Monday, August 4, 2008
ADUHAI MENTERIKU...
Sunday, August 3, 2008
AL-FATIHAH BUAT KAK DAH KETUA PENERANGAN DMP TERENGGANU

Wednesday, July 30, 2008
PAKLAH buat kerja haram lagi....

- Fatwa Mufti Pulau Pinang telah menyatakan, bahawa adalah haram tiupan dan bertafakur dengan menundukkan kepala selama 20 saat dengan meletakkan kalung bunga di tugu namun bacaan sajak yang boleh menimbulkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan, tetapi dengan syarat tidak dilakukan di hadapan tugu, atau di dalam suasana yang dilarang oleh syarak.
- Fatwa Mufti Pahang di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen bahawa :“Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.”
- Fatwa Mufti Perlis bahawa berdoa di tugu peringatan adalah ditegah oleh syara’ dan hukumnya haram kerana perbuatan seumpama itu termasuk di dalam larangan firman Allah dalam surah al Maidah ayat 90. Ayat itu bermaksud:”Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan al-ansab(menyembah berhala) dan al azlam (bertenung nasib) adalah najis daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya moga-moga kamu berjaya”.
Sekarang terbukti, bahawa ISLAM HADHARI yang didokongi oleh UMNO tidak mampu untuk menyekat perkara-perkara yang haram dan yang boleh membawa seseorang itu syirik kepada Allah SWT. Berbanding dengan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW (yang dianuti oleh kita yang tolak islam hadhari) yang mempunyai batas-batas dalam kehidupan ini.
Thursday, July 24, 2008
BILA PULAK DATUK NAN PANDAI JAGA PERASAAN RAKYAT ?
Ekoran dari kerajaan Negeri Terengganu membeli Mercedes,untuk kerajaan negeri Pahang Datuk Nan mengumumkan bahawa terus menggunakan kereta Perdana V6 untuk kegunaan Exco-exco kerajaan Negeri selaras dengan kehendak kerajaan Persekutuan. Beliau juga menyebut "Ini dilakukan selepas mengambil kira keadaan ekonomi semasa dan perasaan rakyat,"Persoalannya betulkah kerana mengikut kehendak kerajaan persekutuan atau kerana negeri Pahang dah nak muflis ? Kalau tak, takkan Datuk Nan sanggup jual tanah milik UMNO kepada syarikat UMNO sebanyak 30.000 hektar ekar di Kuantan, Maran dan Rompin.?
Hujjah yang digunakan oleh Datuk Nan juga ialah selepas mengambil kira keadaan ekonomi dan perasaan rakyat. Bila pulak Datuk Nan ambil kira perasaan Rakyat? Rakyat Pahang tentu masih tidak lupa dengan nombor Plat CCC 9.Pejabat Menteri Besar Pahang telah membelanjakan RM48.000 untuk mendapatkannya. Pada ketika itu sedikitpun Datuk Nan tak fikir tentang perasaan rakyat.
Sekiranya betul Datuk Nan ikhlas nak Bantu rakyat dan nak jaga perasaan rakyat, beliau kena pertahan hak rakyat termasuk membantah kenaikan harga minyak,bil elektrik dan air yang mana rakyat sengsara dengan kenaikan bil-bil ini.
Saturday, July 19, 2008
KAKI KU MELANGKAH KE SURABAYA DENGAN PENUH MAKNA
Blogger bergambar dihadapan rumah Ust Abu Bakar Bashir di Wilayah Jawa Tengah.
Sebahagian Bangunan sekolahnya yang menampung 6500 orang pelajar
SELEBIHNYA PENGUNJUNG BOLEH MELAYARI BLOG:
http://www.fadhlikg2.blogspot.com/
Thursday, July 17, 2008
FIQH DEMO

Mahasiswa Pascasarjana Universitas Al-Azhar
Kesalahan demonstrasiSebagaimana disinggung di atas, mudzaharat adalah demonstrasi yang dilarang dan masirah adalah demonstrasi yang diperbolehkan atau dianjurkan. Yang membedakan keduanya adalah tindakan-tindakan para demonstran ketika menyampaikan suara dan juga bentuk tuntutan atau protes itu sendiri. Ada beberapa kesalahan yang seharusnya tidak dilakukan dalam demonstrasi, antara lain
Tuesday, July 8, 2008
SYABAS TOK GURU

SOLAT SYARAT NAIK PANGKAT Saya ingin memberi respon kepada Idea bernas dari YAB T.G Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagaimana yang dilaporkan didalam sebuah akhbar tempatan,
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata peraturan itu sama seperti pelaksanaan syarat mesti lulus Bahasa
"Saya akan kemukakan kepada kerajaan nanti bahawa yang tak sembahyang lima waktu dan tidak menunaikan solat Jumaat, tak boleh pegang jawatan dalam kerajaan negeri bermula dari penghulu, penggawa dan wakil rakyat.
"Kita akan tapis orang ini... sembahyang atau tidak, lebih-lebih lagi sembahyang Jumaat,” katanya kepada pemberita ketika sesi rehat Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darulnaim di sini, semalam.
Orang yang beragama islam sewajibnya bersetuju dengan syarat yang dikenakan terhadap kakitangan kerajaan ini. Kerana apabila dilihat peranan solat dengan lebih mendalam, kita percaya segala bentuk penyelewengan tidak akan berlaku, keadilan akan terbina, keamanan dan kepercayaan rakyat akan tertancap kukuh dihati sanubari mereka. Tidak ada sesuatu yang lebih mengembirakan bagi sesebuah kerajaan melainkan apabila mendapat kepercayaan dan mandat daripada rakyat mereka sendiri.
Lihatlah saudara, bagaimana peranan solat, diantaranya :
1. Firman Allah SWT:
وأقم الصلوة إن الصلوة تنهى عن الفحشاء والمنكر
Maksudnya: Hendaklah kamu mendirikan sembahyang, sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari melakukan perkara yang keji dan mungkar (Al-Ankabut 45)
Berasaskan ayat ini, kita akan lihat mana-mana mereka yang dinaikkan pangkat, kakitangan awam, penghulu dan calon wakil rakyat akan menjadi mereka yang amanah dan bertanggung jawab terhadap kerja yang diamanahkan kepada mereka. Dengan itu tidak timbul lagi soal penyelewengan, rasuah, pecah amanah dan sebagainya.
Sembahyang yang penuh khusyuk itulah sebenarnya membentengi diri mereka dari terus melakukan amalan-amalan jahat.
2. Solat menjadikan seseorang ingat kepada Allah SWT.
Firman Allah SWT:
إننى أنا الله لا إله إلا أنا فاعبدنى وأقم الصلوة لذكرى
Maksudnya: Sesungguhnya akulah Allah tiada tuhan selain aku. Maka sembahlah aku, Dan hendaklah kamu dirikan sembahyang untuk mengingatiku.( Thaha 14 )
Apabila seseorang itu sentiasa ingat kepada Allah yang mencipta seluruh alam dan segala bentuk isinya ini, pada masa itu manusia akan merasakan kekerdilannya dihadapan Allah. Mereka sentiasa merasakan dirinya diperhati oleh Allah SWT gerak gerinya sentiasa diawasi oleh raqib dan atid, dimana mereka berada.
Inilah kehebatan sembahyang. Yang boleh membawa keamanan, kemakmuran dan keadilan kepada sesebuah negeri itu sendiri. SYABAS ku ucapkan kepada TOK GURU….
Menurut Al-Faqih Abu Laith As-Samarqandhi bahawa orang yang mengerjakan sembahyang akan mendapat penghormatan dari Allah SWT :
- Selamat dari kehidupan yang sempit.
- Selamat dari seksa kubur.
- Catatan amal diterima dengan tangan kanan.
- Melalui titian Sirat Al- Mustaqim seperti kilat menyambar.
- Masuk syurga tanpa hisab.
Wassalam
Dari Abu Ayyash
090720081223am



