Friday, January 30, 2009

HIMPUNAN PEMUDA PAS PAHANG


TETAMU UNDANGAN :


SDR HJ MUHAMMAD SABU
(NAIB PRESIDEN PAS PUSAT)
SDR HANIPA MAIDIN
(AJK PAS PUSAT)
UST NASRUDDIN HASSAN
(TIMB. KETUA DPP PUSAT)
UST ZAHARUDDIN MUHAMMAD
(AJK LAJNAH TARBIYYAH PAS PUSAT)
YB HJ SHAARI SUNGIP
(ADUN HULU KELANG)
UST SUHAIMI MD SAAD
(KETUA DPP PAS PAHANG)
TEMPAT :
KOMPLEKS IMAM AS-SYAFEI, KG TEMIN, JERANTUT
TARIKH :
14 FEBRUARY 2009 / KHAMIS
MASA :
9.00 PAGI - 5.00 PTG

Tuesday, January 27, 2009

WAKIL RAKYAT SERTAI PAKATAN RAKYAT, UMNO MACAM KERA KENA BELACAN


Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak, Dato’ Sri Tajol Rosli Ghazali semalam (27 January 2009) menyatakan bahawa tindakan Nasaruddin tidak jejaskan UMNO Perak.

“Tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota,
Datuk Nasaruddin Hashim melompat parti tidak melemahkan Umno Perak, sebaliknya memberi nafas baru bagi membina semula parti, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali hari ini. (www.Mstar.com.my )
Sekiranya tidak melemahkan Parti sebagaimana yang disebut oleh Dato’ Sri Tajul Rosli itu, mengapa perlu ada usaha untuk memujuk Nasaruddin untuk kembali kepangkuan UMNO dan BN? Sebagaimana yang disebut oleh Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Perak dalam (
www.Mstar.com.my ).
Badan Perhubungan Umno Perak kini dalam usaha mengadakan perbincangan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasarudin Hashim bagi memujuk agar beliau kembali ke pangkuan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Umno Perak, Datuk Ramly Zahary berkata, setakat hari ini pihaknya telah berjaya mengadakan rundingan dengan Nasarudin bagi mengetahui punca sebenar beliau
memutuskan untuk meninggalkan BN dan menyertai Pakatan Rakyat.
"Rundingan sudah bermula... bagi kami ini merupakan petanda positif kerana sekurang-kurangnya masih wujud komunikasi antara beliau dan Umno negeri, kita tak putus hubungan lagi," katanya kepada mStar Online “

Ini petanda bahawa UMNO dan Barisan Nasional berada dalam keadaan tertekan sekarang ini, sebelum daripada ini diberitakan bahawa beberapa orang pimpinan Pakatan Rakyat tidak dibenarkan untuk pergi ke Sarawak kerana bimbang dengan pengaruh Pakatan Rakyat terus berkembang di Sarawak.

UMNO MULA GELISAH MACAM KERA KENA BELACAN
( KENYATAAN DR MOHD FUAD ZARKASHI KEPADA UTUSAN MALAYSIA )
Sudah tiba masanya kerajaan memperkenalkan satu bentuk undang-undang yang boleh menyekat wakil rakyat daripada melompat parti bagi memastikan amalan politik di Malaysia lebih bermoral.

Ketua Penerangan UMNO Johor, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, perkara itu pernah dibangkitkan di Parlimen dan beliau sendiri pernah membahaskannya pada November tahun lalu berikutan wujud gerakan mempengaruhi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) menyertai parti pembangkang

Thursday, January 22, 2009

SIRI KEJAHATAN YAHUDI DALAM AL-QURAN - SIRI 2


BANGSA YANG SUKA MEMBANGKITKAN
PEPERANGAN


Firman Allah SWT :
وقالت اليهود يد الله مغلولة غلّت أيديهم ولُعنوا بما قالوا بل يداه مبسوطتان ينفق كيف يشاء وليزيدنّ كثيرا منهم ما أنزل إليك من ربِّك طغيانا وكفرا وألقينا بينهم العداوة والبغضاء إلى يوم القيامة كلما أوقدوا نارا للحرب أطفأها الله ويسعون فى الأرض فسادا والله لايحب المحسنين
Maksudnya: Dan orang-orang Yahudi itu berkata: "Tangan Allah terbelenggu (bakhil - kikir)", tangan merekalah Yang terbelenggu dan mereka pula dilaknat Dengan sebab apa Yang mereka telah katakan itu, bahkan kedua tangan Allah sentiasa terbuka (Nikmat dan kurniaNya Luas melimpah-limpah). ia belanjakan (limpahkan) sebagaimana Yang ia kehendaki; dan Demi sesungguhnya, apa Yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu akan menjadikan kebanyakan dari mereka bertambah derhaka dan kufur; dan Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka hingga hari kiamat. tiap-tiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya; dan mereka pula terus-menerus melakukan kerosakan di muka bumi, sedang Allah tidak suka kepada orang-orang Yang melakukan kerosakan. (Al-Maaidah 64 )

Masyhur didalam sejarah tentang bangsa yahudi yang merayu kaum musyrikin berbangsa arab untuk memerangi islam dan nabinya.Mereka tidak henti-henti menghasut bangsa Romawi untuk memerangi pusat islam di Kota Madinah.

BANGSA YANG PALING SOMBONG DAN
MEMBANGGAKAN ETNIKNYA

Firman Allah SWT:
وإذا قيل لهم أمنوا بما أنزل الله ويكفرون بما وراءه وهو الحق مصدِّقا لِّما معهم قل فلم تقتلون أنبياء الله من قبل إن كنتم مؤمنين
Maksudnya: Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu kepada apa Yang telah diturunkan oleh Allah (kepada Nabi Muhammad)", mereka menjawab: "Kami hanya beriman kepada apa Yang telah diturunkan kepada Kami (Taurat)". dan mereka ingkarkan (Kitab) Yang lain Yang diturunkan kemudian daripadanya, padahal Al-Quran itu benar lagi mengesahkan Kitab Taurat Yang ada pada mereka. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika demikian mengapa kamu membunuh Nabi-nabi Allah pada masa Yang lalu kalaulah kamu benar-benar orang-orang Yang beriman?".(Al-Baqarah 91 )

Alasan yang telah dikemukakan oleh bangsa yahudi pada zaman RasuluLlah SAW untuk menolak al-quran ialah dengan berdalilkan “Kami telah beriman kepada kitab-kitab yang dibawa oleh para nabi Bani Israel seperti taurat dan lainnya.

Allah menyuruh Nabi SAW menjawab hujjah yahudi itu “Jika kamu jujur dalam mengikut kitab-kitab yang Allah SWT turunkan kepada nabi-nabi terdahulu, kenapa kamu membunuh mereka?”

BANGSA YANG PALING DENGKI
TERHADAP NABI MUHAMMAD DAN UMMATNYA


Firman Allah SWT:
ما يودُّ الذين كفروا من أهل الكتاب ولا المشركين أن ينزَّل عليكم من ربِّكم والله يختصُّ برحمته من يشاء والله ذو الفضل العظيم
Maksudnya: Orang-orang kafir (Bangsa yahudi) dari ahli kitab, dan juga dari orang-orang musyrik, tidak suka kiranya diturunkan kepada kamu sedikit dari kebaikan (atau wahyu) dari Tuhan kamu padahal Allah berhak menentukan rahmatNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya; dan Allah (jualah yang) mempunyai limpah kurnia Yang amat besar.( Al-Baqarah 105 ).

Bangsa yahudi dan penyembah berhala dengki kepada Nabi dan ummatnya kerana mereka menyaksikan bagaimana Al-quran turun beransur-ansur kepada Nabi SAW.sehingga Nabi SAW terpimpin pada jalan yang benar dan tumbuh menjadi ummat yang kuat. Sedangkan mereka ingin melihat nabi dan ummatnya menuju ke jalan kebinasaan samada dalam urusan dunia atau agama, kerana mereka tidak mahu melihat kebenaran yang dibawa oleh Nabi SAW.

Monday, January 19, 2009

KEKUKUHAN UKHUWWAH DI SEBALIK PERJUANGAN

Baru-baru ini aku ke Kuala Terengganu bersama Sdr Yuhanis Ahmad (Ajk Pas Kawasan Jerantut) untuk berkempen, aku tidak menyangka perjalananku kali ini mempertemukan aku dengan sahabat-sahabat yang sudah sekian lama tidak bertemu.

Pada petang itu (16 January 2009) aku bersama-sama Ust Rosli Abdul Jabbar (Ydp Pas Kawasan Kuantan), Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man (Pesuruhjaya Pas Pahang), Abdul Aziz Ahmad (Ketua Penerangan Pas Kawasan Indra Mahkota), Abdul Aziz Kamali (ALP Unit Amal Pahang) dan beberapa orang sahabat menziarahi penduduk setempat.

Setelah selesai menziarahi penduduk disuatu lorong yang ditugaskan, aku dan rombongan pulang ke markaz kontijen Pahang melalui jalan utama, telefonku berdering….dan nombor yang muncul dari skrin hand pond itu adalah nombor yang tiada dalam simpananku, rupa-rupanya Harun Mustaffa sahabat karib sepengajian dengan ku di Ma’ahad Darul Quran pada 14 tahun yang lalu. Katanya “ Aku Nampak macam mu jalan tepi jalan tadi…? “Ya, mu dok mano tu..mari sinilah” Jawabku

Harun Mustaffa adalah sahabat karibku di D.Quran dulu, tempat atau port utama kami ialah dibawah tangga belakang masjid Rusila, disitulah tempat study dan tempat tidur kami, bila tiba waktu petang kami keluar beramai-ramai ke pantai untuk beriadhah.Seingat aku sahabat-sahabat yang bersama-sama ku dibawah tangga itu ialah Khairul Azmi (sekarang Ketua Penerangan Pemuda Pas Maran), Khalil Abdul Hadi (sekarang Naib Ketua Pemuda Pas Marang), Azizi Muhammad (Anak kepada bekas ketua DMP kawasan Kuala Nerus), Syed Zulkhairi (dari besut), Abdul Rasyid Awang (dari Bukit Payung), Fadhil Mazlan (dari Medan Jaya Rusila), Din Apal (Dari Kg Apal,Jabi), Allahyarham Zaid Zakaria (dari Kg Rusila),Ezomy Abdul Majid (Dari Kg Sri Fajar Gambang) dan ramai lagi sahabat-sahabat yang lenyap dalam memoryku.

Kemudian pada malamnya aku bertemu dengan Fadhol, fadhol dikenali ramai dengan panggilan badol, rupanya-rupanya badol telah lama berkampung di Kg Bukit Besar untuk kempen pilihanraya. Semangatnya untuk perjuangan dari dulu sampai sekarang tak pernah pudar. Dari kecil lagi dia telah dilatih oleh abangnya Saufi yang juga rakanku melawan kerajaan UMNO. (Saufi pernah satu ketika semasa beliau darjah 6, pergi sekolah tanpa memakai kasut, dengan alasan “Lawan kerajaan”). Badol pernah disuruh oleh abangnya untuk ceramah PAS didalam kelasnya semasa beliau darjah 6,menyebabkan dia dipanggil oleh guru besar sekolahnya.

Pernah aku, badol, Deli dan Bakri (Dari Bt 3 Kuantan) keluar sekolah tanpa kebenaran untuk pergi berdemontrasi di Kuala Berang, beliau akan berusaha semampu mungkin untuk hadir sekalipun duit untuk berbelanja hanya tinggal beberapa ringgit sahaja. Begitu juga semasa penamaan calon pilihanraya kecil Kampung Raja, seingat aku pada tahun 1993.Pada pagi itu, selepas subuh aku sangat bertekad untuk ketempat penamaan calon di Kg Raja. Aku Gerak Badol yang sedang tidur, Dol…dol..bangun….mariii kite gi kat penamaan calon di Kg Raja.

Badol terus bangun dan bersiap secara ringkas, kemudian kami bertolak dan sampai disana lebih kurang jam 10.30am. Dihimpunan bersih sekali lagi aku bertemu dengannya, pertemuan ini sedikitpun tidak dirancang, tetapi Allah yang merancang semuanya,semasa orang ramai berkubu di masjid jamek kerana dikacau oleh FRU, aku terdengar pintu gerbang masjid jamek pecah, aku melihat 3 orang anggota unit amal menerkam kepada orang yang memecahkan pintu itu. Anggota unit amal menolaknya kebelakang dengan mencekiknya. Laah..rupa-rupanya badol, aku terus meluru ke anggota unit amal yang mencekiknya dan menahan anggota amal itu dari terus mencekiknya dengan alasan biar aku uruskan. Hebat sungguh semangat perjuanganmu….

Dimalam itu juga aku bertemu dengan Shukri Abdullah atau dengan panggilan Mat yie. Mat yie ini pernah aku isra’kannya dari Masjid rusila ke kampungku di Kota Gelanggi, beliau adalah graduan Universiti Al-Azhar Cawangan Damanhour,Egypt. Beliau juga adalah diantara temanku yang bermastautin bersama-samaku di bawah tangga masjid Rusila. Pertama kali aku bertemu dengan beliau selepas sekembalinya dari mesir ialah semasa jamuan hari raya aidil fitri di Pejabat PAS Kawasan Besut pada tahun 2007. Alhamdulillah sekarang beliau dikurniakan 2 orang anak dan seorang isteri, Aku lihat semangat perjuangannya masih lagi tidak pudar sekalipun telah bekerja diinstitusi kerajaan. Alhamdulillah.

Kepada sahabat-sahabat yang tidak bertemu denganku harapkan teruskan perjuangan suci ini walau dimana kalian berada. Bahtera ini cukup indah dan manis sekalipun jalan yang berliku itu pahit.

Saturday, January 17, 2009

BN BAKAL JADI OLD PAPER

Tahniah diucapkan kepada Yb Tuan Hj Mohd Abdul Wahid Endut yang telah dipilih oleh rakyat sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu. Beliau mengalahkan Dato’ Wan Mohd Farid Wan Salleh dengan mojoriti 2631 undi.

Syabbas diucapkan kepada sahabat-sahabat yang bertungkus lumus untuk memenangkan calon parti islam, semoga segala bentuk pengorbanan yang telah saudara curahkan kepada perjuangan dimedan Kuala Terengganu mendapat sanjungan disisi Allah SWT.

BN semakin layu, selayu bunga yang tidak disinari cahaya matahari setelah dua pilihanraya kecil iaitu Parlimen Permatang Pauh dan Kuala Terengganu jatuh ke tangan pembangkang.

Pakatan Rakyat terus unggul, berkuburlah segala tohmahan yang digembar gemburkan selama ini oleh media dan pimpinan-pimpinan BN yang menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tak boleh bersatu kerana dasar lain-lain, dalam pilihanraya P.036 Kuala Terengganu kita dapat lihat Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Ronnie Lue dan Teresa Kok, mereka berkampung di Kuala Terengganu untuk memastikan kemenangan bagi calon Pas. Yb Chua Tian berjalan lapan kilometer sehari, dari satu rumah ke satu rumah untuk berkempen.

Nampaknya BN sudah makin terpinggir, tak lama lagi BN bakal bergelar old paper .sekarang giliran kita pula, kita tidak boleh hanya setakat bermegah dengan kemenangan yang telah dicapai pada malam tadi. Kemenangan yang dicapai pada malam tadi hendaklah dijadikan semangat untuk meneruskan dakwah dan perjuangan. Orang-orang yang bukan islam semakin ramai menyokong kita, tetapi apakah gerak kerja kita untuk memahamkan mereka tentang islam? Apakah uslub kita untuk menawan hati ahli-ahli UMNO yang masih lagi dibuai mimpi? Ingatlah kemenangan kita ini adalah ujian dan cobaan dari Allah SWT. Bekerjalah kerana Allah…!!!

Wednesday, January 14, 2009

SIRI KEJAHATAN YAHUDI YANG TELAH DIABADIKAN OLEH ALLAH DALAM AL-QURAN


1-Bangsa Yang Paling Keras Permusuhannya Terhadap Islam
Firman Allah SWT :
لتجدنَّ أشدّ الناسِ عداوة للذين أمنوا اليهود والذين أشركوا ولنجدنَّ أقربهم مودَّة للذين أمنوا قالوا إنَّا نصرى ذلك بأنَّ منهم قسِّيسين ورهبانا وأنَّهم لا يستكبرون
Maksudnya: Demi Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) akan dapati manusia Yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang Yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. dan Demi Sesungguhnya Engkau akan dapati orang-orang Yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang Yang beriman ialah orang-orang Yang berkata: "Bahawa Kami ini ialah orang-orang Nasrani" Yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan Ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong. (Al-Maaidah 82)

Ayat ini menyebut bahawa dua golongan yang sangat keras permusuhannya terhadap islam, iaitu bangsa yahudi dan kaum musyrik, namun diantara dua golongan ini bangsa yahudilah yang lebih keras permusuhannya terhadap islam. Kerana bangsa yahudi merasa sebagai bangsa pilihan sehingga tidak rela ada nabi atau rasul Allah yang diangkat diluar golongan yahudi.

2-Bangsa Yang Menjalinkan Kerjasama Dengan Musuh Untuk Menghancurkan Islam.
Firman Allah SWT :
ترى كثيرا منهم يتولَّون الذين كفروا لبئس ما قدَّمت لهم أنفسهم أن سخط الله عليهم وفى العذاب هم خالدون
Maksudnya: Kamu melihat sebahagian besar dari mereka tolong-menolong dengan orang-orang kafir (musyrik). Sesungguhnya amat buruklah apa yang mereka sediakan untuk diri mereka, iaitu kemurkaan Allah kepada mereka dan mereka akan kekal dalam seksaan.( Al-Maaidah 80 )

Dalam usaha mereka untuk menghancurkan islam dan RasuluLlah SAW, bangsa ini bersikap tolong menolong dengan kalangan bangsa arab yang masih musyrik dan kafir. Mereka mengadakan perjanjian untuk memerangi nabi dan membangkitkan semangat golongan musyrikin bangsa arab untuk melawan baginda.

Jelas hari ini dapat dilihat bahawa yahudi bergabung dengan Amerika ,Britain dan sekutu-sekutunya untuk menjatuhkan islam.

3-Bangsa Yang Ingin Membuat Agama Lain sebagai Tandingan Agama Islam.
Firman Allah SWT:
أفغيردين الله يبغون وله أسلم من فى السموات والأرض طوعا وكرها وإليه يرجعون قل أمنًّا بالله وما أنزل علينا وما أنزل على إبراهيم وإسماعيل وإسحق ويعقوب والأسباط وما أوتى موسى وعيسى والنبيُّون من ربهم لا نفرِّق بين أحد منهم ونحن له مسلمون ومن يبتغ غير الإسلم دينا فلن يقبل منه وهو فى الأخرة من الخسرين.
Maksudnya :Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari ugama Allah? padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk Yang ada di langit dan di bumi, sama ada Dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadanya lah mereka dikembalikan. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa Yang telah diturunkan kepada kami, dan kepada apa Yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi: Ibrahim, dan lsmail, dan Ishak, dan Yaakub, dan keturunannya, dan kepada apa Yang telah diberikan kepada Nabi-nabi: Musa dan Isa, dan sekalian Nabi-nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan seseorang pun di antara mereka, dan kepada Allah jualah Kami berserah diri (Islam)"ز Dan sesiapa Yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang Yang rugi.( Ali-Imran 83-85 )

Salah satu dalih yang digunakan oleh bangsa yahudi untuk meninggalkan islam ialah dengan mengatakan bahawa mereka adalah pewaris agama yang dibawa oleh nabi Ibrahim, Ismail, Ishaq, Yaakub, Musa dan Isa. Semua nabi yang disebut bangsa yahudi ini adalah membawa ajaran Allah yang sama dengan yang dibawa oleh nabi Muhammad

Kita dapat melihat dengan jelas perancangan zionis antarabangsa untuk menghancurkan ummat islam melalui latihan dan penguasaan golongan yahudi terhadap golongan kristian dan orang-orang islam yang lemah imannya, mereka melancarkan serangan halus melalui “perang perkataan” dan “perang budaya”.

Perang perkataan yang dilontarkan ketengah masyarakat kita pada hari ini ialah seperti Islam liberal, Islam progresif, Islam jumud, Islam Hadhari, Islam Ekstrim dan seumpamanya.

KELEBIHAN BERJIHAD PADA JALAN ALLAH-2


BERMOHON KEPADA ALLAH UNTUK
MENDAPATKAN BANTUANNYA

Firman Allah SWT:
إذ تستغيثون ربكم فاستجاب لكم أنّى ممدكم بألف من الملائكة مردفين
Maksudnya: (ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku akan membantu kamu Dengan seribu (bala tentera) dari malaikat Yang datang berturut-turut. (Al-Anfaal 9 )

Diriwayatkan dari RasuluLlah SAW bahawasanya beliau berdoa kepada Allah dalam peperangan Badar:
اللّهم أنجز لي ما وعدتنى
Maksudnya: Ya, Allah penuhilah apa yang telah engkau janjikan kepadaku.

Ahli gerakan Islam seharusnya menjadikan munajat dan berdoa sebagai perkara yang rutin dalam kehidupan mereka. Islam sekali-kali tidak akan mencapai kemenangan sekiranya tidak ada campur tangan dari Allah SWT. Kerana kemenangan itu berada ditangannya.

Oleh sebab itu, menghampirkan diri kepada Allah dengan cara bermunajat kepadanya adalah satu jalan untuk Allah SWT menkabulkan doa seseorang. Firman Allah SWT:
وإذا سألك عبادي عنى فإنّى قريب أجيب الدعوة الداع إذا دعان فليستجيبوا لي وليؤمنوا بي لعلهم يرشدون
Maksudnya: Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu tentangku, maka katakanlah: Bahawasanya aku dekat, aku mengkabulkan doa orang yang memohon, oleh itu hendaklah mereka menyahut seruanku dan hendaklah mereka beriman kepadaku supaya mereka menemukan jalan yang lurus. (Al-Baqarah 186)

SESEORANG YANG MELIHAT MUSUH
KEMUDIAN TIMBUL RASA TAKUT DIDALAM DIRINYA


RasuluLlah SAW jika melihat sekelompok kaum, kemudian timbul rasa takut didalam dirinya maka beliau berdoa kepada Allah:
اللهم أنّى أعوذبك من شرورهم وأدرأ بك فى نحورهم
Maksudnya: Ya Allah aku berlindung kepadamu dari kejahatan-kejahatan mereka dan aku memohon bantuanmu dalam menolak tipudaya mereka.

Ahli gerakan Islam yang bercita-cita untuk melihat islam berdaulat dengan megahnya dibumi ini perlu menauladani sikap RasuluLlah SAW apabila perasaan takut bertamu ketika berhadapan dengan musuh iaitu dengan meminta perlindungan dari Allah SWT.

Takut Adalah Sifat Yang Buruk

Oleh kerana buruknya sifat dan sikap ini, maka para rasul Allah selalu diberi dorongan oleh tuhan supaya berani tampil ke gelanggang perjuangan menegakkan kebenaran. RasuluLlah SAW adalah orang yang paling baik untuk dijadikan contoh tentang keberanian ini, sebab itulah beliau mampu menggondol piala kemenangan yang gilang gemilang, begitu juga dengan para sahabat-sahabatnya. Keberanianlah yang dapat menghantar kemajuan islam.

Allah SWT telah menyebut tentang keperwiraan kaum muslimin di zaman Nabi SAW sehingga mereka Berjaya meraih kemenangan.
Firman Allah SWT:
الذين قال لهم النّاس إنّ النّاس قد جمعوا لكم فاخشوهم فزادهم إيمانا وقالوا حسبنا الله ونعم الوكيل فانقلبوا بنعمة من الله وفضل لم يمسسهم سؤٌ واتبعوا رضوان الله والله ذو فضل عظيم
Maksudnya: Mereka juga ialah Yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: "Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya". maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: "Cukuplah untuk (menolong) kami, dan ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadanya Segala urusan kami)".Setelah (pergi mengejar musuh), mereka kembali Dengan mendapat nikmat dan limpah kurnia dari Allah, mereka tidak disentuh oleh sesuatu bencana pun, serta mereka pula menurut keredaan Allah. dan ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia Yang amat besar. (Ali-Imran 173-174)

Sekiranya sifat berani akan menaikkan sesuatu kaum menjadi ummat yang terhormat, maka sifat pengecut akan membawa sesuatu kaum itu tertindas dan hina. Firman Allah SWT:
إن الذين توفاهم الملائكة ظالمى أنفسهم قالوا فيم كنتم قالوا كنّا مستضعفين فى الأرض قالوا ألم تكن أرض الله واسعة فتهاجروا فيها فأولئك مأواهم جهنم وساءت مصيرا
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang Yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat Dengan berkata: "Apakah Yang kamu telah lakukan mengenai ugama kamu?" mereka menjawab: "Kami dahulu adalah orang-orang Yang tertindas di bumi". malaikat bertanya lagi: "Tidakkah bumi Allah itu luas, Yang membolehkan kamu berhijrah Dengan bebas padanya?" maka orang-orang Yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. (An-Nisaa’ 97 )

PERBANYAKKAN ZIKIR KEPADA ALLAH
KETIKA BERPERANG


يأيّها الذين أمنوا إذا لقيتم فئة فاثبتوا واذكروا الله كثيرا لعلكم تفلحون
Maksudnya : Wahai orang-orang Yang beriman! apabila kamu bertemu Dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).( Al-Anfaal 45 )

Ahli gerakan islam yang turun ke medan perjuangan samada medan itu berbentuk peperangan atau pilihanraya, maka ahli tidak boleh lalai dari mengingati Allah SWT. Kerana dengan zikir, ia boleh mendatangkan ketenangan kepada kita disaat-saat kita berhadapan dengan musuh. Sabda Nabi SAW:
لَا يَقْعُدُ قَوْمٌ يَذْكُرُونَ اللهَ إلّا حفّتْهُمُ المَلَا ئِكَةُ وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ ونَزَلَتْ عَلَيْهِمُ السَّكِيْنَةُ وذَكَرَهُمُ الله فِيْمَنْ عِنْدَهُ
Maksudnya: Tiada satu kaum pun yang duduk dalam majlis zikir kepada Allah, melainkan pasti dikelilingi oleh para malaikat dan diliputi oleh rahmat Allah, dan diturunkan kepada mereka ketenangan dan Allah pun menyebut mereka dihadapan para malaikatnya. (HR Muslim)

Berzikir kepada Allah SWT juga membolehkan seseorang itu terlepas dari bahaya yang menimpanya. Sebagaimana yang dialami oleh Nabi Yunus A.s ketika ditelan oleh ikan Nun, beliau sentiasa berdoa dan berzikir kepada Allah SWT. Sekiranya beliau tidak berzikir dan bertasbih kepada tuhan nescaya dia akan terus berada dalam perut ikan tersebut sampai mati.
Firman Allah SWT:
فالتقمه الحوت وهو مليم فلولا أنه كان من المسبحين للبث فى بطنه إلى يوم يبعثون
Maksudnya: Lalu ditelanlah dia (Yunus) oleh ikan, sedang dia telah melakukan kesalahan, maka sekiranya dia tidak termasuk orang-orang yang banyak menyebut Allah, nescaya dia akan tinggal didalam perut ikan itu hingga hari dibangkitkan. (As-Saffat 142-144)

Sabda Nabi SAW:
مَا عَمِلَ ابنُ أدمَ عَملاً أنجَى لَهُ مِن عذابِ اللهِ مِن ذِكْرِ اللهِ
Maksudnya: Tidak beramal bagi anak adam dengan satu amalan yang sangat meyelamatkan dari azab Allah seperti zikir (menyebut nama Allah). ( H.R Ibn Abi Syaibah )
Bersambung....

Monday, January 12, 2009

KELEBIHAN BERJIHAD DI JALAN ALLAH - 1


KEUTAMAAN JIHAD

فليقاتل فى سبيل الله الذين يشرون الحيوة الدنيا بالأخرة ومن يقاتل فى سبيل الله فيقتل أو يغلب فسوف نؤتيه أجرا عظيما
Maksudnya : Oleh itu, orang-orang (yang beriman) Yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada (kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam). dan sesiapa Yang berperang pada jalan Allah lalu ia mati (gugur Syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala Yang besar.

1) Abu Said meriwayatkan daripada RasuluLlah SAW beliau bersabda:
من رضى بالله ربّا وبالإسلام دينا وبمحمد نبيّا وجبت له الجنة
Maksudnya: Barangsiapa yang redha Allah sebagai tuhannya, islam sebagai agamanya dan Nabi Muhammad sebagai rasulnya maka wajib baginya masuk syurga.

Mendengar ucapan tersebut, takjublah Abu Said lalu beliau berkata “Ulangilah ucapan tersebut padaku Ya RasuluLlah.” Nabi SAW mengulangi ucapan tersebut kepadanya. Kemudian beliau bersabda :
وأخرى يرفع بها العبد مائة درجة فى الجنة ما بين كل درجتين كما بين السماء والأرض
Maksudnya: Dan ada amalan lain, Allah akan meninggikan bagi seorang hamba dengan seratus darjat tingkatan di dalam jannah. Jarak diantara dua darjat tingkatan tersebut sebagaimana jarak antara langit dan bumi.

Abu Said bertanya “Apa itu wahai RasuluLlah?”. Nabi SAW menjawab :
الجهاد فى سبيل الله , الجهاد فى سبيل الله , الجهاد فى سبيل الله
Maksudnya: Berjihad pada jalan Allah, berjihad pada jalan Allah , berjihad pada jalan Allah
[1]

2) Disebut didalam shoheh Bukhari, hadith yang ke 2787.Nabi SAW telah bersabda :
مثل المجاهد فى سبيل الله كمثل الصائم القائم القانت بأيات الله لا يفتر من صيام ولا صلاة حتى يرجع المجاهد فى سبيل الله تعالى
Maksudnya: Perumpamaan orang yang berjuang dijalan Allah seperti orang yang berpuasa, berdiri solat dan membaca ayat-ayat Allah. Dia tidak berhenti dari puasa atau solatnya sehingga orang itu kembli dari perang.

Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani berkata didalam Fathul Bari : RasuluLlah SAW menyamakan keadaan orang yang berpuasa dan solat (terus menerus) dengan keadaan seorang mujahid dalam memperolehi pahala dalam setiap gerak dan diamnya. Kerana yang dimaksudkan dengan seorang yang berpuasa dan solat adalah yang tidak pernah berhenti beribadah sesaat pun, maka pahalanya akan terus mengalir. Begitu pula keadaan seorang mujahid, tidak sesaat pun dari waktunya melainkan Allah SWT memberikan pahala kepadanya.

KEUTAMAAN KELUAR UNTUK BERJIHAD
DI JALAN ALLAH

Sabda Nabi SAW :
تضمّن الله لمن خرج فى سبيله لا يخرجه إلا جهادا فى سبيلي وإيمانا بي وتصديقا برسلي (فهو عليّ ضامن) أن أدخله الجنة أو أرجعه إلى مسكنه الذي خرج منه نائلا ما نال من أجر أو غنيمة
Maksudnya: Allah telah menjamin bagi seseorang yang telah keluar ke jalannya, tidak ada yang mendorongnya untuk keluar, kecuali untuk berjihad dijalanku, kerana iman kepadaku serta membenarkan rasulku (maka aku yang menjaminnya)
[2], bahawa aku akan memasukkannya kedalam syurga atau mengembalikannya ketempat tinggalnya semula yang mana ia keluar darinya dengan membawa pahala atau ghanimah.[3]

Telah disebut didalam sebuah hadith qudsi, bahawa Allah SWT telah berfirman “Hamba manapun dari kalangan hamba-hambaku yang keluar dari rumahnya untuk berjihad dijalan Allah dengan mengharapkan redhaku, maka aku menjamin baginya. Jika aku mengembalikannya (ketempat tinggalnya semula), aku mengembalikannya dengan membawa pahala atau ghanimah, dan jika aku mewafatkannya maka aku mengampuni dosa-dosanya dan Allah merahmatinya.

BERINFAQ DI JALAN ALLAH

مثل الذين ينفقون أموالهم في سبيل الله كمثل حبة أنبتت سبع سنابل في كل سنبلة مئة حبة والله يضاعف لمن يشاء والله واسع عليم
Maksudnya :Bandingan (derma) orang-orang Yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih Yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa Yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya ( Al-Baqarah 261 )

Seorang sahabat bertanya kepada RasuluLlah SAW. Wahai RasuluLlah, amalan apakah yang paling utama?. RasuluLlah SAW menjawab :
"مؤمن مجاهد بنفسه وماله فى سبيل الله ثم رجل فى شعب من الشعاب يعبد الله "
Maksudnya: Seorang mukmin yang berjihad dijalan Allah dengan jiwa dan hartanya. Kemudian seorang mukmin yang berada dalam sebuah lembah (jauh dari manusia) untuk sentiasa beribadah kepada Allah.
[1] H.R Muslim Kitab kepimpinan. Bab Penjelasan kedudukan mujahidin yang telah Allah sediakan dalam syurga. No 1884
[2] Kalimat dalam kurungan adalah tambahan dalam kitab Shoheh Muslim
[3] HR Bukhari.Kitab Al-Jihad. No 2787.


Bersambung....

Wednesday, January 7, 2009

HANCUR...HANCUR...HANCUR ISRAEL !!!!...

DENGAN PENUH AZAM, SATU TEKAD, SATU CITA-CITA
MARILAH SAMA-SAMA KITA BOIKOT BARANGAN ISRAEL



INILAH HASIL SUMBANGAN ANDA TERHADAP PRODUK-PRODUK
KELUARAN ISRAEL




Tuesday, January 6, 2009

DOA MUHAMMAD WASI' MENGGERUNKAN IBLIS

DOA MUHAMMAD BIN WASI’
SELEPAS SOLAT SUBUH


اللهُمَّ إنَّكَ سَلَطْتَ عَلَيْنَا عَدُوًّ بَصِيْرًا بِعُيُوْنِنَا, يَرَانَا هُوَ وَقَبِيْلُهُ مِنْ حَيْثُ لَا
نَرَاهُمْ...أَللهُمَّ فأَيِسَهُ مِنَّا كَمَا أَيَسَتْهُ مِنْ رَحْمَتِكَ ,وَقَنَّطْهُ مِنَّا كَمَا قَنَّطْتَهُ مِنْ عَفْوِكَ, وَبَاعِدْ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُ كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ رَحْمَتِكَ,

إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَئٍ قَدِيْر

Maksudnya: Wahai Allah engkau telah mentakdirkan kepada kami menghadapi musuh yang sangat arif tentang kelemahan kami. Ia dan sekutu-sekutunya melihat kami dan kami tidak melihat mereka. Ya Allah engkau jadikanlah ia berputus asa untuk menggoda kami sepertimana ia berputus asa dari rahmatmu, haramkanlah ia bagi kami, sebagaimana engkau mengharamkan ia dari mendapat keampunanmu. Jauhkanlah kami darinya sebagaimana engkau jauhkan dia dari rahmatmu. Sesungguhnya engkau berkuasa melakukan apa sahaja.ا

Muhammad bin Wasi’ mengatakan bahawa pada suatu hari ketika beliau dalam perjalanan ke masjid, iblis muncul dihadapannya dan berkata “Wahai anak Wasi’ engkau kenalkah aku?” Beliau menjawab “ Siapa engkau ini?”Ujar iblis, “Aku iblis”.Engkau mahu apa?. Tanya Muhammad. Iblis menjawab sambil merayu “Engkau jangan ajarkan kepada sesiapa pun doa itu dan aku berjanji tidak akan menganggumu.

Muhammad bin Wasi’ menjawab dengan tegas “ Demi Allah aku tidak akan haling sesiapa pun untuk mempelajarinya dan engkau buatlah apa yang engkau hendak buat. ( Sumber dari Buku Falsafah Isra’ dan Mikraj hubungkaitnya dengan gerakan islam masa kini )

Saturday, January 3, 2009

PAS MENANG DI PUSINGAN PERTAMA...TAPI JANGAN LEKA PUSINGAN KESETERUSNYA


Calon PAS yang telah telah diumumkan pada 1 January baru-baru ini oleh Presiden Pas Yb Tuan Hj Mohd Abdul Wahid Endut adalah calon yang paling sesuai untuk berada di kerusi P.036 itu.

Walaupun ada kenyataan pimpinan UMNO menyatakan, dengan pencalonan Yb Hj Mohd Abdul Wahid Endut akan memberi laluan yang mudah kepada calon BN untuk menang, tetapi sebenarnya UMNO cukup tertekan dengan pemilihan itu kerana Yb Abdul Wahid Endut telah dikenali ramai. Bukan setakat kawasan Kuala Terengganu bahkan termasuk kawasan-kawasan sekitarnya.

Beliau juga seorang yang cepat mesra dengan sesiapa sahaja yang yang ditemui berbanding dengan calon UMNO yang lebih banyak berada di Kuala Lumpur.
Sementara itu, dalam Malaysiakini.net menyatakan bahawa Othman Awang calon UMNO yang tewas kepada Yb Abdul Wahid Endut pada pilihanraya umum yang lalu berkata “wakil rakyat PAS itu dikenali di kalangan pengundi di DUN berkenaan Sebaliknya, tambah beliau, orang di DUN Batu Burok dan Ladang tidak mengenali beliau.”

Macamana boleh orang yang berada di DUN Batu Buruk dan Dun Ladang tidak mengenali beliau sedangkan beliau adalah YDP PAS Kawasan Kuala Terengganu, disetiap majlis ceramah yang diadakan disekitar kawasan Kuala Terengganu pastinya beliau akan memberikan ucapan alu-aluannya atas tiket YDP PAS Kawasan dan semasa PAS memerintah negeri Terengganu pada tahun 1999-2004, Yb Abdul Wahid Endut adalah salah seorang exco kerajaan negeri Terengganu. Ini bermakna Yb Mohd Abdul Wahid Endut adalah orang yang dikenali ramai.

Pada pusingan pertama ini, sebenarnya UMNO telah kalah apabila mencalonkan Wan Farid sebagai calon. Kerana beliau sering berada di Kuala Lumpur. Berbanding dengan calon PAS yang selalu mendampingi rakyat. Selalu disebut oleh sahabat-sahabat saya “Yb Wahid kalau ada 10 kenduri semuanya dia hadir, walaupun tak makan, tapi tetap hadir atas jemputan rakyat di DUNnya. Pernah satu masa beliau turun selepas subuh dari rumahnya menuju ke rumah orang kenduri untuk menyiang daging. Bagaimana Wan Farid?

Walau apapun petugas dan jentera Pakatan Rakyat jangan selesa dengan pusingan pertama ini, bimbangnya kita tewas dipusingan keseterusnya...munajat dan tawakkal kepada Allah adalah senjata utama kita berhadapan dengan UMNO.

QUNUT NAZILAH UNTUK UMMAT ISLAM DI PALESTIN

Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kamiDan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan merekaYa Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan merekaPecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian merekaDan hantarkanlah anjing-anjing Mu Ke atas mereka
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa Wahai Tuhan yang penuh raksasaWahai tuhan yang bersifat murkaYa Allah Ya Allah Ya AllahWahai Tuhan yang menurunkan Kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab Kalahkan mereka Kalahkan merekaKalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.


Catatan: Selepas solat, boleh ditambah lagi doa-doa untuk umat Islam dan para Mujahidin diseluruh dunia yang sedang menghadapi tentera Salib dan sekutunya dikalangan Munafiqin dan Murtaddin. Masukkan nama-nama para pengkhianat ummah seperti Mahmud Abbas, Husni Mubarak dan lain-lain serta pemimpin-pemimpin Amerika dan Israel. Berdoalah di dalam bahasa Melayu sekalipun (selepas solat) jika tidak mampu didalam Bahasa Arab, Allah memahami doa kita. ( Sumber dari www.arruhuljadid86.blogspot.com )