Friday, April 25, 2008

ULAMA' YANG SYAHID DIBUMI GERSANG SOMALIA

BUAT SYUHADA' (ULAMA'-ULAMA' SOMALIA)

BERGEMBIRALAH...TUHAN TELAH MENUNAIKAN JANJINYA KEPADAMU

Semalam akhbar telah mendedahkan kepada kita tentang peristiwa yang menyedihkan kita semua, iaitu apabila 11 orang dikalangan ulama’ di Somalia telah disembelih oleh tentera kristian Ethuopia.

Perasaan ummat islam amat terhiris dengan apa yang berlaku, perbuatan ini sama sekali tidak boleh dimaafkan.

Pertama: Pembunuhan itu dikecam syariat islam.

Kedua: Yang menjadi mangsanya adalah ulama’-ulama’ sebagai pewaris nabi-nabi A.s.

Ketiga: Pembunuhan itu berlaku didalam rumah Allah SWT.


Inilah pengkhianatan bersiri yang dilakukan oleh musuh-musuh islam terhadap agama Allah SWT. Pengkhianatan ini tidak akan terhenti disini, bahkan segala bentuk perancangan dan anjakan akan diadakan dari masa ke semasa dan mereka ada dimana-mana, termasuk didalam Negara kita.

Mereka pernah membunuh ulama’ dan ummat islam yang berada di Patani, Thailand, mereka pernah menyiksa Sheikh Umar Abdul Rahman iaitu seorang ulama’ di Amerika, ulama’ dilebelkan sebagai pengganas (tok janggut) oleh penjajah. Inilah nasib yang menimpa para ulama’, menjadi asing dan dipandang serong di negaranya sendiri.


KENAPA ULAMA’ SENTIASA MENJADI MANGSA

KEPADA MUSUH-MUSUH ISLAM?

Musuh islam ialah orang yang benci kepada islam, sudah semestinya mereka akan mencari jalan supaya ajaran islam tidak sampai kepada ummat manusia. Lalu untuk mengasingkan islam dari diri manusia ini ulama’lah yang menjadi mangsa kerana :

Ulama’ tempat mengadu masyarakat.

2. Ulama’ tempat masyarakat menimba ilmu.

Ulama’ terkehadapan di dalam membela Islam.

Ulama’ mampu menyedarkan manusia .

Dendam kesumat yang begitu tebal di dalam diri musuh-musuh islam ini tidak terhalang oleh batu sempadan dan tembok besi yang kukuh terhadang. Lihatlah, tentera Kristian Ethiopia masuk ke Somalia semata-mata untuk membunuh ulama’-ulama’. Dimanakah kuasa yang ada pada kerajaan Somalia?

SIKAP KITA TERHADAP MUSUH-MUSUH ISLAM

Ulama’-ulama’ perlu mencetuskan satu gelombang baru untuk mengajar musuh-musuh islam supaya mereka tidak bermaharajalela dimuka bumi ini. Manakala saf pemuda pula adalah pembantu untuk merobek kelancangan tentera-tentera syaitan itu.

Sejarah telah membuktikan, apabila ulama’ mencetuskan satu satu gelombang maka rakyat akan menyahut seruan itu, lihatlah apabila Salman Rushdi Al-Syaitaniy menghina nabi SAW. Imam Khomeini telah mengeluarkan kenyataan, kepada sesiapa yang dapat membunuh Salman Rushdi, mereka akan diberi habuan. Seruan itu disambut oleh jutaan ummat islam di dunia ini. Inilah kehebatan ulama’….Wassalam

260420080101am.

No comments: