Monday, October 27, 2008

BAHANA ULAMA' DOK DALAM UMNO

.
Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO kawasan Maran kecoh buat seketika apabila ketuanya Shamsul Najmi Shamsuddin mencalonkan Khairy Jamaluddin sebagai calon tunggal untuk jawatan ketua pemuda. Tetapi disanggah oleh perwakilan yang mahu ianya dipilih melalui pemilihan disebabkan masih ada nama lain iaitu Datuk Mukhriz Mahathir dan Dato’ Sri Khir Toyo.

Sumber dari Sinar Harian menyatakan, Shamsul Najmi akhirnya akur dan meninggalkan dewan sebelum siding berakhir. Tindakannya kemudian disorak para perwakilan yang hadir.

Begitulah suasana yang berlaku didalam UMNO. Shamsul Najmi adalah exco pergerakan pemuda UMNO Malaysia, berpendidikan di University Al-Azhar di fakulti Hadith sepatutnya sorakan terhadap tubuh besar itu tidak berlaku kerana beliau adalah pimpinan tertinggi diperingkat pergerakan pemuda Malaysia merangkap ketua pergerakan pemuda UMNO bahagian Maran, sekaligus boleh dinobatkan sebagai seorang ustaz.

Beginilah perbezaan diantara pimpinan yang berada dalam PAS dengan yang berada didalam UMNO, pimpinan pemuda PAS dimana-mana peringkat tidak pernah berhadapan dengan suasana seperti ini kerana mereka di tarbiyyah supaya menghormati pimpinan sekalipun ada perbezaan pendapat dikalangan perwakilan. Tetapi didalam UMNO sorak menyorak dan boo mengeboo adalah biasa bagi mereka. Teringat saya semasa di peringkat awal Khairi Jamaluddin dinobat sebagai Timb. Ketua Pemuda UMNO, beliau disorak oleh perwakilan-perwakilan yang hadir apabila nama beliau disebut . Inilah gambaran pimpinan UMNO yang jauh dari adab dan akhlaq.

Sekurang-kurangnya hormatilah beliau sebagai seorang ustaz yang berilmu agama. sebagaimana orang-orang kampung menghormati imam-imam di kampong kerana ilmu mereka.

Kesian kepada Shamsul, langsung tidak dihormati, itulah bahananya bila seorang ustaz berada dalam UMNO. Kerana UMNO tidak memerlukan sangat orang-orang yang beragama seperti beliau, buktinya ialah pada 13 Feb 2005 apabila JAWI menangkap 100 orang remaja dan seorang artis di Kelab Malam The Zouk jalan Ampang, Shamsul menegaskan bahawa mereka yang terlibat jelas melakukan kesalahan. Kenyataan pengerusi biro agama pemuda UMNO ini langsung tidak dihormati oleh Ketua Puteri UMNO Dato’ Noraini Ahmad apabila beliau bersimpati terhadap mereka yang ditahan oleh JAWI bahkan menawarkan khidmat bantuan kepada mereka.

Dimanakah suara ulama’ muda itu? Suara itu tenggelam dan tidak bermaya lagi apabila berhadapan dengan Puteri UMNO. Sebenarnya mahkota ulama’ yang dipakai oleh Dato’ shamsul Najmi cukup hebat, tetapi ianya dipakai dengan cara songsang menyebabkan kilauan permata tidak kelihatan. Nasihatku buat Shamsul perbetulkanlah mahkota ulama’ itu, nescaya kamu akan dimuliakan kembali.

Wassalam
28102008210am

IBLIS BERJANJI KEPADA ALLAH UNTUK SESATKAN MANUSIA - 2

Firman Allah SWT:
قال فبما أغويتنى لأقعدن لهم صراطك المستقيم ثم لأتينهم من بين أيديهم ومن خلفهم وعن أيمنهم
وعن شمائلهم ولا تجد أكثرهم شكرين
Maksudnya :Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (Wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) Demi Sesungguhnya Aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu Yang lurus; "Kemudian Aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur". ( Al-A’raaf 16-17 )

Huraian Ayat :

- (فبما أغويتنى ) Tafsirannya: Sebagaimana engkau menyesatkan aku atau sebagaimana engkau membinasakan aku[1]. ( والإغواء ) bermaksud dosa hati.[2]

- (لأقعدن لهم صراطك المستقيم ) Tafsirannya :Bahawa syaitan bersumpah akan terus-menerus (menggoda manusia), tidak ada masa rehat darinya.[3]

Terdapat beberapa pandangan Ulama’-ulama dan golongan mufassirun tentang apa yang dimaksudkan dengan ( الصراط المستقيم ).

- Berkata Ibnu Abbas R.anhu : ( الدين الواضح ) Agama yang jelas, Ibn Mas’ud R.anhu berkata : ( هو كتاب الله ) iaitu Al-quran, berkata Jabir R.anhu ( هو الإسلام ) iaitu islam, berkata Mujahid ( هو الحق )[4] iaitu kebenaran, berkata Al-Qurtubi ( هو الطريق الموصل إلى الجنة )[5] iaitu jalan yang menghubungkan ke syurga dan berkata Ibn Kathir ( أي طريق الحق وسبيل النجاة )[6] iaitu jalan kebenaran dan jalan yang selamat)

- Ibn Qayyim Al- Jauziyy telah membuat kesimpulan tentang sebahagian dari pandangan-pandangan ini katanya “ dan kesemua ibarat-ibarat ini bermaksud satu sahaja iaitu jalan yang menghubungkan seseorang kepada Allah SWT.[7]

- (ثم لأتينهم من بين أيديهم ومن خلفهم وعن أيمنهم وعن شمائلهم ) Imam Qurtubi menyatakan: Aku akan selewengkan mereka daripada kebenaran, aku akan ghairahkan mereka kepada kehidupan dunia dan aku akan meragukan mereka terhadap akhirat. Inilah matlamat kesesatan yang dikehendaki.

- (من بين أيديهم ) iaitu dari dunia mereka. (ومن خلفهم ) iaitu tentang akhirat mereka. (وعن أيمنهم ) iaitu tentang kebaikan mereka. (وعن شمائلهم ) iaitu tentang kejahatan mereka[8]

Ibn Kathir telah menceritakan daripada Qatadah berkata: Dia datang kepada mereka (manusia) dari arah depan, maka syaitan menceritakan tentang tidak ada hari kebangkitan (kiamat), tidak ada syurga dan neraka, dan dia (syaitan) datang dari arah belakang manusia, maka syaitan perhiaskan mereka dengan urusan dunia dan menyeru mereka kepada dunia.

Iblis datang dari sudut kanan iaitu sudut kebaikan-kebaikan mereka , maka ia akan menghasut manusia supaya memperlambat-lambatkan daripada melakukan kebaikan. Iblis datang dari arah kiri dan ia perhiaskan kejahatan dan maksiat kepada manusia kemudian menyeru manusia kepada maksiat dan menyuruh mereka melakukan maksiat[9]

- Imam An-Nasafi menyatakan (ثم لأتينهم ) bermakna; (Aku akan datang kepada mereka) dari sudut yang empat (depan, belakang,kiri dan kanan) adalah sudut kebiasaan musuh datang.[10]

Syaitan telah menyebut empat sudut (depan, belakang, kiri dan kanan untuk menyesatkan manusia) tetapi tidak menyebut atas, kerana atas adalah tempat turun rahmat kepada manusia, Allah SWT juga tidak menyebut bawah, kerana bawah adalah tempat sujud.[11]

- (ولا تجد أكثرهم شكرين ) Maksudnya: Dan tidaklah kamu dapati kebanyakan mereka itu bersyukur. Berkata Imam Qurtubi: “ (Dan tidaklah) mereka taat semuanya, mereka semua menunjukkan kesyukuran[12]


Wassalam.
271020080505pm

[1] Tafsir Ibn Kathir. Jld 2.M/s 205
[2] Tafsir Al-qurtubi. Jld 7. M/s 174
[3] Tafsir Fakhrurrazi. Jld 7.M/s 18. Ighatsatul Luhfan Li Ibnil Qayyim. Jld 1.M/s 121
[4] Ighatsatul Luhfan Li Ibnil Qayyim. Jld 1.M/s 121
[5] Tafsir Al-qurtubi. Jld 7. M/s 175
[6] Tafsir Ibn Kathir. Jld2. M/s 205
[7] Ighatsatul Luhfan Li Ibnil Qayyim. Jld 1.M/s 121
[8] Tafsir Al-Qurtubi. Jld 7. M/s 176
[9] Tafsir Ibnu Kathir. Jld 2. M/s 205
[10] Tafsir An-Nasafi. Jld 2. M/s 47
[11] Tafsir Ibn kathir Jld 2. M/s 205
[12] Tafsir Al-Qurtubi. Jld 7. M/s 176

Friday, October 24, 2008

IBLIS BERJANJI KEPADA ALLAH UNTUK SESATKAN MANUSIA- 1

Syaitan telah berjanji dengan janji yang buruk terhadap anak Adam dan keturunannya. Allah SWT telah menyebutnya lima tempat didalam Al-quran iaitu:

1. Firman Allah SWT :
إن يدعون من دونه إلا إنثا وإن يدعون إلا شيطانا مريدا لعنه الله وقال لأتخذن من عبادك مفروضا ولأضلنهم ولأمنينهم ولأمرنهم فليبتكن ءاذان الأنعم ولأمرنهم فليغيرن خلق الله ومن يتخذ الشيطان وليا من دون الله فقد خسر خسرانا مبينا يعدهم ويمنيهم وما يعدهم الشيطان إلا غرورا .
Maksudnya: Apa Yang mereka sembah Yang lain dari Allah itu, hanyalah berhala-berhala (makhluk-makhluk Yang lemah), dan mereka (dengan Yang demikian) tidak menyembah melainkan Syaitan Yang derhaka Yang telah dilaknat oleh Allah, dan Yang telah mengatakan: "Demi sesungguhnya, Aku akan mengambil dari kalangan hamba-hambaMu, bahagian Yang tertentu (untuk menjadi pengikutku)."Dan Demi sesungguhnya, Aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan Demi Sesungguhnya Aku akan memperdayakan mereka Dengan angan-angan kosong, dan Demi Sesungguhnya Aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan Aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah". dan (ingatlah) sesiapa Yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin Yang ditaati selain dari Allah, maka Sesungguhnya rugilah ia Dengan kerugian Yang terang nyata.Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji-janji indah) serta memperdayakan mereka Dengan angan-angan kosong; dan apa Yang dijanjikan oleh Syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata. (An-Nisaa’ 117-120)


Di sini saya ingin mengambil beberapa ayat yang telah ditafsirkan oleh ulama’ sebagai peringatan kepada kita semua.

- (ولأضلنهم) Aku akan selewengkan mereka daripada jalan petunjuk dan kebenaran dan aku akan pandukan mereka ke jalan yang sesat dan yang merosakkan.
[1] Imam An-Nasafi menyatakan: “ولأضلنهم “ bermaksud “Aku akan menyeru mereka kepada kesesatan dengan perhiasan (dunia) dan sifat was-was[2].

- (ولأمنينهم ) Aku akan perhiaskan kepada mereka (manusia) angan-angan yang bathil yang tidak berasas.
[3] Imam Ibn Kathir mengulas ayat tersebut dengan berkata “Aku perhiaskan kepada mereka (manusia) supaya meninggalkan taubat, aku akan menyediakan angan-angan kepada mereka (manusia) dan aku akan menyuruh mereka menangguh dan memperlewatkan taubat dan aku akan perdayakan diri mereka.[4]

- (ولأمرنهم فليبتكن ءاذان الأنعم ) Maksud “Falayubattikunna” ialah potong.Yang dimaksudkan oleh mufassirin didalam ayat ini ialah memotong telinga Bahiirah, mereka membelah telinga unta betina itu apabila ia melahirkan anak kelima yang jantan. Dan mereka juga mengharamkan unta itu untuk di menafaatkan kepada mereka sendiri.
[5]

- (ولأمرنهم فليغيرن خلق الله ) Imam Fakhrurrazi berkata: Terdapat dua pandangan ulama’ tafsir disini, iaitu :

1) Mengubah ciptaan Allah disini bermaksud mengubah agama Allah. Terdapat dua pandangan ulama’ tentang mengubah agama Allah ini iaitu:

Pertama
: Bahawa Allah SWT telah menjadikan manusia secara fitrah diatas agama islam, bermula dari Adam A.s , mereka bersaksi keatas diri mereka sendiri sesungguhnya Allah adalah tuhan mereka, mereka beriman dengan Allah. Oleh sebab itu sesiapa yang kufur dengan Allah SWT bererti mereka telah mengubah fitrah Allah SWT (yang sepatutnya memperakui Allah sebagai tuhan dan beriman dengannya itu adalah fitrah semulajadi kepada manusia). Inilah makna hadith Nabi SAW :
ما من مولود إلا يولد على الفطرة فأبواه يهودانه أو ينصرانه أو يمجسانه
Maksudnya: Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang anak dilahirkan, melainkan ia dilahirkan dalam keadaan fitrah (bersih/ suci/ Islam). Orangtuanyalah yang menjadikan ia Yahudi, Nasrani atau Majusi " (HR. Bukhari)

Kedua: Yang dikehendaki dengan mengubah ciptaan Allah disini ialah menjadikan yang halal sebagai haram dan yang haram menjadi halal. Ini dikuatkan oleh Nabi SAW didalam hadith qudsinya :
أيها الناس, ألا إن ربى أمرنى أن أعلمكم ما جهلتم مما علمني يومى هذا, إن كل مال نحلته عبدي فهو حلال, وإنى خلقت عبادي حنفاء كلهم, وأن الشياطين أتتهم فاجتالتهم عن دينهم, فحرمت عليهم ما أحللت لهم, وأمرتهم أن يشركوا بي مالم أنزل به من سلطانا, وأمرتهم أن يغيروا خلقي
Maksudnya: Ketahuilah! Sesungguhnya Tuhanku menyuruhku untuk mengajar kalian apa yang kalian tidak tahu dan Allah telah mengajarku pada hari ini, iaitu setiap harta yang Aku (Allah) berikan kepada seseorang hamba adalah halal dan sesungguhnya Aku mencipta hamba-hamba-Ku semuanya dalam keadaan (fitrah yang) cenderung kepada agama yang lurus (Islam). Akan tetapi syaitan-syaitan mendatangi mereka dan memalingkan mereka dari agama mereka (Islam) dan mengharamkan ke atas mereka apa yang Aku halalkan bagi mereka. Dan syaitan-syaitan itu menyuruh mereka mempersekutukan Aku dengan apa yang tidak Aku berikan keizinan kepada mereka.(H.R Muslim)

2) Mengubah ciptaan Allah yang berkait dengan perkara-perkara yang zahir. Seperti khunsa, mengubah warna kulit, menyambung rambut, menjarangkan gigi untuk perhiasan dan mencabut bulu kening serta menghaluskannya.
[6]

- (ومن يتخذ الشيطان وليا من دون الله فقد خسر خسرانا مبينا ) Imam Fakhrurrazi menyatakan “Ketahuilah sesungguh Allah SWT ketika menceritakan tentang syaitan akan menyeru, melakukan tipudaya dan menyesatkan manusia, Allah mengingatkan manusia dari mengikuti syaitan (mengikuti tipu daya syaitan).Lalu Allah SWT berfirman :” ومن يتخذ الشيطان وليا من دون الله فقد خسر خسرانا مبينا “
[7].

Imam Ibn Kathir dan Imam Al-qurtubi menyebut didalam kitab mereka : Sesiapa yang taat kepada arahan syaitan dan meninggalkan arahan Allah, maka mereka terang-terang berada dikalangan orang yang rugi, kerana mereka rugi didunia dan akhirat.
[8]

- ( يعدهم ويمنيهم وما يعدهم الشيطان إلا غرورا.) Berkata Imam Ibn Kathir “Sesungguhnya syaitan menjanjikan kepada pegikut-pengikutnya dan telah memanjangkan angan-angan mereka bahawa mereka adalah orang-orang yang Berjaya didunia dan akhirat sedangkan ia adalah tipudaya. Sebagaimana yang disebut oleh Allah SWT “وما يعدهم الشيطان إلا غرورا ” bermaksud : Dan tidaklah syaitan itu berjanji melainkan hanya tipudaya.

Allah SWT menceritakan ucapan iblis pada hari qiamat nanti( وقال الشيطن وقضى الأمر إن الله وعدكم وعد الحق ووعدتكم فأخلفتم ) Maksudnya: Dan syaitan telah berkata setelah selesai perkara itu “ Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu dengan janji yang benar dan aku berjanji dengan kamu tetapi aku memungkiri janjiku terhadapmu.( Surah Ibrahim 22)
[9]


Bersambung….
241020081155pm
[1] Tafsir Al-qurtubi, Jld 5. M/s 389. Tafsir Al-Wadih, Jld 1,M/s 430.
[2] Tafsir An-Nasafi, Jld 1.M/s 251.
[3] Tafsir Al-Wadhih. Jld 1.M/s 430
[4] Tafsir Ibn kathir.Jld 1. M/s 557
[5] Tafsir Al-qurtubi. Jld 5. M/s 389. Mafatihul Ghaib. Jld 5. M/s 452
[6] Mafatihul Ghaib. Jld 5. M/s 452
[7] Mafatihul Ghaib Jld 5. M/s 454
[8] Tafsir Ibn Kathir. Jld 1. M/s 557, Tafsir Al-qurtubi. Jld5. M/s 395
[9] Tafsir Ibn Kathir Jld 1.M/s 557

Monday, October 20, 2008

SIKAP SEORANG MUSLIM TERHADAP JIRAN DAN TETAMU


عن أبى هريرة رضى الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من كان يؤمن بالله واليوم الأخر فلا يؤذ جاره,
ومن كان يؤمن بالله واليوم الأخر فليكرم ضيفه, ومن كان يؤمن بالله واليوم الأخر فليقل خيرا أو ليصمت .
Daripada Abu Hurairah R.anhu berkata, RasuluLlah SAW bersabda “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka ia tidak menyakiti jirannya, barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia memuliakan tetamunya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata sesuatu yang baik atau ia senyap. ( H.R Bukhari )

Di dalam Al-quran Allah SWT menyuruh manusia supaya berbuat ihsan terhadap jiran-jiran mereka selepas dari mengabdikan diri kepada Allah dan berbuat baik terhadap kedua ibu bapa. Firman Allah SWT :
واعبدوا الله ولا تشركوا به شيئا وبالوالدين إحسانا وبذى القربى واليتامى والمساكين والجار ذى القربى والجار الجنب والصاحب بالجنب وابن السبيل وما ملكت أيمانكم
Maksudnya Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia Dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga Yang dekat, dan jiran tetangga Yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir Yang terlantar, dan juga hamba Yang kamu miliki. (An-Nisa’ 36)

Diantara ihsan itu ialah memelihara kehormatan jiran, menjaga keturunan dan tidak melakukan sebarang bentuk kejahatan samada dengan lidah, tangan dan mata. Termasuk juga didalam ihsan itu ialah memperbetul atau menegur kesalahan yang dilakukan oleh jiran atau menjelmakan konsep Amar Makruf Nahi Munkar terhadap jiran-jiran kita.

Termasuk didalam ihsan juga ialah melihat kepada keperluan hajat jiran. Selaku seorang muslim perlu merasakan kesusahan yang dihadapi oleh jiran adalah kesusahan mereka bersama.Sabda Nabi SAW:
مثل المؤمنين فى توادهم وتعاطفهم وتراحمهم مثل الجسد إذا اشتكى منه شيء تداعى له سائر الجسد بالسهر والحمى
Maksudnya: Perbandingan orang-orang yang beriman di dalam berkasih sayang seperti satu jasad yang apabila salah satu anggotanya mengadu kesakitan, maka terasa sakitlah seluruh tubuhnya dan berjaga malam.

Ihsan juga ialah tidak menyakiti jiran. Sabda Nabi SAW:
(والله لا يؤمن والله لا يؤمن والله لا يؤمن , قيل: من يا رسول الله؟ قال:
الذي لا يأمن جاره بوائقه
Maksudnya: Demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman, ditanya (oleh sahabat) “siapa Ya RasuluLlah”?. Sabda Nabi SAW: Orang-orang yang tidak berhenti menyakiti jirannya.(H.R Muslim.Bab Iman. No 46).

Kemudian Nabi SAW menyebut kepada mereka yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka mereka hendaklah memuliakan tetamu. Disana ulama-ulama mengajar kepada kita adab-adab terhadap tetamu. Iaitu :

Bermanis muka dihadapan tetamu.
Bercakap dalam keadaan lemah lembut.
Bersegera menghidangkan makanan dan minuman
Sehari semalam yang pertama hendaklah lebihkan makanan.
Dua hari berikutnya diberikan makan sebagaimana yang diberikan kepada keluarganya

Wallahu A’klam
211008258pm

Monday, October 13, 2008

PERKARA PENTING DALAM PERJUANGAN


KEPENTINGAN DALAM PERJUANGAN

Kepentingan perjuangan dalam islam terbahagi kepada beberapa bahagian.iaitu :

1. Terhadap Individu:

· Memajukan dan mengangkat martabat diri.
· Menjadi individu yang sentiasa memberi menafaat kepada orang lain.
· Mendapat ganjaran yang besar disisi Allah SWT didunia dan akhirat.

2. Terhadap Masyarakat :

· Berlumba-lumba melakukan kebajikan
· Melahirkan masyarakat yang menyebarkan dakwah islam.
· Melahirkan masyarakat yang sentiasa prihatin terhadap orang lain.

3. Terhadap Negara:

· Mempertahankan Negara daripada ancaman musuh.
· Memaju dan membangunkan Negara dalam pelbagai bidang kehidupan.
· Meninggikan imej Negara di mata dunia.


ADAB-ADAB BERJUANG DAN DALIL-DALILNYA

1. Niat kerana Allah SWT. Firman Allah SWT:
قل إن صلاتى ونسكى ومحياى ومماتى لله رب العالمين
Maksudnya: Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.( Al-An’aam 162 )

2. Sanggup berkorban.Samada harta, nyawa, masa dan tenaga. Firman Allah SWT:
تؤمنون بالله ورسوله وتجهدون فى سبيل الله بأموالكم وأنفسكم
Maksudnya: Iaitu kamu beriman kepada Allah dan rasulnya serta kamu berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan diri kamu.(As-Saff 11)

3. Meletakkan kepentingan agama melebihi kepentingan peribadi. Sabda Nabi SAW :
عن أبى هريرة رضى الله عنه أن رسول الله (ص) قال: والذي نفسى بيده,
لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من والده وولده
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah R.anhu bahawa RasuluLlah SAW bersabda: “Demi diriku yang berada di dalam genggamannya, tidaK sempurna iman seseorang kamu sehingga aku dikasihinya melebihi dari ibu bapanya dan anaknya.( H.R Bukhari)

4. Sentiasa beriltizam dan istiqamah dalam perjuangan. Firman Allah SWT:
فاستقم كما أمرت
Maksudnya:Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepada kamu.(Hud 112)

5. Mempunyai personaliti diri sesuai dengan tuntutan islam. Sabda Nabi SAW:
عن أبى هريرة رضى الله عنه قال رسول الله (ص): المؤمن القوي خير
وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah R.anhu, RasuluLlah SAW bersabda: “ Mukmin yang kuat lebih baik dan disukai daripada mukmin yang lemah”. (H.R Muslim).

6. Mematuhi arahan. Mentaati arahan ketua untuk menjamin kekuatan dan kejayaan dalam setiap perjuangan. Firman Allah SWT:
أطيعوا الله وأطيعوا الرسول وأولى الأمر منكم
Maksudnya: Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul dan kepada pemimpin dikalangan kamu. ( An-Nisaa’ 59 )

7. Mempunyai semangat berpasukan. Firman Allah SWT:
إن الله يحب الذين يقاتلون فى سبيله صفا كأنهم بنيان مرصوص
Maksudnya:Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berperang untuk membela ugamaNya, Dalam barisan Yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan Yang tersusun kukuh. (As-Saff 4)

8. Bersabar dan berdisiplin dalam perjuangan. Firman Allah SWT:
واصبر على ما أصابك إن ذلك من عزم الأمور
Maksudnya: “Dan bersabarlah di atas bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.(Luqman 17).

CIRI-CIRI PENTING YANG PERLU ADA PADA
PEJUANG ISLAM

1. Beriman dan yakin dengan ganjaran yang akan dikurniakan oleh Allah SWT.

2. Bermatlamat untuk mendapatkan redha Allah.

3. Sanggup berkorban harta, masa dan tenaga untuk kepentingan islam.

4. Tidak takut dan gentar untuk menghadapi musuh islam.


Wallahu Aklam
141020080907am

Wednesday, October 8, 2008

TERIMA KASIH USTAZ, KERANA MEMPERKENALKAN AKU DENGAN ERTI PENGORBANAN

Ust Hamzah Ngah, itulah gerangan yang sedang membaling bola bowling itu, beliaulah yang mendidikku mengenali erti pengorbanan dan perjuangan. Masihku ingat lagi, ketika itu beliau sebagai Setiausaha Kerja Dewan Ulama’ Pas Terengganu, aku sering bersamanya ke pejabat perhubungan pas Negeri Terengganu untuk menaip teks khutbah yang telah dibaca oleh Yb Tuanguru Hj Abdul Hadi Awang untuk diedar kepada orang ramai, pengorbanannya untuk ummah sangat besar pada waktu itu.

Aku terharu dengan pengorbanannya terhadap ummah pada waktu itu (1993-1997), hanya dengan sebuah motor Honda 70 plat TQ5522 beliau mampu melaksanakan tugas parti, pernah aku mengikutinya sehingga ke Kg Tajin, Kuala Berang untuk menghadiri program Dewan Ulama’ Pas Terengganu, semasa itu ketuanya ialah Ust Awang Nasaruddin Abu Bakar (Ustaz Awang Jidin),

Aku lihat tidak ada masa rehat buat beliau, selepas mengajar sahaja di ma’ahad Darul Quran, terus beliau ke pejabat perhubungan Negeri untuk menyiapkan tugasan yang diagihkan kepada beliau.

Beliau pernah memegang beberapa jawatan iaitu Exco DPP Terengganu, Ajk Dewan Ulama’ Pas Terengganu (sehingga sekarang).

Buat Ust Hamzah Ngah, Terima kasih kerana memperkenalkanku dengan perjuangan…

Tuesday, October 7, 2008

WAJAH GENERASI RABBANI-2

2. Tidak Dha’if.
Perbezaan Dha’if dengan Wahn adalah penekanannya pada semangat dan kejiwaan. Seseorang diketahui terkena penyakit wahn apabila dilihat ia lemah semangat dan lambat melaksanakan tugas.sekalipun dari zahirnya ia dilihat sebagai orang yang kuat. Sementara dha’if lebih dekat ertinya dengan mudah menyerah dan gagal dalam perlawanan.

Supaya kaum muslimin tidak mudah menyerah dan gagal dalam mengadakan perlawanan terhadap musuh-musuhnya dan orang-orang yang menzaliminya, maka Allah memerintahkan kepada mereka bersiap sedia menghadapi musuh-musuhnya dengan segala kekuatan.Firman Allah SWT:
وأعدوا لهم ما استطعتم من قوة ومن رباط الخيل ترهبون به عدو الله وعدوكم
وأخرين من دونهم لا تعلمونهم الله يعلمهم
Maksudnya: Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh Yang menceroboh) Segala jenis kekuatan Yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda Yang lengkap sedia, untuk menggerunkan Dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh Yang lain dari mereka Yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. dan apa sahaja Yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.(Al-Anfaal 60)

Generasi Rabbani adalah generasi pilihan, generasi yang lebih dicintai Allah. Dengan demikian mereka harus sentiasa meningkatkan seluruh kekuatannya termasuk kekuatan tubuh badan mereka. Kerana seorang mukmin yang kuat itu (termasuk kuat tubuh badannya) adalah lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah.

Sabda Nabi SAW:
المؤمن القوي خير وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف وفى كل خير إحرص على ما ينفعك
واستعن بالله ولا تعجز وإن أصابك شئ فلا تقل لو أنى فعلت كان كذا وكذا ولكن قل قدر الله
وما شاء فعل فإن لو تفتح عمل الشيطان
Maksudnya: Mukmin yang kuat lebih baik, dan lebih dicintai daripada orang mukmin yang lemah dan pada masing-masingnya ada kelebihan. Jagalah apa yang bermenafaat bagimu,mohonkanlah pertolongan daripada Allah dan janganlah kamu katakan “kalau saya berbuat begini, maka begini”.Tetapi katakanlah “Allah telah mentaqdirkannya,apa-apa yang dikehendaki oleh allah maka ia lakukan”.Sesungguhnya perkataan “Kalau” itu membuka peluang kepada pekerjaan syaitan (untuk menyesatkan manusia)

3. Tidak Istikanah
Istikanah ialah tunduk dan menyerah kepada musuh.Ribbiyyun adalah hamba-hamba Allah yang sentiasa tunduk dan menyerah diri kepadanya. Sebab itu bagi generasi amat pantang menyerah kepada musuh, kerana dengan cara demikian boleh membatalkan status kerabbaniannya.

Seperti ayat yang disebutkan dahulu dalam tajuk (Wajah generasi Rabbani-1) Allah SWT telah menyusun kepada kita, jika semangat dan pemikiran kita lemah,maka fizikal kita juga akan lemah, lesu, tidak membuat persiapan untuk berhadapan dengan musuh dan akhirnya orang yang seperti ini akan mudah untuk menyerah diri kepada musuh.

Fenomena ini akan bertambah parah, sekiranya ada sekelompok mereka yang menjadikan kelemahan sebahagian ummat islam sebagai hujjah untuk mengadakan hubungan dengan musuh-musuh islam.

Oleh itu, untuk memperkuatkan kedudukan ummat islam yang lemah, bukan dengan cara kita berkompromi dengan musuh.tetapi harus kita memberikan terapi yang benar iaitu mengembalikan jatidiri mereka sebagai generasi rabbani yang unggul.


Wallahu A’lam
081020081054am

Sunday, October 5, 2008

RIBBIYYUN ADALAH GENERASI YG DIPUJI ALLAH

WAJAH GENERASI RABBANI - 1

Firman Allah SWT:
وكأين من نبي قاتل معه ربيون كثير فما وهنوا لما أصابهم فى سبيل الله وما ضعفوا
وما استكانوا والله يحب الصبرين

Maksudnya: . Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang Dengan disertai oleh ramai orang-orang Yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa Yang telah menimpa mereka pada jalan (ugama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang Yang sabar. (Ali-Imran 146)

Ayat ini memperjelaskan kepada kita tentang keimanan dan perjuangan ummat terdahulu, pengikut para nabi yang jujur keimanannya dan sentiasa taat kepada qiadahnya.Mereka inilah yang berperang bersama-sama nabi SAW dan sentiasa berhadapan dengan cubaan-cubaan . Sehingga mereka diiktiraf oleh Allah SWT dengan sebutan Ribbiyyun (Orang yang selalu mengikuti ajaran rabb).

SIFAT-SIFAT GENERASI RIBBIYYUN
Generasi rabbani adalah generasi yang mencontohi para nabi dan pemimpinnya. Mereka bukan generasi yang hanya bangga dengan qiadahnya atau kerana sezaman dengannya sahaja atau kerana dia ditarbiyyah olehnya sahaja.Tetapi generasi rabbani itu mestilah benar-benar bercermin kepada Qadatud Dakwah, dengan itu mereka akan sentiasa akan terpacu dan bersemangat untuk melaksanakan ta’addudul wajibat (penambahan tugas)

Untuk melayakkan kita menjadi generasi rabbani, seharusnya kita memahami sifat-sifat ini.

1. Tidak Wahn

Wahn adalah krisis ketidakmampuan untuk bekerja dan lambat dalam melaksanakan
tugas. Wahn juga bererti lemah dari segi fisik dan moral. Firman Allah SWT
قال رب إنى وهن العظم مني واشتعل الرأس شيبا
Maksudnya: Ia berkata, Ya tuhanku sesungguhnya tulangku telah wahn (lemah) dan kepalaku telah ditumbuhi uban. (Maryam 4)

Firman Allah SWT:
ولا تهنوا فى ابتغاء القوم إن تكونوا تألمون فإنهم يألمون كما تألمون وترجون من الله
ما لا يرجون

Maksudnya: Dan janganlah kamu Wahn (berhati lemah) Dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka Sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan dari Allah apa Yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan Yang baik pada hari akhirat kelak). dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (An-Nisa’ – 104)

Firman Allah SWT:
ولا تهنوا ولا تحزنوا وأنتم الأعلون إن كنتم مؤمنين
Maksudnya: Dan janganlah kamu merasa Wahn (lemah) (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa Yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang Yang tertinggi (mengatasi musuh Dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang Yang (sungguh-sungguh) beriman.(Ali-Imran 139)

Wahn adalah virus yang membahayakan ummat islam secara umumnya. Bahkan wahn juga boleh mengancam orang-orang islam yang menjadi khalifah Allah dimuka bumi dan menjadi bahan santapan musuh-musuh mereka.

Thauban bertanya kepada RasuluLlah SAW:
يا رسول الله أمن قلة بنا؟ قال: لا, أنتم يومئذ كثير, ولكن يلقى فى قلوبكم الوهن.
( قالوا: وما الوهن يا رسول الله؟ قال: حبكم الدنيا وكراهيتكم القتال (رواه أحمد
Maksudnya: Ya RasuluLlah apakah kami pada waktu itu sedikit jumlahnya? Jawab Nabi SAW: “Tidak, bahkan kamu pada waktu itu ramai,akan tetapi hatimu terkena (virus) wahn.”Mereka bertanya, “apa itu wahn ya RasuluLlah?”beliau bersabda”Wahn adalah kamu mencintai dunia dan takut perang (mati).(H.R Ahmad. Jld 2.Hal 359)

Begitulah besarnya bahaya virus Wahn, maka tidak selayaknya generasi rabbani menjadi lemah atau membiarkan dirinya menjadi lemah.Sebab itulah Allah SWT memberi peringatan kepada seluruh ummat islam agar berwaspada dengan penyakit mental tersebut.

(Bersambung)

051020080400pm