Sunday, October 25, 2009

PAS TAK PERNAH BERPECAH !!!

(Ulasan kepada ucapan PM dalam berita harian)

HUA HIN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata percanggahan dalam Pas nampaknya sudah sampai ke kemuncak dan semakin serius sehingga timbul dua kumpulan dalam parti itu.

Najib yang juga Presiden Umno berkata, satu kumpulan mahu bekerjasama dan mewujudkan persefahaman dengan Umno dalam bentuk yang sesuai manakala satu lagi menentangnya.

"Ada pihak yang lebih mementingkan politik daripada ummah. Kita hargai pihak yang melihat Umno sebagai mewakili orang Melayu, berjasa dalam perjuangan ummah dan menjaga kepentingan kaum-kaum lain," katanya pada sidang media selepas tamatnya Sidang Kemuncak Asean ke-15 di sini.

Najib berkata, percanggahan dalam Pas nampaknya semakin serius berikutan hasrat Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengadakan Muktamar Agung Khas Pas untuk membersihkan parti daripada pemimpin-pemimpin yang bermasalah.

Perdana Menteri berkata, ada kumpulan dalam Pas yang tidak mahu bekerjasama dengan Umno untuk menegakkan kepentingan orang Melayu dan Islam semata-mata kerana kepentingan politik mereka.

Pihak ini, katanya, tidak menghargai jasa Umno dalam mewakili kepentingan orang Melayu dan menjaga perpaduan ummah.

Katanya, terdapat sekumpulan pemimpin dalam Pas pula yang berhasrat untuk mencari pendekatan yang boleh membawa kepada perpaduan ummah, mirip kepada bekerjasama. "Apa bentuk tak tahu... maknanya tak mahu perpecahan. Satu lagi kumpulan mahu perbalahan berterusan dan tiada pertimbangan apa-apa untuk perpaduan," katanya.

itanya sama ada Umno akan mengadakan perbincangan dengan Pas, Najib berkata selagi Pas tiada kata sepakat, Umno tidak boleh mengadakannya secara rasmi.
"Kita tunggu dan lihat perkembangan dalam Pas," katanya sambil menambah bahawa sebarang perbincangan tidak akan membuahkan hasil jika diadakan dengan wakil tertentu sahaja dan bukan keseluruhan parti itu.

Ulasan : Sebenarnya Pas tidaklah berpecah kepada dua seperti yang dijaja oleh PM,cuma hanya berbeza pandangan sahaja,dan ini perkara biasa dalam sesebuah parti.Tetapi kalau Umno memang pernah berpecah iaitu semasa pertandingan diantara Tengku Razaleigh Hamzah dan Dr Mahathir untuk menduduki presiden parti itu.

Umno berpecah dua ketika itu satu Team Tengku Razaleigh yang menubuhkan parti Semangat 46 bersama-sama beliau ialah Datuk Rais Yatim, Datuk Musa Hitam, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan ramai lagi manakala Dr Mahathir menubuhkan Umno Baru.Ini baru orang panggil berpecah.

No comments: