Saturday, January 16, 2010

BEGINI RUPANYA UMNO.....

Taukeh babi pun boleh gemuk kalah kalau berniaga 5 tahun
tak bayar sewa

PRU13 semakin hampir, apakah Umno semakin pulih dan diterima masyarakat? Dari beberapa kajian rambang, masyarakat masih belum dapat menerima Umno kembali. Pe
Publish Post
Save as Draft
mbangkang seperti Pas dan PKR masih mendapat perhatian rakyat terutama di Jerantut. Masih banyak yang Umno perlu baiki terutamanya sikap pemimpinnya sendiri. Pemimpin Umno disemua peringkat harus berubah, dan berubah dengan segera.

Ketua Umno dicawangan harus lebih jujur dengan menerima sesiapa saja menjadi ahli tanpa mengira kroni bagi tujuan menjaga kepentingan untuk terus berkuasa sebagai ketua cawangan. Umno cawangan bukan milik keluarga. Jangan si-ayah jadi Ketua Cawangan, emak jadi Ketua Wanita, anak lelaki jadi Ketua Pemuda dan anak perempuan jadi Ketua Puteri. Menantu jadi Ketua Penerangan dan adik jadi Setiausaha. Orang lain disekat dari jadi ahli kerana nak jadikan Umno warisan turun temurun.

Di Bahagian pun demikian juga. Ketua bahagian harus lebih prihatin dan ambil peduli kepada ahli-ahli diperingkat cawangan dengan selalu melawat cawangan. Berumah tanggalah di Jerantut selaku Pemimpin Bahagian Jerantut bagi membolehkan rakyat menemui dan mengadu kesusahan. Ini yang rakyat inginkan. Bila kita prihatin kepada rakyat, maka rakyat akan membalas di pilihanraya nanti.

Pemuda patut lebih peka kepada peranan media baru dan berusaha gigih bagi menentang dakyah lawan dengan menggunakan medium internet iaitu melalui blog, facebook dan sebagainya. Pejabat Ketua Pemuda jangan saja dijadikan sebagai pusat permainan Pokker Face semata-mata, tapi gunakanlah internet dengan lebih berfaedah. Tingkatkan pembaca diblog pemuda bahagian. Kalau setakat 3 orang pengunjung dalam masa sehari, lebih baik tutup saja laman blog berkenaan. Berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh. Kalau tak tahu belajar pada yang tahu, kalau bodoh belajar dari yang pandai.

Seorang berjawatan didalam Wanita Umno dimaklumkan atas kapasitinya itu menjalankan perniagaan Rumah Rehat, namun sejak dari 5 tahun lalu tidak pernah membayar sewaan bahkan wang pendahuluan juga masih belum dilunaskan. Dalam mesyuarat, Ahli Majlis Daerah telah menyuarakan agar kontrek ditamatkan namun pihak majlis tidak berani mengambil tindakan. Kita harap Tuan Yang Di Pertuan Majlis bertindak lebih berani kerana rakyat memerhatikan ini selama ini. Kalau YDP rasa kurang berani, mungkin dia boleh berangkat ke mana-mana tempat lain. Kita hanya ingin pemimpin yang berani.

Apakah tindakan tidak dapat diambil ke atasnya hanya kerana dia berjawatan didalam Wanita Umno Bahagian? Umno Pahang tidak mampu mengambil tindakan? Bagaimana Umno Malaysia? Inikah keadilan untuk rakyat? Kita berharap pihak berkenaan akan mengambil tindakan segera sebelum perkara ini dirujuk ke pihak lebih tinggi lagi. Bagaimanapun, kita mengucapkan syabas kepada Naib Ketua Bahagian yang bersungguh-sungguh memperjuangkan isu ini dan meminta pihak Majlis mengambil tindakan tegas. Kita lihat siapa yang ada telur dan telur siapa lebih besar?

Kita ingin bertanya, apakah dalam Umno ada 2 taraf keahlian dan 2 undang-undang yang akan menghukum golongan marhaen dan melindungi golongan elit? Satu Malaysia semakin nampak cemar kerana pemimpin Umno yang sebegini. Mungkin teori RAHMAN itu benar dan Najib adalah pemimpin Umno yang terakhir jadi PM dan akan berakhir segera iaitu pada PRU13 nanti.

Ulasan : Saya ambil artikel ini dalam www.spu-bloggers.blogspot.com. Nampaknya UMNO menuju kepada kehancuran apabila ahli sendiri mengkhianati parti sendiri.Rupanya inilah budaya pemimpin UMNO berniaga. Demi kroni....boleh buat apa sahaja.Walau apapun Pas Jerantut kena kerja kuat untuk mencapai kemenangan. Dr Hamzah sebagai YDP Kawasan tidak boleh senyum memanjang kerana pelbagai helah yang akan digunakan oleh mereka.

ISMAIL SABRI DAN GULANYA



(Ulasan kepada Bernama)

SIK: (Bernama) Kenaikan harga gula sebanyak 20 sen daripada RM1.45 sekilogram kepada RM1.65 sekilogram bermula 1 Januari lalu perlu dilihat secara positif oleh rakyat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya pengguna perlu mengurangkan pengambilan gula dalam diet harian kerana masyarakat sudah sedar kesan terhadap kesihatan yang bakal dihadapi sekiranya pengambilan gula tidak dikawal.

"Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Persatuan Diabetis Malaysia, seramai 1.2 juta rakyat menghidap penyakit kencing manis," katanya kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Kempen Kurangkan Pengambilan Gula dan Pelancaran Kobera Peringkat Negeri Kedah, di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Beris Jaya, dekat sini hari ini.

Beliau berkata, statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan pula menyatakan bahawa untuk sehari hanya tujuh sudu gula sahaja diperlukan dalam makanan dan minuman.

"Jadi, kenaikan harga gula ini bukanlah satu bebanan tetapi untuk kebaikan kesihatan dan masa depan rakyat Malaysia," katanya.

Ismail berkata, sepanjang tahun lepas, kerajaan menanggung subsidi sebanyak 60 sen untuk setiap sekilogram gula dan jika harga gula tidak dinaikkan tahun ini, kerajaan terpaksa menanggung subsidi sebanyak RM1 bagi setiap 1kg.

Mengenai Koperasi Bela Rakyat (Kobera) yang dilancarkan hari ini, beliau berkata ia sejajar dengan gagasan 1Malaysia dan teras ketiga misi nasional iaitu mengatasi masalah kemiskinan tegar dan ketidakseimbangan sosio-ekonomi di kalangan rakyat.

"Kobera memberi fokus kepada usaha-usaha membangun ekonomi golongan miskin dan seterusnya membawa mereka keluar dari belenggu kemiskinan," katanya.

Beliau berkata, konsep Kobera adalah mengumpul dan menggalakkan rakyat yang kurang berkemampuan untuk bekerjasama menubuhkan koperasi bagi membantu meningkatkan ekonomi seterusnya menambah sumber pendapatan.

"Setiap Kobera akan diberikan bantuan sebanyak RM30,000 yang berupa geran pelancaran setelah mengenalpasti projek yang akan dijalankan tetapi jika jumlah peruntukan itu tidak mencukupi, mereka boleh membuat pinjaman tanpa dikenakan faedah sebanyak RM50,000 oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)," katanya.

Ismail berkata sebanyak 205 Kobera telah berdaftar, manakala 184 lagi masih dalam proses penubuhan dan sebanyak 38 Kobera telah pun diluluskan bantuan yang bernilai RM1.14 juta oleh SKM.

"Untuk negeri Kedah, sebanyak tiga buah Kobera telah mendapat kelulusan kemudahan ini iaitu Kobera Kuala Nerang, Kobera Guar Cempedak dan Kobera Bukit Kayu Hitam," katanya. BERNAMA

Ulasan: Nampaknya semakin banyak Pemimpin UMNO bercakap, makin ramai terzahir mereka yang rendah IQ yang jadi menteri.Mungkin kedepan ni DS Dato' Najib boleh tukar spesis seumpama ini. Gula di naikkan dari RM1.45 kepada RM1.65 dengan alasan mereka yang kena kencing manis telah menjangkau 1.2 Juta orang. Yb Ismail sabri jangan buat tak tahu,penyakit kencing manis ni bukan dengan sebab gula sahaja,Nasi pun boleh bawa kencing manis.Begitu juga dengan roti, buah-buahan jeruk dan bahan-bahan tenusu.Sebab itu jangan hanya dipersalahkan kepada gula sahaja.sebenarnya kenaikan harga gula tidak akan menyelesaikan masalah kencing manis.Buktinya rokok,walaupun sudah berkali-kali kerajaan menaikkan harga rokok tetapi penghisapnya semakin ramai.Kenaikan harga gula ini akhirnya menindas golongan-golongan bawahan. Contohnya peniaga warung, mereka buat air pakai gula, kuah-kuah makanan guna gula, roti canai dan sebagainya. Peniaga akan menaikkan harga makanan mereka dan yang menjadi mangsa ialah pembeli-pembeli diperingkat bawahan.Untuk mengelak dari penyakit ini, kerajaan perlu menjalankan kempen dari masa ke semasa untuk menjauhkan dari penyakit ini.Saya ingat cara Yb Ismail ini adalah cara untuk mengaut untung dari kedhaifan rakyat yang sudah tentu memerlukan kepada bahan asas itu.

Sunday, January 10, 2010

DISEKITAR LAWATAN ROMBONGAN AN-NUUR KE GUANG ZHOU


Abu Ayyash (jaket hitam) bersama Sdr safuan dihadapan pintu utama
masuk ke masjid Saad Abi Waqqas di Guang Zhou
Inilah jalan menuju ke Masjid Saad Abi Waqqas
Bergambar dihadapan maqam Saad Abi Waqqas.Walau bagaimanapun
pendapat yang shahih menyatakan bahawa Saad tidak meniggal dunia di China. Mungkin
maqam ini adalah maqam sahabatnya
Tak bermaya...selepas sehari suntuk berada didalam pasaraya barangan
elektronik
abu Ayyash bergambar dihadapan pasaraya barangan kristal

Suasana bandaraya Guang Zhou menjelang menyambut tahun
baru Cina
Apartment Abu Ayyash dan rombongan berteduh.Apartment ini
36 tingkat dan kami tinggal ditingkap yang ke 6
Pada malam hari kami Menyelusuri sungai di Bandar Guang Zhou

Kapal yang kami membawa kami bersiar-siar diwaktu malam

Sungguh cantik pemandangan diwaktu malam di Bandaraya Guang Zhou

Saturday, January 9, 2010

GEREJA DAN MASJID BUJAL KEMAMAN DAN MASJID KG BEREMBANG DI AMPANG



KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM500,000 kepada Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati di sini yang rosak kerana dibaling bom api bagi membolehkan pihak pentadbiran gereja membangunkan rumah ibadat itu di tempat lain.Perdana Menteri berkata ia adalah sebagai tanda simpati kerajaan terhadap apa yang telah berlaku dan peruntukan itu akan disalurkan kepada pihak Assembly of God agar mereka dapat membangunkan gereja di kawasan baru.

"Ini adalah sokongan kerajaan...ini adalah tanda keikhlasan kerajaan dan saya harap semua pihak akan bersikap tenang"."Kerajaan amat komited untuk menjaga keadaan yang harmoni dan hubungan yang baik antara kaum dan agama di dalam negara kita," katanya kepada pemberita selepas meninjau kerosakan yang dialami oleh gereja itu dan pengumuman itu disambut dengan tepukan oleh ramai yang hadir.Najib dengan diiringi beberapa orang menteri kabinet dan timbalan menteri menghabiskan masa 15 minit di tingkat bawah bangunan yang menempatkan gereja itu dan menyaksikan sendiri beberapa kemusnahan seperti peralatan pejabat, akibat lontaran bom api.Lebih 1,000 orang yang terdiri daripada ahli gereja serta penduduk setempat berebut-rebut untuk bersalaman dengan Perdana Menteri sebaik beliau selesai meninjau kerosakan di gereja itu selepas tiba di situ pukul 5 petang.

Najib berkata lawatan beliau ke tempat itu menunjukkan betapa kerajaan memandang serius insiden itu."Perbuatan seperti membakar tempat orang lain beribadah dalam agama yang lain adalah satu perbuatan yang sangat terkutuk...bukan sahaja di sisi undang-undang negara... segi agama Islampun kita dilarang oleh agama untuk melakukan perbuatan seperti ini."Dalam Surah Al An'am Ayat 108, Allah berfirman " Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan."

Ulasan: Diucapkan tahniah kepada PM kerana mengambil tindakan yang cepat dalam membantu dan melawat gereja yang dibom oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. PM berkata "Kerajaan amat komited untuk menjaga keadaan yang harmoni dan hubungan yang baik antara kaum dan agama di dalam negara kita".Sekiranya ucapan PM ini betul dan penuh tanggungjawab, bagaimana status dengan masjid Kg Bujal di Kemasik, Kemaman dan Masjid Kg berembang di Ampang, kenapa langsung tidak menjaga keharmonian dan agama pada ketika itu ?Sedangkan masjid juga adalah tempat beribadah bagi ummat islam.Sekali lagi saya nyatakan tahniah kepada PM kerana mengeluarkan peruntukan sebanyak lima ratus ribu ringgit terhadap gereja yang dibom itu tetapi janganlah jadikan ummat islam di Negara ini sebagai satu etnik yang seolah-olah tidak ada maruah seperti yang telah dilakukan kepada kedua-dua buah kampung iaitu Kg Bujal dan Kg Berembang .Kalau nak bantu dan harmoni tolonglah kedua-duanya kerana ummat islam di negara ini juga adalah rakyat Malaysia sepertimana penganut agama kristian yang telah dibom gereja mereka.