan maruah beliau sebagai seorang insan.
Bandingkan pula kerajaan Pulau Pinang yang disaman oleh sebuah syarikat dimana kerajaan tersebut diarahkan membayar sebanyak RM15 juta dan kerajaan Pulau Pinang bersetuju membuat bayaran yang akan diluluskan dalam Belanjawan Negeri yang akan datang. Diikuti pula tindakan perlaksanaan (execution) berbentuk tindakan menyita terhadap anak syarikat Kerajaan negeri.

Begitu juga saya mewakili 12 orang pembeli projek perumahan di Taman Rompin Permai oleh sebuah anak syarikat Kerajaan negeri iaitu PASDEC Corporation Sdn Bhd. Terbaru, kerajaan negeri berhadap saman berjuta ringgit oleh sebuah syarikat.

Kerajaan negeri juga kini terbeban dengan isu rakyat seperti pemberian hakmilik tanah yang tidak pernah ada penyelesaian. Isu pembolotan tanah oleh golongan tertentu dimana rakyat bawahan tidak mempunyai tanah apatah lagi golongan belia kebanyakkannya tidak bertanah bertaraf tanah anugerah. Begitu juga penerokaan tanah haram oleh syarikat milik individu tertentu. Selain itu, hak pribumi orang asli pula semakin terhimpit dengan isu ketiadaan hakmilik tanah dan pencerobohan kawasan mereka, semuanya perlukan penyelesaian segera.

Dalam hal ini, saya ingin mengucapkan ribuan penghargaan terhadap wakil rakyat Pakatan Rakyat negeri Pahang yang membangkitkan sebahagian perkara ini di DUN Pahang. Walaubagaimanapun, pada hemat saya, prestasi wakil rakyat PR dalam mengetengahkan isu kelembapan kerajaan Pahang bukanlah sesuatu yang amat boleh dibanggakan. Artikel ini bukanlah merancang mencanangkan kelemahan ADUN-ADUN PR Pahang, tetapi tanggungjawab besar yang digalas oleh wakil-wakil rakyat alternatif ini harus melangkaui batasan lokaliti dan kondisi setempat. Bukanlah saya berniat, membuat perbandingan destruktif tetapi sekadar untuk membuat koreksi diri bahawa prestasi ADUN-ADUN Barisan Alternatif tahun 1999 adalah jauh lebih berkesan.

ADUN-ADUN BA bukan sahaja cemerlang di kawasan sendiri tetapi juga bertindak membongkar kebangsatan UMNO Pahang seperti isu pengundi hantu di Pekan dan salahguna kuasa kerajaan negeri. Nama-nama Dato’ Tuan Ibrahim, Allahyarham Abd Malek Yusof dan Iqbal Hamdi Rushdi mekar sebagi hero rakyat Pahang. Sidang Pahang (media rasmi PAS Pahang) amat laris bukan sahaja di Pahang tetapi juga di seluruh negara.

ADUN-ADUN PR kini mungkin kurang bersetuju dengan saya, atas alasan media tidak memberikan liputan meluas khidmat dan sumbangan mereka, tetapi kita boleh menghujahkan bahawa media alternatif milik parti sendiri pun tidak membuat liputan meluas ataupun mereka memang kurang melaksanakan aktivitil terhadap aktiviti mereka. Serangan terhadap kerajaan Pahang pula hanya dilancarkan oleh organ-organ parti seperti yang dilakukan PAS Pahang yang diketuai Dato’ Tuan Ibrahim mahupun pimpinan PKR dan DAP negeri dan bukanlah ADUN-ADUN PR yang menjadi barisan hadapan Pakatan Rakyat di Pahang.

Sekiranya kelemahan kerajaan ini berlaku di Amerika, Indonesia, India, Perancis, Jepun, China mahupun negara-negara lain, sudah tentulah kerajaan tersebut akan dikecam hebat oleh pembangkang dan satu mobilisasi rakyat akan digerakkan bagi memberikan pengajaran kepada kerajaan agar mereka berdisiplin dan tidak menyusahkan rakyat.

Komen saya ini ikhlas dan ingin melihat penghormatan, kepercayaan dan keyakinan rakyat berterusan kepada Pakatan Rakyat agar seterusnya Pakatan Rakyat memperolehi mandat untuk berkuasa di Pahang. Wakil-wakil rakyat PR harus membuat lebih “homework”, tubuhkan segera pasukan pemikir, dan mempunyai pembacaan yang berterusan berdasarkan fakta-fakta serta idea-idea yang jitu agar lebih berkesan. Ingat, semua itu memerlukan keberanian dan kecekalan untuk menumbangkan sebuah kerajaan zalim.

DEWAN PEMUDA PAS PUSAT SESSI 2009-2011

Ketua Pemuda PAS yang baru, Ustaz Nasrudin Hj Hasan telah mengumumkan keseluruhan barisan kepimpinan pemuda PAS pusat sesi 2009-2011 ketika sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut kira-kira pukul 11.00 pagi tadi.
Berikut merupakan senarai tersebut:

Ketua : Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
Timbalan Ketua : Ustaz Azman Shafawi Abd Rani
Naib Ketua : Ahmad Sabki Yusof

Setiausaha : Kamaruzaman Mohamad
Penolong Setiausaha : Khairul Faizi Ahmad Kamil
Bendahari : Mohd Adram Musa
Ketua Penerangan : Suhaizan Kaiat
Pengarah Pilihan Raya : YB Firdaus Jaafar

Ahli Jawatankuasa dipilih
1 Ustaz Riduan Mohd Nor
2 Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz
3 Ustaz Nazri Chik
4 YB Nasir Zakaria
5 Ustaz Kamal Shaari
6 Abdullah Karim
7 Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakub

Ahli Jawatankuasa dilantik
1 Zuraidin Abdullah
2 Sanusi Mohd Nor
3 Zamakhshari Muhammad
4 Anuar Ali
5 Yusainee Yahya
6 Mohd Sani Hamzan
7 Wan Sukhairi Abdullah
8 Dr. Mohd Zohdi Marzuki
9 Mohd Nazri Din
10 Mohd Fuad Othman