Monday, October 4, 2010

DAKWA NIK AZIZ 'GILA', PAS MAHU UMNO BESUT MINTA MAAF

KUALA LUMPUR, 4 Okt — PAS Besut memberi tempoh 24 jam kepada Umno Besut agar memohon maaf secara terbuka kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ekoran ceramah “DAP Anti Islam” Jumaat lalu yang mengaibkan Mursyidul Am PAS itu.

Yang Dipertua PAS Besut Wan Azhar Wan Ahmad berkata, pihaknya terpaksa membuat desakan itu setelah mengambil kira dan meneliti laporan kandungan ucapan penceramah jemputan, Abdullah Sa’amah yang didakwa memaki hamun, mencerca, menghina dan menggelarkan Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan dengan “kalimah yang amat biadap dan penuh prejudis.”

Wan Azhar berkata penceramah jemputan tersebut dikatakan telah melabelkan Nik Aziz “sebagai Tok Guru Gilo”.

“PAS Besut yakin situasi ini tidak mungkin berlaku sekiranya penganjur program tidak mengheret dan mewarnai emosi dan pemikiran penceramah tersebut ke arah mewujudkan satu bentuk ketegangan yang boleh menjurus kepada isu keagamaan dan perkauman,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan tengah hari tadi.

Sehubungan itu, PAS Besut memberi tempoh sehingga 12.30 tengah esok kepada Umno Besut memohon maaf.

Ceramah itu menurut beliau telah di Padang Sekolah Kebangsaan Padang Luas, Jerteh.

“PAS Besut juga akan menghantar nota bantahan kepada pengurusan Jabatan Pelajaran Terengganu kerana membenarkan premis sekolah digunakan oleh parti politik yang jelas mempunyai tendensi dan kecenderungan memupuk budaya liar dan samseng di kalangan masyarakat setempat,” kata beliau.

“Sehubungan itu, sekiranya Umno Besut gagal berbuat demikian sebelum 12 tengah hari 5 Oktober (esok), maka PAS Besut tidak akan teragak-agak untuk mendapatkan nasihat guaman dalam mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak-pihak yang berkaitan,” katanya lagi.

BUKTI UMNO GUNA DUIT HASIL JUDI UNTUK SEDEKAH


Sebenarnya Geng-geng UMNO dan Marican ni marah sangat kepada Lim Guan Eng, Ketua Menteri bagi PR ialah kerana LGE berikan sumbangan kepada fakir miskin, orang-orang tua, Ibu-ibu tunggal, OKU dan lain-lain gulungan yang memerlukan bantuan kewangan.

Semasa Pulau Pinang ditadbir oleh Gerakan dan UMNO dalam BN, wang judi berkenaan memang tidak disumbangkan atau diberikan kepada gulungan yang dinyatakan itu. Tetapi wang hasil dari judi itu dibolot oleh UMNo dan geng-geng Marican dalam bentuk projek, perbelanjaan aktiviti UMNO dan dikeluarkan atas nama NGO-NGO UMNO base.

Maka mereka amat gembira dan memuji kerajaan Negeri yang diterajui oleh Gerakan.UMNO (BN) kerana merasakan wang itu benar-benar dimanfaatkan dan dianggap halal dan dapat mengisi tembolok mereka sahaja. Tidak perlu bersusah payah untuk mencari rezeki dari lain-lain punca. Rezeki akan datang bergolek setiap bulan.

Apabila kini, mereka itu tidak lagi mendapat wang melalui saluran kerajaan, itu yang menyebabkan mereka terlalu marah sangat kepada kerajaan Negeri yang kini ditadbir oleh PR yang diketuai oleh LGE.

Untuk mendapatkan wanag tersebut dari kerajaan PR, tentulah mereka merasakan sukar disebabkan pertukaran kerajaan.

dan berlainan parti pula. Lagi pun tidak mungkin LGE akan meluluskan peruntukan tersebut kepada geng-geng UMNO Marican ini, setelah 52 tahun, mereka melahap wang tersebut, elok benarlah wang disalurkan kepada gulungan yang dinyatakan seperti di atas daripada diberikan kepada puaka-puaka geng UMNO Marican ini.

Ini motif yang sebenar geng-geng UMNO Marican itu menimbulkan isu ini agar ianya disensasikan oleh masyarakat.

Walhal geng-geng UMNO Marican ini bukanlah alim sangat pun, waktu Maghrib hingga Isyak selalunya lepak di Coffee-coffee House sahaja. Masa bila mereka itu menunaikan solat.....tak mungkin mereka tu jamak/qasar aje sepanjang masa. Konon pandai pula timbulkan bab-bab hukum wang judi...

www.idhamlim.blogspot.com

Wednesday, September 29, 2010

AL-FATIHAH : TUANGURU PAKTEH KEMBALI KE RAHMATULLAH

Pengasas Madrasah Ad Diniah Al Latiffiah atau lebih dikenali oleh masyarakat setempat sebagai Pondok Pak Teh, Tuan Guru Dato' Haji Abdul Latif bin Abdul Rahman (Gambar) atau lebih dikenali sebagai Pak Teh telah kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 1.00 pagi tadi selepas sesak nafas.

Pak Teh mendirikan pusat pengajian ini pada tahun 1967 dan lokasinya adalah berdekatan dengan perkarangan rumahnya. Pusat pengajian ini teletak di Kampung Kuak Luar, Pengkalan Hulu dalam daerah Hulu Perak.

Pondoknya menjadi kontaversi setelah semasa 10 bulan Pakatan Rakyat memerintah Perak telah meluluskan sebidang tanah untuk membantu pondok sedangkan sekian lama dipohon semasa BN berkuasa sebelumnya tetapi tidak dilulus.

Pak Teh dalam kenangan :-

Pak Teh merupakan anak jati kelahiran Kampong Kuak Hulu, Pengkalan Hulu. Beliau dilahirkan pada tahun 1938. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu dalam tahun 1947 hingga 1953 dengan menamatkan pengajian hingga darjah 5. Pada peringkat awal, beliau mula menghafal kitab-kitab agama dengan dibimbing oleh Ustaz Omar Mohd Noh.

Selepas itu beliau melanjutkan pengajiannya di peringkat menengah di Sekolah Arab (sistem pondok) yang dikenali dengan nama Pondok Asam Jawa yang terletak di Pendang, Kedah antara 1956 hingga 1959. Pak Teh sebenarnya seorang pelajar yang pintar kerana beliau berpeluang melanjutkan pengajian ke Maktab Melayu Kuala Kangsar tetapi tidak meneruskannya kerana kemiskinan. Kemudian Pak Teh meneruskan pengajian di Sekolah Agama Pondok Pasir Tumboh iaitu Sekolah ad-Diniah Bakriah, Kelantan selama lebih 9 tahun iaitu dari tahun 1959 hingga 1967.

Beliau sempat berguru dengan beberapa orang ulama terkenal seperti Tuan Guru Haji Mohamad Saman, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Haji Ahmad, Tuan Guru Haji Sulaiman Mohd Rabik, dan juga ulama-ulama terkenal yang bermastautin di Kelantan iaitu Tuan Guru Haji Mustafa, Tuan Guru Haji Abdul Aziz dan Tuan Guru Haji Hashim Haji Abu Bakar.

Beliau telah dapat mengekalkan pengajian secara sistem pondok di mana pengajian ditumpukan dengan mempelajari kitab-kitab Thurath iaitu kitab-kitab tradisi Islam. Beliau adalah pakar rujuk dalam berbagai hal mengenai masalah agama. Mewarisi minat bapanya, Pak Teh juga minat bercucuk tanam dan berkebun buah-buahan. Minatnya itu juga kini tertumpah pada anak-anak muridnya dimana pelbagai jenis tanaman di tanam di pusat pengajian tersebut.

Selain dapat memanfaatkan tanah-tanah yang ada, tanam-tanaman ini juga dapat memberikan pendapatan sampingan apabila dijual. Antara tanaman yang ditanam ialah seperti ubi kayu, pinang, pisang, nenas, kangkung, bayam, sawi, tebu dan macam-macam lagi buah-buahan dan sayur-sayuran termasuk pokok-pokok akar kayu untuk perubatan.
Pada peringkat awal penubuhan Madrasah Ad Diniah Al Latiffiah, bilangan murid yang menerima cara pendidikan yang diperkenalkan itu hanyalah seramai tiga orang. Kini setelah madrasah tersebut menjangkaui usia lebih 35 tahun bilangan murid yang belajar di situ melebihi 400 orang secara sepenuh masa.

Pak Teh merupakan ahli jawatankuasa Syariah Negeri Perak sejak dari tahun 1994. Pengetahuannya yang luas khususnya dalam pemakaian kaedah kitab Arab dan cermatnya beliau dalam mengeluarkan sesuatu usul atau pandangan telah banyak membantu perjalanan jawatankuasa Syariah dan majlis fatwa Perak.

Diatas sumbangannya yang besar, Pak Teh telah dianugerahkan kurniaan Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) sempena menyambut ulang tahun hari keputeraan DYMM Paduka Sultan Perak ke 76 baru-baru ini. Istiadat pengurniaan tersebut telah berlangsung pada 19 April 2004 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Kebanyakkan pengajian ilmu dimadrasah ini adalah bersumber daripada Kitab-kitab Jawi yang lebih popular dikenali sebagai kitab kuning dan kitab-kitab Arab. Kaedah pengajian di madrasah ini yang berasaskan system pengajian pondok selalunya menggunakan 2 kaedah utama iaitu umumi dan nazomi.Selain itu juga kelas hafalan dipraktikkan secara meluas dalam sistem pengajian pondok. Antara kitab yang digunakan di Pondok Pak Teh ialah Minhajul Abidin(tasawuf), Mughni Muhtaj(feqah), Syuzu(nahu), Hadis Muwatta Imam Malik, Fathul Muin, Fathul Wahhab, Tafsir Nasafi, Ibnu Akil, Syarkawi, Usul Fiqh, Matan Zubad(feqah) dan Matan Majmuk Azhari.

SemugaRohnya ditempatkan bersama roh para Rasul dan Nabi, syuhada dan solihin diatas kegigihannya memperjuanbgkan agama Allah.....Al Fatihah..

Sumber Dari : www.idhamlim.blogspot.com

Monday, September 27, 2010

"MASYITAH GESA KDN SIASAT PADERI HINA NABI". SIASAT SAMA ORANG ISLAM HINA ISLAM


PUTRAJAYA: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Marshitah Ibrahim,
hari ini meminta Kementerian Dalam Negeri dengan segera melakukan siasatan terperinci dan mengambil tindakan tegas terhadap seorang paderi yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad S.A.W. dan agama Islam dalam satu ceramahnya di sebuah gereja di Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

"Saya khuatir akan berlaku (sesuatu) kalau tindakan tegas tidak ambil," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Yayasan Waqaf Malaysia bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.(Baca BERITA HARIAN)

Ulasan: Paderi menghina Nabi SAW kita tidak pelik kerana itulah sikap musuh-musuh islam yang sentiasa bertembung dengan islam.Apa yang peliknya apabila orang islam itu sendiri yang menghina islam dan syariatnya. Contohnya:

  1. (Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991. "Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan."
  2. (Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan): Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan –
  3. (Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997) Apabila tiga orang gadis Melayu Islam, Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 ditangkap oleh lima pegawai JAIS, Mahathir yang ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun mengulas: "Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa".
  4. Yb sendiri pernah mengharuskan pelacuran sekiranya dalam keadaan dharurat.

Dr Mahathir, Dato’ Najib Tun Razak, Tun Abdullah Badawi, Dr Rais Yatim dan Dato’ telah melakukan kesalahan yang besar, dengan ucapan yang menghina islam dan sampai ke saat ini Dato’ dan nama-nama yang saya sebutkan tadi masih lagi tidak memohon maaf secara terbuka kepada ummat islam yang terguris dengan ucapan dato’ dan rakan seangkatan.

Sepatutnya Dato’ Jamil Khir terlebih dahulu mengambil tindakan kepada mereka-mereka ini yang telah menghina islam.

GAMBAR SEKITAR SOLAT JENAZAH ADUN GALAS

8 Syawal 1431H.

GUA MUSANG : Dianggarkan sekitar 3000 orang yang hadir dalam solat jenazah ADUN Galas, Chek Hashim Sulaima awal pagi tadi. Sembahyang diimamkan oleh YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Berikut ini adalah koleski gambar yang diambil oleh Blogger Topeng Perak dan Blogger Tok ggawo.







www.idhamlim.blogspot.com

YB CHE HASHIM (ADUN GALAS) MENINGGAL

Baru sebentar tadi saya mendoakan semoga ADUN Galas, Che Hashim Sulaima, 48, yang menghidap barah usus, dimasukkan ke Pusat Perubatan Kampung Baru cepat sembuh dari penyakitnya dan kembali berkhidmat untuk Islam.

Namun beberapa saat tadi saya mendapat maklumat YB Che Hashim telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 4.34 petang tadi. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T dan ditempatkan di kalangan roh para anbia, syuhada dan muttaqin. Amin.

Pada 26 Julai lalu, beliau dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Pakar Perdana di Kota Bharu, tetapi kemudiannya dibenarkan pulang.

Che Hashim dimasukkan Hospital Pakar Perdana itu, selepas tiga hari pulang daripada membuat rawatan kimoterapi di China selama 10 hari.

Beliau disahkan menghidap penyakit tersebut sejak Mei tahun lalu selepas batuk mengeluarkan darah.

Susulan itu beliau menjalani pembedahan di The First People's Hospital Fu San, Beijing selepas menerima rawatan di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur selama tiga bulan. Sumber dari : www.mutaligat.blogspot.com

Sunday, September 26, 2010

IBRAHIM ALI TIADA TEMPAT LAGI DI KELANTAN - S/USHA AKHBAR MB KELANTAN



KUANTAN, 26 Sept [12.18 pm] - "Saya bertaubat nasuha kerana jadi orang yang perkenalkan Ibrahim Ali sebagai calon Parlimen Pasir Mas ketika Pilihanraya Umum ke-12 lalu", kata Ahmad Fadhli Shaari (foto), Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan dalam ceramahnya di Markas PAS Taman Guru Kuantan malam tadi. Beliau turut menegaskan bahawa Ibrahim Ali memanglah satu-satunya wakil rakyat "katak lompat" yang tiada tolok bandingannya.
"PAS terpaksa mencalonkan nama beliau berdasarkan senario politik semasa ketika itu. Tok Guru seboleh-bolehnya ingin mempertahankan pemerintahan Islam di Kelantan. Kita sangka Ibrahim Ali sudah insaf dan akan kembali ke pangkal jalan. Rupa-rupanya, Ibrahim bukanlah orangnya. Malah, selepas kemenangan di Pasir Mas beliau secara lantang mengutuk kepimpinan Tok Guru Nik Aziz",
tambah beliau lagi. PAS katanya tidak akan memberi ruang lagi kepada orang seperti Ibrahim Ali. "Saya dengar beliau akan melakukan kejutan besar dalam pilihanraya umum akan datang. Apa yang mahu dikejutkan agaknya. Apakah kejutan kerana menjadi calon bebas atau apa agaknya?", katanya.

Beliau turut mendedahkan bahawa Ibrahim Ali sengaja membuat Majlis Perhimpunan Melayu Perkasa Kelantan di Stesyen Keretapi Pasir Mas semalam kerana tahu orang ramai lalu lalang di kawasan itu. "Kita membenarkan beliau menggunakan Stadium Mini Pasir Mas untuk membawa mantan PM Mahathir Mohamad dalam programnya itu. Namun, Ibrahim menolak dan sengaja mahu mengadakannya di Stesyen Keretapi. Beliau takut, orang tidak ramai hadir ke stadium yang akan memalukan Mahathir nanti. Maka, di stesyen keretapi itu memang kita ketahui ramai orang lalu lalang dan berurusan di kawasan terbabit. Lantaran itulah beliau membuat majlis berkenaan di lokasi itu",

tambahnya lagi. Sementara itu, Fadhli turut mendedahkan cubaan UMNO untuk memalukan dan menjatukan maruah Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan PAS. Bermula dengan kes penipuan perasmian perlepasan perlumbaan basikal Le' Tour De Langkawi awal tahun lalu, kemudian penipuan perasmian Fiesta Kelantan dan terbaru berkenaan cek RM4 billion pula. Semua ini adalah niat jahat mereka untuk mencemarkan nama baik Tok Guru Nik Aziz sebenarnya.
"UMNO tidak mahu insaf-insaf, sedangkan sudah banyak petunjuk yang diberikan atas penipuan yang mereka lakukan", katanya.

Beliau berkata, isu RM4 billion sengaja diada-adakan untuk memalukan Tok Guru. "Syarikat terbabit sebenarnya baru berbincang dengan Tok Guru berkenaan projek pembangunan bernilai lebih RM300 bilion di pantai Tumpat. Mereka belum menghantar proposal yang perlu dibawa kepeada Unit Perancangan Ekonomi Negeru (UPEN) untuk diangkat ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sebelum diluluskan. Namun, syarikat berkenaan berkenan untuk memberi ganjaran RM4 billion kepada kerajaan negeri. Sebelum hari raya lalu, mereka mengadakan majlis dan mengundang adik Tok Guru untuk hadir. Tiba-tiba beliau dipanggil ke pentas kononnya untuk menerima hamper dan sebagainya.
Tiba-tiba mereka memberika replika cek bernilai RM4 billion, untuk diambil gambar dan dihebahkan di dalam media arus perdana kononnya terdapat unsur rasuah dalan hal berkenaan", katanya. Beliau turut menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan, pimpinan PAS sedikit pun tidak tergugat dengan isu tersebut sebenarnya.
Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuantan telah mengadakan ceramah sempena aidilfitri di Taman Guru. Penceramah jemputan ialah 1.Ust Fadhli Syaari dan Sdr Hasanuddin Salim
Sdr Hasanuddin Salim (Ketua Penerangan Pas Pahang
berucap mendedahkan penyelewengan pentadbiran kerajaan BN
Ust Ahmad Fadli Syaari (S/Usha Akhbar MB Kelantan)
sedang berucap berkait dengan isu-isu Kelantan
Blogger cucu mat klau turut hadir

www.pemudapaspahang.blogspot.com