Tuesday, May 6, 2008

SIFAT PEJUANG ISLAM - 3

BERWASPADA - 3

2. Waspada terhadap bisikan nafsu.

Setiap muslim hendaklah selalu berwaspada terhadap pujukan hawa nafsu, jangan mudah mengikut orang lain dan jangan pula meninggalkan kebenaran dengan sesuatu alasan atau konon kerana itu ( mengikut orang lain dan mengenepikan kebendaan adalah cara berdakwah untuk menarik orang ramai ). Padahal orang yang berkenaan mengetahui bahawa perbuatan itu salah.

Firman Allah SWT:

وأن احكم بينهم بما أنزل الله ولا تتبع أهوائهم واحذرهم أن يفتنوك

عن بعض ما أنزل الله إليك

Maksudnya: Dan hendaklah engkau menjalankan hukum diantara mereka dengan apa (ketentuan) yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau mengikuti kehendak hawa nafsu mereka dan berwaspadalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari suatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. (Al-Maidah 49).

3. Berwaspada terhadap perbuatan maksiat.

Firman Allah SWT:

وما أصابكم من مصيبة فبما كسبت أيديكم ويعفوا عن كثير

Maksudnya: Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan, namun Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu ( As-Syura 30 )

Mengenai hal ini , Ali bin Abi talib R.a pernah berkata kepada sahabatnya: “Aku khabarkan kepada kamu bahawa makna ayat tersebut didalam kitabullah itu yang paling afdhal ialah yang disabdakan oleh RasuluLlah SAW, bahawa setiap musibah yang menimpa kamu adalah akibat dari perbuatan kamu sendiri. Mengenai ayat tersebut beliau menerangkan kepadaku : “Wahai Ali, sesuatu musibah yang kamu alami seperti penyakit, hukuman atau cubaan (bala) didunia ini adalah aqibat perbuatan kamu sendiri.

Ikrimah mengatakan setiap malapetaka yang menimpa seseorang adalah disebabkan oleh dosa. Yang dikatakan oleh Ikrimah itu sesuai dengan firman Allah SWT:

من يعمل سؤا يجز به

Maksudnya: Sesiapa yang melakukan kejahatan ia akan dibalas dengan kejahatan (yang dilakukannya itu. (An-Nisa’ 123)

Khalifah Umar Al-Khattab R.a berpendapat bahawa kemaksiatan lebih menakutkan dan lebih membahayakan keatas pasukan tentera muslimin daripada musuh.

Bersambung…070520081235pm

No comments: