Thursday, July 8, 2010

ISRAK MIKRAJ DAN PENGAJARAN BUAT PEJUANG ISLAM

Sumber dari : www.idrisahmad.wordpress.com

Mahasuci Allah yang memperjalankan hambaNya (Muhamamd SAW) pada malam hari daripada Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) kami. Sesungguhnya Dia Maha mendengar, Maha mengetahui” (Al-Isra’ 15:1)

Peritiwa Israq’ wal mikraj adalah satu peristiwa yang Allah berikan kepada nabi Muhammad SAW pada 27 Rejab tahun ke 12 baginda dibangkitkan menjadi seorang Rasul . Ia berlaku selepas kematian dua orang yang baginda kasihi Saidatina Khadijah Binti Kuwailid dan Abu Talib. Tahun itu disebut sebagai ‘Amul Huzni (tahun duka cita ).

Kedua insan yang banyak mempertahankan risalah yang baginda bawa selama ini. Mereka berdua adalah obor semangat sepanjang baginda berdakwah. Kejayaan dakwah yang baginda bawa pada peringkat awal adalah hasil sokongan moral dan material mereka berdua. Tetapi Allah lebih mengetahui hikmat yang tersurat dan tersirat.

Kematian kedua mereka ini untuk menjawab bahawa kejayaan dakwah dan Islam bukan Khadijah dan Abu Talib yang menentukan. Tetapi Allah SWT yang menjaga agamanya daripada dimusnahkan oleh manusia. Seandainya kejayaan Nabi Muhammad SAW dalam dakwah kerana mereka berdua, apa pula umatnya seperti kita yang meneruskan perjuangan Islam yang tidak mempunyai Abu Talib dan Saidatuna Khadijah.

Tetapi Islam adalah jagaan Allah manusia tidak boleh untuk melumpuhkan Islam dengan apa cara sekalipun. Seperti firman Allah SWT “Mereka hendak memadam cahaya Allah (agama Allah) dengan mulut mereka dan Allah yang menyempurnakan cahayaNya meskipun orang-orang kafir membencinya” Al-Saf:61:8

Peristiwa yang berlaku memang menguji keimanan mereka yang sudah sedia beriman dan menambahkan kekafiran bagi mereka yang tidak beriman terhadap Allah SWT. Watak yang ditunjukkan oleh Saidina Abu Bakar yang tegas menerima walaupun yang menyampaikan berita itu adalah orang kafir musyrikin, maka Abu Bakar terus menerima tanpa apa-apa keraguan. Walaupun tujuan mereka untuk menguji keimanan Abu Bakar al-Siddiq, namun baginda dengan tegas menjawab kalau yang kamu beritahu itu ialah Nabi Muhammad SAW yang pergi sampai ke Sindatul muntaha lebih daripada itu pun aku percaya. Ini lah sifat yang ditunjukkan oleh Abu Bakar al-Siddiq yang sentiasa membenarkan apa yang dibawa oleh baginda walaupun orang lain engkar terhadap perkhabaran tersebut.

Kita juga boleh melihat bagaimana ketegasan baginda untuk memberitahu kepada orang ramai berkenaan dengan peristiwa Isra’ dan Mikraj, walaupun ia dilarang oleh Ummu Hani’ daripada menceritakan kepada orang lain kerana bimbang orang akan kata nabi Muhamamd SAW pembohong. Kerana macama mana mereka hendak percaya, kerana perjalanan mereka daripada Makkah ke Palestin dengan berjalan kaki dan naik unta memakan masa selama 40 hari 40 malam. Tiba-tiba nabi Muhammad SAW hanya mengambil masa selepas Isya’ dan pulang sebelum Subuh. Seperti yang ramalkan oleh Ummu Hani’ menjadi kenyataan. Ramai di kalangan mereka yang sudah beriman kembali murtad dan menambahkan kekafiran bagi mereka yang sedia kafir.

Pengajaran daripada Isra’ Mikraj

  • Allah berkuasa untuk melakukan sesuatu kepada hambanya. Jarak yang manusia bilang selama 40 hari hanya berdasarkan kepada hitungan manusia bukan berdasarkan kepada kekuasaan Allah SWT. Allah menjalankan dan mengatur perjalanan bulan, matahari dan menentukan jarak perjalanan. Maka tidak menjadi masalah kepada Allah untuk membuat lebih daripada itu.
  • Allah berkuasa untuk menjalankan Nabi Muhammad SAW sampai ke Sidratul Muntaha maka, Allah berkuasa untuk menolong agamanya sekiranya hambanya sudah memenuhi syarat untuk memikul amanah agamanya.
  • Ketegasan Nabi Muhammad SAW yang tegas untuk menceritakan peristiwa ini kepada kaumnya walaupun Ummu Hani’ melarang kerana orang Islam imannya tidak begitu kukuh lagi dan orang kafir akan mencari kesalahan yang dibawa oleh nabi Muhammad SAW. Mereka menjadikan hujah Isra’ Mikraj sebagai jalan untuk menimbulkan keraguan kepada umat pada waktu itu. Nabi Muhammad SAW sebagai seorang Rasul yang yakin dengan kebenaran risalahnya maka terus tampil ketengah masyrakat untuk menceritakan peristiwa tersebut. Dengan Izzah Islam yang baginda bawa, maka baginda menceritakan kepada umatnya, walaupun tahu risiko kehilangan pengaruh.
  • Ketegasan yang ditunjukkan oleh baginda untuk menyebarkan Islam dan menceritakan Islam kepada kaumnya, inilah yang perlu diikut oleh ahli Pas dan pemimpin Pas dalam memberi tahu Islam kepada orang ramai. Sesuai dengan dasar Pas fasa 3 “Dasar Pas ialah Islam”. Kita mesti beriman dengan akidah perjuangan Islam, kalau tidak apa makna kita bersama dengan Pas. Jangan ada sebesar zarrah takut untuk untuk menjelaskan Islam kepada orang ramai termasuk kepada orang kafir. Jangan ada teori mengarut kita tidak boleh menceritakan Islam takut orang bukan Islam takut dan tidak mengundi Pas. Ini adalah akidah yang silap. Dakwa golongan ini, kita kena tiru Parti AK di Turki mereka tidak bercakap tentang Islam dan mereka boleh menarik sokongan orang ramai kepada mereka. Dengan penuh hormat kepada sahabat AK Parti di Turki, kerana pendekatan yang mereka buat sesuai dengan reality yang berlaku di Turki, kesan daripada masyarakat dan sistem yang berkuasa di Turki hasil peninggalan Kamal Atartuk. Tetapi di Malaysia adalah berbeza, kerana tonggak kekuatan politik di Malaysia adalah Islam terutama di kalangan orang Melayu yang menjadi tonggak penentu politik di negara ini. Sebab itu Umno sedaya upaya akan memperkudakan orang agama untuk menyokong mereka dan mencarai dalil supaya rakyat menghalalkan apa yang Umno buat di negara ini. kerana Islam adalah faktor yang dominan dan mereka terpaksa bermain silap mata untuk mengkaburi pengundi Melayu yang mereka juga pejuang Islam di negara ini. Mereka boleh bertukar wajah apabila dalam suasana majlis sambutan agama yang berkaitan dengan Islam. Walaupun akhlak dan perangainya Allah sahaja yang tahu.
  • Jangan pula kita hendak menunjukkan terlalu liberal dalam soal Islam. Ada perkara yang dianggap prinsip dan merugikan politik Islam maka kita hendaklah tegas walaupun kita bersama dalam Pakatan Rakyat. Isu mengenai konsert Mas Idayu dan Ella pada 6hb Julai 2008 , kita menentang. Kemungkaran wajib ditegur. Isu mengenai penggunaan nama Allah dalam Bible, kita tidak bersetuju. Peluasan tapak rumah ibdah bukan Islam melebihi daripada sepatutnya kita tegas tidak bersetuju. Mereka kena menghormati Pas yang mempunyai sokongan dan organisasi yang kukuh hingga ke akar umbi. Pas bukan parti Hassan putu mayong. Ini semua tidak boleh dinafikan. Seandainya kita tidak tegas maka kita akan kehilangan sokongan dan merugikan perjuangan Pas untuk jangka panjang. Perjalanan kita masih jauh dan Pas tidak perlu gopoh untuk memetik buah yang tidak masak.
  • Pejuang Pas juga mesti jangan ada keraguan seperti mana yang ditunjukkan oleh Abu Bakar al-Siddiq yang tegas dan berani menerima apa sahaja yang datang daripada Rasulullah SAW. Maka kita juga perlu melangkah dengan lebih agresif untuk menyampaikan dakwah Islam terutama kepada orang bukan Islam di negeri yang kita bersama dalam kerajaan pakatan Rakyat. Kita tidak mahu di akhirat nanti orang bukan Islam mendakwa 50 tahun berkawan dengan Umno kami tidak faham Islam, dan kami juga tidak faham Islam apabila berkawan dengan Pas. Saya yakin bahawa usaha murni ini akan mendapat sambutan dari kalangan orang bukan Islam, seandainya kita begitu gigih. Kekalutan dan kegawatan yang berlaku dalam negara pada hari ini seperti soal rasuah di kalangan pemerintah, krisis keyakinan kepada institusi kehakiman, institusi kepolisan, krisis moral di kalangan generasi muda, pengangguran, pembaziran, tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan banyak lagi segala ketempangan yang berlaku dalam negara kini. Kesemuanya ini perlu kepada penyelesaian daripada kita sebagai pejuang Pas menurut acuan Islam.

Tuesday, July 6, 2010

SHAFEI APDAL.....LUDAH KELANGIT, TERKENA LUDAH SENDIRI


KULAIJAYA (Sinar Harian) – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyifatkan Pas sebagai parti ajaran sesat kerana menurutnya parti itu hanya memperjuangkan kemenangan kerusi dalam Dewan Undangan Negeri dan Parlimen berbanding kepentingan rakyat.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, sebahagian daripada ahli parti itu merupakan ahli UMNO yang gagal mendapat tempat di dalam UMNO dan menyertai Pas untuk mendapatkan kuasa.

“Pas adalah parti ajaran sesat, Pas adalah serpihan daripada ahli UMNO yang tidak mendapat tempat dalam parti.

“Sebab itu perjuangan mereka didorong oleh harta dan kuasa dan bukannya perjuangan untuk mempertahankan hak dan masyarakat Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan perasmian Majlis Perwakilan UMNO Bahagian Kulaijaya bertempat di Dewan Raya Kampung Pertanian, di sini, semalam.

Ulasan : Saya terbaca ucapan Dato' Shafei Afdal dan memang saya sering mengikuti ucapannya. Tahun lepas beliau telah merasmikan mesyuarat agung bahagian Rompin di Muadzam Shah,ucapannya sungguh mengarut dan saya telah pun menjawabnya dalam blog ini tahun lepas. Pada hari ini beliau sekali lagi mengambil peluang ketika merasmikan Mesyuarat agung bahagian Kulai Jaya dengan mengatakan bahawa PAS merupakan parti ajaran sesat dengan alasan bahawa PAS berjuang untuk kemenangan kerusi dalam dewan undangan negeri dan Parlimen.

Pertamanya Shafei kena tahu apakah makna sesat yang sebenarnya sebelum membuat kenyataan.Kalau tak tahu bertanyalah kepada ulamak muda dalam UMNO. Jangan sebarangan tuduh orang sesat.Allah SWT telah membuat satu definasi sesat yang sewajarnya seluruh manusia menjadikannya sebagai satu panduan hidup. Firman Allah SWT dalam quran :
وما كان لمؤمن ولا مؤمنة إذا قضى الله ورسوله أن يكون لهم الخيرة من أمرهم
ومن يعص الله ورسوله فقد ضلَّ ضللا مبينا
Bermaksud: “Dan tidaklah patut bagi orang lelaki dan perempuan yang berIman, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan / menentukan sesuatu ketetapan (tidak wajar) mereka memilih (pilihan lain) dalam urusan mereka. Dan sesiapa yang derhaka terhadap Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang nyata (jelas.)“ .(Al-ahzab 36)

Berdasarkan kepada ayat ini, bermakna Syafei Afdal telah meludah kelangit dan jatuh kembali keatasnya, apabila UMNO yang berkuasa sekelian lama masih lagi memerintah dengan undang-undang ciptaan manusia tanpa mengambil ketetapan dan ketentuan dari Allah SWT. Bermakna UMNOlah yang sesat.

Keduanya Syafei Afdal perlu ingat bahawa negara Malaysia adalah negara demokrasi,untuk memilih parti mana memerintah, ia perlu kepada pilihanraya.Oleh itu PAS sememangnya berjuang dalam sisitem pilihanraya untuk mendapatkan kerusi di DUN dan Parlimen untuk memerintah.Apabila ada kuasa, maka PAS boleh menjaga kepentingan rakyat. Mana ada orang yang masuk bertanding nak kalah.

Lihatlah apabila Pas memerintah Kelantan, kepentingan rakyat telah didahulukan seperti mengadakan skim takaful kifalah, ladang rakyat dan banyak lagi.Buktinya lagi sebelum ini , semasa UMNO memerintah Kelantan, Kelantan berada di tempat yang ketiga dalam statistik miskin tegar, tetapi selepas PAS memerintah statistik itu jatuh ke tempat yang keenam dengan 3,600 orang penduduk miskin tegar berbanding dengan Sabah yang berada ditempat yang pertama dengan jumlah 32,400 penduduk miskin tegar. Miskin-miskin rakyat Kelantan tidak ada lagi yang rakyatnya makan siput babi tapi di negeri Syafei Afdhal dah ada.

Inilah bukti dan beza apabila PAS dapat kuasa berbanding dengan UMNO dapat kuasa.

Apabila PAS memerintah, bukan sahaja orang melayu yang ditolong bahkan orang yang bukan melayu pun ditolong dan diberikan hak mereka seperti di Perak, Ds Nizar Jamaluddin telah mengagihkan juga tanah kepada kaum cina dan india selain dari orang melayu.

Tetapi UMNO, di Terengganu hanya penyokong dan ahli umno sahaja yang mendapat wang ehsan tidak kepada ahli dan penyokong PAS. Adakah ahli dan penyokong PAS bukan orang melayu?. Mana kata nak bela melayu ?. Ternyatalah bahawa mana-mana bahagian yang memanggil Syafei Afdal untuk merasmikan mesyuarat agung bermakna mereka bersedia untuk ditipu.