Thursday, April 10, 2008

SIFAT PEJUANG ISLAM - 1

SIFAT SEORANG PEJUANG:
DIANTARANYA IALAH BERWASPADA

Perkataan (الحذر) bererti kewaspadaan. Didalam perkataan (الحذر) mencakupi pengertian (الخفية) bererti tertutup. (التحرز) berjaga-jaga dan (التيقظ) berhati-hati.

Dari definasi tersebut jelaslah bahawa kewaspadaan mempunyai pengertian dasar “berhati-hati”. Orang yang berwaspada mudah mengetahui bahawa yang mungkin timbul dari hal-hal yang buruk dan munkar. Oleh itu akan sentiasa mengawasi dan berhati-hati serta berusaha meneliti sebab-sebabnya. Kewaspadaan tidak termasuk dalam pengertian takut yang mendorong seseorang mudah menyerah, menajadi pengecut, enggan berjuang, rakus, tidak berdaya atau kadang-kadang membuat orang menjadi cemas, bingung dan berputus asa.

ANTARA KEWASPADAAN DAN TAWAKKAL

Perlu diketahui bahawa keupayaan memahami sebab- musabbab dan berwaspada sama sekali tidak berlawanan dengan tawakkal. Dan tidak pula bererti tidak mempercayai janji Allah SWT. Seorang muslim perlu mengetahui sebab dan musabab bahkan perlu meyakini kebenarannya, kemudian atas dasar pengetahuan itu ia hitungkan langkah yang akan dihadapi sambil bertawakkal kepada Allah SWT. Jadi, sekalipun ia mengetahui sebab musabab, ia tidak berpandukan sepenuhnya pada pengetahuannya. Rasulullah SAW sendiri mengetahui sebab apa baginda berhijrah ke Madinah, iaitu untuk mendapat kejayaan dalam melaksanakan tugasnya.

Ketika baginda bersembunyi di dalam gua, sahabatnya ( Abu Bakar As-Siddiq R.anhu) cemas dan gelisah. Fikiran dan perasaannya ditenangkan dengan diberitahu bahawa Allah bersama-sama mereka berdua dan kepada Allah mereka berdua bertawakkal.

Firman Allah SWT:

إذ هما فى الغار إذ يقول لصحبه لا تحزن إن الله معنا

Maksudnya: Sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di Dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah Engkau berdukacita, Sesungguhnya Allah bersama kita". (At-Taubah 40).

Ummat Islam perlu bersatu kefahaman tentang sebab musabbab dengan sikap tawakkal. Tawakkal tidak menafikan sebab musabbab dan sebab musabbab juga tidak menafikan tawakkal.

Bersambung…..10042008559pm.

No comments: