Thursday, November 13, 2008

MENYAMBUT DEEPAVALI, KERANA DAKWAH ATAU POLITIK?


Baru-baru ini Dr Mujahid Yusuf, AJK PAS PUSAT merangkap Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat menyatakan bahawa terdapat 20.000 keahlian kelab penyokong PAS diseluruh Malaysia.

Syabas diucapkan, kerana Berjaya mengumpul keahlian kelab sebegitu ramai. Boleh dikatakan disetiap negeri kelab ini mendapat sambutan daripada mereka yang bukan islam.

Fenomena ini berlaku setelah mereka tidak lagi berminat dengan pemerintahan UMNO dan BN, lalu PAS dilihat sebagai satu bahtera alternative untuk membela nasib mereka.Dulunya PAS dianggap sebuah parti ekstrim, yang tidak boleh bertolak ansur dengan orang-orang yang bukan islam. Tetapi pandangan mereka meleset, setelah Kerajaan negeri Kelantan dibawah pimpinan YAB Dato’ Tuanguru Nik Abdul Aziz Nik Mat mengambil berat terhadap rakyat-rakyat mereka samada muslim atau non muslim.

Apa yang perlu diambil perhatian juga ialah selain daripada kita ghairah menubuhkan kelab penyokong diseluruh negeri,
pengisian dakwah terhadap non muslim kepada islam juga perlu menjadi suatu agenda yang penting.

Dalam Konvensyen Tarbiyyah PAS Negeri Pahang yang diadakan di Kompleks Pas Kawasan Jerantut pada 2 Nov baru-baru ini,Sdr Abdul Aziz Ahmad peserta dari Kawasan Indera Mahkota telah bertanya kepada Yb Tuanguru Presiden tentang “Adakah dibenarkan seorang muslim itu menyambut perayaan Depavali?” Yb Tuanguru presiden menjawab “Di bolehkan dengan sebab dakwah”.bermakna tidak boleh kalau bukan dengan sebab dakwah.

Kita melihat Perayaan Deepavali yang lepas, ada kawasan-kawasan yang mengambil peluang menyambut perayaan ini demi untuk merapatkan hubungan dengan kelab ini. Kita tidak mahu memberi komen dalam persoalan menyambut perayaan itu, kerana Presiden telah menyatakan hukum berkaitan dengannya.

Tetapi persoalan yang timbulnya ialah apakah tujuan kita menyambut dan meraikan perayaan deepavali? Samada tujuan politik atau dakwah? Kalau dakwah, apakah pakej pengisian yang telah kita kemukakan kepada mereka.?. Sedangkan Yb Tuanguru Presiden menyebut kepada kita deepavali boleh disambut hanya bertujuan dakwah.kita bimbang sekiranya perayaan deepavali adalah disambut hanya kerana ingin meraih undi semata-mata.

Wallahu A’laam
131120080605pm

2 comments:

Btree Jengka said...

Ana tak hadir ketika Konvesyaen Tarbiyyah di Temin.Tapi ana bagi pandangan ana sikit berkaitan depavali ini.

Rasanya kita kena letakkan di mana sempadan perayaan tersebut menurut agama mereka.Adakah hari ke dua ,tiga dan seterusnya itu termasuk dalam amalan agama atau hanya adat mereka semata mata.

Macam juga kita sambut raya,yang ana faham di kata raya mengikut syariatnya kalau aidilfitri tu sehari saja,hari kedua dan seterusnya itu dah jadi amalan orang melayu.org arab tak raya pun banyak hari.

jadi kalau hari depavali raya keduanya tu bukan dari ajaran agama hindu,tak salah lah kita hadir.mcm lah raya cina,bukan perayaan agama hanya kebudayaan org cina.macamana?harap ulama ulama bincang benda ni.ana pun tak arif sangat agama hindu ni,walaupun ada jiran hindu,cuba tanya Bala

Nama: Khairul Azmi Ismail Al-Muqry said...

Persoalan utk perbincangan:

1)Batas-batas hubungan muslim dgn non muslim dlm kontek m sia? Kerana ayat ttg muamalah dgn mereka terlalu umum dan mgkin ada perkara yg perlu di khususkan. Ana bimbang ramai mujtahid jadian dlm masalah ini.

2)Ucapan dan ungkapan yg dibenarkan terhadap mereka dan yg dilarang.

3)Apakah Perkara yg berkaitan dgn agama mereka yg dimaksudkan oleh ayat "Bagimu agamamu dan bagiku agamaku"? Minta diperincikan.

4) Beza antara hukum meraikan, menyertai dan menganjurkan perayaan seperti depavali dll

5) Dan lain-lain.

Ana rasa eloklah dewan ulama pusat memberi satu garis panduan ttg masalah ini, dan memperincikannya.