Tuesday, October 7, 2008

WAJAH GENERASI RABBANI-2

2. Tidak Dha’if.
Perbezaan Dha’if dengan Wahn adalah penekanannya pada semangat dan kejiwaan. Seseorang diketahui terkena penyakit wahn apabila dilihat ia lemah semangat dan lambat melaksanakan tugas.sekalipun dari zahirnya ia dilihat sebagai orang yang kuat. Sementara dha’if lebih dekat ertinya dengan mudah menyerah dan gagal dalam perlawanan.

Supaya kaum muslimin tidak mudah menyerah dan gagal dalam mengadakan perlawanan terhadap musuh-musuhnya dan orang-orang yang menzaliminya, maka Allah memerintahkan kepada mereka bersiap sedia menghadapi musuh-musuhnya dengan segala kekuatan.Firman Allah SWT:
وأعدوا لهم ما استطعتم من قوة ومن رباط الخيل ترهبون به عدو الله وعدوكم
وأخرين من دونهم لا تعلمونهم الله يعلمهم
Maksudnya: Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh Yang menceroboh) Segala jenis kekuatan Yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda Yang lengkap sedia, untuk menggerunkan Dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh Yang lain dari mereka Yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. dan apa sahaja Yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.(Al-Anfaal 60)

Generasi Rabbani adalah generasi pilihan, generasi yang lebih dicintai Allah. Dengan demikian mereka harus sentiasa meningkatkan seluruh kekuatannya termasuk kekuatan tubuh badan mereka. Kerana seorang mukmin yang kuat itu (termasuk kuat tubuh badannya) adalah lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah.

Sabda Nabi SAW:
المؤمن القوي خير وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف وفى كل خير إحرص على ما ينفعك
واستعن بالله ولا تعجز وإن أصابك شئ فلا تقل لو أنى فعلت كان كذا وكذا ولكن قل قدر الله
وما شاء فعل فإن لو تفتح عمل الشيطان
Maksudnya: Mukmin yang kuat lebih baik, dan lebih dicintai daripada orang mukmin yang lemah dan pada masing-masingnya ada kelebihan. Jagalah apa yang bermenafaat bagimu,mohonkanlah pertolongan daripada Allah dan janganlah kamu katakan “kalau saya berbuat begini, maka begini”.Tetapi katakanlah “Allah telah mentaqdirkannya,apa-apa yang dikehendaki oleh allah maka ia lakukan”.Sesungguhnya perkataan “Kalau” itu membuka peluang kepada pekerjaan syaitan (untuk menyesatkan manusia)

3. Tidak Istikanah
Istikanah ialah tunduk dan menyerah kepada musuh.Ribbiyyun adalah hamba-hamba Allah yang sentiasa tunduk dan menyerah diri kepadanya. Sebab itu bagi generasi amat pantang menyerah kepada musuh, kerana dengan cara demikian boleh membatalkan status kerabbaniannya.

Seperti ayat yang disebutkan dahulu dalam tajuk (Wajah generasi Rabbani-1) Allah SWT telah menyusun kepada kita, jika semangat dan pemikiran kita lemah,maka fizikal kita juga akan lemah, lesu, tidak membuat persiapan untuk berhadapan dengan musuh dan akhirnya orang yang seperti ini akan mudah untuk menyerah diri kepada musuh.

Fenomena ini akan bertambah parah, sekiranya ada sekelompok mereka yang menjadikan kelemahan sebahagian ummat islam sebagai hujjah untuk mengadakan hubungan dengan musuh-musuh islam.

Oleh itu, untuk memperkuatkan kedudukan ummat islam yang lemah, bukan dengan cara kita berkompromi dengan musuh.tetapi harus kita memberikan terapi yang benar iaitu mengembalikan jatidiri mereka sebagai generasi rabbani yang unggul.


Wallahu A’lam
081020081054am

No comments: