Sunday, June 28, 2009

TUANGURU MAT SEDAWA (BUKIT AJYAD) MEKKAH MENINGGAL DUNIA...DUNIA HAMPIR PENGHUJUNGNYA.

Seorang ulama besar Patani yg dikenali dengan Tuan Guru Mat Sedawa atau Baba Mat Sedawa telah kembali ke Rahmatullah pada malam tadi iaitu malam Jumaat, 4 Rejab 1430 Hijrah bersamaan 26 Jun 2009. Baba Mat Sedawa merupakan tenaga pengajar di atas Jabal Ajyad berdekatan dengan Masjidil Haram. Kebanyakan pelajar yg pernah belajar di Bukit Ajyad, Mekah sudah tentu mengenali beliau.

Baba Mat Sedawa rahimahullah (kiri) dan Baba Sin Surat rahimahullah (kanan). Kredit untuk bishrulhafi.blogspot.com

Sumber dari Mekah melaporkan beliau meninggal dalam keadaan yg amat baik. Bahkan pada pagi hari Khamis, beliau masih lagi mengajar dan menyampaikan ilmu kepada pelajar-pelajarnya.

Jenazah mulia Baba Mat Sedawa telah disolatkan selepas solat Jumaat tadi. Betapa beruntungnya beliau. Sesungguhnya Allah telah memilih beliau untuk kembali menemuiNya di tempat yg mulia iaitu di Tanah Suci Mekah, pada malam Jumaat yg mulia dan pada bulan Rejab yg mulia iaitu salah satu daripada 4 bulan haram.Kita doakan agar Allah mencucuri rahmat ke atas ruh beliau. Mudah-mudahan ruh beliau ditempatkan bersama para anbiya' dan syuhada'. . Amiiinnn...

Al-Fatihah!
Dari kanan, Baba Sin Surat rahimahullah, Baba Mat Sedawa rahimahullah dan Baba Soh Paku hafizohullah (semoga Allah memanjangkan umurnya)Baru-baru ini kita telah dikejutkan oleh pemergian Baba Sin Surat rahimahullah, ulama besar dari Patani yg juga mengajar di Bukit Ajyad. Biodata Baba Sin boleh dibaca di sini. Begitu juga dengan pemergian seorang tokoh gerakan Islam, Syeikh Fathi Yakan rahimahullah. Satu demi satu ruh para ulama dicabut oleh Allah sebagai tanda Allah ingin mencabut ilmu daripada masyarakat.p/s: Berita kematian ini telah disahkan oleh Ustaz Sufian, pelajar Malaysia di Bukit Ajyad, Mekah. Sumber dari( www.lamanulama.blogspot.com )