Friday, December 19, 2008

PRK KUALA TERENGGANU: CONTOHI MEDAN BADAR, RENUNGI MEDAN HUNAIN


SPR telah pun menetapkan 6 January dan sebagai hari penamaan calon dan 17 January adalah hari pembuangan undi bagi penduduk yang berada dalam Parlimen Kuala Terengganu. Pas, Umno dan Akim telah memberikan kata putus untuk bertanding dalam Pilihanraya tersebut

Parlimen Kuala Terengganu juga pernah mencatat sejarah pada tahun 1990 apabila BN kalah ditangan Parti Semangat 46 melalui Dato’ Abdul Manan Othman dan pada tahun 1999 sekali lagi BN dikalah oleh parti pembangkang iaitu PAS melalui Dr Syed Azman b. Syed Ahmad Nawawi, bermakna tidak mustahil untuk PAS meraih kemenangan dikawasan tersebut apatah lagi apabila 3 DUN (Batu Buruk, Ladang dan Wakaf Mempelam) daripada 4 DUN dimenangi oleh PAS.

Walau bagaimanapun pendokong-pendokong PAS tidak boleh merasa lega dengan pencapaian yang lepas dan kita juga tidak boleh merasa selesa dengan gerakkerja serta kajian yang telah kita lakukan. Disamping gerak kerja, tawakkal kepada Allah SWT juga amat perlu kepada kita yang akan berhadapan dengan musuh.

Ramai orang yang tertipu dengan kajian dan strategi yang mereka lakukan sehingga lupa untuk bergantung harap kepada Allah SWT.sedangkan kemenangan adalah milik dan berada ditangan Allah SWT. Firman Allah SWT:
ولو يشاء الله لنتصرمنهم ولكن ليبلو بعضكم ببعض
Maksudnya: Dan sekiranya Allah mahu nescaya mereka akan mencapai kemenangan akan tetapi ia ingin menguji sebahagian dikalangan kamu dengan sebahagian yang lain.

Apapun yang berlaku, secanggih mana pun strategi yang kita aturkan munajat dan pengharapan kepada Allah tidak boleh diabaikan. Biarlah kita berada dimedan badar, diwaktu itu pengharapan dan doa kepada Allah mengiringi tentera islam.

Apa yang dibimbangkan ialah kita memilih untuk berada dimedan hunain, merasa selesa dengan segala bentuk jentera yang ada, ghairah dengan sepanduk-sepanduk dan poster-poster yang megah tertampang dibahu jalan sehingga lupa untuk memancing simpati dari Allah SWT.

Wallahu A’lam
201220080155pm

Wednesday, December 17, 2008

APA NAK JADI DENGAN ENCIK AKIL NI ?


“Untuk majlis ceramah dan motivasi saya masih mengenakan pakaian serban, ketayap dan jubah. Begitupun, untuk majlis komersial penampilan saya mungkin berbeza sedikit kerana tidak mahu menimbulkan persepsi masyarakat terhadap individu bergelar ustaz. Mentaliti masyarakat kita menganggap ustaz hanya berada di masjid dan belajar di sekolah pondok.

Sebagai pendakwah dan artis saya memainkan peranan berbeza. Soal mabuk glamor tidak timbul. Glamor itu penting bagi pendakwah. Kalau orang tidak mengenali kita bagaimana hendak berdakwah? Glamor bagaikan tarikan kepada masyarakat untuk mendengar ceramah atau dakwah.“Orang kenal Ustaz Nik Aziz, Ustaz Harun Din dan Ustazah Siti Norbahyah. ( My Metro 18 Dec 2008 )
Hairan :
  • Hairan...kenapa tak ubah persepsi masyarakat bahawa ustaz atau tokguru bukan sahaja berada di masjid atau pondok. Akil Hayy hanya berjaya mengubah minda orang ramai bahawa seorang ustaz itu boleh jadi ustaz rock sahaja.sedangkan Tokguru nik Aziz bukan setakat tokguru tapi mampu mentadbir, tapi tetap dengan serbannya.
  • Glamour itu penting bagi pendakwah ? :Biarlah kita dikenali melalui ilmu dan akhlaq kita. Glamour mengejar tokguru Nik Aziz, Dr Harun Din dll dengan sebab ilmu mereka.Tapi Tokguru tak kejar glamour.
  • Sepatutnya diwaktu kerosakan sosial inilah kita beramal dengan sunnah Rasulullah SAW sebagaimana sabdanya : "Sesiapa yang beramal dengan sunnahku ketika berlakunya kerosakan dikalangan ummatku maka baginya 100 pahala mati syahid."
  • Nak basuh tong tahi, jangan masuk dalam tong tahi....nanti dengan kita-kita sekali bau tahi.

Saturday, December 13, 2008

LAJNAH PEMBELAAN ISLAM PEMUDA PAS PAHANG BERTEMU SAUDARA BARU

Menyampaikan sumbangan...berbaju putih ialah Sdr Jeffry Khoo

Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam Pemuda Pas Negeri Pahang telah menziarahi saudara baru di Jerantut iaitu Puan Seriena Liong Bt Abdullah. Saya dan Jeffry Khoo Abdullah (Ajk Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam Pemuda Pas Pahang) diberitahu bahawa beliau telah dipisahkan dengan ibunya yang sedang uzur kemudian pinggan mangkuk dirumahnya telah disamak oleh pihak terbabit (PERKIM) sedangkan beliau adalah vegetarian. Beliau dibantu RM300 sebulan oleh Majlis Agama & Adat Istiadat Pahang untuk bayaran sewa rumah dan sebagainya

Maklumat terkini yang saya perolehi bahawa Jabatan Agama Islam Daerah Jerantut hanya mendapat maklumat sahaja tentang Mdm Seriena ini kemudian segala bentuk aktiviti-aktiviti adalah dibawah perkim.

Pihak perkimlah yang bertanggungjawab memisahkan Mdm seriena dan ibunya dari satu rumah dan pihak perkimlah yang menyamak pinggan mangkuk yang berada dirumah beliau, dan apa yang menjadi persoalannya sekarang ialah cek bantuan dari Majlis agama islam Pahang itu beralamat di sebuah Taman di Batu Embun Jerantut sedangkan Mdm Seriena tinggal di sebuah Taman di Sg Jan.

Sumber memberitahu bahawa pengerusi PERKIM di daerah itu ialah Dato’ Rahimah Kawi yang pernah bertanding dalam pilihanraya mengalahkan Cik Abdul Malik Yusuf dengan mojoriti 130 undi pada tahun 1995 dan beliau juga adalah bekas ketua wanita umno kawasan Jerantut.

KELUARGA BAHAGIA (MELEMBUTKAN HATI ANAK-ANAK DAN PASANGAN)


MELEMBUTKAN HATI ANAK-ANAK DAN PASANGAN

Istighfar – 1 kali.
Dua kalimah syahadah – 1 kali
Surah Al-Fatihah – 1 kali
Tasbih Nabi Yunus – 1 kali ( لَا إِلَهَ إٍلاّْ أنت سبحنك إنى كنت من الظالمين )
Surah Al-Ikhlas – 1 Kali
Tasbih Nabi Yunus – 1 kali
Surah Al-Falaq – 1 kali
Tasbih Nabi Yunus – 1 kali
Surah An-Naas – 3 kali
Tasbih Nabi Yunus – 1 kali
Ayat Kursi – 1 kali dan diulang pada ( ولا يؤده حفظهما ) 7 kali.
Tasbih Nabi Yunus – 1 kali
Surah Yasin ayat 1-9 dan diulang sebanyak 7 kali pada ayat yang ke 8 dan 9.
Tasbih Nabi Yunus – 1 kali
Bismillah tujuh – 1 kali.

بسم الله الرحمن الرحيم
· بسم الله السميع البصير الذي ليس كمثله شئ وهو بكل شئ عليم
· بسم الله الخلاَق العليم الذي ليس كمثله شئ وهو الفتاح العليم
· بسم الله الذي ليس كمثله شئ وهو العليم الخبير
· بسم الله الذي ليس كمثله شئ وهو العليم القدير
· بسم الله العزيز الكريم الذي ليس كمثله شئ وهو العزيز الكريم
· بسم الله الغفور الرحيم الذي ليس كمثله شئ وهو الغفور الرحيم

Tasbih Nabi Yunus – 1 kali
Doa – 1 kali
ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين وجعلنا للمتقين إماما

“ Darah, daging, tulang, jantung, hati…….(nama orang yang didoakan) bin/binti……..(ibu)”
“ Ya Allah, kau lembutkan” – 6 kali
“ Ya Allah, kau lembutkan hati…….bin/binti….. - 1 kali

Amalan ini juga boleh digunakan untuk mengembalikan orang yang melarikan diri dari rumah atau membuka hati anak yang malas belajar.


ISTERI YANG SUKA MELAWAN CAKAP SUAMI

Untuk melembutkan hati isteri yang melawan cakap suami dan mengembalikan ketundukannya maka antara amalan yang boleh dilakukan untuk tujuan tersebut adalah seperti berikut :

1. Cari baju yang pernah dipakai oleh isteri tersebut dan tuliskan dengan ayat al- quran berikut.

2. Tulis ayat quran itu dengan menggunakan za’faran atau air mawar sebagai dakwat.

3. Menulis pada hari khamis.

4. Letakkan baju tersebut dipintu (laluan yang biasa digunakan oleh isteri)

Insya Allah kebiasaan melawan suami akan hilang dengan izin Allah SWT.


( الَمَصَ ) ( الَر كتاب أنزلناه إليك لتخرج الناس من الظلمات إلى النور بإذن ربهم إلى صراط العزيز الحميد ) (إبراهيم 14 )


Perisian ini saya ambil dari buku karangan Ust Mohd Hanif Ghazali ( Mudir Madrasah Az-Zubaidiyyah, Merbok Kedah dalam bukunya yang bertajuk "AMALAN PELEMBUT HATI"

Friday, December 12, 2008

NOH GADUT KORBAN ATAU......?


KORBAN ATAU BUNUH LEMBU ?
PENGERUSI FORUM PERDANA....RUPA-RUPANYA UMNO KAMU YEE..
KU INGATKAN HANYA SEKADAR KAKI TANGAN KERAJAAN
NUH GADOT...PENASIHAT AGAMA ISLAM JOHOR TUGASNYA
HANYALAH SEMBELIH LEMBU DAN BACA DOA SAHAJA.
MUKHRIZ NAMPAKNYA LEBIH MEMASYARAKATKAN DIRI
BERBANDING KHAIRY..WALAU APAPUN SAMA SAHAJA.
Gambar ini dirakamkan semasa program Korban Perdana Pemuda UMNO di Felda Bukit Tong, Sembrong Johor. Persoalannya ialah Ulama' telah menetapkan bahawa diantara syarat sah penyembelihan ialah penyembelihan dilakukan oleh orang islam atau ahli kitab.
Dari sudut istilahnya islam itu bermakna :
  1. Wahyu Allah :Suatu ajaran dimana manusia harus tunduk pada wahyu-wahyu Allah yang diturunkan melalui nabi-nabinya terutama Rasulullah saw. Al qur’an adalah wahyu Allah yang diturunkan melalui nabi Muhammad saw jadi Islam adalah Al qur’an dan Al qur’an adalah petunjuk Allah, sesuai dengan firman-Nya: “ Sungguh Al Qur’an ini memberikan petunjuk yang lurus”. Dengan kata lain Islam itu apa yang di firman Allah dan disabdakan oleh Rasulullah saw.
  2. Islam agama para nabi dan mursalin :Islam merupakan agama para nabi mulai dari nabi Adam As sampai nabi yang terakhir yaitu Nabi Muhammad saw. Sebagaimana yang dikisahkan dalam Al qur’an, Nabi Nuh As bersabda “ Dan aku diperintahkan menjadi orang-orang Islam “. Juga Nabi Ibrahim As bersabda “Jadikanlah Ya Allah orang-orang yang beragama Islam, aku dan anakku (Ismail As)”.
  3. Islam sebagai pedoman hidup : Al minhaj wal manhaj at thorighul wadih artinya minhad (pedoman / sistem) atau manhad adalah jalan yang jelas. Islam adalah pedoman dalam seluruh aspek kehidupan politik, sosial dan badaya meliputi dimensi ruang dan waktu. Islam merupakan ajaran yang universal
    Bezanya Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW dengan risalah yang dibawa rasul lainnya ialah bahwa Islam yang dibawa nabi yang terdahulu bersifat lokal hanya untuk kaumnya saja tetapi Islam yang diturunkan melalui nabi Muhammad saw untuk seluruh manusia rahmatan lil’alamin (rahmat semesta alam), karena itu hukum Islam berlaku untuk semua baik muslim maupun non muslim.
  4. Hukum Allah yang berada dalam Al-quran dan sunnah :Islam itu adalah hukum-hukum Allah yang terkandung dalam Al Qur’an dan Al Hadist. Al hadist (Sunnah Rasul) unrtuk menjenlaskan ayat-ayat Al Qur’an agar manusia lebih memahami. Dan Al Qur’an adlah kitab yang tranfaran yang dapat dibaca oleh setiap manusia, ini bukti bahwa seorang muslim bercermin pada pribadi Rasulullah.
  5. Islam adalah jalan yang lurus :Islam adalah jalan yang lurus. Seorang muslim ialah orang yang jalannya lurus, sebagaimana yang terdapat dalam surat Al Fatihah “ Tunjukilah kami jalan yang lurus”.
  6. Selamat dunia dan akhirat : Islam adalah keselamatan dunia dan akhirat. Dicontohkan pada zaman kehidupan Rasul bersama para sahabatnya dapat disebut juga zaman kebersihan jiwa. Dikisahkan dengan seorang wanita Al Ghomidiah yang telah ber-zina, dan dilaporkannya perbuatan tercela tersebut kepada Rasulullah saw agar dia dihukum. Tetapi tidak langsung memberlakukan hukum rajam karena teryata wanita itu dalam keadaan hamil, Rasulullah memerintahkannya agar pulang dan kembali lagi setelah melahirkan. Setelah melahirkan wanita itu datang kembali menemui Rasulullah agar segera dihukum, tetapi wanita tersebut diperintahkan pulang agar menyusui bayinya sampai cukup besar. Beberapa lama kemudian setelah 2 tahun menyusui bayinya wanita tersebut datang kepada Rasulullah, barulah Rasulullah memberlakukan hukum rajam kepada waniti Al Ghomidiah tersebut. Kisah tersebut menunjukan bahwa wanita itu lebih takut azab Allah yang lebih dasyat daripada siksa dunia. Keselamatan dunia dan akhirat yang benar adalah menurut Allah dan Rasul-Nya. Ketika mengajak umat manusia untuk memeluk Islam berarti mengajak kepada keselamatan dunia dan akhirat. ( 6 perkara ini saya copy dari Al-manaar.wordpress.com)

Persoalannya sekarang, adakah enam perkara ini dimiliki oleh penyembelih itu?, dari titik inilah penilaian samada seseorang itu samada ia korban atau membunuh

Wednesday, December 10, 2008

LAWATAN KE TEMPAT-TEMPAT BERSEJARAH DI SEKITAR PHNOM PEHN

Pagi ini rombongan hanya menziarahi tempat-tempat yang bersejarah sahaja, beberapa gambar sahaja yang boleh saya paparkan disini untuk sahabat-sahabat sekelian kerana kamera saya jenis SONY SUPER STEADYSHOT terhempas dan tidak berfungsi lagi.


Rombongan bergambar dihadapan muzium tengkorak manusia
di Phnom Pehn
Bergambar dengan Pak Supir (Pemandu pelancung) dihadapan
pintu masuk ke kawasan pembunuhan mangsa Polpot.
Seorang ibu sedang merebut anaknya dari askar Polpot. kanak-kanak
itu telah dibunuh.
Tengkorak-tengkorak mereka yang dibunuh dihimpunkan
di satu tempat. Bahagian bawah (ada tong biru) adalah timbunan pakaian-pakaian mangsa

Gambar lukisan....Itulah hakikatnya kezaliman Polpot terhadap rakyat kembodia
pada satu ketika dahulu



Didalam pagar ini ialah kubur wanita dan kanak-kanak yang ditanam sekaligus seramai seratus orang lebih dalam satu lubang. Sebahagian tengkorak dihimpunkan dalam bangunan tersebut. Tengkorak ini ialah mereka yang berumur 40 tahun keatas,

Rombongan bergambar dengan Dr Ismail Exco Kerajaan Negeri Kedah (Dihipit oleh Ust. Aris Fezul dan Ust. Mokhtar Senik)

Dimana ada Rasuah disitulah ada UMNO saya bersarapan pagi dengan Ust. Aris Fezul, saya ternampak seorang rakyat Kembodia memakai baju BN. Negara Kembodia juga terkenal dengan rasuahnya. Tak tahulah siapa yang bagi baju kat mamat ni..

PENGEMBARAAN IBADAH KE BUMI KAMBODIA - SIRI 2

Rombongan yang baru tiba dari Malaysia, kami tidak dibenarkan membawa
Al-quran untuk diberikan kepada muslim di Kemboja.
Diantara guru-guru yang mendapat bantuan tabungan amal An-Nuur
setiap bulan.
Rombongan bergambar dihadapan Hotel CITY STAR GUEST HOUSE
sebelum bertolak ke Kampot.
Ust Mokhtar sedang menyampaikan bantuan daripada Tabungan Amal
kepada guru-guru agama di beberapa wilayah

Bergambar bersama guru-guru agama yang mendapat bantuan
kewangan dari pihak Tabungan Amal

Musim Padi.....sekarang musim mengetam padi di Kemboja
suasananya cukup menenangkan hati

Ust Hod (Ketua urusan Ulama' Pas Jerantut, Us. Fadhli Ibrahim ( Ketua DPP Kawasan Jerantut )
dan Ust. Aris Hazlan bergambar bersama anak-anak masyarakat di Kg Kendal

Sedang mengagihkan duit raya kepada anak-anak yatim
di sebuah kampung.

Us. Aris Hazlan bergambar dihadapan sebuah rumah penduduk di Kampung Mat Praang, Kampot.


Tuesday, December 9, 2008

PENGEMBARAAN IBADAH KE BUMI KEMBODIA - SIRI 1

Saya tak mampu untuk menceritakan satu persatu tentang pengembaraan kami,
tetapi gambar ini mungkin saudara-saudara boleh bayangkan perjalanan program kami disini. Esok lusa bersambung dengan gambar yang lain pula....
Bergambar bersama-sama anak yatim di hadapan asrama mereka
di kampung kendal.
Di kolam inilah tempat rombongan mandi, Belakang adalah
masjid Jamiúl Aman
Diantara kenderaan pengangkutan rakyat kembodia
Dikawasan itulah ahli-ahli jemaah Masjid Jamiúl aman
Kendal kampot berwudhuk
Bergambar bersama ust Hussein ( Qadhi Wilayah Kampot )
Kanak-kanak menjulang duit raya yang diagihkan oleh
Tok 4 Deris dan Abg Man dari Selayang.
Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh U. Mokhtar Senik
di masjid Kg Kendal, Kampot diterjemahkan oleh Ust Ali
Ust. Fadhli bersama anak-anak muslim kembodia, kelihatan mereka
sedang berbaris untuk menerima duit raya
Korban dihari raya PERTAMA, kelihatan Tok 4 Deris, Ust Ishak ( Bkt sagu )
dan Ust Aris Hazlan sedang menumbangkan lembu
Ust Aris Hazlan sedang menyembelih lembu di Kg Rasyidah, Kampot
Bertemu kembali......setelah hampir 20 tahun tidak bertemu
diantara U. Mokhtar Senik dan Ust zainal Abidin yang pernah menuntut
di Pondok Pasir Tumbuh
Bergambar dihadapan Madrasah Al-Muhajirin Al-Islamiyyah
di Kampung Som
Hanya ini yang tinggal..... 35 buah lagi semuanya dijilat api
dalam kebakaran 4 bulan yang lalu.

Tok 4 Deris, ust fadhli dan
Ust. Zainal Abidin ( Guru di Madrasah Al-Muhajirin)

BERSAMA AYAH ZAKARIA (BEKAS PELAJAR PONDOK AN-NUUR 1996
DAN AYAH ZULKIFLI ( SEDANG MENUNTUT DI AN-NUUR )

Saturday, December 6, 2008

BERHARI RAYA DI KEMBODIA

catatan perjalanan ini saya copy dari blog Ust Aris Fezul
kerana kami satu rombongan. Blog beliau www.tukulbesi.blogspot.com
Jam di Phnom Penh pukul 10.10 malam.Di Jengka pukul 11.10 malam,berbeza sejam.Pukul 8.30 waktu Kemboja tadi kami selamat sampai ke negara yang terkenal dengan kekejaman Pol Pot.Ini adalah kunjungan saya yang ke dua ke negara yang ribuan rakyatnya pernah menjadi pelarian di Malaysia dan negara sekitarnya.Penerbangan kami ke sini tergendala hampir tiga jam.Jadual berlepas sepatutnya pada jam 3 petang tetapi ditunda hingga jam 5.15.Bagaimanapun flight Air Asia yang kami naiki hanya berlepas jam 5.50 petang.Suasana di Terminal LCC tak berbeza dengan tahun lepas.Sesak,berselerak dan kelam kabut.Ketika melalui pintu pemeriksaan pihak keselamatan,beg bimbit saya diselongkar beberapa kali pihak polis kerana dikatakan ada gunting.Puas saya dan pegawai bertugas mencari gunting dalam beg saya,tapi tak ketemui.

Selepas selesai melalui pemeriksaan keselamatan itu,saya terus masuk ke dewan menunggu untuk perlepasan.Anihnya di kawasan tersebut terdapat kedai yang menjual bateri,air mineral dan sebagainya lagi.Kalau saya mahu saya boleh beli seberapa banyak bateri dan air mineral ,kerana selepas itu tidak ada lagi pemeriksaan,hanya menunggu pintu dewan dibuka untuk menaiki flight.Jadi apa praktikalnya peraturan yang hanya membenarkan dua biji bateri dibawa.Sudah tentu ianya jadi bahan jenaka sahaja.

Di Airport Phnom Penh tak macam tahun lepas pula.Tahun lepas kami boleh keluar dengan cepat. Tapi beberapa masalah berlaku tadi,beg saya dan rakan rakan lain diselongkar pihak kastam bertugas.Lebih menyedihkan sebanyak 40- naskah Quran yang kami bwa untuk disedekahkan kepada sekolah agama di sini,telah ditahan pihak berkuasa.

Menurut pemandu kami,pihak berkenaan mungkin nak sedikit suapan untuk tambah gaji mereka.Menurutnya juga polis polis Kemboja ni mempunyai hubungan dengan pengganas Khmer Rouge.Duit rasuah yang mereka dapat disalurkan untuk membantu Khmer Rhouge.Bila ingat hal rasuah,teringat kat Umno.Kebetulan tadi kami sempat makan di Restoren Mariam yang diusahakan rakyat Malaysia,terpampang gambar Pak Lah kat dinding restorennya.

Ok malam ni kami tidur di sebuah hotel kat Phnom Penh ni,esok baru bertolak ke Kempung Cham,wilayah umat Islam yang akan kami sumbangkan lembu korban.Berenti dulu kat sini,ramai lagi blogger lain yang ikut sama nak update blog masing-masing.

Friday, December 5, 2008

Korban di Cambodia

Assalamualikum WBT...Buat teman-teman sekelian...saya dan rombongan dari pahang akan bertolak kemboja hari ini selama lima hari, jadi saya cuti update blog ini selama saya berada disana......wassalam

Tuesday, December 2, 2008

PENYAKIT-PENYAKIT ROHANI - SIRI 2


5. Liar terhadap kebenaran.

Diantara tanda-tanda jiwa seseorang itu normal ialah kecenderungan dalam menerima kebenaran dan menolak kebathilan. Manakala orang yang liar terhadap kebenaran dan tidak suka kepada kata-kata nasihat yang baik dan tidak suka mendengar nasihat dari al-quran dan hadith nabi SAW adalah orang yang terkena penyakit rohani. Firman Allah SWT :
أفي قلوبهم مرض أم ارتابوا أم يخافون أن يحيف الله عليهم ورسوله
بل أولئك هم الظالمون

Maksudnya: Apakah didalam hati mereka ada penyakit, ataukah mereka yang ragu, atau mereka khuatir kalau-kalau Allah dan rasulnya menganiaya mereka. Bahkan merekalah orang-orang yang zalim.

Firman Allah SWT :
وإذا ذكر الله وحده اشمأزت قلوب الذين لا يؤمنون بالأخرة وإذا ذكر الذين من دونه
إذا هم يستبشرون

Maksudnya : Dan (di antara keburukan orang-orang Yang melakukan syirik): apabila disebut nama Allah semata-mata (di Dalam doa dan sebagainya), segan serta liarlah hati mereka Yang tidak beriman kepada hari akhirat; dan apabila disebut nama-nama Yang mereka sembah dan puja Yang lain dari Allah, mereka Dengan serta merta riang dan gembira. (Az-Zumar 45)

6. Perasaan curiga.

Diantara penyakit rohanilagi ialah prasangka-prasangka buruk, antara lainnya beranggapan yang bukan-bukan terhadap Allah dan rasulnya. Firman Allah SWT:
وإذ يقول المنافقون والذين في قلوبهم مرض ما وعدنا الله ورسوله
إلا غرورا
Maksudnya: Dan ingatlah ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang dihatinya ada penyakit berkata “Allah dan rasulnya tidak menjanjikan kepada kita melainkan tipuan “.( Al-Ahzab 12 )

juga prasangka buruk dan merasa curiga terhadap orang lain tanpa alasan. Firman Allah SWT:
يا أيها الذين أمنوا اجتنبوا كثيرا من الظن إن بعض الظن إثم
Maksudnya: Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. (Al-Hujurat 12 )

7. Suka menghasut.

Diantara orang yang memiliki penyakit rohani didalam dirinya ialah suka menghasut, huru hara dan menimbulkan pergaduhan dikalangan mereka.. Firman Allah SWT :
لئن لم ينته المنافقون والذين في قلوبهم مرض والمرجفون في المدينه لنغرينك بهم
ثم لا يجاورونك فيها إلا قليلا

Maksudnya : Demi sesungguhnya, jika orang-orang munafik, dan orang-orang Yang ada penyakit (syak ragu-ragu) Dalam hatinya, serta orang-orang Yang menyebarkan berita-berita dusta di Madinah itu tidak berhenti (dari perbuatan jahat masing-masing), nescaya Kami akan mendesakmu memerangi mereka; sesudah itu mereka tidak akan tinggal berjiran denganmu di Madinah lagi melainkan sebentar sahaja. (Al-Ahzab 60)

8. Menaruh hati terhadap perempuan yang bersuami.

Diantara tanda-tanda seseorang itu jiwanya tidak normal ialah apabila mereka menaruh hati terhadap perempuan-perempuan yang sudah bersuami. Firman Allah SWT :
يا نساء النّبيّ لستنّ كأحد من النساء إن اتّقيتنّ فلا تخضعن بالقول فيطمع الذي في
قلبه مرض وقلن قولا معروفا
Maksudnya Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan Yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. oleh itu janganlah kamu berkata-kata Dengan lembut manja (semasa bercakap Dengan lelaki asing) kerana Yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang Yang ada penyakit Dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah Dengan kata-kata Yang baik (sesuai dan sopan). (Al-Ahzab 32)


Wallahu A’lam
031220080742am