Saturday, December 13, 2008

LAJNAH PEMBELAAN ISLAM PEMUDA PAS PAHANG BERTEMU SAUDARA BARU

Menyampaikan sumbangan...berbaju putih ialah Sdr Jeffry Khoo

Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam Pemuda Pas Negeri Pahang telah menziarahi saudara baru di Jerantut iaitu Puan Seriena Liong Bt Abdullah. Saya dan Jeffry Khoo Abdullah (Ajk Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam Pemuda Pas Pahang) diberitahu bahawa beliau telah dipisahkan dengan ibunya yang sedang uzur kemudian pinggan mangkuk dirumahnya telah disamak oleh pihak terbabit (PERKIM) sedangkan beliau adalah vegetarian. Beliau dibantu RM300 sebulan oleh Majlis Agama & Adat Istiadat Pahang untuk bayaran sewa rumah dan sebagainya

Maklumat terkini yang saya perolehi bahawa Jabatan Agama Islam Daerah Jerantut hanya mendapat maklumat sahaja tentang Mdm Seriena ini kemudian segala bentuk aktiviti-aktiviti adalah dibawah perkim.

Pihak perkimlah yang bertanggungjawab memisahkan Mdm seriena dan ibunya dari satu rumah dan pihak perkimlah yang menyamak pinggan mangkuk yang berada dirumah beliau, dan apa yang menjadi persoalannya sekarang ialah cek bantuan dari Majlis agama islam Pahang itu beralamat di sebuah Taman di Batu Embun Jerantut sedangkan Mdm Seriena tinggal di sebuah Taman di Sg Jan.

Sumber memberitahu bahawa pengerusi PERKIM di daerah itu ialah Dato’ Rahimah Kawi yang pernah bertanding dalam pilihanraya mengalahkan Cik Abdul Malik Yusuf dengan mojoriti 130 undi pada tahun 1995 dan beliau juga adalah bekas ketua wanita umno kawasan Jerantut.

No comments: