Monday, October 3, 2011

BAHASA KEBANGSAAN : RAIS YATIM HANYA NAMPAK KUMAN DISEBERANG LAUT SAHAJA


Rais Kesal DAP P. Pinang Tidak Kukuhkan Dasar Bahasa Kebangsaan

JELEBU: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim melahirkan rasa kesal kerana bahasa kebangsaan tidak dinobatkan di Pulau Pinang selepas dua tahun negeri itu dikuasai oleh DAP.

Katanya ini jelas terbukti apabila dalam satu majlis rasmi yang beliau hadiri, penganjur hanya bercakap dalam bahasa Cina dan Inggeris.

"Hanya saya berucap dalam bahasa kebangsaan dan sebahagian Inggeris. Ini menunjukkan sikap tidak menghargai bahasa kebangsaan itu sudah jelas dan ini adalah amat tidak baik dalam konteks perpaduan pelbagai kaum," katanya kepada Bernama selepas menghadiri majlis ramah mesra dengan penduduk Orang Asli di Kampung Putra, Simpang Durian, Isnin.

Beliau menggesa orang Melayu di Pulau Pinang supaya bangun untuk bertanyakan hal ini kerana mereka masih lagi mempunyai suara dan pengaruh yang besar.

Rais berkata pembangkang mendabik dada kononnya Pulau Pinang maju di bawah DAP sedangkan negeri itu sudah dimajukan sejak dari pemerintahan parti Gerakan di bawah Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

"Pulau pinang itu bukan dimajukan tempoh dua tahun (yang lepas di bawah DAP)," katanya.

Rais berkata DAP terlalu angkuh dengan kekuatan ekonomi yang dipegangnya, tetapi jika agihan ekonomi itu gagal disama ratakan dengan kaum-kaum lain, keharmonian yang wujud semasa Gerakan memerintah dahulu akan luntur. -BERNAMA

ULASAN : Rupa-rupanya Dato' Sri Dr Rais Yatim baru perasan tentang bahasa kebangsaan tidak dinobatkan.Dato' Sri hanya nampak kuman diseberang laut sahaja sedangkan gajah dihadapan matanya sendiri dia tak nampak.Eh tak sedar ke, yang UMNO telah kuburkan bahasa kebangsaan kita, apabila mata pelajaran sains dan matematik di ajar dalam bahasa inggeris.Kenapa Dato' Sri tak bangkang dalam parlimen perkara ini ? Sehinggakan berlaku kemerosotan yang begitu ketara.

Hasil kajian menunjukkan skor purata pencapaian pelajar Malaysia dalam matematik dan sains merosot dengan ketara. Skor matematik 2007 merosot kepada 474 mata berbanding 508 mata pada 2003 dan 519 bagi 1999, iaitu penurunan sebanyak 34 mata. Skor sains pula merosot kepada 471 mata pada 2007 daripada 510 pada 2003 dan 492 bagi kohort 1999. Ini mencatatkan penurunan 40 mata antara 2007 dan 2003.

Dato' Sri kena persalahkan menteri-menteri yang dok dalam umno kerana mengkhianati rakyat sendiri dengan mengabaikan bahasa kebangsaan dalam mata pelajaran sains dan matematik.

No comments: