Sunday, June 29, 2008

DISEKITAR IHTIFAL PONDOK AN-NUUR KUANTAN

RM37.5 JUTA ANAK DAN MENANTU PAKLAH KEBAS ...ITULAH DIANTARA MAKLUMAT DARI UST SUHAIMI SAAD SELAKU PENGERUSI MAJLIS PADA MALAM IHTIFAL.

DIPENTAS CERAMAH PERDANA: DARI KIRI YB UST WAN LUTFI, UST MOKHTAR SENIK
UST ANUWI JUNUH (BILAL MASJID MUHAMMADI KOTA BHARU) DAN UST ABDUL HAMID DERANI

WAJAH AN-NUUR DI HARI JAMUAN IHTIFAL
TETAMU YANG HADIR MENJAMU SELERA DI HARI IHTIFAL
ABG ZUL (BAJU KUNING HITAM) DARI PAYA BERENJUT KEMAMAN, "KU GAGAHI JUA KERINGAT INI MEMBELAH BADAI DEMI ANAK-ANAK TERSAYANG DI PONDOK AN-NUUR"
INILAH PELAN KOLEJ AN-NUUR (KIAN)
UST HADI TALHAH DAN ABG HAMDAN DARI PUSAT RAWATAN ISLAM DARUSSALAM SEDANG MERAWAT PESAKIT DI HARI IHTIFAL AN-NUUR
PERTANDINGAN MELUKIS UNTUK KANAK-KANAK DISERAMBI MASJID
SAHABAT AN-NUUR....CHE WAN MUSTAFFA MEWAKILI MADRASAH DARUL BAYAN, PAKA TERENGGANU MENERIMA CENDERAHATI DARI UST MOKHTAR SENIK.KEDUA-DUANYA ADALAH BEKAS TAHANAN I.S.A
SOBRI SALLEH PELAJAR TAHUN 6 YANG MENDAPAT TEMPAT PERTAMA DALAM PEPERIKSAAN. BELIAU MENETAP DI PEKAN PAHANG
YB UST LUTFI BERSEDIA UNTUK MERASMIKAN PELANCARAN KOLEJ AN-NUUR

HJ RAHIMI (BERJAMBANG) WAKIL DARI PONDOK PASIR TUMBUH KELANTAN, DISEBELAH BELIAU IALAH YDP PAS BALIK PULAU UST YAAKOB YATIN

UST WAN LUTFI (ADUN KEMUNING) SEDANG BERUCAP MERASMIKAN IHTIFAL

IBU BAPA YANG HADIR PADA HARI IHTIFAL PUSAT PENDIDIKAN ISLAM
AN-NUUR KE-12

Wednesday, June 25, 2008

NAJIB...KERANAMU RAKYAT MENDERITA


RM1 JUTA UNTUK SATU JIWA ?

Terkejut, sedih dan terharu menyelubungi diriku, apabila melihat kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang senegeri denganku menyatakan bahawa Atlit Negara yang memenangi pingat Emas pada sukan Olimpik di Beijing Ogos ini dan pada temasya serupa pada masa akan datang akan menerima insentif RM1 juta berbanding hanya RM160.000 sebelum ini. Dengan alasan standard sukan olimpik semakin meningkat.

Saya tidak pasti, apa benda yang meningkat sebenarnya ? kalau dikatakan kos yang berkait dengan sukan meningkat ?, kenapa perlu dibayar kepada atlit yang menang, tidak kepada pihak yang menganjurkan sukan tersebut.?.

Beliau juga memberi alasan bahawa “Ganjaran RM1 juta adalah wajar dan berpatutan memandangkan temasya sukan olimpik itu ‘begitu gah’ dan diadakan empat tahun sekali.”. Sebelum dari ini pun sukan ini gah dimata masyarakat dunia dan sememangnya empat tahun sekali dari dulu lagi, persoalannya kenapa empat tahun sebelum dari ini RM160.000 dan empat tahun kedepan ini RM1 juta ?

Sedangkan jika dilihat kepada Statistik terkini kemiskinan di Malaysia di bawah Program Pembasmian Kemiskinan RMK 9 terdapat enam buah negeri yang dianggap miskin iaitu Sabah, Terengganu, Perak, Sarawak, dan Kedah mendahului lain-lain negeri diikuti oleh Kelantan dengan jumlah 3,550 atau 10.6% jumlah isi rumah dalam kategori kemiskinan tegar. Menurut pecahan kaum / ethnik pula kaum Bumiputera berada di kedudukan teratas diikuti oleh kaum Cina, India, dah lain-lain.

Kenapa peruntukan yang banyak itu hanya diagihkan kepada seorang jiwa sahaja? Sedangkan rakyat di enam buah negeri yang miskin ini tidak ketinggalan juga memberi sumbangan untuk membangunkan Negara melalui kerja-kerja yang mereka lakukan.

TPM lebih selera menjulang nama dan gah Negara dari membantu rakyat yang sedang tersepit ditengah-tengah kemodenan Negara. Kita pernah ditontonkan dilayar tv tentang adanya rakyat Malaysia makan siput babi akibat dari kemiskinan, kita pernah didedahkan melalui media cetak adanya rakyat Malaysia terpaksa mengharungi lubuk sampah demi mencari sesuap rezeki.

Terbaru didedahkan dalam KOSMO 25 Jun Seorang pelajar tahun pertama Diploma Pengurusan Perniagaan di sebuah kolej swasta di sini, yang hanya ingin dikenali sebagai Nor Ashikin, 19, memberitahu, dia terpaksa bekerja sambilan semasa cuti semester bagi menampung yuran pengajian berjumlah RM3,700 setiap semester sedang pinjaman PTPTN yang diperolehnya sebanyak RM4,000 sahaja. "Pinjaman dan hasil kerja sambilan, saya gunakan untuk menampung kos belajar kerana selepas bayar yuran pengajian, baki wang saya hanya tinggal RM300, belum termasuk bayaran penginapan mencecah RM1,000 semester,"

katanya. Jelas beliau, apabila memohon tinggal di luar kampus, permohonan ditolak dengan alasan pihak kolej milik kerajaan negeri itu tidak mahu menanggung kerugian. "Jika pelajar tidak tinggal di kampus, pihak kolej perlu bayar kepada syarikat tertentu, jadi mereka wajibkan pelajar tinggal di kampus untuk elak tampung bayaran itu, jadi saya tiada pilihan," katanya. Tambah Nor Ashikin, setiap semester dia bukan sahaja memerlukan wang tambahan lebih RM1,500 lagi bagi menampung kos penginapan, pengangkutan, makan serta membeli buku rujukan.

Bukan sahaja adik nurashikin yang menjadi mangsa, bahkan ramai lagi mereka- mereka yang senasib dengan beliau, dimanakah suara TPM untuk membela mereka ini sedangkan inilah asset yang akan membangunkan Negara .

Saturday, June 21, 2008

BPR...Jangan jadi kuda UMNO

UMNO LEMAS....

Umum telah mengetahui bahawa Parti Maju Sabah (SAPP) telah menyatakan hasratnya untuk membuat undi tidak percaya terhadap PM di dewan rakyat esok. Berita mutakhir yang diperolehi bahawa Datuk Yong Teck Lee selaku presiden parti tersebut akan dipanggil oleh BPR kerana namanya disebut didalam mahkamah tinggi Kuala Lumpur.

Datuk Ahmad Said Hamdan dipetik sebagai berkata "Kebetulan pada dua hari lalu, saksi utama kes Tan Sri Kasitah Gadam iaitu Datuk Wasli Mohd Said menimbulkan keterangan baru yang beliau (Wasli) pernah beberapa kali diarah membayar wang yang keseluruhannya berjumlah RM5 juta kepada ejen-ejen Yong.

"Justeru, BPR sebagai badan penguat kuasa undang-undang berhubung pencegahan rasuah mesti mengambil tindakan dan kita telah pun memulakan siasatan.”

Apapun kita tidak mahu menyentuh tentang kerja yang dilakukan oleh BPR, tetapi kita melihat seolah-olah inilah senjata UMNO yang terakhir untuk mempertahankan kuasa mereka.

Kita lihat semasa riuh rendah untuk melantik MB Terengganu, Paklah sebagai Presiden UMNO mencadangkan agar nama Idris Jusoh sebagai Mb Terengganu, tetapi tidak diperkenankan oleh sultan, nama yang diwarwarkan sebagai MB ialah Ahmad Said Adun dari Kijal, pada waktu itu,BPR juga membuka penyiasatan seolah-olah mengugut Mad Said berhubung dua projek di kijal. Tetapi selepas diperkenankan oleh sultan Ahmad sebagai MB tidak ada lagi penyiasatan yang dilakukan terhadap beliau.

Saya melihat UMNO /BN seperti seorang yang lemas didalam sungai, dia akan berpaut apa sahaja yang lalu dihadapannya sekalipun seekor buaya yang ganas.

Kalau hanya disebut, terus dibuka penyiasatan, kenapa tidak siasat rasuah Ghani Othman sebanyak RM5 Juta pada tahun 2000 dulu dari Syarikat Air Johor. Kenapa tidak siasat rasuah Khir Toyo seperti dibawah ini:

1) Khir Toyo perlu menjawab dakwaan yang mengatakan beliau telah eluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan, Meram Holdings.

Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalankan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, dimiliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir.

Manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.

2) Dr Khir Toyo telah meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/ Tirai Gemilang, Samasys,Usahasewa Sdn Bhd), tetapi seorang pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanahberpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja.Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar.

Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut. Dalam masa yang sama Dr. Khir perlu menjawab apakah benar beliau meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20 November 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin
dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol beliau,

Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.

Wednesday, June 18, 2008

DARJAH PM-PM MALAYSIA

DARJAH DARI RAKYAT UNTUK MEREKA
YANG BERJASA
(TUNKU ABDUL RAHMAN)
BAPA KEMERDEKAAN
(TUN RAZAK)
BAPA PEMBANGUNAN
(TUN HUSSEIN ONN)
BAPA PERPADUAN
(TUN MAHATHIR MUHAMMAD)
BAPA PEMODENAN
( ABDULLAH AHMAD BADAWI)
BAPA PENINDASAN &
BAPA MERTUA KHAIRY

Tuesday, June 17, 2008

SIKAP SEORANG MUSLIM-1

TANGGUNGJAWAB SEORANG MUSLIM
KEPADA MUSLIM YANG LAIN

Sesungguhnya orang-orang islam adalah bersaudara diantara satu sama lain. Persaudaraan ini bukanlah salah satu diantara amalan-amalan sunat didalam agama bahkan ianya adalah kewajipan yang telah ditetapkan oleh islam sebagaimana yang dinukilkan didalam Al-quran dan hadith-hadith nabi SAW. Persaudaraan diatas nama islam ini mempunyai hak-hak meliputi beberapa perkara :

1. Menutup aib saudara seislamnya.

Seseorang muslim itu hendaklah menutup aib (malu) saudara seagama dengannya apabila melihat saudaranya itu melakukan maksiat, ini adalah diantara kehebatan sistem syariat islam yang membuka pintu taubat kepada mereka yang melakukan maksiat sebelum ianya dihebahkan. Seseorang muslim yang menutup keaiban (malu) seseorang muslim yang lain, Allah SWT akan membalasnya dengan syurga, keampunan dan mendapat keredhaannya.

Sabda Nabi SAW:

عن عبد الله بن عمر رضى الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : خيرالاصحاب عند الله خيرهم لصاحبه, وخيرالجيران عند الله خيرهم لجاره

Maksudnya: Daripada AbduLlah bin Umar R.anhuma berkata. RasuluLlah SAW bersabda “Sebaik-baik sahabat disisi Allah ialah orang yang berbuat baik terhadap sahabatnya dan sebaik-baik jiran disisi Allah orang yang berbuat baik terhadap jirannya.

Sabda Nabi SAW:

عن أبى هريرة رضى الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم

من ستر على مسلم ستره الله فى الدنيا والأخرة

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah R.Anhu berkata,Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang menutup keaiban (malu) seseorang muslim, Allah SWT akan menutup aibnya didunia dan akhirat.


2. Menolak umpatan terhadap saudara seislam.

Seseorang individu muslim itu hendaklah mempertahankan saudara seislam yang lain apabila adanya ucapan dan perkataan memburukkan individu muslim. Sekiranya seseorang itu tidak mampu untuk mempertahankan saudara seagama dengannya didalam sesuatu majlis, hendaklah beliau meninggalkan majlis yang memburukkan seorang muslim yang lain itu.

Firman Allah SWT:

إن السمع والبصر والفؤاد كل أولئك كان عنه مسئولا

Maksudnya: Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa Yang dilakukannya.(Al-Israa’ 36)

Firman Allah SWT:

وإذا رأيت الذين يخوضون فى أيتنا فأعرض عنهم حتى يخوضوا فى حديث غيره وإما ينسينك الشيطن فلا تقعد بعد الذكرى مع القوم الظلمين

Maksudnya:Dan apabila Engkau melihat orang-orang Yang memperkatakan Dengan cara mencaci atau mengejek-ejek ayat-ayat kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan soal Yang lain; dan jika Engkau dilupakan oleh Syaitan (lalu Engkau duduk bersama mereka), maka janganlah Engkau duduk lagi bersama-sama kaum Yang zalim itu, sesudah Engkau mengingati (akan larangan itu). (Al-An’aam 68)

BERSAMBUNG…..1706081245PM

Friday, June 13, 2008

KEDUDUKAN SOLAT DALAM SYARIAT ISLAM - 2

6. Sembahyang menghapuskan dosa-dosa.

Dalam satu hadith yang masyhur RasuluLlah SAW telah bertanya kepada para sahabat: “Tahukan kamu sekiranya ada sungai dihadapan pintu rumah salah seorang diantara kamu, lalu ia mandi didalamnya setiap hari lima kali sehari, maka apakah masih ada kotoran yang tersisa?. Sahabat menjawab: Tidak ada yang tersisa sama sekali.

Kemudian Nabi SAW bersabda :

فذلك مثل الصلوات الخمس يمحو الله بهن الخطايا

Maksudnya: Yang demikian itulah perumpamaan sembahyang lima waktu, Allah menghapuaskan dosa-dosa dengannya.”

Jumhur ulama’ memperjelaskan bahawa dosa-dosa yang diampunkan sebagaimana yang disebut oleh Nabi SAW ialah dosa-dosa kecil dan biasa.Manakala dosa-dosa besar berhajat kepada bertaubat kepada Allah SWT.

7. Sembahyang meringankan azab kubur.

Nabi SAW melalui disebuah kawasan perkuburan lalu ia bertanya: “Siapakah penghuni kubur ini? Jawab Sahabat: Si fulan, lalu baginda bersabda:

ركعتان أحب إلى هذا من بقية دنياكم

Maksudnya: Dua rakaat sembahyang lebih dicintai oleh orang ini berbanding dengan baki kehidupan dunia kamu.”

Jika demikianlah besarnya manafaat yang dibawa oleh sembahyang dua rakaat dialam barzakh, fikirkanlah gandaan menafaat bagi orang yang menyempurnakan sembahyang-sembahyang fardhunya dan fikirkanlah nasib orang-orang yang meremehkannya.

8. Sembahyang fardhu penentu bagi penerimaan amalan-amalan lain.

Sabda Nabi SAW:

من ترك صلاة العصر فقد حبط عمله

Maksudnya: Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang Asar maka terbatallah amalannya.

Peringatan daripada Nabi SAW itu amat berat dan amat penting untuk diinsafi oleh kita semua. Sembahyang adalah asas bagi keislaman seseorang itu dan jikalau asas ini tidak diperkukuhkan maka amalan-amalan lain akan menjadi longgar.

Walaupun hadith ini hanya menyebut waktu asar, tetapi ia tetap sama dengan setiap solat fardhu yang lain. Kerana setiap solat fardhu itu adalah asas kewajipan islam. Dan meninggalkan salah satu daripadanya akan membawa akibat hukum yang sama.

9. Sembahyang adalah penentu keislaman seseorang

Sabda Nabi SAW:

العهد الذي بيننا وبينهم الصلاة فمن تركها فقد كفر

Maksudnya: Perjanjian antara kita (orang islam) dan mereka (orang kafir) ialah sembahyang. Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang maka ia telah kafir.

Sabda Nabi SAW:

بين الرجل وبين الكفر ترك الصلاة

Maksudnya: Diantara seseorang dengan kekafiran ialah meninggalkan sembahyang.

Kedua-dua hadith diatas mempertajamkan lagi firman Allah SWT:

فإن تابوا وأقاموا الصلوة وأتوا الزكوة فإخوانكم فى الدين ونفصل الأيت

لقوم يعلمون

Maksudnya: Sekiranya mereka (orang-orang kafir bertaubat) dan mendirikan sembahyang serta mengeluarkan zakat, maka mereka adalah saudara kamu yang seagama.(At-Taubah 11).

Dalam ayat ini Allah SWT mensyaratkan bagi orang-orang kafir yang bertaubat dari kekafiran mereka dan datang memeluk islam, maka keislaman mereka hanya diterima apabila mereka mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat harta.

Bersambung….12062008729am

Thursday, June 12, 2008

DEMO BANTAH KENAIKAN HARGA MINYAK


KEPADA SAUDARA DAN SAUDARI PRIHATIN....!!!!


ESOK MARILAH SAMA-SAMA KITA BERDEMONTRASI DI MASJID KG BARU UNTUK MENYATAKAN SIKAP KITA TENTANG KENAIKAN HARGA MINYAK YANG MEMBEBANKAN RAKYAT PADA HARI INI.



KEPADA SAHABAT-SAHABAT YANG BERADA DI PERANTAUAN, IRINGILAH PENGORBANAN SAHABAT-SAHABAT ANDA DI MALAYSIA INI DENGAN DOA YANG BERTERUSAN, SEMOGA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT RAHMAT DARI ALLAH SWT


TAKBIIRRR...!!!!!!

Saturday, June 7, 2008

HARGA ELEKTRIK NAIK

INILAH TARIF ELEKTRIK YANG AKAN BERMULA PADA 1 JULAI 2008,
TAHNIAH UMNO DAN BN.......JASA KEPADA RAKYAT.


TAHNIAH JUGA KEPADA JKKK DAN PENYOKONG UMNO DI PERINGKAT
KAMPUNG KERANA KERJA KUAT UNTUK MEMENANGKAN UMNO DALAM PILIHANRAYA LEPAS.


Wednesday, June 4, 2008

PAKLAH..CARI JALAN SUPAYA RAKYAT BENCI


GAMBAR: Perbezaan minyak diantara harga yang lama dan baru.

PAKLAH NAIK MINYAK....

PAKLAH....HANG INGAT BERBALOI KE DENGAN BAYARAN RM625 SETAHUN BAGI KENDERAAN YANG INJIN BERKAPASITI 2000cc-2500cc DAN BAGI MOTOSIKAL YANG INJIN BERKAPASITI 250cc DIBAYAR DENGAN RM150.00

UCAPAN PAKLAH HADHARI MEMERINTAH BIJAK SEKALI
PUTRAJAYA 4 Jun — Berkuatkuasa tengah malam ini harga petrol dan diesel masing-masing akan meningkat sebanyak 78 sen dan RM1 bagi setiap liter, umum Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Perdana Menteri berkata berikutan kenaikan itu harga baru petrol dipam adalah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.

Bercakap pada persidangan akhbar di pejabatnya di sini, Abdullah berkata bagi mengurangkan beban kenaikan petrol dan diesel khususnya kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana, Kabinet bersetuju memberi bayaran tunai kepada warga Malaysia yang memiliki kenderaan persendirian termasuk pemilik motosikal .

"Bagi pemilik kenderaan persendirian yang berkapasiti enjin sehingga 2000cc (kuasa kuda) serta trak pikap dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc, bayaran tunai sebanyak RM625 setahun bagi setiap kenderaan akan diberikan.

"Bagi pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc, bayaran tunai sebanyak RM150 setahun bagi setiap motosikal akan diberikan,” katanya.


(KIRAAN INI DIBUAT OLEH SDR MD LUTFI)
Ok mari kita buat kiraan skit berapa sebenarnya subsidi yang dipulangkan.

i) Motor bawah 250cc:

Subsidi setahun : RM 150
Subsidi sebulan : RM 150/12= RM 12.5 sebulan
Harga petrol skrg: RM 2.70 per liter

1 tank penuh petrol (EX5 class) lebih kurang bersamaan 4 liter, dan boleh digunakan untuk pergi kerja lebih kurang untuk 3 hari (jarak rumah ke tempat kerja lebih kurang 20 km-saya).

Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja selepas harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) :
= RM 2.7*4 liter*20 hari / 3 hari
= RM 72 sebulan tolak RM 12.5 (subsidi)
= RM 59.50

Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja sebelum harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) :
= RM 1.92*4 liter*20 hari / 3 hari
= RM 51.20

Kenaikan yang ditanggung sebulan =RM 59.50 - RM 51.20= RM 8.30 sebulan @ 16% sebulan.


ii) Kereta di bawah 2.0 cc

Subsidi setahun : RM 625
Subsidi sebulan : RM 625/12= RM 52.08 sebulan
Harga petrol skrg: RM 2.70 per liter

1 tank penuh petrol (Kancil 660c) lebih kurang bersamaan 30 liter, dan boleh digunakan untuk pergi kerja lebih kurang untuk 5 hari. (jarak rumah ke tempat kerja lebih kurang 15km-isteri)

Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja selepas harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) :
= RM 2.7*30 liter*20 hari / 5 hari
= RM 324 sebulan tolak RM 52.08 (subsidi)
= RM 271.92

Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja sebelum harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) :
= RM 1.92*30 liter*20 hari / 5 hari
= RM 178.32

Kenaikan yang ditanggung sebulan =RM 271.92 - RM 230.4 = RM 41.52 sebulan @ 18% sebulan.

Pengiraan di atas hanya mengandaikan penggunaan petrol bulanan untuk pergi dan balik kerja sahaja.

Tetapi harus diingat semakin banyak kita gunakan petrol maka makin banyak lagilah jumlah kenaikkan yang akan kita rasai. Ini kerana semakin banyak kita gunakan petrol semakin banyak perbezaan kerana jumlah subsidi bulanan adalah tetap. Maknanya makin jauh tempat kerja seseorang, makin banyak liter petrol yang akan digunakan dan makin banyak lagilah peratus kanaikkan harga yang terpaksa ditanggung oleh pengguna.

Contoh jika jarak rumah ke tempat kerja ialah 30km (ambil andaian menaiki Kancil 660 tadi) maka:

1 tank penuh petrol (Kancil 660c) lebih kurang bersamaan 30 liter. Oleh kerana jarak sudah meningkat 1 kali ganda maka 30 liter minyak tadi hanya boleh digunakan 2.5 hari sahaja

Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja selepas harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) :
= RM 2.7*30 liter*20 hari / 2.5 hari
= RM 648 sebulan tolak RM 52.08 (subsidi)
= RM 595.92

Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja sebelum harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) :
= RM 1.92*30 liter*20 hari / 2.5 hari
= RM 460.80

Kenaikan yang ditanggung sebulan =RM 271.92 - RM 230.4 = RM 135.12 sebulan @ 29% sebulan.


SEBENARNYA...UMNO TIDAK ADA DUIT LAGI...APABILA DUA LUBUK DUIT MEREKA IAITU SELANGOR DAN PULAU PINANG TERLEPAS KE TANGAN PAKATAN RAKYAT.

MEREKA MENGAMBIL PELUANG DENGAN KENAIKAN HARGA MINYAK UNTUK MENAMBAH DANA MEREKA...

SEDIKIT MASA LAGI KITA AKAN DENGAR PULAK HARGA BARANG AKAN NAIK...WALAUPUN SHAHRIL SAMAD KATA HARGA BARANG TAKKAN NAIK...SEBAB BARANG-BARANG SEMUANNYA DI PUNGGAH DENGAN KENDERAAN YANG BERMINYAK SEPERTI LORI DAN BAS..SEWA LORI AKAN MENINGKAT, MAKA PENIAGA-PENIAGA PUN MENAIKKAN HARGA BARANG KERANA PEMBAYARAN PENGANGKUTAN TADI.

RAKYAT TETAP DIPERBODOHKAN....

Tuesday, June 3, 2008

MB PERAK BERSAMA UNIT AMAL


MB PERAK RESMI PENUTUP
JAMBORI AMAL
DI KUALA KANGSAR

Perasmian penutup Jambori Unit Amal Peringkat Kebangsaan yang ke -16 telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Ir Mohd Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak.

Beliau menegaskan kepada semua Ahli kontijen Unit Amal “ Inilah masa untuk kita tukar wang kita, tenaga kita dan harta kita dengan pahala”

Beliau juga menegaskan bahawa “ Kucar kacir dalam Umno adalah peluang untuk kita berdakwah kepada kawan-kawan kita yang berada dalam Umno”

Beliau juga berjanji kepada semua hadirin “ Kami akan cuba sedaya upaya untuk dihormati oleh semua lapisan masyarakat termasuk pihak lawan”.

Sebelum daripada itu Yb Sdr Zainuddin Yusuf selaku Exco Kerajaan Negeri Perak merangkap mewakili badan perhubungan pas Negeri Perak berkata bahawa kerajaan negeri perak telah memberi peruntukan sebanyak RM13000.00 (Tiga belas ribu) kepada program tersebut.

PAHANG JUARA...

DI SEKITAR JAMBORI UNIT AMAL PERINGKAT KEBANGSAAN
DI KUALA KANGSAR PERAK
Kami berkhemah di Kg Sayung lembah..diseberang sana ialah bandar Kuala Kangsar
Kawasan terluas...iaitu kawasan perkhemahan negeri pahang
Beratuurr....itulah arahan abg mat saad (tak berbaju)kepada ahli kontijen setiap kali
tiba masa makan
Setelah kepenatan... mereka berhibur dalam sungai perak pula
Pasukan Pemanah di setiap negeri mengambil bahagian
Kayuuhh....paserta kontijen sedang mencari arah untuk menuju ke sasaran mereka
pasukan dari pahang mendapat tempat kelima
Keletihan.....Ust Zaki yang membawa Pelajar-pelajar Pusat Pendidikan An-Nuur Kuantan
ke Jambori Unit Amal di Kuala Kangsar
Perbarisan Unit Amal ....Satu tekad, satu harapan, satu gagasan,satu perjuangan.Berazam melangkah gagah menongkah arus menuju persada..
Mb Perak diapit oleh dua orang kuat kerajaan Negeri iaitu Yb Sdr Zainuddin Yusuf
(Berbaju biru)exco kerajaan negeri dan Ust Norazli Musa (Ketua Dewan Pemuda Pas Perak)
Ketua kontijen Pahang, Nasaruddin Ali menerima piala dari MB Perak
sebagai Pasukan teramai (303 Orang) dan juara keseluruhan...takbiir!!!

Bersedia.....Pasukan penarik tali kontijen Pahang sedang bersiap sedia
untuk mengalahkan pasukan lawan dari negeri Perak
Juara....Pasukan Kontijen Pahang menjuarai pertandingan Tarik Tali
dengan mengalahkan negeri Perak.
Sahabat lama....Nuar Som (diapit oleh dua sahabat)dari Kedai buluh Terengganu
sentiasa hadir ke program seperti ini.














HIDUP UNTUK ISLAM

BAGAIMANA CARA HIDUP
UNTUK ISLAM
Supaya hidup ini terarah menurut lunas-lunas islam, maka beberapa masalah pokokharuslah difahami serta dihayati sebagai satu kewajipan.Umpamanya:

1. Mengetahui tujuan hidup.
وما خلقت الجن والإنس إلا ليعبدون
Maksudnya: Dan tidaklah aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaku.

2. Menginsafi nilai dunia ini dibandingkan dengan akhirat.
أرضيتم بالحيوة الدنيا من الأخرة فما متع الحيوة الدنيا
فى الأخرة إلا قليل.
Maksudnya: Apakah kamu lebih redha dengan kehidupan dunia ini dari kehidupan akhirat, padahal kehidupan didunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit (At-Taubah 38)

3. Mengetahui hakikat islam.

Iaitu dengan mempelajari dan mendalami ilmu-ilmu agama, dasar-dasar, hukum hakam dan halal haram. Firman Allah SWT:
وقل ربى زدنى علما
Maksudnya:Dan katakanlah (berdoalah): Ya tuhanku, tambahilah aku dengan ilmu.(Taha 114)

4. Mengetahui hakikat jahiliyyah.
Iaitu dengan meneliti ciri-ciri pemikiran jahiliyyah, aliran-aliran dan perancangannya. Disamping menyingkap akibat-akibat dan keburukannya.Dengan memahami hakikat ini kita tidak terperangkap kedalam jarring-jaringnya. Sabda RasuluLlah SAW:
من تعلم لغة قوم أمن مكرهم
Maksudnya: Barangsiapa yang mempelajari bahasa sesuatu kaum ia terselamat dari rancangan jahat mereka..

SIFAT-SIFAT MEREKA YANG HIDUP
UNTUK ISLAM

1. Benar-benar terikat dan menurut ajaran islam.
Iman itu bukanlah hanya dengan angan-angan sahaja. Tetapi ia adalah sesuatu yang terhunjam didalam hati dan dibuktikan oleh perbuatan. Dalam Al-quran Allah selalu mengaitkan diantara amal dan iman. Firman Allah SWT:
إلا الذين أمنوا وعملوا الصلحت
Maksudnya: Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.(Al-asr 3)

أتأمرون الناس بالبر وتنسون أنفسكم وأنتم تتلون الكتب أفلا تعقلون
Maksudnya:Apakah kamu menyuruh manusia lain berbuat kebaikan sedangkan kamu lupa diri kamu sendiri sedangkan kamu membaca Al-kitab. Maka tidakkah kamu berfikir.(Al-Baqarah 44)

2. Mengutamakan keutamaan Islam
Sabda Nabi SAW:
دوروا مع كتاب الله حيثما دار
Maksudnya: Berkisarlah (bergeraklah) kamu bersama-sama dengan kitab Allah (untuk kepentingan islam) dimana kepentingan berkisar

من أصبح لا يهتم للمسلمين فليس منهم
Maksudnya: Barangsiapa berpagi-pagian tidak mengambil berat tentang orang islam maka ia bukanlah dari golongan mereka.

3. Merasa mulia dengan kebenaran islam dan yakin kepada Allah.
Ini adalah diantara sifat orang-orang yang beriman. Firman Allah SWT:
ولله العزة ولرسوله وللمؤمنين
Maksudnya: Dan kemuliaan itu hanya bagi Allah, bagi rasulnya dan bagi orang-orang yang beriman. (Al-Munafiqun 8)

Firman Allah SWT:
ولا تهنوا ولا تحزنوا وأنتم الأعلون إن كنتم مؤمنين
Maksudnya: Janganlah kamu merasa lemah dan berdukacita, kamu adalah lebih tinggi (mulia) sekiranya kamu beriman.(Ali-Imran 139)

4. Beriltizam (sentiasa) dengan kerja-kerja islam dan kerjasama dengan aktivis-aktivis islam.

Bila saya mengaku sebagai muslim, maka saya wajib bekerja untuk islam, saya patut bekerja dalam satu jemaah, bersama pendakwah lain yang menyeru kepada Allah dan menyuruh kepada kebaikan serta mencegah keburukan. Saya harus bekerja keras untuk mewujudkan individu muslim, rumahtangga muslim, masyarakat muslim dan Negara yang benar-benar islam.

Firman Allah SWT:
وتعاونوا على البر والتقوى ولا تعاونوا على الإثم والعدوان
Maksudnya: Dan hendaklah kamu tolong menolong dalam perkara kebajikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong dalam dosa dan permusuhan.(Al-Maidah 2)

Sabda Nabi SAW:
المسلم للمسلم كالبنيان المرصوص يشد بعضه بعضا
Maksudnya:Seorang muslim dengan seorang muslim yang lain laksana satu bangunan yang tersusun, saling kuat menguat antara satu dengan yang lain.

Sabda Nabi SAW:
يد الله مع الجماعة وإنما يأكل الذئب من الغنم القاصية
Maksudnya:Tangan (Pertolongan) Allah itu bersama jemaah. Sesungguhnya serigala itu memakan kambing yang terpisah (dari kumpulannya)

Sabda Nabi SAW:
عليك بجماعة المسلمين وإمامهم
Maksudnya:Wajib kamu bersama-sama jamaah islam dan imam (pemimpin) mereka.
Wallahu A'Lam
( Ini adalah kertas kerja yang dibentangkan untuk usrah cawangan-cawangan
dalam dun Pulau Tawar)

Monday, June 2, 2008

mohon maaf

Assalamualikum

Semoga para pelawat semua sihat sejahtera.
5-6 hari lepas saya tidak dapat update blog ini kerana menghadiri program Jambori unit Amal Peringkat kebangsaan di Kuala Kangsar Perak...
Insyaallah selepas ini blog ini akan berfungsi seperti biasa..
mohon maaff..