Dua tiga hari ini gempar… Ayah Pin muncul semula di Malaysia setelah beberapa lama dikatakan bersembunyi di Thailand. Ayah Pin adalah pengasas ajaran sesat yang bertapak di Kg Batu 13, Jerteh Terengganu.
Kepulangannya ke Malaysia juga diketahui oleh pasukan PDRM tetapi tidak boleh diambil tindakan kerana Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu telah memaklumkan supaya tidak menahan Ayah Pin.
Petikan dari Malaysiakini:
Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini berkata polis bagaimanapun tidak dapat mengambil tindakan terhadapnya setelah Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu memaklumkan kepada polis untuk tidak menahannya."Polis mempunyai maklumat bahawa Ayah Pin yang dipercayai berada di Thailand Selatan telah pulang ke tanah air."Apabila dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu sama ada untuk menahannya, jabatan berkenaan mengatakan tidak perlu," kata Musa.
Ini dikuatkan lagi dengan kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Pengerusi Jabatan agama dan Penerangan Negeri Muhammad Ramli Nuh kepada akhbar Kosmo ( 14 November 2008 )
“keutamaan kerajaan negeri ialah menghapuskan ajaran itu dan bukan mengheret Ayah Pin ke mahkamah. “
Kenyataan Ramli Nuh ini cukup menghairankan, sepatutnya Ayah Pin ditangkap, pertamanya kerana beliau murtad keduanya menyesatkan orang lain.
Logikkah hujjah yang diberikan oleh Ramli Nuh itu? Seperti seorang polis yang menangkap pengedar dadah, kemudian dadahnya dirampas, manakala pengedarnya dihalau tanpa dibicarakan dimahkamah?.
Tetapi persoalan murtad tidak dipandang sebagai perkara yang besar bagi pemimpin UMNO. Sebab itulah mereka mengarahkan pihak polis supaya tidak menangkapnya. Yang penting bagi mereka hanya menghalau Ayah Pin ke Thailand sebagaimana yang dinyatakan didalam akhbar Kosmo “Yang paling penting tindakan kita 'menghalau' Ayah Pin (ke Selatan Thailand) sudah berjaya.”
UMNO TIDAK SERIUS
Sekarang umum dapat melihat, adakah UMNO serius dalam menangani isu-isu yang berkait dengan aqidah?. Sekiranya UMNO serius dengan islam, maka Ayah Pin perlu diheret ke mahkamah, diberi kata dua kepadanya, samada bertaubat kembali menjadi seorang muslim atau dibunuh sebagai orang yang murtad.
Sekiranya hukuman ini tidak dijalankan, bermakna Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu dan Yb Muhamad Ramli Nuh telah membelakangkan hadith nabi SAW yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas :
من بدّل دينه فاقتلوه
Maksudnya: Barangsiapa yang menukar agamanya maka dia hendaklah dibunuh. (H.R Bukhari)
Sabda Nabi SAW:
لا يحل دم امرئ مسلم إلا بإحدى ثلاث: الثيب الزانى, والنفس بالنفس والتارك لدينه المفارق للجماعة
Maksudnya: Tidak halal menumpahkan darah seseorang islam, kecuali dengan sebab salah satu dari tiga perkara iaitu orang yang telah berkahwin berzina, nyawa dibalas dengan nyawa (membunuh dibalas dengan bunuh) dan orang yang meninggalkan agamanya (agama islam) yang memisahkan diri dari jamaah orang islam (murtad). (H.R Bukhari dan Muslim)
Perlu diingat, bahawa sikap tidak mengendahkan seruan junjungan besar SAW boleh membawa kepada kesesatan. Firman Allah SWT :
وما كان لمؤمن ولا مؤمنة إذا قضى الله ورسوله أمرا أن يكون لهم الخيرة من أمرهم
ومن يعص الله ورسوله فقد ضل ضللا مبينا.
Maksudnya:lah harus bagi orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. dan sesiapa Yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka Sesungguhnya ia telah sesat Dengan kesesatan Yang jelas nyata. (Al-Ahzab 36)
SAMA-SAMA SESAT
Apabila dianalisa kembali, patutlah Ayah Pin tak ditahan, rupanya sama-sama sesat. Ayah Pin sesat kerana mengasaskan kerajaan langit, manakala dipihak yang lain pula sesat kerana membelakangi arahan RasuluLlah SAW sebagaimana yang disebut didalam ayat diatas.
Saya teringat satu kisah yang diceritakan oleh Yb Ust Nassuruddin Hj Daud tentang polis trafik. Katanya “ ada seorang gila yang cita-citanya nak jadi polis trafik, lepas tu, dia gi ke jalan simpang 4 dalam Bandar Kota Bharu, dia berdiri ditengah-tengah simpang dan mengarahkan kenderaan sebagaiamana polis traffik, jadi kereta di empat-empat penjuru tak boleh nak lalu sebab orang gila ada ditengah-tengah jalan, jalan pun jadi jem. Dok tak lama lepah tu…marilah polis trafik dan gi kat orang gila tu, trafik pun marah ke orang gila tu…orang gila tu pun tengok atas tengok bawah beberapa kali pada trafik tadi, kemudian orang gila tu kata “aiiii….sama-sama trafik pun marah jugak ke?”
Nampaknya dalam kes ayah pin ni pun sama je…
Wallahu A’lam
151120080803Am