Berwaspada -5
Bersambung…..25052008115pm
Berwaspada -5
Bersambung…..25052008115pm
Kenyataan Media Murkriz Mahathir | |
Rabu, 21 Mei 2008 | |
MERUJUK kepada tindakan ayahanda saya, YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad di Alor Setar, Kedah semalam, yang mengumumkan keluar dari parti sehinggalah YAB Dato’ Seri Abdulah Hj Ahmad Badawi meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional, saya dengan ini membuat kenyataan seperti berikut: Saya amat faham dan bersetuju bahawa tindakan ayahanda saya adalah kerana sayangnya beliau kepada UMNO. Saya juga percaya bahawa bagi mencapai matlamat tindakan tersebut, terdapat lebih dari satu cara perlaksanaanya. Maka dengan itu, saya mengumumkan bahawa saya TIDAK AKAN MELETAKKAN JAWATAN DI DALAM UMNO,SEBAGAI AHLI PARLIMEN JERLUN MAHUPUN SEBAGAI AHLI UMNO. SAYA AKAN TETAP SETIA SEBAGAI AHLI UMNO DAN AKAN MENJADI SUARA YANG LANTANG MENEGUR KEPINCANGAN KEPIMPINAN PARTI; Seterusnya, saya serta rakan-rakan yang sependirian dengan saya dengan ini MENDESAK SEKERAS-KERASNYA AGAR YAB DATO’ SERI ABDULLAH HJ AHMAD BADAWI MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA, PRESIDEN UMNO DAN PENGERUSI BARISAN NASIONAL DENGAN SEGERA; Kami juga mendesak agar Majlis Tertinggi UMNO MEMBUKA SELUAS-LUASNYA SEGALA RUANG DEMOKRASI PARTI YANG TERMAKTUB DI DALAM PERLEMBAGAAN PARTI yakni dalam bentuk pemansuhan sistem kuota, membenarkan Mesyuarat Agung Luar Biasa diadakan, tidak menghalang ahli-ahli UMNO untuk mengadakan majlis bersama pemimpin atau tokoh Melayu, dan tidak mengeluarkan sebarang bentuk arahan, kekangan atau larangan yang menafikan prinsip-prinsip demokrasi dalam parti; dan Selanjutnya, kami MENGGESA AHLI UMNO KHUSUSNYA DAN RAKYAT MALAYSIA AMNYA, menyuarakan bantahan mereka terhadap kepimpinan YAB Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi secara terbuka dan lantang melalui surat peribadi, sms, surat kepada media serta melalui sidang-sidang media, bagi MEMBERI TEKANAN AGAR YAB DATO’ SERI SEGERA MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI PERDANA MENTERI, PRESIDEN UMNO DAN PENGERUSI BARISAN NASIONAL. Ini adalah pendirian saya pada waktu ini. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengubah pendirian saya ini sekiranya keadaan tidak beransur pulih. |
PakLah berselisih faham dengan kekasihnya
Sebagaimana kita semua maklum, bahawa tempoh Tan Sri Rasyid sebagai pengerusi SPR telah tamat, oleh kerana sayangnya paklah kepada Tan Sri Rasyid, maka tempoh perkhidmatannya disambung kembali. Beberapa buah parti politik dan NGO tidak berpuas hati dengan sambungan khidmat tersebut, maka berlakulah demontrasi bersih kali ke dua, sehingga tertangkapnya aku dan pimpinan-pimpinan Parti dan NGO.
Tapi hari ini mereka berbalah, masing-masing mendedahkan kelemahan pasangan mereka, segala yang sulit dihebohkan tanda tidak sehaluan lagi….
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman buat kali pertama mendedahkan tindakan pihaknya membatalkan penggunaan dakwat identiti pengundi bertolak daripada keputusan Kabinet yang menolak rancangan itu daripada diteruskan.
Kata beliau, Kabinet menolak langkah SPR menggunakan dakwat khas, yang menelan kos hampir RM3 juta, atas dua alasan iaitu perundangan dan keselamatan pada hari Parlimen dibubarkan.
Parlimen dibubarkan pada 13 Februari manakala pengundian berlangsung pada 8 Mac. Pembatalan penggunaan dakwat diumumkan pada 4 Mac.
Pun begitu, Abdul Rashid, beliau mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas segala masalah yang wujud dalam isu berkenaan sehingga membawa kepada pembatalan penggunaan dakwat khas.
"Saya dimaklumkan bahawa Pas di wilayah timur telah membeli dakwat dari
"Ini diberikan secara bertulis oleh polis dan laporan yang sama diserahkan kepada Kabinet, dan mereka percaya ini yang berlaku," kata beliau
Kenyataan Paklah :Kabinet tidak mengarahkan sebaliknya mencadangkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mempertimbangkan supaya membatalkan penggunaan dakwat pada pilihan raya umum lalu, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Perdana Menteri berkata, keputusan itu dicapai jemaah menteri selepas menerima beberapa maklumat berkaitan tindakan pihak tertentu yang dikatakan membeli dakwat berkenaan walaupun tidak mempunyai kuasa berbuat demikian.
“Kabinet curiga, mungkin dakwat yang dibeli itu untuk mengelirukan dan menimbulkan masalah sepanjang proses pengundian pada pilihan raya umum lalu.
“Bagaimanapun, keputusan itu hanya cadangan serta beberapa alasan yang disampaikan kepada Pengerusi SPR dan terserahlah kepada beliau memikirkan sama ada hendak melaksanakan pandangan kerajaan atau tetap berpendirian mahu menggunakan dakwat itu,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa (IAP)
Kita mesti melihat bahawa Ini adalah satu komplot untuk menggagalkan Barisan Alternatif dari terus mendapat kemenangan dalam pilihanraya. Selagi BN, tidak ada ungkapan baik buat mereka…
BERWASPADA - 4
4. Waspada terhadap tindakan menyalahi perintah.
حقا علينا نصر المؤمنين
والمؤمنون والمؤمنت بعضهم أولياء بعض يأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر
ويقيمون الصلوة ويؤتون الزكوة ويطيعون الله ورسوله أولئك سيرحمهم الله
Maksudnya: Dan orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi Penolong bagi setengahnya Yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah. (At-Taubah 71).
واتقوا فتنة لا تصيبن الذين ظلموا منكم خاصة
Maksudnya: Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) Yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang Yang zalim di antara kamu
secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum).(Al-Anfaal 25)
فلما نسوا ما ذكروا به أنجينا الذين ينهون عن السؤ وأخذنا الذين ظلموا
بعذاب بئيس بما كانوا يفسقون
Maksudnya: Maka ketika mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa Yang telah diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang Yang melarang daripada perbuatan jahat itu, dan Kami timpakan orang-orang Yang zalim Dengan azab seksa Yang amat berat, disebabkan mereka berlaku fasik (derhaka).(Al-A’raaf 165)
Bersambung…..180520080359pm
. SALAH GUNA KUASA DAN “ RASUAH”OLEH PEJABAT MB/EXCO SELANGOR.
Berdasarkan kepada “Kanun Tanah Negara 1965 “ dan Pekeliling Kerajaan Prihatin,maka:
1. Mengapa Kerajaan Khir Toyo meluluskan pengurangan premium pada 22 Disember 2000 kepada syarikta-syarikat berkenaan setelah tamat tempoh selama 6 bulan?.( Tawaran pemilikan tanah pada Oktober 1994 dan lulus pengurangan bayaran premium Disember 2000 ,telah melebihi 7 tahun).
2. Siapakah yang memohon mendapatkan pengurangan premium?. Apakah syarikat –syarikat asal yang mendapat tanah atau U Wood Bhd ?.Syarikat-syarikat LK,Tg,S dan U tidak layak memohon sebab tempoh masa melunaskan bayaran premium telah tamat(melebihi 2 tahun). U Wood Bhd juga tidak layak memohon dan diberikan kelulusan sebab U Wood adalah syarikat besar dan tersenarai dibursa saham KL.
3. Berapa kalikah syarikat-syarikat berkenaan memohon pengurangan premium dalam masa lebih dari 7 tahun?.Mengikut pekeliling pejabat tanah,rayuan pengurangan premium paling bayak 2 kali.
4. Berapakah jumlah premium telah dikurangkan oleh MB Selangor : Jumlah asal adalah melebihi RM 68.2 juta? (Berdasarkan kepada
5. Dari September 1994 hingga Disember 2000 telah melalui 3 orang MB, bermula dengan Mat Taib ,Abu Hasan dan termasuk Khir Toyo sendiri.Mengapa bekas MB, Mat Taib dan Abu Hasan tidak berani meluluskan pengurangan premium,tetapi Khir Toyo yang baru sahaja memegang jawatan MB Selangor 4 bulan sudah rakus meluluskan permohonan tersebut?.
6. Mengapa Pejabat MB/PTS meluluskan penjualan dan pemindahan hak milik tanah dari syarikat-syarikat asal yang memohon tanah kepada U Wood Bhd walaupun syarikat-syarikat berkenaan tidak membayar premium dan telah tamat tempuh tawaran membayaran premium.
7. Mengikut syeksen 81 dan 82 Kanun Tanah Negara dan pekeliling PTS bahawa mana-mana tanah yang telah ditawarkan kepada pemohon dan tidak melunaskan bayaran premium dalam masa 2 tahun dengan sendirinya permohonan itu luput. Tetapi mengapa syarikat-syarikat berkenaan diberikan kelonggaran sehingga boleh merayu hingga 7 tahun dan dilayani begitu istimewa oleh Khir Toyo?.
8. Rozali Ismail,taukeh U Wood Bhd adalah juga merupakan taukeh Puncak Niaga Bhd yang banyak memberikan bantuan /sponsor terhadap Umno khususnya Umno Selangor dan Tg.Karang dan lebih khusus kepada Khir Toyo.PRINSIP PERTAMA
"Kenapa perlu fobia dengan Islam Hadhari ia bukan satu mazhab atau agama baru. Lihatlah isi yang ada dalam pendekatan Hadhari," Inilah ucapan Zahid Hamidi yang dipetik didalam Bernama
DIBAWAH INI ADALAH PENDEKATAN HADHARI.TERANG-TERANGAN BERCANGGAH DENGAN ISLAM TULIN YANG DIBAWA OLEH NABI SAW.
PRINSIP ISLAM HADHARI
KEIMANAN DAN KETAKWAAN KEPADA ALLAH
Masa yang diberikan kepada Yb Karpal Singh hanya seminggu untuk memohon maaf terhadap sultan, kalau beliau gagal berbuat demikian maka Reezal akan menggerakkan usaha meraih sokongan rakyat untuk mendesak kerajaan supaya mengambil tindakan kepada Karpal Singh, bahkan kenyataan Karpal dianggap sebagai penghasut dan boleh diletakkan dibawah akta hasutan dan akta keselamatan dalam negeri.
Kenyataan yang dibuat oleh Reezal ini dianggap sebagai double standard, sebelum ucapan ini ditujukan kepada Yb Karpal Singh sepatutnya terlebih dahulu ia ditujukan kepada Idris Jusoh yang terlebih dahulu biadab terhadap sultan Mizan apabila sultan tidak memperkenankan beliau menjawat jawatan MB. Lebih
Sekiranya Reezal benar-benar ikhlas memperjuangkan kemurnian institusi raja-raja, beliau mesti berani mendesak Perdana Menteri supaya meletakkan jawatannya, kerana Paklah lah yang mengarahkan supaya tidak menyokong Ahmad Said sebagai Menteri Besar. Ini diakui oleh Rosul Wahid bidunil Wahyi didalam sebuah akhbar beberapa bulan lalu. Sedangkan ahmad Saidlah orang yang dikehendaki oleh sultan.
Saya percaya bahawa GPMS adalah sebuah NGO, sepatutnya bebas dari cenderung kepada mana-mana parti politik.Bahkan NGO sepatutnya menjadi pemerhati kepada perjalanan pemerintahan yang ada pada hari ini, tetapi kenyataan ini menggambakan bahawa mereka seolah-olah menjadi talibarut UMNO.
Kalau GPMS mempunyai gigi taring yang tajam, gerham yang kuat, kenapa tidak mendesak kerajaan supaya memecat Dato’ Annuar Musa yang mengambil duit PPRT sebanyak RM 40 juta?, mengapa tidak mendesak kerajaan supaya mengambil tindakan kepada mereka yang memberi rasuah kepada perwakilan didalam mesyuarat agung UMNO?
Beranikah pimpinan GPMS mendesak kerajaan supaya mengambil tindakan kepada sebahagian dari pemimpin UMNO atau kroninya yang mengambil tanah kemudian dijual serta merta kepada pengusaha cina di Selangor sebelum Pakatan Rakyat memerintah. ? Lihatlah :
1. Proxy YB Satim telah mendapat lebih 50 ekar di Puchung dan kemudiannya dijual.
2. Proxy YB Ahmad Bahari telah mendapat tanah di Ampang dan Gombak dan dijual
3. Proxy bekas YB Saidin Adam dapat tanah di Sg Buluh dan dijual
4. Proxy bekas YB Fauzi dapat tanah di Sg.Buluh dan dijual 5. Dato’ Onn Ismail dapat tanah beribu ekar di Pulau Indah atas nama koperasi dan dijual.
6. Proxy bekas wakil rakyat, Ramli Norani dapat tanah 400 ekar di Bukit Cherakah dan dijual.
7. Di Sabak Bernam, Jelutong Jati dapat 1000 ekar dan dijual.
8. Proxy Jakiran Jakomah dan Aziz Md.Nor dapat tanah di Ijok dan Klang dan dijual.
9. Proxy YB Fatah dapat tanah di Bukit Cherakah dan dijual.
10. Proxy YB Zakaria Samseng dapat tanah di Klang dan Shah Alam dan kemudiannya dijual
11. Proxy YB Rahman Padil dapat tanah di Bukit Cherakah dan dijual.
12. Adik Mohamad Taib, Proxy Musa Taib dapat tanah dan jual. Pernah dikatakan hasil jualan tanah-tanah itu tak habis 7 keturunan.
13. Proxy YB Zainal Sakom dapat tanah di Shah Alam
14. Proxy bekas YB Dato’ Shukur dapat tanah di Kuala Selangor dan Bukit Cherakah dan dijual.
15. YB Noh Omar dapat tanah di Kuala Selangor sebanyak 20 ekar dan dijual.
16. Proxy bekas YB Aziz Desa dapat tanah bersama kroni di Bukit Cherakah dan dijual. Boleh semak simpanan wang di Bank Rakyat banyak mana wang yang dipungutnya.
Sekiranya GPMS bertaring tajam, sila desak PM supaya ambil tindakan kepada nama-nama diatas tadi, kalau tidak masyarakat akan tahu bahawa GPMS hanya memakai gigi palsu sahaja. Saya bukanlah membela Karpal Singh dalam soal ini, tetapi islam menganjurkan kita melakukan keadilan sekalipun dengan orang bukan islam. Tidak adil sebelah pihak sahaja yang patut didakwa dibawah akta hasutan dan akta keselamatan dalam negeri, sedangkan perkara yang sama juga dilakukan oleh pemimpin BN.
080520080454am
BERWASPADA - 3
2. Waspada terhadap bisikan nafsu.
Setiap muslim hendaklah selalu berwaspada terhadap pujukan hawa nafsu, jangan mudah mengikut orang lain dan jangan pula meninggalkan kebenaran dengan sesuatu alasan atau konon kerana itu ( mengikut orang lain dan mengenepikan kebendaan adalah cara berdakwah untuk menarik orang ramai ). Padahal orang yang berkenaan mengetahui bahawa perbuatan itu salah.
وأن احكم بينهم بما أنزل الله ولا تتبع أهوائهم واحذرهم أن يفتنوك
عن بعض ما أنزل الله إليك
Maksudnya: Dan hendaklah engkau menjalankan hukum diantara mereka dengan apa (ketentuan) yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau mengikuti kehendak hawa nafsu mereka dan berwaspadalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari suatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. (Al-Maidah 49).
3. Berwaspada terhadap perbuatan maksiat.
وما أصابكم من مصيبة فبما كسبت أيديكم ويعفوا عن كثير
Maksudnya: Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan, namun Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu ( As-Syura 30 )
Mengenai hal ini , Ali bin Abi talib R.a pernah berkata kepada sahabatnya: “Aku khabarkan kepada kamu bahawa makna ayat tersebut didalam kitabullah itu yang paling afdhal ialah yang disabdakan oleh RasuluLlah SAW, bahawa setiap musibah yang menimpa kamu adalah akibat dari perbuatan kamu sendiri. Mengenai ayat tersebut beliau menerangkan kepadaku : “Wahai Ali, sesuatu musibah yang kamu alami seperti penyakit, hukuman atau cubaan (bala) didunia ini adalah aqibat perbuatan kamu sendiri.
Ikrimah mengatakan setiap malapetaka yang menimpa seseorang adalah disebabkan oleh dosa. Yang dikatakan oleh Ikrimah itu sesuai dengan firman Allah SWT:
من يعمل سؤا يجز به
Maksudnya: Sesiapa yang melakukan kejahatan ia akan dibalas dengan kejahatan (yang dilakukannya itu. (An-Nisa’ 123)
Khalifah Umar Al-Khattab R.a berpendapat bahawa kemaksiatan lebih menakutkan dan lebih membahayakan keatas pasukan tentera muslimin daripada musuh.
Bersambung…070520081235pm
BUAT AHLI AGAMA DALAM
EXCO KERAJAAN NEGERI PAHANG
Pada pilihanraya umum-11 UMNO Pahang telah menampilkan beberapa tokoh agama di dalam UMNO sebagai calon untuk meraih simpati rakyat dan bertepatan dengan islam hadhari yang dilaung-laungkan pada waktu itu. Mereka ialah Mohd Safri (Bukit Ibam), Munawar (Luit), Syafiq fauzan (Inderapura), Faisal Abdullah (Beserah), Abdul Rahman (Jengka), Wan Mohd Iqbal (Peramu Jaya) dan Muhammad Jaafar (Tahan).
Tetapi pada pilihanraya umum ke-12 ini lain pula jadinya apabila ada dikalangan mereka digugurkan daripada bertanding dalam pilihanraya. Iaitu Abdul Rahman (Jengka), Wan Mohd Iqbal (Peramu Jaya) dan Muhammad Jaafar (Tahan).
Namun Mohd Safri (Bukit Ibam), Munawar (Luit), Syafiq fauzan (Inderapura), Faisal Abdullah (Beserah, tapi kalah) terselamat. Kata Dato’ Tuan Ibrahim pesuruhjaya pas Pahang, mungkin yang digugurkan ini kerana tidak pandai berkaroeke ia dirujuk kepada sufri dan munawwar. Dengan pengguguran mereka ini, terbukti bahawa islam hadhari yang diperjuangkan selama ini adalah wayang kulit sahaja.
Pada 29 April 2008, 3 orang wakil rakyat dari BN telah mengangkat sumpah sebagai exco iaitu Yb Safri Abd Aziz (Bkt Ibam), Yb Shafiq Fauzan Shariff (Inderapura) dan Yb Fong Foong kuee (Cheka). Syabbas !!! saya ucapkan kepada tokoh agama dari UMNO ini kerana terpilih sebagai exco. Apapun, saya selaku rakyat yang bermaruah ingin mengingatkan bahawa dengan jawatan yang ada ini :
1. Amanah ini cukup besar, kerana ia berkait dengan rakyat bawahan yang semuanya akan dipersoalkan oleh Allah SWT diakhirat nanti.
2. Dengan kuasa yang kamu ada, kamu bertanggungjawab menegur pemerintah dari melakukan program yang berbentuk munkar.apatah lagi kamu sendiri nak berkaroeke. Diantara program munkar yang tersebar luas sekarang ini ialah expo yang di dalamnya ada unsur-unsur judi, jom heboh, program sambutan hari merdeka dan menyambut tahun baru yang bercampuran diantara lelaki dan perempuan. Semuanya ini boleh merosakkan akhlaq anak-anak kita.
3. Dengan kuasa yang ada pada kamu, anjurkanlah program-program yang boleh memantapkan aqidah dan akhlak muda-mudi. (Yb dari Inderapura dekat dengan Bandar kuantan,boleh round Bandar kuantan dan lihatlah anak-anak muda hari ini. Yb Bkt Ibam pula boleh lihat gelagat anak-anak peneroka dikeratong….)
Kehidupan kita sebagai mukmin ada batas yang Allah SWT telah tetapkan. Jadi sekiranya batas-batas ini tidak dijaga seperti halal dan haram, maka yb yang sudah semestinya mengaku sebagai mukmin tidak ada beza dengan yb dari cheka, yang sama-sama mengangkat sumpah sebagai exco sekali dengan yb berdua.
040520081230pm