Wednesday, April 28, 2010

ZURIAT ISLAM HADHARI DAN 1 MALAYSIA UMNO TELAH MENETAS

Zuriat ISLAM HADHARI dan 1 MALAYSIA telah menetas sekarang. Itulah natijahnya, lahirnya manusia yang pakai tudung tapi pakai seluar pendek. Kemana perginya menteri yang menjaga agama ? kenapa terlalu bacul untuk melaksanakan perintah Allah SWT. ? sahabat-sahabat tentu ada jawapannya......
Sumber gambar dari:
( http://www.dppwm.blogspot.com/ )

Monday, April 26, 2010

PERINGATAN PENTING DAN BERGUNA KEPADA PENDOKONG GERAKAN ISLAM


(Peringatan yang cukup berguna daripada Al-Fadhil Ust Saiful Bahri Mamat, Timb. Pesuruhjaya Pas Negeri Terengganu untuk para petugas pilihanraya di Parlimen Hulu Selangor.)
( www.ustsaifulbahri.blogspot.com )

Maaf kerana beberapa hari tidak mengup-date blog saya ini. Sibuk di Felda Sg Tengi menyebabkan tidak ada masa dan kesempatan. Apatah lagi “beruk-band” pun tak berapa boleh pakai mana. Berkampung di Upu ditugaskan, tak sempat pulak nak ronda-ronda kawasan pilihan raya. Tak sempat nak berblog. Ada yang sibuk berblog tapi tak sempat pulak turun bertugas. Masing-masing cara le!

Kontinjen PAS Terengganu ditugaskan untuk menjaga Felda Sg. Tengi. Kami sudah awal-awal lagi turun ke lokasi untuk gerak-kerja persiapan. Seminggu sebelum penamaan calon, gerak-kerja sudah bermula disamping pertukaran jentera dengan syif kawasan-kawasan yang terlibat. Penglibatan tenaga sokongan kemuncak pada penamaan calon dan beberapa hari sebelum mengundi. Semua jentera dikerah semaksima mungkin sehinggalah hari pembuangan undi.

Kerjasama tenaga Pas tempatan, amat baik sekali apatah lagi sokongan dari Pas Kawasan Tanjung Karang. Tahniah diucapkan atas gerak-kerja terbaik yang telah digembelingkan. Semua kemampuan tenaga, wang ringgit, masa dan pengalaman telah ditumpahkan semaksima mungkin. Syabas dan tahniah khususnya anak-anak muda yang sanggup meninggalkan kerja masing-masing dan sepenuh masa berkhidmat bagi membantu gerak-kerja pilihan raya di Hulu Selangor. Para muslimat yang berpagi dan petang merayu undi dan berkempen tanpa menghirau hujan dan panas sehingga ke hari pembuangan undi.

Walaupun keputusan tidak menyebelahi PR. Meskipun undi di UPU Sg Tengi meningkat tetapi masih tidak mampu untuk memperolehi kemenangan. Ingatlah kekalahan bukan masalah buat kita. Kekalahan bukan perkara baru dalam perjuangan ini. Semenjak PAS diasaskan, kekalahan adalah normal. Kemenangan itu pulak yang luar biasa. Ahli Pas ditarbiyyah bukan hanya untuk menang, tetapi ahli ditarbiyyah untuk bekerja. Berkerja dijalan Allah seikhlas mungkin, mencari keredhaanNya disebalik jihad fi sabilillah. Kalang menang itu kerja Allah SWT.

وَمَا النَّصْرُ إِلَّا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ
dan kemenanganmu itu hanyalah dari Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Surah Al-Imran: 126
Pun begitu kita bekerja untuk menang dan bukan bekerja untuk kalah. Bahkan tiada diari dan istilah kalah buat kita kerana Rasulullah Saw bersabda:

إما النصر وإما الشهادة
Samada kamu menang didunia atau menerima syahid di ahirat

Kita begitu yakin bahawa kemenangan tetap akan bersama kita tetapi bila waktunya. Janganlah mengajar Allah Swt. Dia Maha Mengetahui akan waktunya. Sampai masa dan ketikanya ia pasti menganugerahkan kemenangan yang matang. Bersyukurlah bahawa kemenangan dalam perjuangan telah diwariskan kepada kita sehingga ke saat ini semenjak 50 tahun yang lalu. Tidak pernah surut. Tinggal lagi mungkin syarat-syarat kemenangan belum terisi dengan sempurna. Firman Allah Swt:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ
Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya dia akan menolongmu dan meneguhkan kuasa memerintah kamu. Surah Muhammad : 7

Sejauh mana kita menolong agama Allah Swt. Sejauhmana kita bekerja untuk menegakkan agama Allah Swt. Sejauhmana kita mengembelingkan usaha kita kearah meraih kejayaan. Sejauh-mana kerja-kerja kita dalam jamaah yang dilakukan sebagaimana tahap gerak-kerja kita untuk duniawi kita. Jika dunia kita lebih besar dan utama dari hasrat dan kehendak untuk menegakkan agama Allah Swt, maka jauh lagi untuk mencukupkan syarat-syarat kemenangan. Kerana itu Allah meletakkan usaha dan kerja suatu yang penting sebelum bertawakkal kepadaNYa.

وَقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ وَسَتُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ
Dan Katakanlah: "Bekerjalah kamu, Maka Allah dan rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang Telah kamu kerjakan. Surah at-Taubah: 105


Setiap yang berlaku ada hikmah yang banyak untuk difikir dan dimuhasabahkan. Janganlah sibuk untuk mencari kambing untuk dihitamkan. Untuk diletakkan tohmahan dan tuduhan. Itu akan menambahkan lagi tahap kebodohan dan kejahilan diri sendiri. Post Mortem perlu dibuat tetapi kaedah syara’ perlu dituruti. Sebab semua perkara adalah ketentuan Allah Swt juga. Rasulullah Saw mengajar kita dengan sabdanya:


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُؤْمِنُ الْقَوِيُّ خَيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ الْمُؤْمِنِ الضَّعِيفِ وَفِي كُلٍّ خَيْرٌ احْرِصْ عَلَى مَا يَنْفَعُكَ وَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ وَلَا تَعْجَزْ وَإِنْ أَصَابَكَ شَيْءٌ فَلَا تَقُلْ لَوْ أَنِّي فَعَلْتُ كَانَ كَذَا وَكَذَا وَلَكِنْ قُلْ قَدَرُ اللَّهِ وَمَا شَاءَ فَعَلَ فَإِنَّ لَوْ تَفْتَحُ عَمَلَ الشَّيْطَانِ
Daripada Abu Hurayrah r.a berkata: Rasulullah Saw bersabda: “Mukmin yang kuat itu lebih baik dari mukmin yang lemah dan setiap urusan ada kebaikan padanya. Berebutlah dengan apa yang memberi manfaat kepadamu dan mintalah pertolongan Allah Swt dan janganlah merasa lemah. Jika ditimpa sesuatu yang tidak engkau ingini maka janganlah kamu berkata… Kalau aku buat yang demikian sedemikian.. tetapi katakanlah: Telah ditentukan Allah maka jadilah sebagaiamana kehendakNya. Sesungguhnya berkata ‘Kalau’ itu pembuka kerja syaitan” riwayat Muslim.

Jangan terjebak dengan kerja-kerja penghasut dan pengadu domba dalam mengulas kekalahan PR di Hulu Selangor. Jangan pula kita menjadi lidah serta kaki & tangan UMNO-COCO untuk memperlagakan antara satu sama lain. Setiap keputusan yang telah melalui mesyuarat dan keputusan kepimpinan tertinggi hendaklah diakur dan ditaati. Segala risiko dan keputusan hendaklah dihadapi dan diterima. Itu sudah menjadu sunnah perjuangan. Allah Swt sendiri telah mengajar Rasulnya dalam mengambil tindakan terhadap sahabat-sahabat selepas daripada peristiwa Perang Uhud.

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ
Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlemah-lembut terhadap mereka. sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekeliling mu, kerana itu ma'afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepadaNya. Surah al-Imran : 159

Janganlah kerana tindakan-tindakan bodoh kita menyebabkan jari ditunding kepada mereka yang telah sekian lama menginfaqkan diri fi sabilillah. Apa yang penting muhasabah diadakan dengan cara berakhlak. Kesilapan hari ini jangan diulangi untuk masa yang akan datang. Dan jangan merasa kita sorang sahaja yang cerdik yang boleh mengemudi semua perkara. Sama-samalah mengembeling tenaga sukarela ini kearah bahtera perjuangan. Perjuangan masih lagi panjang. Saringan dan tapisan berlaku sepanjang masa dan ketika. Siapa yang istiqamah dan siapa yang kecundang. Ia juga mengajar siapa kawan dan siapa lawan.

Kita bukan manusia sempurna dan pasti berlaku kekurangan, kelemahan dan kealpaan. Ketika Rasulullah Saw dan para sahabat diuji dengan kekalahan peristiwa Uhud yang menyebabkan mereka tertanya-tanya kenapa berlaku demikian. Sedangkan Allah Swt dan Rasulullah Saw bersama mereka lalu Allah mengajar mereka untuk bermuhasabah

أَوَلَمَّا أَصَابَتْكُمْ مُصِيبَةٌ قَدْ أَصَبْتُمْ مِثْلَيْهَا قُلْتُمْ أَنَّى هَذَا قُلْ هُوَ مِنْ عِنْدِ
أَنْفُسِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Dan Mengapa ketika kamu ditimpa musibah (pada peperangan Uhud), padahal kamu telah menimpakan kekalahan dua kali lipat kepada musuh-musuhmu (pada peperangan Badar), kamu berkata: "Darimana datangnya (kekalahan) ini?" Katakanlah: "Itu dari (kesalahan) dirimu sendiri". Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Al-Imran: 165

Begitu juga dalam peristiwa Perang Hunain, Allah meningatkan:-

لَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ فِي مَوَاطِنَ كَثِيرَةٍ وَيَوْمَ حُنَيْنٍ إِذْ أَعْجَبَتْكُمْ كَثْرَتُكُمْ فَلَمْ تُغْنِ عَنْكُمْ شَيْئًا وَضَاقَتْ عَلَيْكُمُ الْأَرْضُ بِمَا رَحُبَتْ ثُمَّ وَلَّيْتُمْ مُدْبِرِينَ
Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (hai para mukminin) di medan peperangan yang banyak, dan (Ingatlah) peperangan Hunain, yaitu diwaktu kamu menjadi sombong kerana banyaknya jumlah (mu), Maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikitpun, dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari kebelakang dengan bercerai-berai. Surah at-Taubah: 25.

Kalau nak menyalahkan musuh. Itu memang kerja mereka. Dan itu adalah muhasabah yang mudah. Memang bodoh jika ia tidak memanfaatkan harta, kekayaan, kekuasaan mereka untuk meraih kemenangan. 3 M (money, media and missionary) itu memang milik mereka. Tak pelik kalau mereka menggunakan teori Machivelli yang matlamat menghalalkan cara kalau mereka sendiri menerima pakai nasihat APCO. Takkan mereka nak duduk diam menerima kekalahan. Mereka pasti akan melakukan apa sahaja. Agenda ini bukan sekarang tetapi sejak dari dahulu, kini dan pasti selama-lamanya. Allah sendiri juga berfirman :

أَفَمَنْ يُلْقَى فِي النَّارِ خَيْرٌ أَمْ مَنْ يَأْتِي آَمِنًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ اعْمَلُوا مَا شِئْتُمْ إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Maka apakah orang-orang yang dilemparkan ke dalam neraka lebih baik ataukah orang-orang yang datang dengan aman sentosa pada hari kiamat? perbuatlah apa yang kamu kehendaki; Sesungguhnya dia Maha melihat apa yang kamu kerjakan. Surah Fussilat :40

Ahli Pas dan PR hendaklah sentiasa berharap agar kerja-kerja kita diredhai oleh Allah Swt. Apa guna kerja siang dan malam serta memperolehi kemenangan didunia fana’ ini tetapi di hari akhirat kelak dihumban ke dalam neraka. Kita masih ada lagi tali pergantungan iaitu Islam dan Allah Swt. Kita tidak merasa terhina dan merasa lemah. Kita berazam untuk meruskan dan meningkatkan kerja. PRU -13 terlalu hampir. Masa amat singkat. Marilah bersama-sama untuk kita pacu kemenangan dari sekarang semoga usaha kita akan membuahkan kejayaan, I’Allah.

وَلَا تَهِنُوا فِي ابْتِغَاءِ الْقَوْمِ إِنْ تَكُونُوا تَأْلَمُونَ فَإِنَّهُمْ يَأْلَمُونَ كَمَا تَأْلَمُونَ وَتَرْجُونَ مِنَ اللَّهِ مَا لَا يَرْجُونَ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا
Janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuhmu). jika kamu menderita kesakitan, Maka Sesungguhnya merekapun menderita kesakitan (pula), sebagaimana kamu menderitanya, sedang kamu mengharap dari pada Allah apa yang tidak mereka harapkan. dan adalah Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana. Surah al-Nisa’ : 104

Tuesday, March 16, 2010

EKSPIDISI DAKWAH DI TAMAN ES PLANADE KUANTAN MENDAPAT SAMBUTAN

13 March 2010 Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuantan telah mengadakan program "EKSPIDISI DAKWAH ORANG MUDA GENG KITE" . Seramai 20 0rang petugas turun bersama-sama untuk menjayakan program yang diadakan ini. Pemuda Pas Kuantan menyediakan 200 bungkus makanan dan minuman untuk diagihkan kepada pemuda dan pemudi yang berada di Taman Es Planade itu.Disamping itu juga diedarkan risalah kempen "Anti Zina" yang telah dilancarkan oleh Al-Fadhil Ust Riduan Mohd Nor (Exco Dewan Pemuda Pas Pusat)
Rasmi.....Ust Riduan Mohd Nor telah merasmikan risalah
"Anti Zina"
Pemuda bergambar dengan Ust Riduan selepas dari perasmian
risalah "Anti Zina"
Pemuda-pemuda sibuk menyusun bungkusan makanan
untuk diedar.
Ust Riduan sedang menyantuni dua gadis yang sedang berehat di
Taman Es Planade.
Ust Fadhli Ibrahim sedang mengagihkan makanan dan minuman
serta risalah kepada pengunjung Taman Es Planade
Respon dari seluruh petugas melaporkan semua sasaran
bersikap mesra dengan petugas. Walaupun telah diperkenalkan bahawa
"Kami adalah dari Dewan Pemuda Pas Kuantan". Bermakna muda mudi sudah
dapat menerima Pas dengan pendekatan yang pelbagai

Thursday, March 11, 2010

BUKTI UMNO TERTEKAN DENGAN SOKONGAN RAKYAT


Dua gambar di bawah ini adalah tanda UMNO tertekan dengan sokongan rakyat terhadap pakatan rakyat pada hari ini. Terutamanya Shafik Fauzan sebagai ADUN Inderapura (Gambar)sehingga terpaksa menganjurkan ceramah dengan mengelirukan rakyat supaya dapat hadir ke program ceramah mereka malam ini.

UMNO menampilkan penceramah kitar semula iaitu dan
Sdr Lokman Nor Adam Sdr Roslan Kassim manakala Pakatan Rakyat pula membariskan Sdr Sany Hamzan (Exco Dewan Pemuda Pas Selangor), Ust Rosli Abdul Jabbar (Ydp Pas Kawasan Kuantan) dan Cucu Mat Kilau (Editor Pahangdaily Online)

Gambar dibawah sebagai bukti .

Gambar 1
Diperbesarkan perkataan Pasti As-Sa'adah sedangkan perkataan
"sebelah" kecil sahaja

Gambar 2
Perkataan "Bekas" kecik je...tapi ANGKATAN MUDA KEADILAN MALAYSIA
besar.Kemudiannya disertakan dengan lambang keadilan..

Inilah hati perut pemimpin Umno.Bila tertekan macam-macam
dia buat

Friday, February 12, 2010

ARAK YANG SUDAH MENJADI KEBIASAAN

(Gambar Hiasan)

KUANTAN (Harian Metro) - 12 pengunjung pusat hiburan termasuk dua wanita yang ditahan pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) kerana disyaki mengambil minuman keras dalam operasi Ops Taubat malam minggu lalu dibebaskan dengan ikat jamin RM2,000 setiap seorang, semalam.

Sebutan jaminan kali pertama itu dilakukan Timbalan Pendakwa Syarie JAIP, Azwa Hanim di hadapan Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Pahang, Muhamad Azhari Abdul Rahman, secara tertutup, semalam.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan dalam sebutan kes itu semalam manakala 24 Mei depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan seterusnya kes terbabit dalam Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan.

Mereka yang terlibat termasuk dua wanita, Maryati Musa, 20, pekerja swasta dari Dungun, Terengganu dan seorang kakitangan hotel, Normaziah Ahmad, 25, dari Triang, Bera.

Dalam sebutan bermula jam 9.30 hingga 10.15 itu, seorang pengurus syarikat swasta, Mohamed Fadzil Sharkan, 51 dari Subang Jaya, mekanik, Faidzrul Ezzat Mohd Isa,21 dari Gombak, pekerja restoran, Mohd Ashaari Abdullah,25 dari Kuantan, turut hadir menjelaskan bayaran jaminan masing-masing.

Turut berbuat demikian, Wan Mohd Ashraf Firdaus, 20, dari Kota Bharu, Nur Effendi Badrul Hisham, 20, dari Sitiawan, Perak, Mohd Saifulnizal Zulkifli, 29, dari Kuantan, Mohd Basrizul Ismail, 22, dari Kemaman, Mohamad Syahrul Nizam Halim, 28, dari Muadzam Shah, Mohd Azizie Jama Huri, 25, dari Gambang dan Fardly Zai, 27, dari Sekudai, Johor.

Dalam sebutan itu semalam, tiga daripada mereka hadir bersama peguam masing-masing.

Semua mereka sebelum ini ditahan pegawai penguat kuasa Jaip hasil serbuan ke atas dua pusat hiburan di Jalan Wong Ah Jang dan Seri Dagangan, Jalan Tun Ismail di sini, malam minggu lalu.

Mereka didakwa atas tuduhan di bawah Seksyen 136, Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat resam Melayu Pahang 1983.

Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun dan enam sebatan.

Bagaimanapun tiga daripada individu terlibat gagal hadir semalam memaksa pihak pendakwaan menetapkan satu tarikh lain untuk sebutan jamin ke atas mereka.

Ulasan : Inilah akibat daripada tidak mendaulatkan syariat Allah SWT di Negara kita. Arak sudah menjadi minuman kebiasaan bagi muda-mudi dinegara kita.Sedangkan ianya penyebab turunnya bala Allah SWT. Sabda Nabi SAW yang bermaksud “ Sesungguhnya aka nada dikalangan ummatku yang meminum arak, mereka namakan dengan nama lain, kepala mereka dilalaikan dengan bunyi-bunyian (muzik) serta nyanyian, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu ke dalam bumi dan akan menjadikan mereka itu seperti kera dan babi”. (H.R Ibn Majah).

Saturday, January 16, 2010

BEGINI RUPANYA UMNO.....

Taukeh babi pun boleh gemuk kalah kalau berniaga 5 tahun
tak bayar sewa

PRU13 semakin hampir, apakah Umno semakin pulih dan diterima masyarakat? Dari beberapa kajian rambang, masyarakat masih belum dapat menerima Umno kembali. Pe
Publish Post
Save as Draft
mbangkang seperti Pas dan PKR masih mendapat perhatian rakyat terutama di Jerantut. Masih banyak yang Umno perlu baiki terutamanya sikap pemimpinnya sendiri. Pemimpin Umno disemua peringkat harus berubah, dan berubah dengan segera.

Ketua Umno dicawangan harus lebih jujur dengan menerima sesiapa saja menjadi ahli tanpa mengira kroni bagi tujuan menjaga kepentingan untuk terus berkuasa sebagai ketua cawangan. Umno cawangan bukan milik keluarga. Jangan si-ayah jadi Ketua Cawangan, emak jadi Ketua Wanita, anak lelaki jadi Ketua Pemuda dan anak perempuan jadi Ketua Puteri. Menantu jadi Ketua Penerangan dan adik jadi Setiausaha. Orang lain disekat dari jadi ahli kerana nak jadikan Umno warisan turun temurun.

Di Bahagian pun demikian juga. Ketua bahagian harus lebih prihatin dan ambil peduli kepada ahli-ahli diperingkat cawangan dengan selalu melawat cawangan. Berumah tanggalah di Jerantut selaku Pemimpin Bahagian Jerantut bagi membolehkan rakyat menemui dan mengadu kesusahan. Ini yang rakyat inginkan. Bila kita prihatin kepada rakyat, maka rakyat akan membalas di pilihanraya nanti.

Pemuda patut lebih peka kepada peranan media baru dan berusaha gigih bagi menentang dakyah lawan dengan menggunakan medium internet iaitu melalui blog, facebook dan sebagainya. Pejabat Ketua Pemuda jangan saja dijadikan sebagai pusat permainan Pokker Face semata-mata, tapi gunakanlah internet dengan lebih berfaedah. Tingkatkan pembaca diblog pemuda bahagian. Kalau setakat 3 orang pengunjung dalam masa sehari, lebih baik tutup saja laman blog berkenaan. Berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh. Kalau tak tahu belajar pada yang tahu, kalau bodoh belajar dari yang pandai.

Seorang berjawatan didalam Wanita Umno dimaklumkan atas kapasitinya itu menjalankan perniagaan Rumah Rehat, namun sejak dari 5 tahun lalu tidak pernah membayar sewaan bahkan wang pendahuluan juga masih belum dilunaskan. Dalam mesyuarat, Ahli Majlis Daerah telah menyuarakan agar kontrek ditamatkan namun pihak majlis tidak berani mengambil tindakan. Kita harap Tuan Yang Di Pertuan Majlis bertindak lebih berani kerana rakyat memerhatikan ini selama ini. Kalau YDP rasa kurang berani, mungkin dia boleh berangkat ke mana-mana tempat lain. Kita hanya ingin pemimpin yang berani.

Apakah tindakan tidak dapat diambil ke atasnya hanya kerana dia berjawatan didalam Wanita Umno Bahagian? Umno Pahang tidak mampu mengambil tindakan? Bagaimana Umno Malaysia? Inikah keadilan untuk rakyat? Kita berharap pihak berkenaan akan mengambil tindakan segera sebelum perkara ini dirujuk ke pihak lebih tinggi lagi. Bagaimanapun, kita mengucapkan syabas kepada Naib Ketua Bahagian yang bersungguh-sungguh memperjuangkan isu ini dan meminta pihak Majlis mengambil tindakan tegas. Kita lihat siapa yang ada telur dan telur siapa lebih besar?

Kita ingin bertanya, apakah dalam Umno ada 2 taraf keahlian dan 2 undang-undang yang akan menghukum golongan marhaen dan melindungi golongan elit? Satu Malaysia semakin nampak cemar kerana pemimpin Umno yang sebegini. Mungkin teori RAHMAN itu benar dan Najib adalah pemimpin Umno yang terakhir jadi PM dan akan berakhir segera iaitu pada PRU13 nanti.

Ulasan : Saya ambil artikel ini dalam www.spu-bloggers.blogspot.com. Nampaknya UMNO menuju kepada kehancuran apabila ahli sendiri mengkhianati parti sendiri.Rupanya inilah budaya pemimpin UMNO berniaga. Demi kroni....boleh buat apa sahaja.Walau apapun Pas Jerantut kena kerja kuat untuk mencapai kemenangan. Dr Hamzah sebagai YDP Kawasan tidak boleh senyum memanjang kerana pelbagai helah yang akan digunakan oleh mereka.

ISMAIL SABRI DAN GULANYA



(Ulasan kepada Bernama)

SIK: (Bernama) Kenaikan harga gula sebanyak 20 sen daripada RM1.45 sekilogram kepada RM1.65 sekilogram bermula 1 Januari lalu perlu dilihat secara positif oleh rakyat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya pengguna perlu mengurangkan pengambilan gula dalam diet harian kerana masyarakat sudah sedar kesan terhadap kesihatan yang bakal dihadapi sekiranya pengambilan gula tidak dikawal.

"Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Persatuan Diabetis Malaysia, seramai 1.2 juta rakyat menghidap penyakit kencing manis," katanya kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Kempen Kurangkan Pengambilan Gula dan Pelancaran Kobera Peringkat Negeri Kedah, di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Beris Jaya, dekat sini hari ini.

Beliau berkata, statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan pula menyatakan bahawa untuk sehari hanya tujuh sudu gula sahaja diperlukan dalam makanan dan minuman.

"Jadi, kenaikan harga gula ini bukanlah satu bebanan tetapi untuk kebaikan kesihatan dan masa depan rakyat Malaysia," katanya.

Ismail berkata, sepanjang tahun lepas, kerajaan menanggung subsidi sebanyak 60 sen untuk setiap sekilogram gula dan jika harga gula tidak dinaikkan tahun ini, kerajaan terpaksa menanggung subsidi sebanyak RM1 bagi setiap 1kg.

Mengenai Koperasi Bela Rakyat (Kobera) yang dilancarkan hari ini, beliau berkata ia sejajar dengan gagasan 1Malaysia dan teras ketiga misi nasional iaitu mengatasi masalah kemiskinan tegar dan ketidakseimbangan sosio-ekonomi di kalangan rakyat.

"Kobera memberi fokus kepada usaha-usaha membangun ekonomi golongan miskin dan seterusnya membawa mereka keluar dari belenggu kemiskinan," katanya.

Beliau berkata, konsep Kobera adalah mengumpul dan menggalakkan rakyat yang kurang berkemampuan untuk bekerjasama menubuhkan koperasi bagi membantu meningkatkan ekonomi seterusnya menambah sumber pendapatan.

"Setiap Kobera akan diberikan bantuan sebanyak RM30,000 yang berupa geran pelancaran setelah mengenalpasti projek yang akan dijalankan tetapi jika jumlah peruntukan itu tidak mencukupi, mereka boleh membuat pinjaman tanpa dikenakan faedah sebanyak RM50,000 oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)," katanya.

Ismail berkata sebanyak 205 Kobera telah berdaftar, manakala 184 lagi masih dalam proses penubuhan dan sebanyak 38 Kobera telah pun diluluskan bantuan yang bernilai RM1.14 juta oleh SKM.

"Untuk negeri Kedah, sebanyak tiga buah Kobera telah mendapat kelulusan kemudahan ini iaitu Kobera Kuala Nerang, Kobera Guar Cempedak dan Kobera Bukit Kayu Hitam," katanya. BERNAMA

Ulasan: Nampaknya semakin banyak Pemimpin UMNO bercakap, makin ramai terzahir mereka yang rendah IQ yang jadi menteri.Mungkin kedepan ni DS Dato' Najib boleh tukar spesis seumpama ini. Gula di naikkan dari RM1.45 kepada RM1.65 dengan alasan mereka yang kena kencing manis telah menjangkau 1.2 Juta orang. Yb Ismail sabri jangan buat tak tahu,penyakit kencing manis ni bukan dengan sebab gula sahaja,Nasi pun boleh bawa kencing manis.Begitu juga dengan roti, buah-buahan jeruk dan bahan-bahan tenusu.Sebab itu jangan hanya dipersalahkan kepada gula sahaja.sebenarnya kenaikan harga gula tidak akan menyelesaikan masalah kencing manis.Buktinya rokok,walaupun sudah berkali-kali kerajaan menaikkan harga rokok tetapi penghisapnya semakin ramai.Kenaikan harga gula ini akhirnya menindas golongan-golongan bawahan. Contohnya peniaga warung, mereka buat air pakai gula, kuah-kuah makanan guna gula, roti canai dan sebagainya. Peniaga akan menaikkan harga makanan mereka dan yang menjadi mangsa ialah pembeli-pembeli diperingkat bawahan.Untuk mengelak dari penyakit ini, kerajaan perlu menjalankan kempen dari masa ke semasa untuk menjauhkan dari penyakit ini.Saya ingat cara Yb Ismail ini adalah cara untuk mengaut untung dari kedhaifan rakyat yang sudah tentu memerlukan kepada bahan asas itu.