Friday, April 11, 2008

Buat Kak mie


Tahniah Dariku
Sekalung tahniah diucapkan kepada Abg Zul yang tetap setia bersabar mengharungi ujian daripada Allah SWT.Rasanya dah hampir seminggu lebih kak mie (Isteri beliau) berada di KMC (Kuantan Medical Centre) kerana dijangkiti virus. khabarnya hari ini kak mie dah beransur pulih...Alhamdulillah. Anak-anaknya silih berganti menjaga ummi mereka yang berada dalam keuzuran, tahniah diucapkan kepada Hamdan, Alifah, Hassan Al-Basri, Qistinna dan Hassan Nasrullah yang tak jemu-jemu melayan keuzuran ummi mereka.

Hati kecilku sedikit tersentuh apabila melihat ketabahannya mengharungi kesulitan ini, dalam masa yang sama perjuangan tidak pernah ditinggalkan, terus istiqamah dengan perjuangan.Terfikir dibenakku ini.....kenapa mereka yang bergelar ustaz tidak boleh menjadi seorang yang tabah dan istiqamah seperti beliau. Lalu aku mengambil semangat darinya untuk aku teruskan risalah perjuangan Nabi SAW.

Abg Zul adalah diantara tahanan yang ditangkap semasa Demontrasi di Parlimen kerana membantah usul untuk menyambung khidmat pengerusi SPR sekarang. Beliau ditangkap di Tugu Negara. Sangkaanku selepas ini perjuangannya akan berakhir disitu sahaja, kerana semasa ditahan aku melihat wajahnya sugul tak bermaya, rupa-rupanya meleset sangkaanku itu, bahkan makin kuat...Syabas ku ucapkan semoga Allah SWT jadikan kita dikalangan hamba-hambanya yang istiqamah didalam perjuangan ini....

Doaku semoga Kakmie bertambah sihat untuk meneruskan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan Sri kandi kepada perjuangan...


(Abg Zul berbaju coklat bersama penulis)

Wassalam....12042008205am.


1 comment:

norazimah mohamad nor said...

Salam,

SALAM PERJUANGAN BUAT TEMAN-TEMAN

Saudara,

saya telah menjenguk blog saudara,tahniah.Mesej yang cukup padat dan bersemangat.

Abg Zul dan saudara adalah satu angkatan OKT bersama Nora kerana kita bertiga pernah di tangkap bersama-sama pemimpin lain di parliment-BERSIH.


Pada Kak Mie,nr agar Kak Mie cepat sembuh dan tabah terima ujian dari allah.Pada abang Zul,banyak-banyakkan bersabar.

Tahniah di atas keberanian saudara dan Abang Zul.

Salam perjuangan-Nora Mohamad Nor