Tuesday, June 17, 2008

SIKAP SEORANG MUSLIM-1

TANGGUNGJAWAB SEORANG MUSLIM
KEPADA MUSLIM YANG LAIN

Sesungguhnya orang-orang islam adalah bersaudara diantara satu sama lain. Persaudaraan ini bukanlah salah satu diantara amalan-amalan sunat didalam agama bahkan ianya adalah kewajipan yang telah ditetapkan oleh islam sebagaimana yang dinukilkan didalam Al-quran dan hadith-hadith nabi SAW. Persaudaraan diatas nama islam ini mempunyai hak-hak meliputi beberapa perkara :

1. Menutup aib saudara seislamnya.

Seseorang muslim itu hendaklah menutup aib (malu) saudara seagama dengannya apabila melihat saudaranya itu melakukan maksiat, ini adalah diantara kehebatan sistem syariat islam yang membuka pintu taubat kepada mereka yang melakukan maksiat sebelum ianya dihebahkan. Seseorang muslim yang menutup keaiban (malu) seseorang muslim yang lain, Allah SWT akan membalasnya dengan syurga, keampunan dan mendapat keredhaannya.

Sabda Nabi SAW:

عن عبد الله بن عمر رضى الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : خيرالاصحاب عند الله خيرهم لصاحبه, وخيرالجيران عند الله خيرهم لجاره

Maksudnya: Daripada AbduLlah bin Umar R.anhuma berkata. RasuluLlah SAW bersabda “Sebaik-baik sahabat disisi Allah ialah orang yang berbuat baik terhadap sahabatnya dan sebaik-baik jiran disisi Allah orang yang berbuat baik terhadap jirannya.

Sabda Nabi SAW:

عن أبى هريرة رضى الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم

من ستر على مسلم ستره الله فى الدنيا والأخرة

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah R.Anhu berkata,Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang menutup keaiban (malu) seseorang muslim, Allah SWT akan menutup aibnya didunia dan akhirat.


2. Menolak umpatan terhadap saudara seislam.

Seseorang individu muslim itu hendaklah mempertahankan saudara seislam yang lain apabila adanya ucapan dan perkataan memburukkan individu muslim. Sekiranya seseorang itu tidak mampu untuk mempertahankan saudara seagama dengannya didalam sesuatu majlis, hendaklah beliau meninggalkan majlis yang memburukkan seorang muslim yang lain itu.

Firman Allah SWT:

إن السمع والبصر والفؤاد كل أولئك كان عنه مسئولا

Maksudnya: Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa Yang dilakukannya.(Al-Israa’ 36)

Firman Allah SWT:

وإذا رأيت الذين يخوضون فى أيتنا فأعرض عنهم حتى يخوضوا فى حديث غيره وإما ينسينك الشيطن فلا تقعد بعد الذكرى مع القوم الظلمين

Maksudnya:Dan apabila Engkau melihat orang-orang Yang memperkatakan Dengan cara mencaci atau mengejek-ejek ayat-ayat kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan soal Yang lain; dan jika Engkau dilupakan oleh Syaitan (lalu Engkau duduk bersama mereka), maka janganlah Engkau duduk lagi bersama-sama kaum Yang zalim itu, sesudah Engkau mengingati (akan larangan itu). (Al-An’aam 68)

BERSAMBUNG…..1706081245PM

No comments: