Tuesday, November 24, 2009

BANJIR DI TERENGGANU....CUCI NAJIS SEBELUM MEMERINTAH ?

Ulasan Akhbar Berita Harian
bertarikh 25. 11 .2009

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di daerah Kuala Terengganu dan Dungun di Terengganu semakin buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat pagi ini, manakala di Kelantan keadaan bertambah baik dengan bilangan mangsa di pusat pemindahan berkurangan.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Terengganu berkata, jumlah mangsa banjir yang masih berada di 65 pusat pemindahan di seluruh negeri itu adalah 6,680 orang, terdiri 3,345 di Dungun, 1,205 di Kuala Terenggganu, 1,496 Marang, 379 Hulu Terengganu, 217 Kemaman dan 38 Setiu.

Jalan Kuala Terengganu-Kota Baharu di Kampung Pelong ditutup kepada semua kenderaan kerana dinaiki air 1.5 meter, katanya.

Di Besut, keadaan kembali pulih apabila semua mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan di daerah berkenaan telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing malam tadi.

Jurucakap itu berkata paras air di sungai utama di Terengganu, yang sebelum ini melepasi paras bahaya, hari ini kebanyakannya telah kembali ke paras biasa.

Namun, katanya, paras air di Sungai Nerus di Kampung Bukit pada pukul 9 pagi ini masih di paras bahaya 13.56 meter (bahaya 12.00 meter), Sungai Marang di Pengkalan Berangan berada pada paras 12.94 meter (paras waspada 12.5 meter). Cuaca di Terengganu hari ini kembali cerah.

Ulasan :Saya teringat ucapan perwakilan Umno negeri Kedah, Datuk Paduka Mohd Rozai Shafian semasa Perhimpunan Agung Umno di pwtc.Beliau menyatakan " tsunami yang melanda Kuala Kedah dan banjir besar di Jitra - menjadi petanda awal sebelum kejatuhan Umno Kedah dalam pilihanraya umum 2008." Semoga banjir yang melanda Negeri Terengganu juga adalah petanda awal kita untuk memerintah kembali Terengganu.Tidak mustahil dengan izin Allah, kerana keruntuhan studium,Pusat latihan Antarabangsa (ITC),siling lapangan terbang Sultan Mahmud, tiang pencawang di besut dan keruntuhan atap masjid Kg Batu Putih akan menjadi sebab musabbab untuk UMNO runtuh di Terengganu pada PRU akan datang . Insya Allah.

No comments: