Tuesday, February 19, 2008

Orang Umno seperti Orang Utan Dimana Silapnya?

semalam dalam perjalanan ke Kg Paya Berenjut Kemaman (17 Feb 2008) saya sempat membaca akhbar berita harian yang memuatkan berita tentang ucapan Tuanguru Dato' Hj Nik abdul Aziz menteri besar kelantan yang menyatakan bahawa orang Umno seperti orang hutan.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Tuanguru itu bukanlah kerana dendam, hasad dan marah beliau sebagaimana marahnya Dato' Paduka Annuar Musa kepada Yb Ust Nassuruddin Daud (dalam satu sidang DUN) dengan menyatakan perkataan "Bahlol" kepada Adun Pas itu. Saya percaya perkataan "Orang Utan" ini takkan terkeluar dari mulut beliau sekiranya pemimpin Umno dan penyokong- penyokongnya tidak menolak Islam.

Kenyataan yang dikeluarkan itu sangat bertepatan dengan Kalam Allah Azza Wajalla. Firman Allah SWT:

فلما عتوا ما نهوا عنه قلنا لهم كونوا قردة خاسئين

Maksudnya: Maka tatkala mereka bersikap sombong terhadap apa yang dilarang mereka mengerjakannya,kami katakan kepadanya "jadilah kamu kera yang hina" (Al-A'raaf 166 )

Ayat ini menyatakan bahawa orang yang sombong atau tidak memperdulikan arahan Allah SWT dihina oleh Allah dengan menjadi kera.

Firman Allah SWT:

ولقد علمتم الذين اعتدوا منكم فى السبت فقلنا لهم كونوا قردة خاسئين

Maksudnya: Dan sesungguhnya telah kamu ketahui bahawa dikalangan orang-orang yang melanggar larangan pada hari sabtu.Lalu kami berfirman kepada mereka "Jadilah kamu kera yang hina. (Al-Baqarah 65 )

Dalam ayat ini Allah SWT juga menyebut bahawa orang yang melanggar larangannya adalah dikalangan kera.Sekalipun dilihat arahan tersebut hanya perkara yang kecil sahaja (iaitu tidak boleh menangkap ikan pada hari sabtu). Perlulah diingat, sekiranya ia datang dari Allah samada arahan itu kecil atau besar, maka kita selaku manusia wajib mentaati perintah tersebut. Tidak seorang pun yang boleh mengingkarinya.

Firman Allah SWT:

قُلْ هَلْ أُنَبِّئُكُمْ بِشَرٍّ مِنْ ذَلِكَ مَثُوبَةً عِنْدَ اللَّهِ مَنْ لَعَنَهُ اللَّهُ وَغَضِبَ عَلَيْهِ وَجَعَلَ مِنْهُمُ الْقِرَدَةَ وَالْخَنَازِيرَ وَعَبَدَ الطَّاغُوتَ أُولَئِكَ شَرٌّ مَكَانًا وَأَضَلُّ عَنْ سَوَاءِ السَّبِيلِ

Maksudnya: katakanlah: "Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu tentang Yang lebih buruk balasannya di sisi Allah daripada Yang demikian itu? ialah orang-orang Yang dilaknat oleh Allah dan dimurkaiNya, dan orang-orang Yang dijadikan di antara mereka sebagai kera dan babi, dan penyembah Taghut. mereka Inilah Yang lebih buruk kedudukannya dan Yang lebih sesat dari jalan Yang betul".(Al-Maa'idah 60)

Diantara masyarakat yang bermental kera adalah mereka yang mengabdikan diri kepada taghut. Diantara tafsiran ulama' tentang taghut adalah setiap kekuasaan yang tidak bersandar kepada kedaulatan Allah.

Dengan itu jelaslah kepada kita bahawa ucapan yang dikeluarkan oleh Tuanguru Menteri Besar Kelantan itu tidak menyalahi dengan Al-quran. Jadi Pemimpin Umno dan penyokong-penyokongnya perlulah berfikir dengan terbuka. Renungilah, dimanakah posisi anda? menyebelahi Allah atau menyebelahi Taghut yang didalangi oleh syaitan LaknatuLlah.


Wassalam....180220081110pm

Wednesday, February 13, 2008

ِِAl-Quran mendedahkan jalan kemenangan (siri 1)

Firman Allah SWT:

إن الله اشترى من المؤمنين أنفسهم وأموالهم بأن لهم الجنة يقاتلون فى سبيل الله فيقتلون ويقتلون

وعدا عليه حقا فى التوراة والإنجيل والقرأن ومن أوفى بعهده من الله فاستبشروا ببيعكم الذى بايعتم به

وذلك هو فوز العظيم

Maksudnya:Sesungguhnya Allah SWT telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa dan harta benda mereka dengan mereka beroleh syurga,disebabkan mereka berjuang pada jalan Allah, maka (diantara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh.(Balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah didalam Taurat, Injil dan Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih sempurna janjinya selain daripada Allah, oleh itu bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.(At-Taubah 111)

Perjanjian ini berlaku diantara Allah SWT dan orang-orang yang beriman, ianya adalah perjanjian iman. Orang yang benar-benar beriman kepada Allah SWT mereka menjual diri dan harta bendanya kepada Allah SWT.

Sesungguhnya Al-quran tidak mengiktiraf seseorang itu sebagai seorang yang benar-benar beriman melainkan mereka sanggup mengorbankan diri dan harta bendanya pada jalan Allah SWT. Firman Allah SWT:

إنما المؤمنون الذين أمنوا بالله ورسوله ثم لم يرتابوا وجاهدوا بأموالهم وأنفسهم فى سبيل الله

أولئك هم الصادقون.

Maksudnya:Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman hanyalah orang yang percaya kepada Allah dan rasulnya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya). ( Al-Hujurat 15)

Mereka yang sengaja berlengah-lengah dan bermain dengan berbagai bentuk alasan untuk tidak keluar berjihad adalah kerana iman mereka lemah. Firman Allah SWT:

لا يستأذنك الذين يؤمنون بالله واليوم الأخر أن يجاهدوا بأموالهم وأنفسهم والله عليم بالمتقين إنما يستأذنك الذين

لا يؤمنون بالله واليوم الأخر وارتابت قلوبهم فهم فى ريبهم يترددون.

Maksudnya: Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat tidak akan meminta izin kepadamu untuk (tidak turut) berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka. Dan ingatlah Allah amat mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa. Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat dan yang hati mereka tersangat ragu sehingga mereka sentiasa bingung (teragak-agak) dalam keraguannya.(At-Taubah 44-45)

Orang yang lemah imannya dan orang yang langsung tidak ada iman, mereka takut dan suka untuk tidak berjihad pada jalan Allah SWT. Firman Allah SWT:

فرح المخلفون بمقعدهم خلاف رسول الله وكرهوا أن يجاهدوا بأموالهم وأنفسهم فى سبيل الله وقالوا لا تنفروا

فى الحر قل نار جهنم أشد حرا لو كانوا يفقهون

Maksudnya: Orang-orang (munafiq) yang ditinggalkan (tidak turut berperang itu), bersukacita disebabkan mereka tinggal dibelakang RasuluLlah SAW (di Madinah) dan mereka (sememangnya) tidak suka berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah (dengan sebab kufurnya), dan mereka pula (menghasut dengan) berkata “Janganlah kamu keluar beramai-ramai (untuk berperang) pada musim panas ini”.Katakanlah (Wahai Muhammad) api neraka jahannam lebih panas membakar, kalaulah mereka itu orang-orang yang memahami.(At-Taubah 81)

Bersambung….13022008219am