Thursday, October 8, 2009

YA ALLAH SEMBUHKANLAH GURUKU INI...


Semasa aku menuntut di Ma’ahad Darul Quran,Rusila, Marang Terengganu, Ust Rosli adalah salah seorang guruku. Ketika itu, beliau di beri amanah untuk memegang jawatan H.E.P Darul Quran.Tanggungjawab itu amat sesuai dengan beliau kerana boleh dikatakan 90 peratus daripada pelajar-pelajar di Darul Quran itu beliau mengenalinya.

Di Darul Quran beliau mengajar mata pelajaran yang agak susah iaitu balaghah, bahasa Arab, Mutala’ah dan beberapa pelajaran yang telah aku lupa.Walaupun beliau dilihat sebagai seorang ustaz yang baik dengan pelajar-pelajar tetapi sikap tegasnya tidak mengenali sesiapa.Samada PPDQ (Pimpinan Pelajar Darul Quran) atau pelajar biasa.

Selalunya setiap pagi sabtu ada perhimpunan pelajar.Selepas makan kami akan berhimpun dihadapan asrama lama iaitu dihadapan rumah Mansor (sekarang rumah warden). Setiap kali perhimpunan Ust Rosli akan mengambil bahagian untuk memberikan nasihat-nasihat yang power kepada pelaja-pelajarnya.Diantara ucapan yang sering diungkapnya yang masihku ingat sehingga kini ….“Kita nak lahir kader-kader generasi al-quran”. Sekarang ungkapan itu telah menjadi kenyataan kader-kader generasi al-quran yang diasuhnya sekarang ini bertebaran diseluruh negeri.

Diantaranya ialah Us. Zaharuddin Muhammad Said (terlibat dengan ulama’ Pas pusat), Us. Nazri Ahmad (Ketua Pemuda Pas Rompin/ Exco DPP Pahang), Us. Khairul Azmi Ismail ( Ketua Pemuda Maran/ Ajk Dewan Ulama’pahang). Us. Hishamuddin Karim (Exco Dpp Terengganu), Ust Khairi Zainuddin N.9 (Ajk Dewan Ulama’ Pas Pusat), Abdul Hadi Isa,Nazri Zainuddin kedua-duanya dari Negeri 9 (Exco Dewan Pemuda Pas Negeri 9) dan ramai lagi terlibat dengan jemaah disemua peringkat sekalipun mereka bekerja dengan agensi kerajaan tetapi masih aktif dengan jemaah..aku ucapkan tahniah kepada mereka yang bergiat dengan jemaah .

Tahniah aku ucapkan kepada Al-Fadhil Ust Rosli yang berjaya kaderkan kami semua. Tetapi kini beliau telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu pagi (5.10.09). Beliau dimasukkan ke HSNZ dengan Ambulan sejurus dua hari mengalami komplikasi kesihatan yang tidak setabil. Menurut sumber, beliau sendiri sudah dua hari tidak ada selera makan dan mengalami serangan bengkak pada sendi lutut dan kakinya.

Aku harapkan kepada pelajar-pelajar darul quran,Rusila yang mengenali beliau sama-samalah kita berdoa kepada Allah SWT semoga Allah SWT menyembuhkan penyakit yang dihadapinya.
( Berita ini telah disampaikan oleh Ust Khairul Azmi Al-Muqry kepadaku melalui blognya www.al-muqry.blogspot.com )

Tuesday, October 6, 2009

LAKONAN DI PRK BAGAN PINANG GEMPARKAN MALAYSIA.


Nampaknya sejak dari penamaan calon lagi Umno dan BN tertekan dengan kemaraan sokongan terhadap Pakatan Rakyat setelah tujuh kali diaibkan oleh rakyat dalam siri-siri pilihanraya kecil.Mereka akan lakukan apa sahaja demi untuk meraih simpati daripada rakyat.

Ketika dulu di Kelantan, untuk meraih sokongan rakyat, orang-orang tua dan orang-orang miskin di kampung-kampung akan menjadi pelakun utama mereka, seluruh ceruk kampung, rumah-rumah buruk dan pondok-pondok yang hampir roboh adalah lokasi pergambaran mereka.

Itu dulu, sekarang adalah era menteri pula yang berlakun, semasa di Manek Urai menteri-menteri turun dengan pelbagai cara yang menunjukkan mereka bersama rakyat termasuk menoreh getah bersama rakyat di Manek Urai sehingga rosak pokok-pokok getah penduduk yang ditorehnya.

Manakala di Bagan Pinang pula, dua orang menteri telah menjadi pelakon utama iaitu Datuk Ismail Sobri Yaakob dan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang menyatakan bahawa beliau telah ditumbuk oleh sembilan pemuda pas.

Salahuddin Ayub dalam harakah mendakwa Azeez hanya mereka-reka cerita yang dia dipukul oleh penyokong pembangkang sewaktu penamaan calon semalam.Salahudin berkata, Azeez telah datang menemuinya dan memberitahunya yang dia telah dipukul oleh sembilan pemuda PAS. Katanya, sekiranya benar Azeez dipukul oleh sembilan orang, sekurang-sekurang tentu ada tanda bengkak atau cedera.

Bayangkanlah sembilan orang yang memukul Dato’ Azeez tapi baju dan seluarnya tidak sedikit pun menandakan beliau dipukul dan diterajang. Sekurang-kurangnya pakaiannya kotor. Taktik Azeez kali ini hampir menjadi apabila beliau dimasukkan ke dalam wad dengan memakai baju pesakit dan alat kesihatan dilehernya.Bagi saya lakonannya cukup hebat ,sehebat hero tamil.

Tapi apapun yang perlu saudara fahami, itu semua ialah lakonan, mereka akan buat apa sahaja demi untuk melihat kemenangan berpihak kepada mereka. Akhir-akhir ini mungkin duit sudah kurang dalam kantung mereka, maka terpaksalah pelakon-pelakon itu diambil dari kalangan juru kamera, juru solek , pengarah dan tuan derector sendiri kerana untuk menjimatkan wang.
Rakyat semakin matang, apa sahaja lakonan yang di reka sekarang ini, tidak lagi dipercayai oleh rakyat. kerana mereka sudah boleh menilai sikap dan politik BN yang tak pernah maju kehadapan. Apabila ada sahaja PRK maka pembangkang adalah pengganas, kenapa tidak dimasa yang lain ?

Friday, October 2, 2009

DADAH...MUNGKINKAH SUATU HARI NANTI MASYARAKAT AKAN ANDAIKAN PEMUDA UMNO DAN DADAH SEPERTI TAHI DENGAN KENTUT?


2 pemimpin pemuda UMNO diberkas terlibat dadah inilah diantara tajuk yang sempat saya tengok dalam malaysiakini.com petang tadi.Berita ini bertarikh 29 sept 2009.Kes ini berlaku di Kampung Tengah,kijal kemaman. Kita tidak berapa pelik sekiranya yang terlibat dikalangan orang awam atau pemuda-pemuda kampung sahaja. Tetapi kali ini yang terlibat dengan najis dadah ialah pemimpin pemuda Umno diperingkat bahagian.

Sudah tentunya mereka ini dipilih menerajui pemuda umno bahagian adalah untuk memimpin pemuda-pemuda diperingkat cawangan supaya menjadi pelapis kepada perjuangan mereka yang sekarang umno kalau diibaratkan orang sakit hanya tinggal kulit dan tulang sahaja.Tapi apakan daya harapkan pagar, pagar makan padi.

Sebenarnya kes dadah yang melibatkan pemuda umno bahagian bukan ini kali pertama.Pada bulan April tahun 2009 di Grik Perak. 4 orang ahli UMNO bahagian Grik telah ditangkap oleh polis Thailand di Betong kerana mengedar pil Ecstacy. 2 orang daripadanya adalah Ajk Pemuda UMNO bahagian Grik. Ketua UMNO bahagian Grik DS Tajol Rosli Ghazali dan ketua penerangannya telah pergi ke Betong dengan membawa wang sebanyak RM60.000.00 untuk menjamin mereka.

Ini bermakna kepada ibu bapa yang sayangkan masa depan anak-anak mereka sila nasihatkan kepada anak-anak supaya jauhi dari pemuda UMNO.Sekarang kerajaan telah mengisytiharkan bahawa dadah adalah musuh negara nombor satu, tak lama lagi mungkin pula disebut musuh negara nombor satu ialah umno.

Wednesday, September 30, 2009

OH ISA SAMAD ....JASAMU DIKENANG

Esok, lusa berlakulah penamaan calon untuk pilihanraya kecil Dun Bagan Pinang yang berada dalam parlimen Teluk Kemang. Setelah hampir sebulan pemimpin UMNO bermesyuarat untuk menentukan calon sehingga bertelagah dengan ahli diperingkat bawahan, akhirnya Isa Samad yang pernah menjadi Menteri Wilayah dan Menteri Besar Negeri Sembilan diangkat ke takhta untuk menjadi calon BN dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang.

UMNO dilihat sebagai sebuah parti yang malang sebagaimana kata pepatah “Sudah jatuh ditimpa tangga” . Apa tidaknya, pimpinan tertinggi mereka mencadangkan calon lain sedangkan ahli-ahli bawahan yang berada di bahagian itu mahukan Isa Samad. Akhirnya pimpinan tertinggi UMNO terpaksa akur dengan keputusan ahli-ahli mereka.Sedangkan pada batang tubuh Isa Samad itu penuh dengan pelbagai bentuk skandal dan penyelewengan semasa menjadi menteri dan Menteri Besar dahulu.

UMNO masih lagi dilihat tidak sensitif dengan rasuah. Semasa diawal pemerintahan Dr Mahathir dulu, beliau berjanji untuk menghapuskan rasuah, di zaman Paklah pun begitu juga, nampak gayanya di zaman Dato’ Najib ni pun sama juga. Ini bermakna laungan untuk membasmi rasuah adalah alat solek sahaja supaya dilihat dinasti pemerintahan mereka baik, tersusun dan bergaya.

Sebenarnya UMNO menghadapi kemarau pelapis yang amat dahsyat. Sehingga tidak mampu lagi untuk mencari mereka-mereka yang bersih diketengahkan kepada masyarakat, akhirnya mereka menggunakan barang kitar semula untuk berhadapan dengan calon pakatan rakyat.Inilah pakej tawaran daripada UMNO kepada rakyat di DUN Bagan Pinang.

Sepatutnya orang yang hendak diketengahkan adalah orang yang amanah dan bertanggung jawab terhadap rakyat dibawah taklukannya.Tetapi ternyata Isa Samad gagal memenuhi tuntutan sifat-sifat tersebut. Buktinya ialah

1. Semasa Kerajaan Negeri Sembilan di bawah pimpinan Isa Abdul Samad telah membuat keputusan untuk mengambil alih tanah yang diduduki oleh Telekom, Masjid Negeri dan Pejabat Agama Islam di Seremban untuk dimajukan.sedangkan tapak kuil dikawasan yang sama langsung tidak disentuh.

(Bayangkanlah tapak masjid hendak di majukan, sedangkan majlis fatwa menyatakan Majlis Fatwa berpendapat dan memutuskan, bahawa bekas tapak masjid yang diruntuhkan tidak harus/tidak boleh dibangunkan atau didirikan sebarang bangunan di atasnya melainkan Masjid sahaja.")

2. Semasa Negeri Sembilan dilanda wabak J.E. di Bukit Pelanduk, ramai rakyat yang mati. Menteri Besar, Isa Abdul Samad didapati telah melarikan diri, bersembunyi dan berdiam diri sahaja. Terdapat berita yang mengatakan bahawa Isa Samad sendiri mempunyai saham di dalam perusahaan BABI tersebut. Sehingga sekarang Isa Samad tidak pernah menafikannya

Ini bermakna pengundi-pengundi di DUN Bagan Pinang perlu mencari jalan keluar dan menyelamatkan diri mereka dari terus diperdaya oleh calon surat kabar lama ini.

Saturday, September 12, 2009

OKU BERBUKA PUASA DENGAN AIR SEJUK DI PARLIMEN PEKAN


PEKAN – Ramadan bagi seorang warga emas, Mohamad Hassan, 62, mungkin sama sahaja seperti hari-hari biasa kerana sudah terbiasa dengan menahan lapar dan dahaga.

Malah, setiap hari, tiada sebarang sajian istimewa untuk dijadikan juadah berbuka dan jauh sekali untuk dia membuat persiapan bagi detik kegembiraan Syawal seperti insan lain yang lebih bertuah.

Kesulitan hidup yang dialami Mohamad yang juga merupakan orang kurang upaya (OKU) bukan satu episod yang pendek kerana lelaki tua yang tinggal di sebuah pondok di pinggir Sungai Pahang dekat Kampung Peramu di sini, sebenarnya telah menjalani kehidupan serba kekurangan sejak lebih 20 tahun lalu.

Apabila azan Maghrib setiap Ramadan, sudah menjadi kelaziman kepada dia untuk berbuka puasa hanya dengan seteguk air masak sekiranya tiada makanan untuk dijamah.

Juadah berbuka dengan nasi berlauk ayam atau daging mungkin satu hidangan impian kepada dia kerana jika dapat makan nasi sekali pun, ia tidak lebih sekadar berlauk ikan yang ditangkap sendiri atau pemberian orang ramai.- kosmo
( Nampaknya Dato' Sri Najib Tun Razak tidak menjalankan tugas dengan baik ataupun kaki-kaki ampunya di peringkat bahagian tidak menjalankan tugas.Lihatlah Sdr Muhammad Hassan, seorang OKU telah menetap dipinggir sungai yang terletak dalam parlimen Pekan sejak 20 tahun lalu
.
Nampaknya Dato' Sri Najib lebih selesa berbangga dengan FELDA yang telah diusahakan oleh arwah bapanya. Maklumlah FELDA nombor dua terkaya selepas daripada Petronas.Berhujjahlah beliau " Katanya, Umno sememangnya membela dan menaikkan taraf hidup umat Islam dengan membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutamanya menerusi rancangan Felda".
Sedih...kerana Sdr Muhammad Hassan adalah warganegara Malaysia yang berhak mendapat bantuan sebagai OKU tetapi dibiarkan hidup dalam keadaan begitu.Sedangkan pendatang asing dari Negara Myanmar dilayan cukup istimewa.Pendatang ini disediakan tanah untuk bercucuk tanam,rumah banglo mewah,elaun bulanan sebanyak RM500 sebulan dan taraf kerakyatan Malaysia.
Apakah Sdr Muhammad Hassan tidak ada hak untuk mendapatkan semua ini? sedangkan beliau adalah warganegara kita. Benarlah kata pepatah " Kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan ". )

Friday, September 11, 2009

ISLAM PM SEPERTI ORANG BUTA DENGAN GAJAH

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Umno adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat Islam dan negara ini.

Katanya, Umno sememangnya membela dan menaikkan taraf hidup umat Islam dengan membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutamanya menerusi rancangan Felda.- Bernama

Kenapa PM tidak menggunakan label islam sekiranya parti itu mengaku parti islam?Tak lain ialah kerana penakut. Bimbang kawan-kawannya MCA,MIC,GERAKAN dan banyak lagi kabilah-kabilah yang bersama-samanya marah kepadanya.

Sekiranya Umno sebuah parti islam, mereka perlu sensitive terhadap kemuliaan agama islam, mereka perlu menjaga arahan dan larangan daripada Allah SWT. Tetapi Umno dilihat tidak mempunyai daya sensitive yang mendalam terhadap islam.Bahkan pemimpin mereka sendiri turut menghina islam.

Buktinya ucapan Dato’ Sri Najib Tun Razak:

Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992): “Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum

(Dato’ Seri Najib TunAbd Razak 20/4/93) ‘Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan’

Umno dilihat hilang deria sensitive terhadap islam, apabila telah menerajui pemerintahan selama 53 tahun tapi masih lagi tidak mampu untuk menutup kilang arak, masih belum mampu untuk menukar Pusat perjudian Genting highlands yang dikatakan terbesar di Asia kepada bentuk-bentuk yang lain.

Dengan kuasa yang ada sepatutnya UMNO mampu mengarahkan masyarakat beragama islam dimana-mana tempat menutup aurat supaya gejala social tidak merebak dengan lebih parah lagi dan banyak lagi tuntutan-tuntutan islam yang perlu dilakukan yang selayak dengan kuasa yang ada.

"Dalam Islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan Umno sejak 53 tahun yang lepas berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam dengan membuka tanah rancangan Felda dan adakah ini bukan tuntutan Islam?," kata beliau ketika menghadiri majlis Rahmat Ramadan di Felda Teloi Timur di sini semalam.

Beliau berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Umno membangunkan negara ini bagi melahirkan umat Islam yang dihormati dan bermaruah dengan pembangunan negara, teknologi dan ketenteraan yang termaju.

"Kita tidak perlu label "membangun bersama Islam" kerana kita telah lama memperjuangkan Islam dan telah memberi keselesaan hidup kepada umat Islam kerana kita tidak mahu umat Islam miskin dan tidak ada kekuatan," kata beliau.-bERNAMA

Sebenarnya apakah islam yang telah diperjuangkan oleh PM yang ada sekarang? Dan apakah keselesaan yang telah diberikan kepada ummat islam ?

Bagaimana PM boleh bercakap soal perjuangan islam sedangkan PM sendiri memahami islam dalam ruang lingkup yang sempit. Seperti dibawa beberapa orang buta ke seekor gajah.Kita letakkan seorang di belalai, yang lain kita letakkan mereka di kaki dan di ekor. Kemudian kita Tanya mereka macamana bentuk gajah nescaya ada yang menjawab gajah seperti tiang.ada yang akan menjawab bahawa gajah itu seperti tali.
Perlulah difahami, bahawa membasmi kemiskinan adalah sebahagian daripada islam,melaksanakan program membasmi kemiskinan bukan bermakna melaksanakan islam seluruhnya, Ucapan PM ini sebenarnya boleh mengelirukan masyarakat kerana Umno dianggap parti islam hanya dengan melaksanakan program membasmi kemiskinan.

PM juga ada menyebut bahawa “kita tidak perlu label MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”. Sebenarnya kita juga tidak mengharapkan PM melabelkannya kerana bimbang masyarakat akan lebih sesat dengan islam sempit yang dibawa oleh PM itu.

Sunday, September 6, 2009

NAIB YDP PAS KAWASAN KUANTAN PULANG KE RAHMATULLAH

(Gambar Belakang) Ustaz Bahrin Muhammad berjanggut dan memakai vest

Al-Fatihah..... buat ustaz Bahrin bin Muhammad yang telah pulang ke rahmatullah pada jam 11 malam ini. Beliau jatuh ketika sedang berusrah dengan ahli Pas cawangan beliau di Markaz Tarbiyyah Islamiyyah Peramu (Putip).Beliau disahkan meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

Sebelum ini beliau adalah bekas ketua Pemuda Pas Negeri Pahang di era tahun 80an.Pernah menjadi calon di DUN Jenderak , DUN Penur pada tahun 1995 dan bertanding di DUN Tanjung Lumpur pada tahun 2004.

Pada pemilihan pucuk pimpinan tahun 2009 beliau dipilih sebagai Naib YDP Pas Kawasan Kuantan dan diberikan amanah sebagai Pengarah Pilihanraya Parlimen Kuantan. Kehilangan beliau amatlah dirasai kerana jasanya untuk jemaah yang tidak sedikit.