Saturday, December 26, 2009

ZAMRI OH ZAMRI BERNASNYA PANDANGANMU...


(Ulasan Bernama 26 December 2009)

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -Lorong kiri di KM272.8 lebuhraya Plus arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan, ditutup sementara, kata Pengurus Komunikasi Korporat Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) Iskandar Dzulkifli Sabtu.

Ketua Trafik Ipoh DSP Mohd Rodzi Rejab berkata siasatan awal polis mendapati pemandu berkenaan merancang untuk bertukar giliran memandu dengan pembantunya sebaik tiba di kawasan Rehat & Rawat Sungai Perak dekat sini.

"Ujian alkohol dan dadah yang dijalankan ke atas pemandu berusia 38 tahun itu didapati negatif," katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

Beliau berkata pemandu berkenaan direman sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mohd Rodzi berkata bas ekspres tersebut tidak mempunyai rekod kesalahan trafik namun beliau enggan menyatakan rekod pemandu yang ditahan itu.

Sementara itu, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir meminta kerajaan pusat mempertimbangkan agar tidak membenarkan lagi bas ekspres beroperasi pada waktu malam.

Beliau berkata sekiranya langkah itu mampu melindungi nyawa pengguna perkhidmatan berkenaan maka ia amat wajar sekali dipertimbangkan.

"Nyawa orang ramai adalah yang paling utama," katanya kepada pemberita selepas menemui dan menyampaikan sumbangan peribadi kepada anggota keluarga mangsa nahas berkenaan di luar Rumah Mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini Sabtu.

Ulasan: Saya tertarik dengan pandangan MB Perak supaya kerajaan Pusat mempertimbangkan agar tidak membenarkan lagi bas ekspres beroperasi diwaktu malam. Tertarik bukan kerana idea dia bernas, tapi tertarik sebab ketidakcerdikannya sebagai seorang Menteri Besar. 1) Masalah sekarang ni,bukan sebab waktu malam atau siang, drivernya telah akui bahawa dia terlelap.Jadi kemalangan itu berlaku kerana beliau terlelap bukan kerana waktu malam.2) Kalau semua bas beroperasi diwaktu siang,kita akan tengok berlakunya kesesakan lalulintas sebab orang yang nak pergi kerja pun waktu siang,majoriti urusan manusia diwaktu siang dan kita akan tengok lambakan bas ekspres di terminal-terminal bas.3) Majoriti kemalangan yang berlaku adalah diwaktu siang. Jadi kalau kita guna teori MB Perak ni sebaiknya bas tak payah beroperasi langsung sebabnya waktu malam dan siang kedua-duanya tak mampu untuk cegah kemalangan.Cadangan saya biarlah bas itu beroperasi seperti biasa samada malam atau siang tetapi pemandunya perlu berhati-hati.

Friday, December 25, 2009

BAYI YANG KRITIKAL DAN RAKYAT YANG TERTINDAS


(Harian Metro 26 Dec 2009)

KUANTAN: Seorang lelaki mendakwa anaknya terjatuh dari dukungannya ketika membawa bayi perempuan berusia tujuh bulan dalam keadaan tidak sedarkan diri untuk menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini (HTAA), pagi semalam.Bagaimanapun, doktor yang memeriksa bayi malang itu mendapati alasan berkenaan tidak masuk akal dan mengesyaki dia didera kerana anak berkenaan bukan sekadar luka akibat terjatuh, sebaliknya mengalami penderitaan amat sangat akibat pelbagai kecederaan, antaranya pendarahan otak, luka di kelopak mata, lebam di badan serta sawan akibat sering menangis.Menyedari ada yang tidak kena menyebabkan bayi itu kini terpaksa bertarung nyawa akibat kritikal dan masih koma di Unit Rawatan Rapi (ICU), doktor terbabit membuat laporan polis.Berikutan itu, ibu bapa bayi terbabit berusia 19 dan 20 tahun dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan untuk siasatan lanjut sebelum kedua-duanya direman seminggu bermula semalam.

Ulasan : Ramai orang yang bersimpati dengan bayi ini termasuk saya sendiri, ini kerana perbuatan ibu bapa mereka yang tak tidak punyai hati perut.Beginilah keadaan kita selaku rakyat malaysia yang diibaratkan sebagai anak manakala kerajaan pula sebagai ayah.Kadang-kadang anak menjadi mangsa kebuluran di sebabkan sikap ayah yang tidak bertanggungjawab. Ayah makan nasi berlaukkan ikan tenggiri manakala anak pula berlaukkan ikan bilis buktinya sebagaimana dibawah ini

(Gambar Ehsan dari www.pahangdaily.blogspot.com )

Lihatlah....si anak (rakyat) hidup hanya dipondok usang sahaja manakala
si ayah (pemerintah) sedang membina mahligainya.Membiarkan si anak terkapai-kapai meneruskan kehidupannya sendiri. Si Ayah akan melawat anak-anak setiap lima tahun sekali segala perbekalan untuk lima tahun akan datang diberikannya

Lihatlah gambar bayi diatas dengan sedalam-dalamnya sehingga menembusi keadaan hidup kita pada hari ini.Keadaan bayi itu adalah keadaan kehidupan kita hari ini.

PERGI KELAB MALAM TAK SALAH,CUMA HISAP DADAH JE SALAH


Ulasan Berita Harian
26 December 2009

KUALA LUMPUR: Seorang pelakon lelaki berusia 28 tahun yang juga pengacara bersama program realiti tarian popular adalah antara 21 individu yang ditahan dalam operasi polis di sebuah kelab malam di Bukit Bintang, di sini, awal pagi tadi.

Bagaimanapun, pelakon itu dibebaskan selepas ujian air kencing mendapati beliau bebas daripada dadah.

Ulasan: Inilah yang membingungkan rakyat malaysia, rakyat bingung dengan sikap pemerintah.Bermula dari PM sampailah kepada penyokong-penyokong yang dok di kampung-kampung, semuanya benci kepada gejala sosial.Tapi boleh penguatkuasa bebaskan begitu saja pengacara dengan alasan bebas dari dadah.Penguatkuasa langsung tidak mengambil kira tentang kehadiran pelakon dan pengacara itu ke kelab malam yang merupakan salah satu jalan meruntuhkan sosial muda mudi. Sepatutnya pengacara itu dilokap dan didenda kerana perbuatannya itu

Thursday, December 17, 2009

MASJID JADI BAHAN POLITIK UMNO


Malaysiakini hari semalam mendedahkan “Masjid:Senarai bercampur orang Pas dibatal”. Teruknya Umno sampai begitu sekali, mereka bukannya memilih orang yang kuat berpegang dengan agama untuk dijadikan AJK masjid tapi cari orang umno. Apa yang menghairankan masjid-masjid yang dikelolai oleh penyokong atau pemimpin umno kebiasaannya tidak hidup dengan budaya ilmu dan tidak dapat menarik minat masyarakat untuk ke masjid.

Sebab itu untuk memilih Ajk masjid, perlu dicari orang yang kuat berpegang dengan agama, selalu solat berjemaah. Kebiasaannya apabila orang seperti ini menguasai masjid majlis ilmu akan hidup dan orang ramai akan hadir untuk mendengar ilmu-ilmu agama di masjid.

Apabila masjid dikuasai oleh orang yang jahil, maka budaya ilmu tidak akan hidup,masjid dilihat lesu, usang dan sunyi. Sebagai contoh saya ingin kongsikan bersama dengan saudara semua .

Kes Pertama: Berlaku disebuah masjid di Daerah Kuantan (masjid ini dapat dilihat diatas jambatan Tanjung Lumpur) seorang imam dari masjid Kg Peramu menceritakan kepada saya bahawa masjid itu dikunci setiap waktu hinggakan diantara maghrib dengan isyak pun dikunci.Cuba bayangkan macamana kalau ada orang yang nak beriktikaf ?

Pernah diceritakan oleh imam itu, selepas solat fardhu, imam masuk ke dalam bilik imam untuk menyangkut jubah,apabila beliau keluar dari bilik masjid telah pun terrkunci.

Kes Kedua: Pengerusi masjid tersebut baru dilantik, selepas dari kuliah maghrib beliau terus ke tempat imam untuk menjadi imam sedangkan beliau jarang sekali datang ke masjid. Selepas beliau membaca fatihah dan surah terus beliau sujud, ramai makmum yang mengikutnya. Selepas itu beliau bangun dan kata “smula-semula tak jadi tak jadi”.

Inilah akibat bila diserahkan urusan masjid kepada orang yang tak minat kepada masjid.

Wednesday, December 2, 2009

ILMU HADITH TAK CUKUP TANPA FIQH


Ilmuan-ilmuan Islam yang terkenal seperti Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud dan lain-lain imam muhaddithin yang mana mereka sudahpun menghafal ratusan ribu hadis masih tetap mengamalkan agama berdasarkan mazhab imam-imam mujtahid walaupun pada pandangan mata umum apalah perlunya mereka bertaqlid sedangkan mereka mempunyai ilmu agama yang jauh lebih daripada cukup?

Di sinilah bezanya antara fuqaha (ahli-ahli fiqh) dan muhaddithin (ahli-ahli hadith). Apabila seseorang itu mengetahui beribu hadis sekalipun, tetapi dia tidak mempunyai ilmu yang cukup untuk membahaskannya, maka dia tidak layak untuk mengeluarkan sesuatu pendapat. Mereka-mereka yang mempelajari Sunan Tirmizi pasti mengetahui bahawa apabila membincangkan masalah fiqh, Imam Tirmizi tidak pernah mengambil pendapat guru beliau Imam Bukhari, tetapi beliau menyebut nama-nama seperti Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad atau ulama Kufah iaitu Imam Abu Hanifah.

Imam Tirmizi hanya akan mengambil nama Imam Bukhari apabila beliau membahaskan kesahihan atau status sesuatu hadis, kerana beliau mengetahui bahawa walaupun Imam Bukhari adalah pakar dalam bidang hadis, tetapi kepakaran Imam Bukhari dalam ilmu fiqh belum dapat menandingi kepakaran yang ada pada imam-imam mujtahid. Dapat kita fahami di sini, bahawa setinggi manapun ilmu hadith seseorang itu, belum tentu dia layak mengeluarkan fatwa sekiranya dia tidak mempunyai ilmu fiqh yang cukup.

Sekiranya datang dua nas bertentangan antara satu sama lain, yang mana kedua-duanya adalah sahih dan sama kuat, yang mana satukah akan kita ambil? Ini hanya dapat dilakukan seandainya kita mampu memahami selok-belok ilmu fiqah, bukan dengan hanya bersandarkan kepada kesahihan semata-mata. Sebagai contoh ingin penulis menceritakan di sini perbahasan antara dua imam mujtahid Abu Hanifah dan Awza’I mengenai masalah mengangkat kedua belah tangan selepas bangun dari rukuk. Imam Awza’i mengatakan: “Saya meriwayatkan dari Salim, dari Nafi’ dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. mengangkat tangan dalam solat Baginda s.a.w.” Lalu Imam Abu Hanifah menjawab: “Saya meriwayatkan dari Hammad, dari Ibrahim An-Nakh’i dari ‘Alqamah dari Ibnu Mas’ud bahawa Rasulullah s.a.w tidak mengangkat tangan Baginda s.a.w.”

Imam Awza’i membalas: “Saya membawa sanad (rangkaian periwayat) yang lebih sedikit dan tuan ingin berhujah dengan sanad yang lebih perantaraannya?” (Mengikut pendapat ulama hadis, hadis yang lebih kurang perantaraannya antara perawi dengan Baginda s.a.w adalah lebih kuat dari hadis yang mempunyai lebih perawi, seperti yang tertera di atas bahawa antara Imam Awza’i dan Rasulullah s.a.w hanya tiga perawi dibandingkan dengan Imam Abu Hanifah yang mempunyai empat perawi).

Jawab Imam Abu Hanifah: “Hammad lebih faqih daripada Salim, Ibrahim An-Nakh’i lebih faqih daripada Nafi’ dan ‘Alqamah lebih faqih daripada Ibnu Umar walaupun beliau adalah seorang sahabat Nabi s.a.w. Dan Ibnu Mas’ud adalah Ibnu Mas’ud (siapakah yang dapat menafikan kefaqihan Ibnu Mas’ud?).” Di sini Imam Abu Hanifah mengambil kira faktor kefaqihan perawi dalam mengeluarkan fatwa dan bukan bersandarkan kepada kekuatan dan nilai sesebuah hadis semata-mata.

Pun begitu perlu diingatkan bahawa menurut pendapat Imam Syafie mengangkat tangan selepas rukuk adalah sunnah kerana ia adalah amalan penduduk Tanah Haram dan Syam, yang mana terdapat sekurang-kurangnya 35,000 sahabat dikebumikan di Syam. Dalam sebuah hadith riwayat Sunan, Nabi s.a.w. bersabda: "Semoga Allah ta’ala menyegarkan fikiran orang yang mendengar perkataanku, lalu dia menyampaikannya sepertimana yang dia dengar. Betapa ramai orang yang disampaikan itu lebih memahami dari si pendengar asal itu sendiri."

Di sini Nabi s.a.w. sendiri mengkategorikan antara mereka yang menghafal hadis dan mereka yang memahami hadis. Kerana itulah Imam A’mash salah seorang perawi Bukhari telah berkata kepada anak murid beliau Imam Abu Hanifah: “Kamu wahai golongan fuqaha’ adalah doktor dan kami (golongan muhaddithin) hanyalah penjual ubat.”

Dalam I’lam al-Muwaqqi’in Imam Ibnul-Qayyim meriwayatkan bahawa satu ketika Muhammad bin Ubaidullah bin Munadi telah mendengar seorang lelaki bertanya kepada guru beliau Imam Ahmad bin Hanbal: “Apabila seseorang itu menghafal 100,000 hadith, adakah dia dikira sebagai seorang yang faqih?” Imam Ahmad menjawab: “Tidak.” Dia ditanya lagi: “Sekiranya 200,000 hadith?” Balas beliau: “Tidak.” Orang itu bertanya lagi: “Sekiranya 300,000?” dan sekali lagi Imam Ahmad menjawab tidak. Kemudian orang itu bertanya: "Bagaimana sekiranya dia menghafal 400,000 hadith?” Lalu Imam Ahmad mengisyaratkan dengan tangan beliau, “Lebih kurang begitulah.”

Riwayat di atas memberi gambaran jelas kepada semua, dengan hanya mempelajari beberapa ribu hadis belum tentu kita mampu untuk melayakkan diri kita dalam mengeluarkan pendapat sewenang-wenangnya. Apatah lagi bila hanya tahu beberapa kerat hadis? Mengapakah kita perlu bermazhab? Inilah soalan yang sering diajukan oleh ghair muqallidin (golongan tidak bermazhab).

Jawapannya amat ringkas: Apabila kita tidak mempunyai ilmu yang cukup maka wajib untuk kita mendengar mereka yang paling arif, dan sekiranya kita mempunyai ilmu yang cukup (layak berijtihad-tambahan al-muqry) maka haram untuk kita mengikut mana-mana mazhab. Ini bersesuaian dengan mafhum firman Allah ta’ala dalam surah al-Mulk apabila Allah ta’ala menceritakan perihal penduduk neraka: "Dan mereka berkata: 'Sekiranya kami mendengar (patuh) atau kami memahami (akan agama) maka sudah tentulah kami tidak akan menjadi penduduk Sa’ir (Neraka)'".

Walaupun ayat di atas adalah berkenaan dengan iman, tetapi memandangkan konteks ayat adalah luas maka ulama berhujah tentang betapa pentingnya patuh kepada yang mahir. Dan sekiranya kita tidak mahu patuh maka kita sendiri mestilah menjadi dari golongan yang berakal dan memahami sedalam-dalamnya.

Sekiranya kita tidak berhati-hati, maka dikhuatiri kita akan terjebak lalu tergelungsur jatuh dan jauh menyimpang dari kehendak syariah walaupun pada asalnya niat yang sebenar adalah untuk menegakkan hukum Allah di atas muka bumi bersesuaian dengan yang di bawa oleh Baginda s.a.w. Amalan ulama yang jauh lebih mahir berbanding kita sendiri adalah hujah yang kuat betapa kita tidak sepatutnya dengan sewenang-wenang mengeluarkan pendapat sendiri.

Nama-nama seperti Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Nasa'i, Ibnu Majah, Tahawi, Ibnu Hajar, Ibnu Rushd, Sayuti, Ibnu Kathir adalah antara mereka yang bertaqlid dengan imam-imam mujtahid yang datang sebelum mereka.

Golongan yang tidak mengikut mazhab pada hari ini banyak menggunakan pendapat Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim dalam membahaskan pendapat mereka. Tidakkah mereka sedar bahawa keduanya adalah antara ulama ulung dalam mazhab Hanbali? Dan mengapa tidak sahaja mereka digelar Taimi sekiranya mereka merasakan bahawa pendapat Ibnu Taimiyyah sahaja yang berasaskan al-Quran dan Sunnah?

Adakah imam-imam mujtahid terdahulu tidak memahami sunnah sedangkan zaman mereka jauh lebih dekat dengan zaman Baginda s.a.w. dan para sahabat kalau nak dibandingkan dengan Ibnu Taimiyyah yang datang enam hingga tujuh abad selepas imam-imam mujtahid? Hakikatnya apabila kita berpegang kepada pendapat imam mujtahid, kita sudahpun berpegang kepada dalil dan tali yang kukuh.

Imam Dzahabi seorang ahli sejarah yang terkenal dan alim mengenai ilmu-ilmu perawi hadis dalam kitab-kitab beliau tidak pernah berbahas mengenai imam-imam mujtahid. Ini kerana penerimaan umum dan kehebatan imam-imam mujtahid mencapai darjah mutawatir, iaitu mustahil untuk orang ramai bersepakat untuk berbohong dalam menyatakan keunggulan imam-imam tersebut.

Ghair muqallidin hari inipun lebih banyak berpandukan pendapat ulama yang tidak mengikut mazhab seperti mereka antaranya Syeikh Nasirudin al-Albani. Persoalannya sekarang apabila mereka mengikut al-Albani maka mereka sahajalah Ahlusunnah wal-jama’ah. Dan apabila kita terikat dengan pendapat-pendapat Syafie maka kita tidak digelar sebagai Ahlussunnah. Di manakah keadilan? Jadi, apabila kita sedia maklum bahawa ilmu yang ada pada kita hari ini belum tentu cukup untuk kita berbahas segala dalil dalam sesuatu masalah agama, apakah hak kita untuk berijtihad apatah lagi memberi keizinan umum kepada orang-orang awam untuk berijtihad sendiri? Sedangkan tahap pemahaman dalam kalangan ulama ada bezanya, apakah perlu kita menyusahkan orang ramai untuk berfatwa? ( Sumber dari www.al-muqry.blogspot.com )