Wednesday, November 26, 2008

KELEBIHAN SURAH YAASIN



Imam As-Sanusi di dalam kitabnya Mujarrabat bahawa Nabi SAW telah bersabda kepada Sayyidina Ali bin Abi Talib Karramallahu Wajhah:
عليك بسورة يس فإن فيها عشرين بركة. ما قرأها جائع إلا شبع, ولا ظمأن إلا روي, ولا عريان إلا كسي, ولا عازب إلا تزوّج, ولا خائف إلا أمن, ولا مريض إلا شفي, ولا مسجون إلاّ أفرج عنه, ولا مسافر إلا أعين على سفره, ولا مهموم إلا أزيل همه, ولا ضال إلا إهتدى, ولا مسروق إلا ورد لمكانه .
Maksudnya: Hendaklah engkau selalu membaca surah Yaasin, kerana sesungguhnya didalamnya terdapat dua puluh keberkatan. Tidak membacanya oleh :
-Orang yang lapar melainkan dikenyangkan.
-Orang yang kehausan melainkan dihilangkan hausnya.
-Orang yang bertelanjang melainkan diberi pakaian.
-Orang yang bujang melainkan akan dikahwinkan.
-Orang yang ketakutan melainkan ditenteramkan.
-Orang yang sakit melainkan disembuhkan.
-Orang yang dipenjara melainkan dibebaskan.
-Orang yang dalam perjalanan melainkan ia akan dipelihara.
-Orang yang sedih melainkan dihilangkan kesedihannya.
-Orang yang sesat melainkan ditunjukkan jalan.
-Orang yang kecurian melainkan dipulangkan (barang) ke tempatnya.

Menurut Imam Abu Hassan Asy-Syazili rhm. Bahawa sesiapa yang merasa takut dengan orang yang berkuasa lalu ia membaca surah ini (Yasin) serta membaca :

بسم الله الرحمن الرحيم.
بسم الله لاإله إلا هو الحي القيوم.
بسم الله الذي لا إله إلا هو ذو الجلال والإكرام
بسم اللّه الذي لا يضر مع اسمه شئ فى الأرض ولا فى السماء وهو السميع العليم.

Setelah itu ia meminta perlindungan kepada Allah Ta’ala daripada kejahatan orang yang berkenaan dengan menyebut nama orang itu beserta nama bapanya, kemudian ia masuk menemuinya nescaya ia terpelihara daripada kejahatan orang itu.

(Fadhilat ini disunting daripada buku Al-Fadhil Ustaz Mohd Hanif bin Ghazali, Mudir Madrasah Az-Zubaidiyyah, Merbok Kedah yang bertajuk “ 50 pelindung diri dan kediaman dari kejahatan manusia, jin, toyol, pencuri dan binatang buas )


Wallahu A’lam
271120080137Am

No comments: