Sunday, October 9, 2011

Notis Tunjuk Sebab Kepada Peniaga Ayam Di pahang Kerana Naikan Harga Ayam


BERA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada peniaga ayam di Pahang yang bertindak menaikkan harga ayam sehingga mencegah RM10 sekilogram.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata notis itu dikeluarkan setelah kementerian tersebut menerima banyak aduan daripada pengguna yang tidak berpuas hati berikutan kenaikkan harga ayam tersebut, dan tindakan selanjutnya akan dilakukan.

-BERNAMA

ULASAN : MP Bera selaku menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sepatutnya bukan sahaja mengeluarkan notis kepada peniaga tetapi perlu juga kepada pemantauan yang serius. Selaku menteri, boleh sahaja mengarahkan penguatkuasa untuk memantau kenaikan harga barang. Sekiranya tambang teksi boleh dipantau, takkanlah kenaikan harga ayam ini tak mampu untuk dipantau dengan baik.Kenaikan ini berlaku apabila kerajaan naikkan harga minyak.Menyebabkan barang-barang lain juga turut naik.

No comments: