Friday, October 30, 2009

AWAS SIJIL HALAL TIDAK DI IKTIRAF


( Ulasan kepada Sinar Harian bertarikh 30 Nov 2009 )

KUANTAN – Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) mengingatkan semua pengilang dan pengeluar produk makanan, produk gunaan, kosmetik, premis makanan dan hotel di negeri ini supaya tidak terpedaya de-ngan agensi swasta dan persendirian yang menawarkan Sijil Halal.

Penolong Pengarah Unit Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Pahang, Noridzuan Abdul Manan berkata, syarikat berkenaan beroperasi mengeluarkan sijil halal yang tidak diiktiraf di Pahang dan Jakim.

Menurutnya, agensi swasta dan persendirian itu sebelum ini sudah beroperasi di beberapa negeri lain, dengan menawarkan sejumlah wang sehingga RM2,000 untuk mendapatkan sijil berkenaan dan siap dalam tempoh singkat.

“Mereka mengenakan bayaran dalam jumlah tertentu dan sijil diberi dalam tempoh sehari, sedangkan tempoh sebenar yang diperuntukkan bagi memperoleh sijil berkenaan ialah sebulan dan sijil diberi selepas 10 hari tempoh bayaran,” katanya.

Beliau berkata, sebagai agensi sah mengeluarkan sijil berkenaan, pengurusan Jaip dan Jakim melalui prosedur tertentu yang ditetapkan, termasuk pemeriksaan dan pemantauan ke atas produk atau premis.

Katanya, proses berkenaan tidak semudah yang dilakukan agensi berkenaan yang hanya mengaut keuntungan dan menggalakkan lebih banyak premis jualan atau produk tidak halal.

“Kita sudah mengesan beberapa premis yang menggunakan tanda halal yang tidak diiktiraf itu. Tindakan susulan akan dilakukan jika premis berkenaan masih menggunakannya,” katanya.

Menurutnya, Jaip akan terus membuat pemantauan di premis jualan, pengeluar produk makanan dan restoran supaya tidak mudah terpedaya dengan agensi yang menawarkan sijil dengan mudah.

Noridzuan berharap, pengeluar produk makanan atau premis makanan yang berhasrat mendapatkan sijil halal tidak sewenang-wenangnya menggunakan agensi itu untuk meraih keuntungan dengan menarik pelanggan Muslim.

“Mereka perlu memohon sijil halal yang diiktiraf dan diperakui pihak berkuasa agama di negeri ini,” katanya.:

Beliau turut menasihatkan syarikat pengeluar produk makanan supaya tidak menggunakan logo halal Malaysia pada label produk, sedangkan mereka tidak pernah memohon mendapatkan sijil berkenaan.

Katanya, sehingga kini Jaip sudah mengesan beberapa produk yang diproses ditampal logo halal Malaysia tanpa kebenaran untuk mengaburi pelanggan.

“Menjadi satu kesalahan serius apabila pengilang menggunakan logo berkenaan tanpa kebenaran dan kita tidak teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya kerana mereka memalsukan logo itu.

“Kita berharap, pendedahan ini memberi peluang pengguna berhati-hati memilih produk makanan yang mempunyai logo halal diakui halal dari Jakim dan Jaip,” katanya.

Ulasan : Syabas JAIP kerana berjaya mengesan agensi-agensi tertentu yang menjual logo halal kepada pengilang, pengeluar produk makanan, premis dan hotel dan sebagainya. JAIP perlu lebih kerap memantau dan menyiasat sehingga ke akar umbi perkara ini.Kerana ia melibatkan persoalan halal dan haram yang akhirnya menjadikan perangai dan perilaku manusia berubah sedikit demi sedikit bertukar kepada kebinatangan.

Saya nak sebutkan dan selalu saya sebut dalam kuliah-kuliah saya apabila berkait dengan persoalan halal dan haram. Di Zoo Thailand, terdapat 3 ekor anak harimau yang disusukan dengan susu babi, apabila membesar sepatutnya harimau ini garang kerana sememangnya harimau sifatnya demikian. Tetapi 3 ekor harimau ini menjadi lembut, tidak seperti harimau semulajadi...mungkin boleh disifatkan sebagai pondan.Bila diteliti kembali, yang melembutkan 3 harimau itu ialah susu babi yang telah diberikan oleh petugas di zoo tersebut beberapa tahun dulu. Sebab itu bagi saya pegawai JAIP kerjanya cukup banyak dan sepatutnya kakitangannya juga mesti ramai. Saya diberitahu bahawa kadang-kadang untuk cegah dan buat pemeriksaan di Cameron Higlands maka yang Kuantan kena turun.Kenapa tidak dilantik disetiap kawasan 20-30 orang atau lebih untuk memantau perkara-perkara yang tidak diingini.

Thursday, October 29, 2009

LAJNAH DAKWAH & PEMBELAAN ISLAM DPP PAHANG ANJUR CERAMAH SELURUH KAWASAN


Lajnah Dakwah & Pembelaan Islam Dewan Pemuda Pas Negeri Pahang telah menyusun jadual ceramah sempena memperingati peristiwa korban.

Setiausaha Lajnah, Ust Abdul Rahman Malik berkata "Program ini sangat penting kepada semua lapisan masyarakat bagi memperingati sejarah perjuangan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail A.s dalam memperjuangkan islam".
Ceramah memperingati peristiwa korban ini dilaksanakan disetiap kawasan. Jadualnya sebagaimana berikut:

Penceramah : Tarikh : Tempat :

1. Yb Ust Wan Hassan Wan Ramli ( Adun Sura , Terengganu )
19 Nov 2009
Bentong


2. Yb Drs Khalil Idham Lim (Adun Titi Serong, Perak )
20 Nov 2009
Raub


3. Ust Hj Idris Hj Ahmad (Ketua Penerangan Pas Pusat )
12 Nov 2009
Cameron Highlands


4. Ust Hamzah Ngah ( Ajk Dewan Ulamak Pas Terengganu )
14 Nov 2009
Lipis


5. Yb Ust Taib Azamuddin ( Ahli Parlimen Baling )
14 Nov 2009
Jerantut


6. Ust Abd Ghani Abd Rahman ( Ajk Pas Pusat )
21 Nov 2009
Kuala Krau


7. Yb Ust Mohd Nor Hamzah (Adun Bukit Payung )
14 Nov 2009
Temerloh


8. Ust Azman Syafawi Abd Rani (Timb. Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat )
18 Nov 2009
Bera

9. Yb Ust Wan Hassan Wan Ramli ( Adun Sura, Terengganu )
18 Nov 2009
Maran


10. Yb Drs Khalil Idham Lim (Adun Titi Serong )
6 Nov 2009
Pekan


11. Yb Ust Firdaus Jaaffar ( Ahli Parlimen Jerai )
9 Nov 2009
Rompin



12. Ust Ridhwan Mohd Nor (Exco Dewan Pemuda Pas Pusat )
20 Nov 2009
Kuantan



13. Yb Ust Mohd Nasir Zakaria (Ahli Parlimen Padang Terap )
9 Nov 2009
Indera Mahkota


Monday, October 26, 2009

GUNA SAMSENG UNTUK PERTAHAN PEMERINTAHAN HARAM

( Ulasan kepada berita Malaysiakini.com yang bertajuk
ADUN PERAK RISAU KESELAMATAN )

ADUN Perak daripada Pakatan Rakyat mungkin tidak akan menghadiri sidang DUN Rabu ini jika polis gagal memberi jaminan terhadap keselamatan mereka.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat (PRBBC) Khalil Idham Lim berkata keputusan berkenaan bagaimanapun akan ditentukan oleh pimpinan gabungan pembangkang negeri.

"Matlamat kami adalah hadir sidang... kami akan serah kepada pimpinan jika keputusan sebaliknya," katanya pada sidang akhbar di pejabat PAS Perak di Ipoh hari ini.

Semalam, Pesuruhjaya PAS Perak Abu Bakar Hussain berkata ADUN Pakatan akan membuat laporan polis meminta jaminan keselamatan daripada polis kerana dikhuatiri ada ancaman terhadap mereka sebelum dan semasa sidang.

Ketua Polis Perak Datuk Zulkefli Abdullah ketika dihubungi hari ini berkata polis akan menjaga keselamatan sepanjang sidang berkenaan termasuk ADUN BN atau Pakatan.

Ulasan : Bukannya saya nak mengata, tapi hakikatnya berlaku demikian.Bila ada sahaja sesuatu isu yang sedikit tegang kemudian berkait pula dengan Pas, lepas tu nak berhadapan dengan Pas tak mampu..lalu mereka pun guna kaedah kekasaran. Nampak gayanya di Perak caranya sama jugak.Bila dah tak mampu nak berhadapan dengan kekuatan hujjah,mereka guna kekuatan tenaga untuk menghuru harakan keadaan.Begitu juga di Bagan Pinang,apabila melihat mood rakyat menyebelahi pakatan mereka guna kekerasan dan provokasi.

Mereka yang menggunakan kekerasan ini beruntung....sebab penyokong pas masih tak melawan.tapi ingat !!! bukan takut tapi hormat kepada arahan pimpinan, kalau pimpinan kata mara !!! jawabnyaaa.....tahu sendirilah.

Sunday, October 25, 2009

UMNO MENANGGUK DI AIR YANG KERUH


( Ulasan kepada utusan Malaysia terhadap Muhyiddin Yasin )

PUTRAJAYA 25 Okt. - UMNO menegaskan komitmennya untuk mengadakan rundingan dengan Pas dalam mengukuhkan perpaduan ummah tidak ada titik noktah meskipun parti pembangkang itu kini mengalami krisis kepimpinan yang kritikal akibat isu kerajaan perpaduan.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, malah UMNO menerusi pendirian presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak turut menyatakan kesediaan untuk menjalin kerjasama dengan semua pihak kerana perpaduan ummah yang akan dicapai kelak membabitkan kepentingan menyeluruh orang Melayu dan bukan Melayu.

Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh orang Melayu termasuk sebilangannya yang 'meninggalkan' parti itu sebelum ini supaya kembali bertaut di bawah UMNO demi menjayakan proses perubahan khususnya gagasan 1Malaysia yang digerakkan oleh Perdana Menteri.

''UMNO tidak tetapkan tempoh tertentu (rundingan dengan semua pihak untuk kukuh perpaduan ummah), tidak ada titik noktah dan penutupnya.

''Maka atas dasar perubahan yang digerakkan oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib yang mahu melihat perpaduan itu terjalin, maka marilah kita tanpa mengira ideologi politik mencari jalan untuk memajukan negara ini, ini untuk kebaikan orang Melayu dan bukan Melayu," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Pertandingan Akhir Mighty Minds Challenge 2009 anjuran The Star di sini hari ini.

Muhyiddin ditanya adakah hasrat UMNO untuk berbincang dengan Pas dalam usaha mengukuhkan perpaduan ummah akan pudar berikutan krisis kepimpinan yang berlaku dalam Pas ketika ini.

Menurut Muhyiddin, UMNO percaya krisis kepimpinan dalam Pas bukan semata-mata disebabkan isu kerajaan perpaduan.

''Apabila Datuk Nik Abdul Aziz nak adakan EGM untuk menyingkirkan pemimpin-pemimpin yang tidak sehaluan dengannya, ia bererti perpecahan kepimpinan sudah sedia ada dalam parti itu,'' katanya.

Cadangan kerajaan perpaduan Pas-UMNO yang dicetuskan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta disokong Nasharuddin yang juga timbalannya bagaimanapun ditentang hebat oleh Nik Abdul Aziz serta semua sekutu mereka dalam pakatan pembangkang.

ULASAN : Umno nampaknya hendak menangguk di air yang keruh dengan mengambil kesempatan untuk berunding dengan PAS dengan alasan untuk mengukuhkan perpaduan ummah.Kesediaan mereka untuk berunding adalah kerana memandangkan pengaruh mereka semakin merosot sejak akhir-akhir ini.

Sebab itulah akhbar Utusan menyebut bahawa beliau (Muhyiddin) "menyeru seluruh orang Melayu termasuk sebilangannya yang 'meninggalkan' parti itu sebelum ini supaya kembali bertaut di bawah UMNO demi menjayakan proses perubahan khususnya gagasan 1Malaysia yang digerakkan oleh Perdana Menteri."

Kenyataan akhbar utusan itu menggambarkan pelawaan Muhyiddin untuk berundingan dengan Pas mengenai perpaduan ummah adalah tidak ikhlas,sekiranya ikhlas kenapa mengajak orang melayu dan mereka yang telah meninggalkan Umno supaya kembali kepada Umno. Adakah perpaduan takkan berlaku apabila berada didalam PAS?.

Perpaduan yang dilaungkan oleh Muhyiddin tidak ubah sebagai alat kosmetik.Kenapa kosmetik ? Apabila seseorang itu memakai kosmetik dimukanya,lalu apabila mukanya dibasuh maka tanggallah kosmetik tadi.

Begitulah perpaduan yang dilaungkan oleh Muhyiddin iaitu perpaduan yang berbentuk sementara.Manakala perpaduan yang kekal ialah diatas dasar islam sebagaimana yang di firmankan oleh Allah SWT yang bermaksud "dan berpegang teguhlah sekelian kamu kepada tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah" (Ali-Imran 103)

Perpaduan diatas nama aqidah mampu melangkaui sempadan bangsa, keturunan dan geografi lalu segala bentuk perbezaan bahasa, keturunan dan warna kulit tenggelam dan cair dalam perpaduan diatas islam ini

KEMUKA BUKTI SEBELUM TUDUH PRO-UMNO


( Ulasan terhadap kenyataan Ust Nasruddin Hj Hassan
dalam akhbar Sinar Harian)


SHAH ALAM – Pihak yang menuduh beberapa pemimpin Pas pro-UMNO perlu mengemukakan bukti yang kukuh sebelum berbuat demikian kerana tindakan itu hanya akan menjejaskan perpaduan dalam parti.

Setiausaha Badan Perhubungan Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, beliau tidak bersetuju dengan pandangan Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Abdul Aziz Bari kerana tidak memberikan bukti yang kukuh dalam hujahnya.

“Beliau boleh memberi pandangan secara umum tetapi tidak boleh melabelkan mana-mana pemimpin parti sebagai pro-UMNO. Apa bukti yang menunjukkan pemimpin-pemimpin berkenaan pro-UMNO?” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam. Mohd Khairuddin berkata, dakwaan mengatakan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai memihak kepada UMNO kerana idea Kerajaan Perpaduan bersama parti itu, adalah tidak berasas sama sekali.

“Saya tidak nampak bahawa Abdul Hadi seorang yang pro-UMNO kerana beliau antara pemimpin yang menjayakan kerajaan pakatan. Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali pula hanya memberikan cadangan untuk menjaga integriti kakitangan awam,” katanya.

Menurutnya, Muktamar Agung Khas (EGM) juga tidak perlu diadakan memandangkan tidak ada isu besar yang perlu dibangkitkan.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasruddin Hasan berkata, masih ada cara lain untuk menyelesaikan masalah selain mengadakan EGM.

“Pertama sekali mesti balik kepada semangat berjemaah dan bermesyuarat dalam parti. Apa saja keputusan dan tindakan mestilah bersama,” katanya.

Ulasan : Saya sokong kenyataan yang dibuat oleh Saudara Khairuddin Othman dan Saya juga menyokong pandangan yang telah dikemukakan oleh Ust Nasruddin Hassan dalam apa jua keadaan kita perlu kembali ke semangat berjemaah dan bermesyuarat.Kerana masalah yang diselesaikan melalui mesyuarat akan mendapat :

1) Menyebabkan tertangguhnya sebarang azab yang hendak diturunkan dan Allah mempercepatkan rahmatnya turun ke bumi.

2) Hasil daripada mesyuarat kita mendapat keberkatan wahyu.

3) Tidak rugi mereka yang bermesyuarat dan tidak rugi mereka yang melakukan solat istikharah untuk membuat sesuatu pilihan dan keputusan

4) Setiap keputusan hasil dari mesyuarat pasti ada kebaikan dan kejayaan.

5) Mereka yang menerima keputusan mesyuarat dan berazam untuk beramal dengannya Allah SWT akan menghantar malaikat untuk menyertainya.

Apabila kita kemukakan masalah dan kelemahan kita didalam mesyuarat maka musuh tidak akan tahu kelemahan dan masalah kita.Kerana apabila mereka tahu kelemahan dan masalah kita, mereka akan menyerang kita maka dengan itu terbantutlah gerakkerja kita dan masa kita juga terbuang kerana ingin menjawab kembali serangan mereka.

PAS TAK PERNAH BERPECAH !!!

(Ulasan kepada ucapan PM dalam berita harian)

HUA HIN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata percanggahan dalam Pas nampaknya sudah sampai ke kemuncak dan semakin serius sehingga timbul dua kumpulan dalam parti itu.

Najib yang juga Presiden Umno berkata, satu kumpulan mahu bekerjasama dan mewujudkan persefahaman dengan Umno dalam bentuk yang sesuai manakala satu lagi menentangnya.

"Ada pihak yang lebih mementingkan politik daripada ummah. Kita hargai pihak yang melihat Umno sebagai mewakili orang Melayu, berjasa dalam perjuangan ummah dan menjaga kepentingan kaum-kaum lain," katanya pada sidang media selepas tamatnya Sidang Kemuncak Asean ke-15 di sini.

Najib berkata, percanggahan dalam Pas nampaknya semakin serius berikutan hasrat Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengadakan Muktamar Agung Khas Pas untuk membersihkan parti daripada pemimpin-pemimpin yang bermasalah.

Perdana Menteri berkata, ada kumpulan dalam Pas yang tidak mahu bekerjasama dengan Umno untuk menegakkan kepentingan orang Melayu dan Islam semata-mata kerana kepentingan politik mereka.

Pihak ini, katanya, tidak menghargai jasa Umno dalam mewakili kepentingan orang Melayu dan menjaga perpaduan ummah.

Katanya, terdapat sekumpulan pemimpin dalam Pas pula yang berhasrat untuk mencari pendekatan yang boleh membawa kepada perpaduan ummah, mirip kepada bekerjasama. "Apa bentuk tak tahu... maknanya tak mahu perpecahan. Satu lagi kumpulan mahu perbalahan berterusan dan tiada pertimbangan apa-apa untuk perpaduan," katanya.

itanya sama ada Umno akan mengadakan perbincangan dengan Pas, Najib berkata selagi Pas tiada kata sepakat, Umno tidak boleh mengadakannya secara rasmi.
"Kita tunggu dan lihat perkembangan dalam Pas," katanya sambil menambah bahawa sebarang perbincangan tidak akan membuahkan hasil jika diadakan dengan wakil tertentu sahaja dan bukan keseluruhan parti itu.

Ulasan : Sebenarnya Pas tidaklah berpecah kepada dua seperti yang dijaja oleh PM,cuma hanya berbeza pandangan sahaja,dan ini perkara biasa dalam sesebuah parti.Tetapi kalau Umno memang pernah berpecah iaitu semasa pertandingan diantara Tengku Razaleigh Hamzah dan Dr Mahathir untuk menduduki presiden parti itu.

Umno berpecah dua ketika itu satu Team Tengku Razaleigh yang menubuhkan parti Semangat 46 bersama-sama beliau ialah Datuk Rais Yatim, Datuk Musa Hitam, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan ramai lagi manakala Dr Mahathir menubuhkan Umno Baru.Ini baru orang panggil berpecah.

Saturday, October 24, 2009

SUJUD DAN KEHEBATANNYA - 2


3. MENGHILANGKAN DUKA

Sedih ketika berada dimedan dakwah berbeza keadaannya ketika bersedih dalam dunia yang lain.Seperti seoranglelaki yang bersedih kerana kematian si isteri, kesedihannya akan hilang bilamana berkahwin lain. Tetapi sedih didalam medan dakwah disebabkan kerana manusia tidak dapat menerima dakwahnya atau toghut mengganggu perjalanan dakwah atau apa sahaja rintangan yang dilakukan oleh mereka adalah kesedihan yang pernah menimpa RasuluLlah SAW.

Untuk meringankan kesedihan yang dihadapi oleh beliau,Rasulullah SAW telah mengerjakan solat.Allah SWT telah mengetahui apa yang akan berlaku kepada mereka yang menggabungkan diri dengan kontijen dakwah.Sebab itulah Allah SWT berwasiat kepada Rasulullah SAW dan kepada generasi selepas daripadanya supaya mengerjakan solat untuk meringankan kesedihan yang dihadapi.

Firman Allah SWT:

Maksudnya “ Dan kami mengetahui bahawa dadamu menjadi sempit disebabkan apa yang mereka ucapkan, maka bertasbihlah dengan memuji tuhanmu dan jadilah kamu diantara orang-orang yang sujud.(Al-Hijr 97-98)

Sheikh Al-Alusi telah menghuraikan ayat ini (“Wakum minas Sajidin bermaksud “Jadilah kamu diantara orang-orang yang sujud”) maksudnya jadilah engkau termasuk orang-orang yang solat.

Rasulullah SAW juga bersabda yang maksudnya “Seorang hamba sangat dekat dengan tuhannya ketika ia sujud”. (Ruhul Ma’ani, jilid XIV, halaman 87, penerbit Ihya At-Thurath).

Sheikh Al-Alusi menyatakan hadith itu merupakan tips menghilangkan keresahan yang dirasainya.

Rasulullah pernah bersabda kepada bilal yang bermaksud “Hai bilal, iqamahlah untuk solat, hiburlah kita dengan solat. (H.R Ahmad)

Dengan solat juga, Rasulullah SAW mendapat ketenangan dari seluruh kesedihan dunia dan gangguan orang-orang kafir.

Al-Manawi juga menyebut bahawa diantarapengaruh solat bagi manusia ialah solat itu ubat penyembuh penyakit-penyakit hati, badan, sedih dan penderitaan.

4. MELAHIRKAN SIFAT SABAR

Firman Allah SWT yang bermaksud “Maka bersabarlah kamu untuk (melaksanakan) ketetapan tuhanmu dan janganlah kamu ikuti orang berdosa dan orang kafir diantara mereka.Dan sebutlah nama tuhanmu pada waktu pagi dan petang dan disebahagian malam, sujudlah kepadanya dan bertasbihlah kepadanya pada waktu yang panjang di malam hari.( Al-Insan 24-26)

Sifat sabar adalah perkara yang amat penting bagi seorang penda’ie dalam dakwah mereka. Sekiranya seseorang penda’ie tidak memiliki sifat ini nescaya mereka tidak akan mampu untuk meneruskan perjalanan dakwah ini.

Sifat sabar itu lahir daripada pengaruh tasbih dan sujud sebagaimana yang disebutkan didalam ayat diatas.Sesiapa yang sabar dalam ibadah maka ia akan sabar dalam lapangan-lapangan yang lain.Sekiranya seseorang itu tidak sabar dalam beribadah, malas mengerjakannya dan jiwanya tidak bersemangat dalam melaksanakan ibadah maka mereka tidak mampu untuk bersabar bila berhadapan dengan bentuk-bentuk ujian dari Allah.

Sayyed Qutb Rahimahullah berkata tentang ayat diatas “Sabarlah dalam menghadapi gangguan dan fitnah.Sabarlah dalam menghadapi kebathilan yang bermaharajalela.Sabarlah diatas keburukan yang merebak.Lalu sabarlah dalam menyingkapi kebenaran yang diberikan kepadamu.Bersabarlah dan jangan dengar tawaran kemaslahatan peribadi dan pertemuan ditengah jalan dengan mengorbankan aqidah.

Sabar itu sulit, ianya perlu kepada bekalan yang berterusan. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud “Dan sebutlah nama tuhanmu pada pagi dan petang. Dan di sebahagian malam, sujudlah dan bertasbihlah kepadanya diwaktu yang panjang pada malam hari. (Al-Insan 25-26)

Thursday, October 22, 2009

SUJUD DAN KEHEBATANNYA - 1


Manusia yang menghampirkan diri dengan Allah SWT samada dengan banyak bersujud, takut, berdoa kepadanya, bertahmid, berharap, bertasbih dan bertahmid akan menghasilkan jiwa yang positif dalam kehidupan hariannya dan ketika berhadapan dengan musibah.Sikapnya jauh berbeza dengan orang lain.Inilah kesan pengaruh daripada sujud.

Diantara pengaruh dan hasil sujud ialah :

1. ADA TANDA DI WAJAH MEREKA.

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengannya keras terhadap orang-orang kafir dan berkasih sayang sesama mereka.Kamu lihat mereka rukuk dan sujud mencari kurniaan Allah dan keridhaannya, tanda-tanda mereka nampak di wajah mereka dari kesan sujud. (Al-Fath 29)

Perbahasan ulama’ tentang kesan sujud di wajah. Ianya disebut oleh Al-Hafiz Ibn Kathir didalam tafsirnya :

Ø Ibnu Abbas berkata bahawa maksud ayat tersebut ialah tanda yang baik.
Ø Mujahid dan lain-lain berkata “Maksudnya kekhusukkan dan tawadhuk.
Ø As-Sa’di berkata “ solat memperindahkan wajah mereka.
Ø Sebahagian ulama’ berkata “Sesungguhnya kebaikan itu cahaya dihati, sinar di wajah, rezeki banyak dan hati manusia menyintainya.
Ø Amirul Mukminin Uthman Ibn Affan berkata “Jika seseorang itu menyembunyikan sesuatu rahsia maka Allah menampakkannya diraut wajah dan ucapannya.

Ucapan Uthman Ibn Affan itu bermaksud “ Sesuatu yang di pendam didalam jiwa akan terlihat diraut wajah, jika hati orang mukmin itu baik dengan Allah SWT, maka Allah akan memperbaiki penampilannya dari pandangan manusia.

Saidina Umar Al-Khattab R.anhu berkata “Sesiapa yang memperbaiki hatinya, maka Allah memperbaiki dirinya ketikamana ia berada bersama orang lain.

2. MENINGGIKAN DARJAT DAN MENGHAPUSKAN KESALAHAN

Orang yang dekat dengan Allah SWT ialah orang yang banyak sujud kepadanya, oleh itu sesiapa yang meningkat hubungannya dengan Allah SWT maka Allah akan meninggikan darjatnya dan menghapuskan kesalahan-kesalahannya.Sesiapa yang tawadhuk kepada Allah maka Allah akan mengangkat darjatnya dan tidak ada tawadhuk yang lebih baik dari sujud.

Mi’dan bin Abu Thalhah Al-Ya’mury berkata “Aku bertemu Thauban (bekas hamba Nabi) lalu aku bertanya kepadanya “Sebutkan kepadaku perbuatan yang apabila aku kerjakannya, Allah memasukkanku kedalam syurganya.”-atau ia berkata “Jelaskan kepadaku amal perbuatan yang paling disukai oleh Allah”. Tsauban diam.

Aku Bertanya lagi kepadanya, tetapi ia diam juga. Kemudian aku bertanya kepadanya untuk kali ketiga.Lalu ia berkata “Aku telah bertanya kepada RasuluLlah SAW perkara yang sama, lalu beliau bersabda “Hendaklah engkau banyak bersujud kepada Allah, sekiranya engkau sujud kepada Allah sekali sahaja maka dia meninggikanmu satu darjat dengan sujud itu dan menghapuskan kesalahanmu (H.R Muslim)

Bersambung…

Monday, October 19, 2009

PENYELEWENGAN DI DALAM DAKWAH DAN JIHAD

Kita telah ditarbiyyah oleh naqib-naqib didalam program usrah, mukhayyam dan ijtima’ bahawa parti kita (PAS) adalah sebuah parti gerakan politik dan dakwah.Dakwah yang betul ialah dakwah yang mempunyai hubungan dengan jihad serta yang berkait dengannya. Disana adanya penyelewengan-penyelewengan yang berlaku kerana tidak mengikut jalan dakwah yang sebenar.Ustaz Mustafa Masyhur telah menyebut didalam kitabnya “Toriqud Dakwah bainal Asolah Wal Inhiraf” .

1. Tidak memberi keutamaan selayaknya kepada jihad atau bersemberono dalam membuat persediaan jihad, iaitu dengan memberi separuh usaha sahaja padahal ia mampu mengorbankan usaha dan tenaga yang lebih besar dan lebih banyak.

2. Cuai dan lalai yang menjadikan seseorang itu merasa berat untuk berjihad.Ianya juga dikira sebagai penyelewengan dari landasan yang asal.Sedangkan Allah SWT telah memberi amaran kepada orang-orang yang berat hatinya untuk berjihad dengan dijanjikan azab yang pedih.

Firman Allah SWT dalam surah At-Taubah ayat 38-39 bermaksud :
“ Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu apabila dikatakan kepada kamu “pergilah beramai-ramai (untuk berperang) pada jalan Allah” kamu merasa keberatan dan (suka tinggal menikmati kesenangan) ditempat (masing2).Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia berbanding akhirat? (kesukaan kamu itu salah)kerana kesenangan hidup didunia ini hanya sedikit jua berbanding (kesenangan hidup) diakhirat kelak.

Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah dan membela agamanya) , (Allah) akan menyiksa kamu dengan azab siksa yang tidak terperisakitnya dan ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain dan kamu tidak akan dapat mendatangkan mudarat sedikit pun kepadanya dan ingatlah Allah amat berkuasa keatas tiap-tiap sesuatu."


3. Mengundur diri dari berkorban dan menyerahkan jiwa raga serta harta benda pada jalan Allah adalah menyeleweng dari landasan yang asal.

4. Sebarang perubahan niat jihad untuk menegakkan kalimah Allah kepada niat-niat lain dikira sebagai menyeleweng.

5. Tidak mematuhi peraturan-peraturan perang dan kefahaman jihad mengikut islam seperti membunuh kanak-kanak,wanita dan orang tua, penipuan dalam harta rampasan perang dikira sebagai menyeleweng.

6. Terburu-buru dalam menggunakan kekuatan senjata dan menghadapi musuh sebelum masanya yang sesuai tanpa membuat persiapan yang diperlukan adalah menyeleweng dan terdedah kepada berbagai-bagai bahaya.

Apa yang saya nak tekankan ialah dalam perkara 5 dan 6 bahawa lingkungan perjalanan dakwah dan jihad kita mestilah selari dengan Al-quran dan sunnah dan kita percaya pimpinan tertinggi kita dari pelbagai peringkat telah larut dengan perkara ini, maka tugas kita ialah taat dan setia terhadap arahan yang telah dikeluarkan oleh pimpinan selagi tidak bercanggah dengan al-quran dan hadith.

Pengikut atau pendokong parti diperingkat bawahan juga tidak boleh terburu-buru untuk mengambil sesuatu tindakan dan mengeluarkan kenyataan, ianya perlu diserahkan kepada pimpinan tertinggi bagi mengelak api fitnah yang akan dinyalakan oleh pihak musuh.

Sunday, October 11, 2009

SEKITAR HARIAN MENGUNDI DI PETI UNDI SUA BETONG, BAGAN PINANG

Penyokong Pas dan kelab penyokong sedang berada di kawasan sekolah
Sua Betong untuk meraih undi
Sahabat seperjuangan Che Mud kepenatan setelah di malam hari
berjaga malam..Syabas Che Mud Nabi Kata "2 mata yang takkan di sentuh oleh api neraka, diantaranya ialah mata yang berjaga malam kerana fisabilillah"

Diantara banner yang di bentangkan oleh kelab penyokong

Pelabagai jenis masyarakat yang menyokong Pakatan Rakyat
sekarang ini.
Penyokong Pas dari Negeri Pahang bersemangat berhimpun dihadapan
di hadapan sekolah Sua Betong
Pemuda Kuantan yang di ketuai oleh encik nawi
sedang bertakbir
Kelab penyokong BN dari india... pening2, apa guna ada MIC ?
Gelagat penyokong BN...baju biru dan perempuan tu melayu...hanya tersenyum
apabila islam dihina

Ini adalah kepala halian UMNO yang buat provokasi, katanya SB. Nasihat
anggota polis langsung tak didengarinya. Samseng..mungkin sebab masih tak berjumpa
antara rabu dan khamis

Ust. Azuar berbaju biru (sepupu saya) turut hadir memberi sokongan
kepada perjuangan

Di mana ada pilihanraya kecil disitulah ada beliau, Ust Rosli Jabbar
YDP Kuantan sedang bertakbir
Dato' Hj Mustaffa Ali melawat peti undi Sua Betong

Blogger bergambar dengan Mantan Ketua DPP
Kawasan Jerantut (Kepala berbalut) yang juga pakar saraf
Calon melawat peti undi Sua Betong
Ust Sukri Hj Ahmad YDP Rompin sedang membaca doa penutup
Petugas sedang mengerumuni pondok panas pada penutup pengundian
pada jam 5.00 ptg

Thursday, October 8, 2009

YA ALLAH SEMBUHKANLAH GURUKU INI...


Semasa aku menuntut di Ma’ahad Darul Quran,Rusila, Marang Terengganu, Ust Rosli adalah salah seorang guruku. Ketika itu, beliau di beri amanah untuk memegang jawatan H.E.P Darul Quran.Tanggungjawab itu amat sesuai dengan beliau kerana boleh dikatakan 90 peratus daripada pelajar-pelajar di Darul Quran itu beliau mengenalinya.

Di Darul Quran beliau mengajar mata pelajaran yang agak susah iaitu balaghah, bahasa Arab, Mutala’ah dan beberapa pelajaran yang telah aku lupa.Walaupun beliau dilihat sebagai seorang ustaz yang baik dengan pelajar-pelajar tetapi sikap tegasnya tidak mengenali sesiapa.Samada PPDQ (Pimpinan Pelajar Darul Quran) atau pelajar biasa.

Selalunya setiap pagi sabtu ada perhimpunan pelajar.Selepas makan kami akan berhimpun dihadapan asrama lama iaitu dihadapan rumah Mansor (sekarang rumah warden). Setiap kali perhimpunan Ust Rosli akan mengambil bahagian untuk memberikan nasihat-nasihat yang power kepada pelaja-pelajarnya.Diantara ucapan yang sering diungkapnya yang masihku ingat sehingga kini ….“Kita nak lahir kader-kader generasi al-quran”. Sekarang ungkapan itu telah menjadi kenyataan kader-kader generasi al-quran yang diasuhnya sekarang ini bertebaran diseluruh negeri.

Diantaranya ialah Us. Zaharuddin Muhammad Said (terlibat dengan ulama’ Pas pusat), Us. Nazri Ahmad (Ketua Pemuda Pas Rompin/ Exco DPP Pahang), Us. Khairul Azmi Ismail ( Ketua Pemuda Maran/ Ajk Dewan Ulama’pahang). Us. Hishamuddin Karim (Exco Dpp Terengganu), Ust Khairi Zainuddin N.9 (Ajk Dewan Ulama’ Pas Pusat), Abdul Hadi Isa,Nazri Zainuddin kedua-duanya dari Negeri 9 (Exco Dewan Pemuda Pas Negeri 9) dan ramai lagi terlibat dengan jemaah disemua peringkat sekalipun mereka bekerja dengan agensi kerajaan tetapi masih aktif dengan jemaah..aku ucapkan tahniah kepada mereka yang bergiat dengan jemaah .

Tahniah aku ucapkan kepada Al-Fadhil Ust Rosli yang berjaya kaderkan kami semua. Tetapi kini beliau telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu pagi (5.10.09). Beliau dimasukkan ke HSNZ dengan Ambulan sejurus dua hari mengalami komplikasi kesihatan yang tidak setabil. Menurut sumber, beliau sendiri sudah dua hari tidak ada selera makan dan mengalami serangan bengkak pada sendi lutut dan kakinya.

Aku harapkan kepada pelajar-pelajar darul quran,Rusila yang mengenali beliau sama-samalah kita berdoa kepada Allah SWT semoga Allah SWT menyembuhkan penyakit yang dihadapinya.
( Berita ini telah disampaikan oleh Ust Khairul Azmi Al-Muqry kepadaku melalui blognya www.al-muqry.blogspot.com )

Tuesday, October 6, 2009

LAKONAN DI PRK BAGAN PINANG GEMPARKAN MALAYSIA.


Nampaknya sejak dari penamaan calon lagi Umno dan BN tertekan dengan kemaraan sokongan terhadap Pakatan Rakyat setelah tujuh kali diaibkan oleh rakyat dalam siri-siri pilihanraya kecil.Mereka akan lakukan apa sahaja demi untuk meraih simpati daripada rakyat.

Ketika dulu di Kelantan, untuk meraih sokongan rakyat, orang-orang tua dan orang-orang miskin di kampung-kampung akan menjadi pelakun utama mereka, seluruh ceruk kampung, rumah-rumah buruk dan pondok-pondok yang hampir roboh adalah lokasi pergambaran mereka.

Itu dulu, sekarang adalah era menteri pula yang berlakun, semasa di Manek Urai menteri-menteri turun dengan pelbagai cara yang menunjukkan mereka bersama rakyat termasuk menoreh getah bersama rakyat di Manek Urai sehingga rosak pokok-pokok getah penduduk yang ditorehnya.

Manakala di Bagan Pinang pula, dua orang menteri telah menjadi pelakon utama iaitu Datuk Ismail Sobri Yaakob dan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang menyatakan bahawa beliau telah ditumbuk oleh sembilan pemuda pas.

Salahuddin Ayub dalam harakah mendakwa Azeez hanya mereka-reka cerita yang dia dipukul oleh penyokong pembangkang sewaktu penamaan calon semalam.Salahudin berkata, Azeez telah datang menemuinya dan memberitahunya yang dia telah dipukul oleh sembilan pemuda PAS. Katanya, sekiranya benar Azeez dipukul oleh sembilan orang, sekurang-sekurang tentu ada tanda bengkak atau cedera.

Bayangkanlah sembilan orang yang memukul Dato’ Azeez tapi baju dan seluarnya tidak sedikit pun menandakan beliau dipukul dan diterajang. Sekurang-kurangnya pakaiannya kotor. Taktik Azeez kali ini hampir menjadi apabila beliau dimasukkan ke dalam wad dengan memakai baju pesakit dan alat kesihatan dilehernya.Bagi saya lakonannya cukup hebat ,sehebat hero tamil.

Tapi apapun yang perlu saudara fahami, itu semua ialah lakonan, mereka akan buat apa sahaja demi untuk melihat kemenangan berpihak kepada mereka. Akhir-akhir ini mungkin duit sudah kurang dalam kantung mereka, maka terpaksalah pelakon-pelakon itu diambil dari kalangan juru kamera, juru solek , pengarah dan tuan derector sendiri kerana untuk menjimatkan wang.
Rakyat semakin matang, apa sahaja lakonan yang di reka sekarang ini, tidak lagi dipercayai oleh rakyat. kerana mereka sudah boleh menilai sikap dan politik BN yang tak pernah maju kehadapan. Apabila ada sahaja PRK maka pembangkang adalah pengganas, kenapa tidak dimasa yang lain ?

Friday, October 2, 2009

DADAH...MUNGKINKAH SUATU HARI NANTI MASYARAKAT AKAN ANDAIKAN PEMUDA UMNO DAN DADAH SEPERTI TAHI DENGAN KENTUT?


2 pemimpin pemuda UMNO diberkas terlibat dadah inilah diantara tajuk yang sempat saya tengok dalam malaysiakini.com petang tadi.Berita ini bertarikh 29 sept 2009.Kes ini berlaku di Kampung Tengah,kijal kemaman. Kita tidak berapa pelik sekiranya yang terlibat dikalangan orang awam atau pemuda-pemuda kampung sahaja. Tetapi kali ini yang terlibat dengan najis dadah ialah pemimpin pemuda Umno diperingkat bahagian.

Sudah tentunya mereka ini dipilih menerajui pemuda umno bahagian adalah untuk memimpin pemuda-pemuda diperingkat cawangan supaya menjadi pelapis kepada perjuangan mereka yang sekarang umno kalau diibaratkan orang sakit hanya tinggal kulit dan tulang sahaja.Tapi apakan daya harapkan pagar, pagar makan padi.

Sebenarnya kes dadah yang melibatkan pemuda umno bahagian bukan ini kali pertama.Pada bulan April tahun 2009 di Grik Perak. 4 orang ahli UMNO bahagian Grik telah ditangkap oleh polis Thailand di Betong kerana mengedar pil Ecstacy. 2 orang daripadanya adalah Ajk Pemuda UMNO bahagian Grik. Ketua UMNO bahagian Grik DS Tajol Rosli Ghazali dan ketua penerangannya telah pergi ke Betong dengan membawa wang sebanyak RM60.000.00 untuk menjamin mereka.

Ini bermakna kepada ibu bapa yang sayangkan masa depan anak-anak mereka sila nasihatkan kepada anak-anak supaya jauhi dari pemuda UMNO.Sekarang kerajaan telah mengisytiharkan bahawa dadah adalah musuh negara nombor satu, tak lama lagi mungkin pula disebut musuh negara nombor satu ialah umno.