Sunday, October 5, 2008

RIBBIYYUN ADALAH GENERASI YG DIPUJI ALLAH

WAJAH GENERASI RABBANI - 1

Firman Allah SWT:
وكأين من نبي قاتل معه ربيون كثير فما وهنوا لما أصابهم فى سبيل الله وما ضعفوا
وما استكانوا والله يحب الصبرين

Maksudnya: . Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang Dengan disertai oleh ramai orang-orang Yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa Yang telah menimpa mereka pada jalan (ugama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang Yang sabar. (Ali-Imran 146)

Ayat ini memperjelaskan kepada kita tentang keimanan dan perjuangan ummat terdahulu, pengikut para nabi yang jujur keimanannya dan sentiasa taat kepada qiadahnya.Mereka inilah yang berperang bersama-sama nabi SAW dan sentiasa berhadapan dengan cubaan-cubaan . Sehingga mereka diiktiraf oleh Allah SWT dengan sebutan Ribbiyyun (Orang yang selalu mengikuti ajaran rabb).

SIFAT-SIFAT GENERASI RIBBIYYUN
Generasi rabbani adalah generasi yang mencontohi para nabi dan pemimpinnya. Mereka bukan generasi yang hanya bangga dengan qiadahnya atau kerana sezaman dengannya sahaja atau kerana dia ditarbiyyah olehnya sahaja.Tetapi generasi rabbani itu mestilah benar-benar bercermin kepada Qadatud Dakwah, dengan itu mereka akan sentiasa akan terpacu dan bersemangat untuk melaksanakan ta’addudul wajibat (penambahan tugas)

Untuk melayakkan kita menjadi generasi rabbani, seharusnya kita memahami sifat-sifat ini.

1. Tidak Wahn

Wahn adalah krisis ketidakmampuan untuk bekerja dan lambat dalam melaksanakan
tugas. Wahn juga bererti lemah dari segi fisik dan moral. Firman Allah SWT
قال رب إنى وهن العظم مني واشتعل الرأس شيبا
Maksudnya: Ia berkata, Ya tuhanku sesungguhnya tulangku telah wahn (lemah) dan kepalaku telah ditumbuhi uban. (Maryam 4)

Firman Allah SWT:
ولا تهنوا فى ابتغاء القوم إن تكونوا تألمون فإنهم يألمون كما تألمون وترجون من الله
ما لا يرجون

Maksudnya: Dan janganlah kamu Wahn (berhati lemah) Dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka Sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan dari Allah apa Yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan Yang baik pada hari akhirat kelak). dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (An-Nisa’ – 104)

Firman Allah SWT:
ولا تهنوا ولا تحزنوا وأنتم الأعلون إن كنتم مؤمنين
Maksudnya: Dan janganlah kamu merasa Wahn (lemah) (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa Yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang Yang tertinggi (mengatasi musuh Dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang Yang (sungguh-sungguh) beriman.(Ali-Imran 139)

Wahn adalah virus yang membahayakan ummat islam secara umumnya. Bahkan wahn juga boleh mengancam orang-orang islam yang menjadi khalifah Allah dimuka bumi dan menjadi bahan santapan musuh-musuh mereka.

Thauban bertanya kepada RasuluLlah SAW:
يا رسول الله أمن قلة بنا؟ قال: لا, أنتم يومئذ كثير, ولكن يلقى فى قلوبكم الوهن.
( قالوا: وما الوهن يا رسول الله؟ قال: حبكم الدنيا وكراهيتكم القتال (رواه أحمد
Maksudnya: Ya RasuluLlah apakah kami pada waktu itu sedikit jumlahnya? Jawab Nabi SAW: “Tidak, bahkan kamu pada waktu itu ramai,akan tetapi hatimu terkena (virus) wahn.”Mereka bertanya, “apa itu wahn ya RasuluLlah?”beliau bersabda”Wahn adalah kamu mencintai dunia dan takut perang (mati).(H.R Ahmad. Jld 2.Hal 359)

Begitulah besarnya bahaya virus Wahn, maka tidak selayaknya generasi rabbani menjadi lemah atau membiarkan dirinya menjadi lemah.Sebab itulah Allah SWT memberi peringatan kepada seluruh ummat islam agar berwaspada dengan penyakit mental tersebut.

(Bersambung)

051020080400pm

No comments: