1. ADIL
( Lihatlah sebuah akhbar (Makkal Osai) telah ditamatkan permitnya selepas dari membuat liputan tentang Majlis Black 14 di Kuala Lumpur, Turut dipamerkan pada muka depan akhbar itu gambar Dato' Sri Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah.)
( Lihatlah saudara-saudara, dimana keadilan ISLAM HADHARI yang Zahid Hamidi nak terapkan? Adakah hanya pihak kerajaan rejim UMNO sahaja yang boleh menggunakan akhbar prima dan media elektronik? Habis macamana dengan Parti lain yang nak menyatakan prinsip dan sikap parti mereka kepada rakyat terbanyak ?.)
Firman Allah SWT:
إن يكن غنيا أو فقيرا فالله أولى بهما فلا تتبعوا الهوى أن تعدلوا وإن تلووا أو تعرضوا فإن الله كان بما تعملون خبيرا.
. SALAH GUNA KUASA DAN “ RASUAH”OLEH PEJABAT MB/EXCO SELANGOR.
Berdasarkan kepada “Kanun Tanah Negara 1965 “ dan Pekeliling Kerajaan Prihatin,maka:
1. Mengapa Kerajaan Khir Toyo meluluskan pengurangan premium pada 22 Disember 2000 kepada syarikta-syarikat berkenaan setelah tamat tempoh selama 6 bulan?.( Tawaran pemilikan tanah pada Oktober 1994 dan lulus pengurangan bayaran premium Disember 2000 ,telah melebihi 7 tahun).
2. Siapakah yang memohon mendapatkan pengurangan premium?. Apakah syarikat –syarikat asal yang mendapat tanah atau U Wood Bhd ?.Syarikat-syarikat LK,Tg,S dan U tidak layak memohon sebab tempoh masa melunaskan bayaran premium telah tamat(melebihi 2 tahun). U Wood Bhd juga tidak layak memohon dan diberikan kelulusan sebab U Wood adalah syarikat besar dan tersenarai dibursa saham KL.
3. Berapa kalikah syarikat-syarikat berkenaan memohon pengurangan premium dalam masa lebih dari 7 tahun?.Mengikut pekeliling pejabat tanah,rayuan pengurangan premium paling bayak 2 kali.
4. Berapakah jumlah premium telah dikurangkan oleh MB Selangor : Jumlah asal adalah melebihi RM 68.2 juta? (Berdasarkan kepada
5. Dari September 1994 hingga Disember 2000 telah melalui 3 orang MB, bermula dengan Mat Taib ,Abu Hasan dan termasuk Khir Toyo sendiri.Mengapa bekas MB, Mat Taib dan Abu Hasan tidak berani meluluskan pengurangan premium,tetapi Khir Toyo yang baru sahaja memegang jawatan MB Selangor 4 bulan sudah rakus meluluskan permohonan tersebut?.
6. Mengapa Pejabat MB/PTS meluluskan penjualan dan pemindahan hak milik tanah dari syarikat-syarikat asal yang memohon tanah kepada U Wood Bhd walaupun syarikat-syarikat berkenaan tidak membayar premium dan telah tamat tempuh tawaran membayaran premium.
7. Mengikut syeksen 81 dan 82 Kanun Tanah Negara dan pekeliling PTS bahawa mana-mana tanah yang telah ditawarkan kepada pemohon dan tidak melunaskan bayaran premium dalam masa 2 tahun dengan sendirinya permohonan itu luput. Tetapi mengapa syarikat-syarikat berkenaan diberikan kelonggaran sehingga boleh merayu hingga 7 tahun dan dilayani begitu istimewa oleh Khir Toyo?.
8. Rozali Ismail,taukeh U Wood Bhd adalah juga merupakan taukeh Puncak Niaga Bhd yang banyak memberikan bantuan /sponsor terhadap Umno khususnya Umno Selangor dan Tg.Karang dan lebih khusus kepada Khir Toyo.Orang-orang yang seperti inilah sepatutnya lebih awal dibersihkan dari UMNO sekiranya UMNO ikhlas hendak melaksanakan islamnya. tetapi orang yang seperti ini bebas berkeliaran seolah-olah tidak bersalah......
110520080246pm
No comments:
Post a Comment