Thursday, September 29, 2011

PAS CARI JALAN, UMNO CARI ALASAN



PUTRAJAYA 29 Sept. - Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim takut menunjukkan pendirian sebenarnya berhubung isu pelaksanaan hudud, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Mengulas kenyataan Anwar bahawa pakatan pembangkang menghormati pendirian Pas yang mahu melaksanakan hukum itu tetapi pada masa sama menerima pendirian DAP yang menentangnya, beliau berkata, ini menunjukkan kegagalan Anwar dalam memperjuangkan agama Islam.

"Jelas sekali bila sahaja diugut oleh kepimpinan DAP, mereka sudah takut, tunduk dan terus tutup mulut,” katanya. - Bernama

ULASAN : PAS masih lagi tetap dengan pendiriannya untuk melaksanakan hukum hudud di negeri Kelantan, Pas sentiasa mencari jalan supaya orang-orang bukan islam menerima undang-undang tersebut.

Pada tahun 1999 PAS pernah bersama-sama DAP dibawah Barisan Alternatif, kemudian DAP keluar dari B.A kerana PAS nak melaksanakan hukuman hudud di negeri yang mereka kuasai pada ketika itu.

Kepimpinan PAS tidak berputus asa, bahkan PAS dan Keadilan terus berhadapan dengan BN, pada tahun 2008 sekali lagi DAP menyertai pakatan bersama PAS dan Keadilan melawan BN dibawah Pakatan Rakyat.dari tahun 2008 hingga 2011 PAS terus berdakwah memahamkan islam kepada orang-orang yang bukan islam.

Hasilnya ramai masyarakat dari kaum cina menyokong PAS dan undang-undang ini walaupun pimpinan atasan mereka masih ada yang tidak setuju dengan hukum hudud ini.

Tahniah kepada PAS, kerana mencari jalan juga untuk melaksanakan hukum hudud ini, berbeza dengan UMNO yang mencari alasan untuk tidak melaksanakan hukum Allah SWT ini.

No comments: