Wednesday, June 25, 2008

NAJIB...KERANAMU RAKYAT MENDERITA


RM1 JUTA UNTUK SATU JIWA ?

Terkejut, sedih dan terharu menyelubungi diriku, apabila melihat kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang senegeri denganku menyatakan bahawa Atlit Negara yang memenangi pingat Emas pada sukan Olimpik di Beijing Ogos ini dan pada temasya serupa pada masa akan datang akan menerima insentif RM1 juta berbanding hanya RM160.000 sebelum ini. Dengan alasan standard sukan olimpik semakin meningkat.

Saya tidak pasti, apa benda yang meningkat sebenarnya ? kalau dikatakan kos yang berkait dengan sukan meningkat ?, kenapa perlu dibayar kepada atlit yang menang, tidak kepada pihak yang menganjurkan sukan tersebut.?.

Beliau juga memberi alasan bahawa “Ganjaran RM1 juta adalah wajar dan berpatutan memandangkan temasya sukan olimpik itu ‘begitu gah’ dan diadakan empat tahun sekali.”. Sebelum dari ini pun sukan ini gah dimata masyarakat dunia dan sememangnya empat tahun sekali dari dulu lagi, persoalannya kenapa empat tahun sebelum dari ini RM160.000 dan empat tahun kedepan ini RM1 juta ?

Sedangkan jika dilihat kepada Statistik terkini kemiskinan di Malaysia di bawah Program Pembasmian Kemiskinan RMK 9 terdapat enam buah negeri yang dianggap miskin iaitu Sabah, Terengganu, Perak, Sarawak, dan Kedah mendahului lain-lain negeri diikuti oleh Kelantan dengan jumlah 3,550 atau 10.6% jumlah isi rumah dalam kategori kemiskinan tegar. Menurut pecahan kaum / ethnik pula kaum Bumiputera berada di kedudukan teratas diikuti oleh kaum Cina, India, dah lain-lain.

Kenapa peruntukan yang banyak itu hanya diagihkan kepada seorang jiwa sahaja? Sedangkan rakyat di enam buah negeri yang miskin ini tidak ketinggalan juga memberi sumbangan untuk membangunkan Negara melalui kerja-kerja yang mereka lakukan.

TPM lebih selera menjulang nama dan gah Negara dari membantu rakyat yang sedang tersepit ditengah-tengah kemodenan Negara. Kita pernah ditontonkan dilayar tv tentang adanya rakyat Malaysia makan siput babi akibat dari kemiskinan, kita pernah didedahkan melalui media cetak adanya rakyat Malaysia terpaksa mengharungi lubuk sampah demi mencari sesuap rezeki.

Terbaru didedahkan dalam KOSMO 25 Jun Seorang pelajar tahun pertama Diploma Pengurusan Perniagaan di sebuah kolej swasta di sini, yang hanya ingin dikenali sebagai Nor Ashikin, 19, memberitahu, dia terpaksa bekerja sambilan semasa cuti semester bagi menampung yuran pengajian berjumlah RM3,700 setiap semester sedang pinjaman PTPTN yang diperolehnya sebanyak RM4,000 sahaja. "Pinjaman dan hasil kerja sambilan, saya gunakan untuk menampung kos belajar kerana selepas bayar yuran pengajian, baki wang saya hanya tinggal RM300, belum termasuk bayaran penginapan mencecah RM1,000 semester,"

katanya. Jelas beliau, apabila memohon tinggal di luar kampus, permohonan ditolak dengan alasan pihak kolej milik kerajaan negeri itu tidak mahu menanggung kerugian. "Jika pelajar tidak tinggal di kampus, pihak kolej perlu bayar kepada syarikat tertentu, jadi mereka wajibkan pelajar tinggal di kampus untuk elak tampung bayaran itu, jadi saya tiada pilihan," katanya. Tambah Nor Ashikin, setiap semester dia bukan sahaja memerlukan wang tambahan lebih RM1,500 lagi bagi menampung kos penginapan, pengangkutan, makan serta membeli buku rujukan.

Bukan sahaja adik nurashikin yang menjadi mangsa, bahkan ramai lagi mereka- mereka yang senasib dengan beliau, dimanakah suara TPM untuk membela mereka ini sedangkan inilah asset yang akan membangunkan Negara .

No comments: