Friday, September 30, 2011

LIM GUAN ENG MOHON MAAF SECARA TERBUKA, ANNUAR MUSA DAN DERIS JUSOH BILA LAGI ?

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memohon maaf kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar kerana menyinggung perasaan baginda berhubung satu kenyataan yang didakwa memburukkan negeri Johor.

NONELim berkata beliau memohon maaf sepenuhnya kepada baginda dan rakyat negeri Johor.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini, Lim berkata, beliau tidak mempunyai sebarang niat untuk memburukkan Johor atau mana-mana negeri lain.

Berikut adalah kenyataan penuh Guan Eng.

Sebagai rakyat Malaysia yang setia kepada Raja dan negara, patik ingin memohon maaf kepada Duli Ya
ng Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor, atas rasa tersinggung DYMM Tuanku terhadap kenyataan berikutan dengan Johor yang telah dibuat oleh patik.

Dan juga kepada rakyat jelata Johor di bawah naungan DYMM Tuanku atas perkara yang sama.

Patik tidak berniat untuk memburukkan Johor atau mana-mana negeri atas apa-apa sebab dan alasan sekali pun.

Dalam laporan media, DYMM Sultan Johor juga bertitah bahawa Baginda tidak mahu diseret ke dalam arena politik. Patik bersetuju dengan titah DYMM Sultan Johor.

Saya merasakan bahawa saya telah disalah lapor oleh media massa yang dikawal oleh Barisan Nasional.

Saya akan membawa perkara ini ke mahkamah untuk menentukan kebenaran tentang di mana saya membuat ucapan saya, apa yang sebenarnya yang diperkatakan, bagaimana ia dikatakan dan dalam konteks apa kenyataan itu dibuat.

Setakat ini, selain daripada pita rakaman yang disiarkan oleh TV3, tidak ada sebarang laporan media tentang apa yang saya katakan di Singapura atau di Australia. Saya mempunyai akses untuk pita rakaman wawancara saya dengan Radio Australia. Saya masih sedang mencari pita rakaman tentang apa yang saya katakan di Singapura yang dibuat secara peribadi dalam satu sesi tertutup.

Saya telah pun mengarahkan peguam-peguam saya untuk memfailkan saman di mahkamah, ke atas semua media massa kawalan BN bermula dengan Bernama.

Sementara itu, akhbar-akhbar utama hari ini melaporkan Sultan Johor tersinggung dengan dakwaan yang Guan Eng telah memburukan negeri itu dan ketua menteri Pulau Pinang itu didakwa berkata rakyat Singapura menghadapi kemungkinan diculik jika ke negeri itu.

U
LASAN : Nampak gayanya YAB En. Lim Guan Eng lebih hebat dan dari pemimpin-pemimpin UBN apabila sanggup memohon maaf kepada sultan Johor dan seluruh rakyat Johor kerana menyinggung perasaan Sultan Johor dan rakyatnya.Berbeza dengan pemimpin UMNO/BN, seperti di Kelantan, Anuar Musa menabalkan Tengku Ibrahim sedangkan sultan Ismail masih ada lagi...Adakah Annuar Musa memohon maaf secara terbuka kepada sultan ?

Begitu juga dengan Idris jusoh dan UMNO Teregganu menggelarkan Sultan Mizan dengan panggilan "Natang"....sampai sekarang tidak memohon maaf dengan Sultan Mizan.Mana moral dan adab kita sebagai orang melayu?

Thursday, September 29, 2011

BEKAS MUFTI KURANG MAKLUMAT

Zulkifli Yahaya
http://www.alhusna.info/images/Dr%20Asri.pngBUKAN kali pertama bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin mengkritik pentadbiran kerajaan negeri Kedah. Bercakap dalam satu majlis forum di Kota Bharu baru-baru ini beliau berkata, PAS memerintah Kedah dengan BN memerintah Kedah sama sahaja, tidak ada sebarang perubahan. PAS, katanya, hanya mengekalkan dasar yang telah dilaksanakan oleh BN tanpa membuat sebarang penambahbaikan.

Saya tidak mahu memberi reaksi hanya kerana Kedah dikritik. Kritikan ataupun muhasabah daripada sesiapa pun amat dihargai, kerana kerajaan negeri Kedah adalah sebuah kerajaan manusia bukannya kerajaan malaikat.
Parti yang menerajui kerajaan adalah PAS, sebuah parti yang meletakkan Islam sebagai dasar dan matlamat.
Justeru tidak ada barang sepicing hasrat mahu mengetepikan Islam daripada melandasi wawasan dalam pentadbiran. Seperti yang dikatakan tadi, wawasan yang ideal ini dilaksanakan oleh sekumpulan manusia. Ia ada masalah dan kelemahan. Namun menyamakan PAS dan BN dalam memerintah Kedah, ia dakwaan yang merapu. Apatah lagi mendakwa PAS hanya mengekalkan dasar BN tanpa sebarang penambahbaikan. Di ruangan ini saya sudah jenuh menyenaraikan dari semasa ke semasa perbezaan dalam pencapaian antara kerajaan negeri sekarang dan dahulu serta penambahbaikan yang telah dibuat.

Pembaca mungkin sudah jemu untuk menelaah jika butiran yang sama diulang tetapi jika tidak diulang, orang seperti Dr Mohd Asri dan golongan tercicir maklumat ini akan terus-menerus membuat tuduhan tidak betul terhadap kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS.

Dari aspek politik ia meletakkan PAS Kedah dalam keadaan ‘bahaya’ kerana wujud persepsi buruk terhadap parti yang memerintah, lantas sebahagian rakyat akan berkirakira untuk menolak PAS.

Bagaimana pentadbiran antara PAS dan BN boleh dikatakan sama jika hari ini kerajaan lebih memberi tumpuan kepada pembangunan insan yang berteraskan Islam berbanding dahulu yang hanya menumpu kepada pembinaan modal insan.

Kerajaan mewujudkan Kem Belia Sejahtera, Kem Bina Insan, Kem Bina Sahsiah dan Kem Anak Soleh yang telah mentarbiyah beribu-ribu anak negeri ini menjadi insan beriman dan bertakwa, sedangkan dahulu tidak ada.

Kerajaan kini membina sebuah kampus tetap Kolej Universiti Insaniah bernilai RM330 juta fasa pertama serta menambah lebih 40 kursus baru, pembelajaran sehingga ke peringkat doktor falsafah sedangkan dahulu tidak ada.

Kerajaan kini memperkenal dasar baru pembalakan iaitu tender terbuka. Dahulu projek diberi secara anugerah, hasil balak negeri tidak melebihi RM8 juta setahun. Kini di atas keluasan yang sama iaitu 2,340 hektar hasil balak bertambah iaitu RM35 juta (2008), RM38 juta (2009) dan RM53 juta (2011).

Kerajaan memperkenalkan dasar perbelanjaan berhemah, akibatnya sepanjang hampir empat tahun belum ada sehari kerajaan negeri memanjat tangga Putrajaya untuk berhutang dengan Pusat, sedangkan di bawah kerajaan lalu berkali-kali kerajaan negeri ‘meminta sedekah’ daripada Pusat akibat kesuntukan kewangan.

Perbelanjaan berhemah juga menyebabkan buat kali pertama berlaku dalam sejarah kerajaan negeri mempunyai lebihan RM19 juta pada akhir 2010 me- ngatasi unjuran defisit. Hal ini tidak pernah berlaku pada zaman BN.

Dasar tiada pemborosan dan memaksimumkan hasil untuk rakyat jelata (semestinya dengan mengetepikan rasuah) bukankah itu daripada ajaran Islam?

Pada zaman BN duit hasil syarikat-syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) digunakan untuk membiayai program politik BN. Berkajang-kajang penyalahgunaan wang tersebut telah didedahkan juga di ruangan ini secara bersiri terutamanya Syarikat Seri Temin Development Corporation Sdn Bhd dan Permodalan Kedah Berhad. Ia melibatkan jutaan ringgit. Jika GLC mencatatkan keuntungan, duit tidak masuk ke kantung kerajaan negeri.

Ahli lembaga pengarah GLC dibayar elaun tetap tetapi kini hanya elaun hadiri mesyuarat yang diberi. Kalau dulu elaun lembaga pengarah GLC mencecah sehingga RM7 juta tetapi kini elaun lembaga pengarah tidak sampai RM2 juta.
Lagi perbezaan ialah di bawah kerajaan PAS, sebahagian keuntungan GLC dimasukkan ke akaun kerajaan negeri untuk kebajikan rakyat. Kira-kira RM35 juta setahun dapat dikumpul daripada GLC. Hal ini tidak berlaku dahulu.

Apabila PAS memerintah kerajaan negeri turunkan cukai tanah. Akibatnya kerajaan hilang hasil cukai RM50 juta setahun.

Meringankan beban rakyat, tidakkah ia satu unsur ajaran Islam? Sekalipun hilang hasil RM50 juta setahun, hasil Kedah tetap bertambah. Menurut statistik pada tahun 2007 hasil negeri ialah RM361 juta, RM357 juta tahun 2008, RM368 juta tahun 2009 dan RM490 juta tahun 2010. Di mana tidak Islamnya kerajaan PAS Kedah?

Kerajaan PAS perkenalkan Skim Kafalah iaitu pemberian sagu hati kepada waris keluarga miskin yang meninggal sebanyak RM500 sebulan. Bantuan untuk sekolah agama rakyat (zaman BN dianggap sekolah melatih pengganas), untuk guru agama tanpa tauliah dan tok bidan kampung yang tidak pernah diberi dahulu, diberi pada zaman pemerintahan PAS.

Ruangan ini terhad untuk menyenaraikan lebih banyak perkara perihal catatan kejayaan kerajaan negeri berbanding dahulu. Terlalu banyak perbezaan dan penambahbaikan.

Jika Dr Mohd Asri menganggap tiada perbezaan antara kerajaan BN dan PAS kerana beliau tiada maklumat. Atau mengutip maklumat daripada tempat yang salah. Saya tidak ada sumber rujukan bekas mufti itu mengenai kerajaan negeri Kedah, cuma yang pasti catatan kejayaan kerajaan negeri di bawah PAS tiada dalam Utusan Malaysia, TV3 apatah lagi kitab Tajul Muluk dan Mujarrobat.

Datang sendiri ke Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri untuk dapatkan info sebenar. Atau layari Wartakedah.net, akhbar harian edisi alam maya. Kata pepatah Arab, ‘manusia sering menjadi musuh terhadap apa yang dia tidak tahu.’

www.gigitankerengga.blogspot.com

PAS CARI JALAN, UMNO CARI ALASAN



PUTRAJAYA 29 Sept. - Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim takut menunjukkan pendirian sebenarnya berhubung isu pelaksanaan hudud, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Mengulas kenyataan Anwar bahawa pakatan pembangkang menghormati pendirian Pas yang mahu melaksanakan hukum itu tetapi pada masa sama menerima pendirian DAP yang menentangnya, beliau berkata, ini menunjukkan kegagalan Anwar dalam memperjuangkan agama Islam.

"Jelas sekali bila sahaja diugut oleh kepimpinan DAP, mereka sudah takut, tunduk dan terus tutup mulut,” katanya. - Bernama

ULASAN : PAS masih lagi tetap dengan pendiriannya untuk melaksanakan hukum hudud di negeri Kelantan, Pas sentiasa mencari jalan supaya orang-orang bukan islam menerima undang-undang tersebut.

Pada tahun 1999 PAS pernah bersama-sama DAP dibawah Barisan Alternatif, kemudian DAP keluar dari B.A kerana PAS nak melaksanakan hukuman hudud di negeri yang mereka kuasai pada ketika itu.

Kepimpinan PAS tidak berputus asa, bahkan PAS dan Keadilan terus berhadapan dengan BN, pada tahun 2008 sekali lagi DAP menyertai pakatan bersama PAS dan Keadilan melawan BN dibawah Pakatan Rakyat.dari tahun 2008 hingga 2011 PAS terus berdakwah memahamkan islam kepada orang-orang yang bukan islam.

Hasilnya ramai masyarakat dari kaum cina menyokong PAS dan undang-undang ini walaupun pimpinan atasan mereka masih ada yang tidak setuju dengan hukum hudud ini.

Tahniah kepada PAS, kerana mencari jalan juga untuk melaksanakan hukum hudud ini, berbeza dengan UMNO yang mencari alasan untuk tidak melaksanakan hukum Allah SWT ini.

Wednesday, September 28, 2011

PATUT PUN MUKHRIZ TAKUT PADA HUDUD....



Saya terbaca satu catatan dalam blog Sdr Sofi Wahab ( www.Mutaligat.blogspot.com ) hasil sedutan ceramah Anwar Ibrahim yang menyebut:

"Keluarga Tun Mahathir beli Syarikat Arak terbesar di Asia Tenggara dengan harga RM2.9bilion, di Pengerusikan oleh Mirzan Mahathir".

ULASAN :Patut pun Mukhriz takut dengan hudud, sehingga menjangkakan pas akan tarik balik dari melaksanakan hudud kerana tunduk kepada DAP. Rupa-rupanya anak beranak dia terlibat dengan arak.

Sekiranya kenyataan Anwar Ibrahim ini merupakan fitnah, maka Tun Dr Mahathir dan Mirzan ke heret DS Anwar Ibrahim ke mahkamah.

Dakwa miliki baju BERSIH 'tuduhan mengarut', kata peguam

Seorang peguam, Mohd Fadzli Mohd Ramly berkata tuduhan yang dijalankan ke atas beliau sebelum ini merupakan satu "tindakan mengarut" kerana pendakwaan adalah atas kesalahan memiliki baju-T yang mempunyai logo BERSIH.

Katanya, pendakwaan itu mengarut kerana beliau tidak berniat untuk mengancam keselamatan negara apabila beliau memakai baju-T berkenaan sebelum ditahan di Markas PAS Kampung Mentara, Rompin pada 2 Julai lalu.

Selain Mohd Fadzli, 33, turut ditahan dalam malam kejadian itu ialah seorang peniaga, Abdul Manaf Md Hassan, 41 kerana memakai baju-T yang tertera tulisan 'BERSIH2.0, menuntut pilihan raya bersih dan adil.'

Kedua-dua lelaki itu didakwa keesokan harinya di Mahkamah Sesyen Kuantan mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966 dan mahkamah turut membenarkan kedua-duanya diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin.

Hakim, Fathiyah Idris bagaimanapun melepaskan tanpa membebaskan Mohd Fadzli dan juga Abdul Manaf daripada tuduhan berkenaan hari ini.

Ketika dihubungi, Mohd Fadzli berkata beliau masih belum berpuas hati dengan keputusan berkenaan dan mahkamah masih belum memulangkan baju-T yang dirampas daripadanya sebelum ini.

"Ini tuduhan mengarut dibuat akibat rasa terdesak kerajaan Umno dan BN hendak susahkan rakyat yang tuntut pilihan raya bersih dan adil," katanya lagi.

"Kita sedang menimbang sama ada akan ambil tindakan. Kita sedang fikir sama ada hendak failkan saman (ke atas kerajaan)," katanya yang juga timbalan pengarah PAS kawasan Dewan Undangan Negeri Tioman.

Pendakwaan dilakukan ketua unit pendakwaan negeri Pahang, Kalmizah Salleh manakala tertuduh diwakili peguam Hon Kai Ping dan Hisham Ramzam.(Malaysiakini)

Tuesday, September 27, 2011

HUDUD...PAS TUNDUK PADA DAP....MUKHRIZ KELIRU


SUNGAI PETANI 27 Sept. - Langkah Pas untuk tidak melibatkan masyarakat bukan Islam dalam hukuman hudud yang dicadangkan oleh kerajaan Kelantan menunjukkan parti itu tunduk kepada tekanan DAP, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir.

Malah, katanya, ada kemungkinan Pas akan menarik balik cadangan untuk melaksanakan hukuman hudud seperti yang berlaku berulang kali berlaku sebelum ini kerana DAP dilihat sebagai parti paling dominan dalam pakatan pembangkang terdiri Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat.

"DAP tidak pernah kalah dalam sebarang tuntutan, desakan mahupun sebarang perselisihan ideologi yang wujud antara tiga parti komponen ini, malah hukuman hudud ini diperkatakan sejak berpuluhan tahun dahulu tetapi hingga ke hari ini ia masih tidak dapat dilaksanakan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis jamuan raya UMNO Bahagian Sungai Petani di sini hari ini. (Laporan utusan)

ULASAN : Hari ini sekali lagi pemimpin Umno menunjukkan jahilnya kepada masyarakat umum,apabila Datuk Mukhriz menyatakan bahawa PAS tunduk kepada DAP dengan alasan hukum hudud tidak melibatkan masyarakat bukan islam. Tidak tahu kenyataan siapa yang disebut oleh Mukhriz ,dalam islam…orang yang bukan islam boleh memilih samada kesalahan yang dilakukannya itu hendak dihukum dengan hukum islam atau sebaliknya pendek kata, hukum hudud ini hanya untuk orang islam sahaja.Jadi,tidak timbul isu PAS tunduk kepada tekanan DAP.PAS masih tetap dengan penderiannya untuk menegakkan Negara islam.

Dalam Pakatan Rakyat tidak ada siapa menang siapa kalah, semua setiap masalah untuk berhadapan dengan UMNO/BN diselesaikan bersama sekalipun ideology berlainan, inilah yang memeninglalatkan UMNO/BN.

Memang PAS telah berpuluh tahun melaungkan kepada rakyat Malaysia yang mereka akan melaksanakan hukum hudud bila dapat memerintah.Tapi tahukah saudara-saudara sekelian ? Kenapa ianya tidak boleh dilaksanakan ? Hudud tidak boleh dilaksanakan di Kelantan adalah kerana ugutan dari ayahnda Mukhriz kepada kerajaan PAS Kelantan yang hendak melaksanakan hukum Hudud.

JAWAPAN RAMLAH ADAM....."GOLONGAN KIRI PEJUANG TAPI TAK SEHEBAT TUNKU "

Sejarahwan Profesor Datuk Ramlah Adam berkata, beliau mengakui sumbangan golongan kiri dalam menuntut kemerdekaan tetapi ia tidak sehebat sumbangan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman.

ramlah adam 150911 perkasa"Kita tidak nafi Burhanuddin Helmy pejuang kemerdekaan. (Ahmad) Boestamam, Zaba, Ibrahim Yaacob... Kita tidak pernah nafi.

"Tetapi perjuangannya tidak begitu hebat macam Tunku," kata Ramlah yang disambut jeritan "boo" daripada sebahagian penonton yang hadir dalam forum "Wajarkah sejarah ditulis semula?" di Shah Alam hari ini.

Kira-kira 500 hadir dalam forum anjuran Sinar Harian, rata-ratanya penyokong Pakatan Rakyat -- yang menjadikan majlis itu terganggu dengan sorakan dan laungan boo kepada ahli panel yang tidak digemari mereka. (Laporan Malaysiakini)

ULASAN : Huh ramai sungguh professor macam ni dalam Umno, sebelum ni Prof Zainal Kling kata malaysia tak pernah dijajah, Mek ni pulak kata perjuangan orang lain tak sehebat tunku...Macamana yang diistilahkan hebat dari pandangan dia...tak taulaaah. Sedangkan Dr Burhanuddin Al-Helmi, Ibrahim Yaakob, Ahmad Boestamam melawan penjajah dengan darah dan nyawa, terpaksa tinggal anak isteri dan bermukim dalam hutan untuk bebaskan negara dari penjajah.Mungkin bagi mereka ni, asalkan umnodan taat kepada penjajah semuanya hebat kot...Patut pun Mat Sabu Kata PROF KONGKANG KANGKONG........

Monday, September 26, 2011

Tegur polis buang sampah, pekerja dakwa dipukul


Seorang pekerja syarikat pembersihan sisa pepejal mendakwa dipukul oleh anggota polis ketika sedang menjalankan tugas di sebuah taman perumahan di Kodiang, dekat Jitra, pada 11.30 pagi, Sabtu lalu. Mohd Ridzuan Mohd Noor, 23, berkata ketika kejadian dia sedang mengangkut sampah di kawasan itu dan dia menegur seorang lelaki yang tidak membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan di situ.

"Saya hanya menegur supaya dia buang sampah ke dalam tong sampah. Mungkin dia tidak puas hati dengan teguran saya dan dia terus tinggikan suara dan masa tu berlaku pertengkaran mulut.
"Dia juga mengugut nak tembak saya kalau dia ada pistol sebelum dia beredar dari tempat itu," katanya ketika ditemui pemberita di Jitra hari ini.

Katanya, kira-kira 30 minit selepas kejadian pertengkaran mulut berlaku, dia didatangi lima lelaki lain yang datang dan memukulnya tanpa sebab. "Depa (mereka) menendang saya hingga jatuh. Kemudian depa heret saya dengan tangan bergari bawa saya ke Balai Polis Kodiang dengan menaiki motosikal. Sampai di balai, saya dibawa masuk ke dalam sebuah bilik dan dipukul.

"Kemudian lelaki yang bertengkar dengan saya datang ke bilik itu dan turut memukul saya sebelum saya dibawa masuk ke dalam lokap tanpa sebab. Masa tu baru saya tau dia (lelaki yang bertengkar dengannya) adalah anggota polis," kata mangsa. Dia berkata, dia ditahan di dalam lokap kira-kira setengah jam sebelum anggota polis tersebut melepaskannya.

"Selepas kejadian itu, saya pergi ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan dan doktor memberitahu pipi kiri, bahu dan tulang rusuk kiri ada kesan lebam. Saya juga membuat laporan polis tentang kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Ibrahim Mohamad Yusof ketika dihubungi berkata, beliau menerima laporan tentang kejadian itu. "Kita sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan," katanya. (laporan : Malaysiakini 176888)

Ulasan : Tak tahulah nak kata apa lagi.....mereka dilantik adalah untuk menjamin keharmonian dan kesejahteraan masyarakat bertepatan dengan MISI PDRM itu sendiri "MEMBERI PERKHIDMATAN PROFESIONAL DAN BERKUALITI DALAM MELINDUNGI NEGARA DAN MENJAMIN PERSEKITARAN YANG SELAMAT BAGI MASYARAKAT", tapi nampaknya mereka pula yang buat masalah..hanya dengan sedikit pangkat, anggota polis sudah tidak boleh ditegur.Nampaknya cara polis ini adalah ala samseng.Kebelakangan ini memang banyak kes-kes yang melibatkan salah laku pihak polis,Di Kawasan Muadzam Shah satu ketika dulu, pernah anggota polis menjual motor orang awam yang ditahan dibalai, kemudian sifulan itu membuat laporan polis kemudian polis tersebut dibuang dari kerja.