Tuesday, July 8, 2008

SYABAS TOK GURU


SOLAT SYARAT NAIK PANGKAT Saya ingin memberi respon kepada Idea bernas dari YAB T.G Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagaimana yang dilaporkan didalam sebuah akhbar tempatan,

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan menjadikan wajib solat lima waktu dan Jumaat sebagai syarat kenaikan pangkat dan pengambilan baru kakitangan awam serta pemilihan calon wakil rakyat dan jawatan politik lain termasuk penghulu.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata peraturan itu sama seperti pelaksanaan syarat mesti lulus Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dalam pengambilan kakitangan kerajaan ketika ini.

"Saya akan kemukakan kepada kerajaan nanti bahawa yang tak sembahyang lima waktu dan tidak menunaikan solat Jumaat, tak boleh pegang jawatan dalam kerajaan negeri bermula dari penghulu, penggawa dan wakil rakyat.

"Kita akan tapis orang ini... sembahyang atau tidak, lebih-lebih lagi sembahyang Jumaat,” katanya kepada pemberita ketika sesi rehat Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darulnaim di sini, semalam.

Orang yang beragama islam sewajibnya bersetuju dengan syarat yang dikenakan terhadap kakitangan kerajaan ini. Kerana apabila dilihat peranan solat dengan lebih mendalam, kita percaya segala bentuk penyelewengan tidak akan berlaku, keadilan akan terbina, keamanan dan kepercayaan rakyat akan tertancap kukuh dihati sanubari mereka. Tidak ada sesuatu yang lebih mengembirakan bagi sesebuah kerajaan melainkan apabila mendapat kepercayaan dan mandat daripada rakyat mereka sendiri.

Lihatlah saudara, bagaimana peranan solat, diantaranya :

1. Firman Allah SWT:

وأقم الصلوة إن الصلوة تنهى عن الفحشاء والمنكر

Maksudnya: Hendaklah kamu mendirikan sembahyang, sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari melakukan perkara yang keji dan mungkar (Al-Ankabut 45)

Berasaskan ayat ini, kita akan lihat mana-mana mereka yang dinaikkan pangkat, kakitangan awam, penghulu dan calon wakil rakyat akan menjadi mereka yang amanah dan bertanggung jawab terhadap kerja yang diamanahkan kepada mereka. Dengan itu tidak timbul lagi soal penyelewengan, rasuah, pecah amanah dan sebagainya.

Sembahyang yang penuh khusyuk itulah sebenarnya membentengi diri mereka dari terus melakukan amalan-amalan jahat.

2. Solat menjadikan seseorang ingat kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT:

إننى أنا الله لا إله إلا أنا فاعبدنى وأقم الصلوة لذكرى

Maksudnya: Sesungguhnya akulah Allah tiada tuhan selain aku. Maka sembahlah aku, Dan hendaklah kamu dirikan sembahyang untuk mengingatiku.( Thaha 14 )

Apabila seseorang itu sentiasa ingat kepada Allah yang mencipta seluruh alam dan segala bentuk isinya ini, pada masa itu manusia akan merasakan kekerdilannya dihadapan Allah. Mereka sentiasa merasakan dirinya diperhati oleh Allah SWT gerak gerinya sentiasa diawasi oleh raqib dan atid, dimana mereka berada.

Inilah kehebatan sembahyang. Yang boleh membawa keamanan, kemakmuran dan keadilan kepada sesebuah negeri itu sendiri. SYABAS ku ucapkan kepada TOK GURU….

Menurut Al-Faqih Abu Laith As-Samarqandhi bahawa orang yang mengerjakan sembahyang akan mendapat penghormatan dari Allah SWT :

  1. Selamat dari kehidupan yang sempit.
  2. Selamat dari seksa kubur.
  3. Catatan amal diterima dengan tangan kanan.
  4. Melalui titian Sirat Al- Mustaqim seperti kilat menyambar.
  5. Masuk syurga tanpa hisab.

Wassalam

Dari Abu Ayyash

090720081223am

No comments: