Thursday, August 20, 2009

SIAPA YANG SELEWENG TOKGURU ATAU MUHYIDDIN ?

Akhbar utusan hari ini menyiarkan berita bertajuk “Nik Aziz perlu bertaubat” itulah ungkapan Muhyiddin Yasin. Nampak gayanya dalam PRK Permatang Pasir kali ini, inilah wirid pemimpin-pemimpin UMNO sebagai bahan kempen kepada masyarakat Permatang Pasir.

Berita dalam
www.Malaysiakini.com bertarikh 18 Ogos 2009 melaporkan bahawa “Saya tidak pernah menyentuh mengenai ahli-ahli Umno, tetapi saya menyentuh dasar yang dibawa oleh Umno," katanya dalam satu sidang akhbar di pejabatnya hari ini. Nik Aziz berkata, memang mana-mana orang Islam yang mengasingkan Islam dan iman mustahil akan masuk syurga.

"Mana-mana gerakan orang Islam yang hanya mementingkan Islam sahaja tanpa iman, memang mustahil masuk syurga, itu yang saya sebut, tidak langsung maksudkan anggota parti Umno," tegasnya. “

Apa yang perlu difahami oleh semua lapisan masyarakat dalam ucapan Tok guru ini ialah bahawa mustahil akan dapat masuk syurga bagi mereka-mereka yang mengasingkan islam dan iman, Sebenarnya inilah punca penyakit UMNO yang tak baik-baik sampai sekarang iaitu apabila pisahkan diantara iman dan islam.

Mengaku sebagai seorang islam tapi dalam masa yang sama tidak mahu beriman dengan Allah, rasulnya SAW dan Al-quran maka mustahil orang-orang ini dapat masuk syurga Allah SWT .

Firman Allah SWT :
ألم يعلموا أنه من يحادد الله ورسوله فأن له نار جهنّم خالدا فيهاذلك الخزي العظيم
Maksudnya: Tidakkah mereka mengetahui bahawa sesiapa yang menentang (Perintah-perintah Allah,membantah hukum-hukum) Allah dan rasulnya, maka sesungguhnya baginya neraka jahannam serta ia kekal didalamnya.Balasan yang demikian ialah kehinaan yang besar. (At-Taubah 63)

Perkara ini terbukti berlaku kepada pimpinan UMNO satu ketika dahulu, apabila PAS mengambil alih kerajaan Negeri Kelantan dan telah bersedia untuk melaksanakan hukum jinayah syar’iyyah di negeri tersebut.

Tiba-tiba PM pada ketika itu Dr Mahathir Muhammad telah menghantar surat kepada kerajaan negeri bahawa tindakan akan diambil kepada kerajaan negeri sekiranya hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.
Disini saya buka kembali memory tentang pemimpin UMNO dengan hukum Allah:

1. Dr Mahathir Mohammad.ucapannya di Pasir Mas, Kelantan : 14 Ogos 1994 "Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud."

2. Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan): Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan

3. (Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 3/3/94) 'Hukum rejam kepada penzina adalah primitif'.

Ucapan-ucapan ini sudah cukup menggambarkan bahawa mereka-mereka ini mengingkari ayat-ayat Allah SWT. Adakah masuk syurga orang yang ingkar terhadap ayat-ayat Allah SWT ?

Maksud Firman Allah SWT didalam surah An-Nisa’ ayat 56 : “Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat (keterangan-keterangan) kami. Kami akan membakar mereka dalam api neraka, setiap kali kulit mereka masak hangus, kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasakan azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah maha kuasa lagi maha bijaksana.”
Semoga Muhyiddin Yasin mengetahui bagaimanakah ciri-ciri orang yang layak kepada mereka yang hendak menghuni di syurga Allah SWT. Begitu juga dengan majlis fatwa kebangsaan, mereka juga perlu kaji dan mengeluarkan fatwa siapakah yang sesat diantara PAS dengan UMNO diantara Muhyiddin dan Tokguru Nik Aziz biar rakyat dapat menilai dengan lebih mudah .

5 comments:

Cicit Tok Mat Alam said...

Maafkan saya kalau statement saya ni kasar tapi kalau dilihat nabi muhammad berdakwah 23 tahun pada orang kafir quraisy.. berjaya.. tapi TG Nik Aziz berdakwah pada orang yang syahdah yang sama ajak ikut quran jer... tu pun sampai berbalah... apa la taik yang penjajah dah dibagi makan pada orang2 nie..

rhmyee said...

hebatnya Rasullullah s.a.w, x siapa dapat tandingi... ukuran kejayaan Nabi s.a.w x layak di nilai pada mana2 pemimpin dewasa ini... jauh sama sekali...

tetapi usaha dakwah itu mesti diteruskan w/pun berbalah2.. yg berbalah2 tu pun sebab x nak terima al-quran & hadith secara solid.. itu je...if semua terima x delah berbalah2 mcm sekarang...

p/s: Nabi Noh brapa lama berdakwah ye?? brapa ramai plak yg ikut??

Kasturi said...

Berdakwah sangatlah baik, tetapi hendaklah tidak ditujukan kepada sesuatu parti yang dikatakan kurang islam atau tak islam berbanding PAS. Biarlah Allah yang tentukan siapa yang lebih beriman atau ada yang hanya riak atas sanjungan orang kepadanya. Dalam PAS pun banyak lagi ahlinya yang berbuat maksiat, itu yang perlu diperbetulkan dulu. Juga orang Islam PKR kena kata sama jugalah, sebab apa diserang umno saja. Mungkin Nik Aziz berdendam dengan umno kot. Janganlah atas tiket politik islam kita mempertikaikan keislaman sesama islam; demi untuk menang pilihanraya kita telah mengguris perasaan jutaan umat islam yang lain.

rhmyee said...

org islam yg ikhlas memperjuangkan islam & beramal dgnnya tetap akan terguris dan lihat sendiri dimana kegurisan tersebut.. bermuhasabahlah.. umno adalah musuh politik Pas.. secara idealistik musuh mestilah ditentang..kecuali UMNO kembali berjuang dgn fikrah Islam...

p/s: org PAS, UMNO, PKR, PPP semua x lepas dgn kemaksiatan diri masing2.. x semestinya perbetulkan puak2 sendiri dahulu sebelum cuba memperbetulkan puak2 yg lain.. bukankah dakwah itu terhadap semua manusia??

aku & DIA said...

Tok guru nik aziz menggunakan bahasa kiasan yg sgt tinggi ,sebab itu mgkn wartawan media keliru,saya syorkan tok guru lain kali guna bahasa yg paling mudah utk mereka faham,sebab sokmo2 silap lapur,tapi jgn guna perkataan liwat ( terengganu ) nanti silap lapur kata tok guru akui anwar liwat,kecoh lagi.
kami sentiasa berada disamping tok guru,takbir