KENDURI ARWAH.
( Sumber: www.al-muqry.blogspot.com )
(Disini saya cuba menampilkan pandangan ulama’ berkaitan masalah ini. Ini kerana masalah ini sering dibincangkan dan tidak kurang juga berlakunya perbalahan disebabkan masalah ini.)
Berkata Syeikh Abdul Qadir Isa di dalam kitabnya ‘Al-Mizan Al-‘Aadil’:“Sesungguhnya di dalam masalah jamuan selepas kematian, para ulama ada dua pandangan:
Pandangan pertama.Sebahagiannya berpendapat makruh bagi keluarga si mati menyediakan makanan utk org ramai, dan ada yang mengharamkannya.
Dalil-dalil mereka.
Dalil pertama.Imam Ahmad, Ibnu Majah meriwayatkan dengan sanad yg sohih dari Jarir bin Abdillah katanya: “Kami menganggap perhimpunan dengan keluarga si mati dan menyediakan makanan termasuk di dalam ‘Niyahah’ (ratapan yg dilarang)Berdasarkan ini ulama Hanafiyyah berkata : “Makruh menyediakan makanan pada hari pertama, kedua ketiga dan selepas seminggu (dari kematian) (Lihat Hasyiah Ibnu Abidin Jld 2 MS 240)
Dalil kedua.Imam At-Tirmizi, Al-Hakim dan lain-lain meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda (ketika kematian Ja’far) :اصْنَعُوا لِأَلِ جَعْفَرَ طَعاماً فَقَدْ جاءَهُم ما يُشْغِلُهُمMaksudnya : “ sediakanlah makanan kepada keluarga Ja’far , sesungguhnya telah datang kepada mereka apa yg menyibukkan mereka (musibah)Hadis ini dihukum Hasan oleh At-Tirmizi dan sohih menurut Hakim.Mereka berkata: “Sesungguhnya (menurut) sunnah ialah jiran si mati atau keluarganya yg jauh dengan si mati menyediakan makanan kepada keluarga si mati pada hari dan malam tersebut”. Inilah pandangan jumhur ahli feqh termasuk ulama’-ulama dalam mazhab empat.
Pendapat kedua.Ada sebahagian ulama lain berpendapat harus bagi keluarga manyediakan makanan (kpd org ramai) walaupun pada hari pertama kematian.
Dalil-dalil mereka:
Dalil pertama.Imam Ahmad bin Mani’ meriwayatkan di dalam musnadnya dari Al-Ahnaf bin Qais katanya : “Ketika Sayyidina Umar ditikam , dia menyuruh Suhaib mengimamkan sembahyang tiga hari dan dia menyuruh supaya disediakan makanan kepada orang ramai (iaitu selepas kematiannya)Kata Ibnu Hajar Al-Asqallani: Sanadnya Hasan. (Matholib Aliyah jld 1 ms 199, No hadis 709)
Dalil kedua.Imam Ahmad meriwayatkan di dalam ‘Az-zuhd’ dari Thowus (seorang ulama tabien) katanya: “sesungguhnya orang yg telah mati menghadapi fitnah kubur selama tujuh hari, dan mereka (sahabat atau tabien) menyukai makanan disediakan pada hari tersebut utk mereka (si mati dengan di niatkan pahala sedekah kepadanya)Ibnu Hajar berkata : “Sanadnya kuat”. (Matholib Aliyah no hadis 710)
Tarjih Syeikh Abdul Qadir Isa:“ Walaupun dalil pendapat kedua sahih tetapi tidak dapat menandingi dalil-dalil pendapat pertama. Dengan ini aku mentarjihkan (menguatkan dan menyaokong) bahawa perbuatan tersebut adalah makruh.” (Al-Mizan Al-Aadil ms 69-70)Syeikh Al-Hafiz Abdullah Siddiq Al-Ghumari pula mentarjihkan bahawa hukumnya adalah harus.
Di antara hujjahnya ialah penyediaan makanan tersebut samalah seperti memberi upah dalam tugas-tugas keagamaan seperti membaca Al-Quran, menjadi imam dan lain-lain (Lihat Itqanus Shon’ah fi Tahqiq Ma’na Al-Bidah (terjemahan Us Mahfuz Muhammad Ms 93)
Syekh Abdul Halim Mahmud (mantan Syeikh Azhar) pula menegaskan bahawa perbuatan tersebut adalah ‘khilaful aula’ (iaitu lebih baik ditinggalkan tetapi tidak sampai ke tahap makruh ataupun haram) (Lihat Fatawa Syeikh Abdul Halim Mahmud jil 2 ms 272)Kesimpulan.1)
Masalah ini masih boleh dikatogerikan dalam masalah khilafiyyah. Dalil-dalil yg dikemukakan masih ada ruang untuk dimunaqasyahkankan (diperdebatkan), (saya tidak mahu memanjangkan lagi munaqasyah kerana khilaf yg seperti ini mungkin tiada kesudahan). Ia bukanlah satu dalil yang ‘qat’iyyut thubut’ dan ‘qatiyyud dalalah’ (dalil yg benar-benar putus), dan oleh itu pintu ijtihad masih ada, dan perbezaan ijtihad adalah perkara yg dibenarkan.
2) Hukum dalam masalah ini berlegar di antara haram atau bidah, makruh dan harus. Tidak ada ulama yg menghukumnya wajib seperti sangkaan sebahagian masyarakat. Ini semua adalah hukum yg ‘Zonni’ bukannya ‘Qat’ie’ yg tidak perlu dijadikan perbalahan.
3) Masalah menghadiahkan bacaan kepada si mati adala masalah yg lain. Kebanyakan ulama mengharuskannya.Wallahua’lam.Ust Khairul Azmi12 nov 2008.Rujukan1. Al-Matholib Aliyah, Ibnu Hajar Al-Asqallani, Tahqiq Syeikh ‘Aazhomi.2. Al-Fiqh Al-Islami, Dr Wahbah Zuhaili3. Fatawa Syekh Abdul Halim Mahmud.4. Al-Mizanul Aadil, Syeikh Abdul Qadir Isa.5. Itqanus Shon’ah fi Tahqiq ma’na Al-Bid’ah, Syeikh Abdullah Al-Ghumari6. Al-Mafhum Ad Daqiq fi Dr Abdul malik Sa’diy7. dll.
No comments:
Post a Comment