Saturday, June 21, 2008

BPR...Jangan jadi kuda UMNO

UMNO LEMAS....

Umum telah mengetahui bahawa Parti Maju Sabah (SAPP) telah menyatakan hasratnya untuk membuat undi tidak percaya terhadap PM di dewan rakyat esok. Berita mutakhir yang diperolehi bahawa Datuk Yong Teck Lee selaku presiden parti tersebut akan dipanggil oleh BPR kerana namanya disebut didalam mahkamah tinggi Kuala Lumpur.

Datuk Ahmad Said Hamdan dipetik sebagai berkata "Kebetulan pada dua hari lalu, saksi utama kes Tan Sri Kasitah Gadam iaitu Datuk Wasli Mohd Said menimbulkan keterangan baru yang beliau (Wasli) pernah beberapa kali diarah membayar wang yang keseluruhannya berjumlah RM5 juta kepada ejen-ejen Yong.

"Justeru, BPR sebagai badan penguat kuasa undang-undang berhubung pencegahan rasuah mesti mengambil tindakan dan kita telah pun memulakan siasatan.”

Apapun kita tidak mahu menyentuh tentang kerja yang dilakukan oleh BPR, tetapi kita melihat seolah-olah inilah senjata UMNO yang terakhir untuk mempertahankan kuasa mereka.

Kita lihat semasa riuh rendah untuk melantik MB Terengganu, Paklah sebagai Presiden UMNO mencadangkan agar nama Idris Jusoh sebagai Mb Terengganu, tetapi tidak diperkenankan oleh sultan, nama yang diwarwarkan sebagai MB ialah Ahmad Said Adun dari Kijal, pada waktu itu,BPR juga membuka penyiasatan seolah-olah mengugut Mad Said berhubung dua projek di kijal. Tetapi selepas diperkenankan oleh sultan Ahmad sebagai MB tidak ada lagi penyiasatan yang dilakukan terhadap beliau.

Saya melihat UMNO /BN seperti seorang yang lemas didalam sungai, dia akan berpaut apa sahaja yang lalu dihadapannya sekalipun seekor buaya yang ganas.

Kalau hanya disebut, terus dibuka penyiasatan, kenapa tidak siasat rasuah Ghani Othman sebanyak RM5 Juta pada tahun 2000 dulu dari Syarikat Air Johor. Kenapa tidak siasat rasuah Khir Toyo seperti dibawah ini:

1) Khir Toyo perlu menjawab dakwaan yang mengatakan beliau telah eluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan, Meram Holdings.

Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalankan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, dimiliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir.

Manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.

2) Dr Khir Toyo telah meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/ Tirai Gemilang, Samasys,Usahasewa Sdn Bhd), tetapi seorang pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanahberpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja.Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar.

Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut. Dalam masa yang sama Dr. Khir perlu menjawab apakah benar beliau meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20 November 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin
dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol beliau,

Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.

No comments: