Tuesday, February 19, 2008

Orang Umno seperti Orang Utan Dimana Silapnya?

semalam dalam perjalanan ke Kg Paya Berenjut Kemaman (17 Feb 2008) saya sempat membaca akhbar berita harian yang memuatkan berita tentang ucapan Tuanguru Dato' Hj Nik abdul Aziz menteri besar kelantan yang menyatakan bahawa orang Umno seperti orang hutan.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Tuanguru itu bukanlah kerana dendam, hasad dan marah beliau sebagaimana marahnya Dato' Paduka Annuar Musa kepada Yb Ust Nassuruddin Daud (dalam satu sidang DUN) dengan menyatakan perkataan "Bahlol" kepada Adun Pas itu. Saya percaya perkataan "Orang Utan" ini takkan terkeluar dari mulut beliau sekiranya pemimpin Umno dan penyokong- penyokongnya tidak menolak Islam.

Kenyataan yang dikeluarkan itu sangat bertepatan dengan Kalam Allah Azza Wajalla. Firman Allah SWT:

فلما عتوا ما نهوا عنه قلنا لهم كونوا قردة خاسئين

Maksudnya: Maka tatkala mereka bersikap sombong terhadap apa yang dilarang mereka mengerjakannya,kami katakan kepadanya "jadilah kamu kera yang hina" (Al-A'raaf 166 )

Ayat ini menyatakan bahawa orang yang sombong atau tidak memperdulikan arahan Allah SWT dihina oleh Allah dengan menjadi kera.

Firman Allah SWT:

ولقد علمتم الذين اعتدوا منكم فى السبت فقلنا لهم كونوا قردة خاسئين

Maksudnya: Dan sesungguhnya telah kamu ketahui bahawa dikalangan orang-orang yang melanggar larangan pada hari sabtu.Lalu kami berfirman kepada mereka "Jadilah kamu kera yang hina. (Al-Baqarah 65 )

Dalam ayat ini Allah SWT juga menyebut bahawa orang yang melanggar larangannya adalah dikalangan kera.Sekalipun dilihat arahan tersebut hanya perkara yang kecil sahaja (iaitu tidak boleh menangkap ikan pada hari sabtu). Perlulah diingat, sekiranya ia datang dari Allah samada arahan itu kecil atau besar, maka kita selaku manusia wajib mentaati perintah tersebut. Tidak seorang pun yang boleh mengingkarinya.

Firman Allah SWT:

قُلْ هَلْ أُنَبِّئُكُمْ بِشَرٍّ مِنْ ذَلِكَ مَثُوبَةً عِنْدَ اللَّهِ مَنْ لَعَنَهُ اللَّهُ وَغَضِبَ عَلَيْهِ وَجَعَلَ مِنْهُمُ الْقِرَدَةَ وَالْخَنَازِيرَ وَعَبَدَ الطَّاغُوتَ أُولَئِكَ شَرٌّ مَكَانًا وَأَضَلُّ عَنْ سَوَاءِ السَّبِيلِ

Maksudnya: katakanlah: "Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu tentang Yang lebih buruk balasannya di sisi Allah daripada Yang demikian itu? ialah orang-orang Yang dilaknat oleh Allah dan dimurkaiNya, dan orang-orang Yang dijadikan di antara mereka sebagai kera dan babi, dan penyembah Taghut. mereka Inilah Yang lebih buruk kedudukannya dan Yang lebih sesat dari jalan Yang betul".(Al-Maa'idah 60)

Diantara masyarakat yang bermental kera adalah mereka yang mengabdikan diri kepada taghut. Diantara tafsiran ulama' tentang taghut adalah setiap kekuasaan yang tidak bersandar kepada kedaulatan Allah.

Dengan itu jelaslah kepada kita bahawa ucapan yang dikeluarkan oleh Tuanguru Menteri Besar Kelantan itu tidak menyalahi dengan Al-quran. Jadi Pemimpin Umno dan penyokong-penyokongnya perlulah berfikir dengan terbuka. Renungilah, dimanakah posisi anda? menyebelahi Allah atau menyebelahi Taghut yang didalangi oleh syaitan LaknatuLlah.


Wassalam....180220081110pm

No comments: