Wednesday, July 30, 2008

PAKLAH buat kerja haram lagi....


Hari ini (31 Julai 2008 Sila lihat berita Bernama) Paklah sekali lagi mengulangi perbuatan yang boleh membawa kepada haram iaitu meletakkan kalungan bunga di tugu peringatan Negara. Sedangkan majlis fatwa kebangsaan menyamakan perbuatan ini dengan orang-orang jahiliyyah beribadat. Apakah amalan ISLAM HADHARI membenarkan perbuatan seperti ini?

Sedangkan kita semua boleh lihat fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti bahawa perbuatan mengalungkan bunga, bertafakkur dan menundukkan kepala dihadapan tugu adalah haram. Diantaranya :

- Fatwa Mufti Pulau Pinang telah menyatakan, bahawa adalah haram tiupan dan bertafakur dengan menundukkan kepala selama 20 saat dengan meletakkan kalung bunga di tugu namun bacaan sajak yang boleh menimbulkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan, tetapi dengan syarat tidak dilakukan di hadapan tugu, atau di dalam suasana yang dilarang oleh syarak.

- Fatwa Mufti Pahang di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen bahawa :“Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.”

- Fatwa Mufti Perlis bahawa berdoa di tugu peringatan adalah ditegah oleh syara’ dan hukumnya haram kerana perbuatan seumpama itu termasuk di dalam larangan firman Allah dalam surah al Maidah ayat 90. Ayat itu bermaksud:”Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan al-ansab(menyembah berhala) dan al azlam (bertenung nasib) adalah najis daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya moga-moga kamu berjaya”.

Sekarang terbukti, bahawa ISLAM HADHARI yang didokongi oleh UMNO tidak mampu untuk menyekat perkara-perkara yang haram dan yang boleh membawa seseorang itu syirik kepada Allah SWT. Berbanding dengan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW (yang dianuti oleh kita yang tolak islam hadhari) yang mempunyai batas-batas dalam kehidupan ini.
Selain dari isu mat rempit, dadah, pelacur, buang bayi dan rompakan, sepatutnya akhbar arus perdana menyiarkan juga berita tentang perkara-perkara yang boleh menggugat aqidah ummat islam seperti mengalung bunga di tugu ini.supaya orang lain juga tidak sesat sebagaimana sesatnya si pengalung bunga ditugu negara itu.

Thursday, July 24, 2008

BILA PULAK DATUK NAN PANDAI JAGA PERASAAN RAKYAT ?

Ekoran dari kerajaan Negeri Terengganu membeli Mercedes,untuk kerajaan negeri Pahang Datuk Nan mengumumkan bahawa terus menggunakan kereta Perdana V6 untuk kegunaan Exco-exco kerajaan Negeri selaras dengan kehendak kerajaan Persekutuan. Beliau juga menyebut "Ini dilakukan selepas mengambil kira keadaan ekonomi semasa dan perasaan rakyat,"

Persoalannya betulkah kerana mengikut kehendak kerajaan persekutuan atau kerana negeri Pahang dah nak muflis ? Kalau tak, takkan Datuk Nan sanggup jual tanah milik UMNO kepada syarikat UMNO sebanyak 30.000 hektar ekar di Kuantan, Maran dan Rompin.?

Hujjah yang digunakan oleh Datuk Nan juga ialah selepas mengambil kira keadaan ekonomi dan perasaan rakyat. Bila pulak Datuk Nan ambil kira perasaan Rakyat? Rakyat Pahang tentu masih tidak lupa dengan nombor Plat CCC 9.Pejabat Menteri Besar Pahang telah membelanjakan RM48.000 untuk mendapatkannya. Pada ketika itu sedikitpun Datuk Nan tak fikir tentang perasaan rakyat.

Sekiranya betul Datuk Nan ikhlas nak Bantu rakyat dan nak jaga perasaan rakyat, beliau kena pertahan hak rakyat termasuk membantah kenaikan harga minyak,bil elektrik dan air yang mana rakyat sengsara dengan kenaikan bil-bil ini.

Saturday, July 19, 2008

KAKI KU MELANGKAH KE SURABAYA DENGAN PENUH MAKNA


11 Julai 08, Jam 8.50 pm Aku beserta rombongan bertolak ke Surabaya dengan tujuan untuk meninjau dan mengambil semangat dari pesantren-pesantren (Pondok) yang berjaya disana, rombongan kami juga melawat maqam-maqam aulia' dengan tujuan untuk merasai keperitan dan kehebatan ruh perjuangan mereka mempertahankan tanah jawa itu dari dijajah oleh Belanda.

Diantara tempat yang aku lawati ialah Pesantren Ustaz Abu Bakar Bashir, perjalanan kami dari Surabaya ke tempat Ust Abu Bakar jaraknya hampir 700 km, walau bagaimanapun rombongan tidak dapat berjumpa dengan beliau, kerana beliau pergi ke Medan. pelajarnya berkomunikasi dalam bahasa Arab. Inilah gambar sekolah dan rumah beliau :

Blogger bergambar dihadapan rumah Ust Abu Bakar Bashir di Wilayah Jawa Tengah.

Sebahagian Bangunan sekolahnya yang menampung 6500 orang pelajar

SELEBIHNYA PENGUNJUNG BOLEH MELAYARI BLOG:

http://www.fadhlikg2.blogspot.com/




Thursday, July 17, 2008

FIQH DEMO


FIQH DEMONTRASI
Oleh :Nur Faizin Muhith
Mahasiswa Pascasarjana Universitas Al-Azhar

(Ku persembahkan tulisan Nur Faizin (berasal dari indonesia) ini untuk Pejuang-pejuang Islam seluruh dunia)

Demonstrasi adalah pernyataan protes yang dikemukakan secara massal (KBBI 1997), baik protes itu ditujukan kepada seseorang maupun kelompok atau pemerintahan. Dia juga biasa disebut dengan istilah unjuk rasa. Ensiklopedi Britannic online memberikan definisi demonstrasi dengan a public display of group feelings toward a person or cause. (tahun 2008).

Di seluruh dunia, termasuk juga di Indonesia, demonstrasi seakan menjadi sebuah cara bagi orang-orang lemah yang terbungkam untuk menyuarakan inspirasi kepada pihak yang kuat. Secara khusus di Indonesia semenjak demo akbar yang digelar mahasiswa menurunkan Presiden Soeharto pada 1998 lalu, demonstrasi selalu menjadi kejadian yang menghiasi berita-berita harian masyarakat Indonesia.Dalam bahasa Arabnya demonstrasi diterjemahkan dengan muzhaharat (demonstrasi) dan juga masirah (long-march). Dua kata yang hampir mirip tetapi dalam pandangan Islam memiliki muatan hukum yang tidak sama. Jika yang pertama sering mendekati pada hukum haram (hurmah), yang kedua seakan sangat jelas diperbolehkan (ibahah).

Jika kembali pada Alquran, dua kata tersebut dengan arti sebagaimana definisinya di atas tidak dapat kita temukan meskipun kata muzharat dan masirah dengan definisi lain dapat dijumpai. Begitu juga di dalam hadis-hadis Rasulullah SAW. Ini menunjukkan bahwa demonstrasi adalah sebuah fenomena baru yang muncul dikarenakan kebebasan berpendapat yang sering terbungkam, tidak terdengar, atau mungkin sengaja tidak didengarkan.

Dalam sejarah Rasulullah SAW dan kepemimpinannya selama di Makkah dan Madinah, kita belum pernah membaca kejadian demonstrasi yang menuntut Rasulullah atas hak atau kebijakannya karena beliau memang seorang Rasul dan pemimpin yang telinganya sepenuhnya diberikan untuk mendengarkan umatnya yang terpimpin.

Sungguh beliau dalam hal ini adalah contoh bagi para pemimpin. Namun, sebaliknya, ada beberapa kejadian yang dilakukan oleh Rasulullah beserta para sahabatnya yang mirip dengan demonstrasi yang sekarang menjadi berita suguhan sehari-hari di media-massa. Kejadian-kejadian itu antara lain pertama tatkala umat Islam di Makkah sedang berkumpul di rumah Al-Arqam, Umar bin Khaththab yang masih kafir tiba-tiba datang dan meminta izin masuk. Lalu, Rasulullah menemuinya menyatakan masuk Islam. Spontan terdengar takbir seluruh penghuni rumah.

Umar kemudian bertanya. Bukankah kita berada di atas kebenaran ya Rasulullah? Lalu kenapa dakwah masih secara sembunyi-sembunyi? Saat itulah semua sahabat berkumpul dan membentuk dua barisan, satu dipimpin Umar bin Khaththab dan satu lagi dipimpin Hamzah bin Abdul Muththalib. Mereka kemudian berjalan rapi menuju Kabah di Masjidil Haram dan orang-orang kafir Quraisy menyaksikannya. (Imam As-Suyuthi: kitab Tarikh Al-Khulafa` halaman: 114 ).

Kejadian ini dalam terminologi di atas adalah masirah atau long-march yang jelas diperbolehkan. Atau bahkan dianjurkan jika dalam kondisi tertekan sementara kita dalam posisi lemah seperti kondisi umat Islam saat pertama kali dakwah di Makkah yang ditekan oleh kaum kafir Quraisy di Makkah.

Kedua, ketika turun perintah dari Allah SWT kepada Rasulullah untuk berdakwah secara terang-terangan (QS Asy-Syu’ara: 214) beliau kemudian memanggil seluruh kerabatnya dan kabilah-kabilah di Makkah untuk berkumpul di bukit Shafa. Setelah berkumpul, beliau kemudian berorasi tentang agama yang dibawanya secara argumentatif dan logis. (kitab Tafsir Ibn Katsir, vol: 3, halaman: 350)

Meskipun ini dilakukan Rasulullah sendiri, tetapi orasi tentang Islam dan dakwahnya dengan mengumpulkan penduduk Makkah ketika itu mirip dengan demonstrasi yang terjadi sekarang. Yang jelas Rasulullah ingin menyuarakan suara Allah yang selama ini ditekan dan disembunyikan.

Ketiga, pada waktu umrah qadha tahun tujuh Hijriyyah, Rasulullah datang bersama sahabat Muhajirin dan Anshar ke Makkah untuk melakukan umrah yang sempat dilarang kafir Makkah di tahun sebelumnya. Dalam umrah ini, Rasulullah memerintahkan kepada umat Islam agar terlihat gagah dan kuat untuk menepis anggapan kafir Makkah bahwa umat Islam di Madinah menjadi lemah karena penyakitan. (kitab Uyûn Al-Atsar, vol: 2, halaman: 185)

Dalam kejadian-kejadian di atas, sama sekali tidak pernah kita jumpai perbuatan pengrusakan atau perbuatan-perbuatan anarkis yang sudah layaknya sering dilakukan oleh para demonstran saat ini. Lebih-lebih ketika keinginannya tidak dapat dipenuhi atau aspirasinya tidak disetujui.
Kesalahan demonstrasiSebagaimana disinggung di atas, mudzaharat adalah demonstrasi yang dilarang dan masirah adalah demonstrasi yang diperbolehkan atau dianjurkan. Yang membedakan keduanya adalah tindakan-tindakan para demonstran ketika menyampaikan suara dan juga bentuk tuntutan atau protes itu sendiri. Ada beberapa kesalahan yang seharusnya tidak dilakukan dalam demonstrasi, antara lain

pertama mendahului suara Tuhan. Artinya, demo dilakukan untuk menentang suara yang sudah jelas-jelas menjadi perintah Tuhan di muka bumi. Dalam hal inilah Allah SWT berfirman: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului (suara) Allah dan Rasul-Nya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (QS Al-Hujurat: 1).

Menyuarakan protes menentang perintah Allah dan Rasul-Nya adalah mendahului suara-Nya yang dilarang dalam ayat tersebut.

Kedua, over-acting dalam berorasi mengungkapkan protes sehingga terkesan berlebih-lebihan. Di dalam Alquran Allah telah mengingatkan agar tidak terlalu mengeraskan suaranya berlebih-lebihan. Firman-Nya: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengeraskan suaramu melebihi suara Nabi. (QS Al-Hujurat: 2). Berlebihan pada umumnya memang dilarang dalam Islam.

Ketiga, provokasi yang hanya bertujuan meluapkan emosi tanpa dibarengi dengan saran untuk selalu tertib dan bergerak sesuai kesepakatan. Provokasi seperti itulah yang disebut sebagai hasutan. Hasutan dilarang dalam Islam. Seharusnya provokasi dibarengi dengan penekanan kesabaran pada diri para demonstran sehingga demonstrasi bisa hidup dan berjalan dengan aman.

Keempat, desolasi yang merugikan baik terhadap pihak bersangkutan yang didemo maupun yang tidak bersangkutan. Larangan ini ditegaskan Allah dalam berbagai ayat Alquran, di antaranya firman-Nya: Sesungguhnya Allah tidak menyukai (membenci) orang-orang yang berbuat kerusakan. (QS Al-Qashash: 77).

Kelima, melakukan penyiksaan diri sendiri, seperti aksi mogok makan sehingga beberapa mereka harus dilarikan ke rumah sakit. Penyiksaan terhadap diri sendiri dilarang dalam Islam, apalagi jika sampai membahayakan nyawa. Allah menegaskan: Dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan. (QS Al-Baqarah: 195).

Ikhtisar:- Islam membolehkan demonstrasi sepanjang tak keluar dari koridor Alquran dan Hadis.- Menyampaikan aspirasi yang merugikan diri sendiri dan orang lain jelas haram

Tuesday, July 8, 2008

SYABAS TOK GURU


SOLAT SYARAT NAIK PANGKAT Saya ingin memberi respon kepada Idea bernas dari YAB T.G Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagaimana yang dilaporkan didalam sebuah akhbar tempatan,

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan menjadikan wajib solat lima waktu dan Jumaat sebagai syarat kenaikan pangkat dan pengambilan baru kakitangan awam serta pemilihan calon wakil rakyat dan jawatan politik lain termasuk penghulu.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata peraturan itu sama seperti pelaksanaan syarat mesti lulus Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dalam pengambilan kakitangan kerajaan ketika ini.

"Saya akan kemukakan kepada kerajaan nanti bahawa yang tak sembahyang lima waktu dan tidak menunaikan solat Jumaat, tak boleh pegang jawatan dalam kerajaan negeri bermula dari penghulu, penggawa dan wakil rakyat.

"Kita akan tapis orang ini... sembahyang atau tidak, lebih-lebih lagi sembahyang Jumaat,” katanya kepada pemberita ketika sesi rehat Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darulnaim di sini, semalam.

Orang yang beragama islam sewajibnya bersetuju dengan syarat yang dikenakan terhadap kakitangan kerajaan ini. Kerana apabila dilihat peranan solat dengan lebih mendalam, kita percaya segala bentuk penyelewengan tidak akan berlaku, keadilan akan terbina, keamanan dan kepercayaan rakyat akan tertancap kukuh dihati sanubari mereka. Tidak ada sesuatu yang lebih mengembirakan bagi sesebuah kerajaan melainkan apabila mendapat kepercayaan dan mandat daripada rakyat mereka sendiri.

Lihatlah saudara, bagaimana peranan solat, diantaranya :

1. Firman Allah SWT:

وأقم الصلوة إن الصلوة تنهى عن الفحشاء والمنكر

Maksudnya: Hendaklah kamu mendirikan sembahyang, sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari melakukan perkara yang keji dan mungkar (Al-Ankabut 45)

Berasaskan ayat ini, kita akan lihat mana-mana mereka yang dinaikkan pangkat, kakitangan awam, penghulu dan calon wakil rakyat akan menjadi mereka yang amanah dan bertanggung jawab terhadap kerja yang diamanahkan kepada mereka. Dengan itu tidak timbul lagi soal penyelewengan, rasuah, pecah amanah dan sebagainya.

Sembahyang yang penuh khusyuk itulah sebenarnya membentengi diri mereka dari terus melakukan amalan-amalan jahat.

2. Solat menjadikan seseorang ingat kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT:

إننى أنا الله لا إله إلا أنا فاعبدنى وأقم الصلوة لذكرى

Maksudnya: Sesungguhnya akulah Allah tiada tuhan selain aku. Maka sembahlah aku, Dan hendaklah kamu dirikan sembahyang untuk mengingatiku.( Thaha 14 )

Apabila seseorang itu sentiasa ingat kepada Allah yang mencipta seluruh alam dan segala bentuk isinya ini, pada masa itu manusia akan merasakan kekerdilannya dihadapan Allah. Mereka sentiasa merasakan dirinya diperhati oleh Allah SWT gerak gerinya sentiasa diawasi oleh raqib dan atid, dimana mereka berada.

Inilah kehebatan sembahyang. Yang boleh membawa keamanan, kemakmuran dan keadilan kepada sesebuah negeri itu sendiri. SYABAS ku ucapkan kepada TOK GURU….

Menurut Al-Faqih Abu Laith As-Samarqandhi bahawa orang yang mengerjakan sembahyang akan mendapat penghormatan dari Allah SWT :

  1. Selamat dari kehidupan yang sempit.
  2. Selamat dari seksa kubur.
  3. Catatan amal diterima dengan tangan kanan.
  4. Melalui titian Sirat Al- Mustaqim seperti kilat menyambar.
  5. Masuk syurga tanpa hisab.

Wassalam

Dari Abu Ayyash

090720081223am