Friday, November 4, 2011

[Dedah] UMNO Dalang Perobohan Rumah Penduduk Pantai Jerejak P.Pinang

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyatakan pemimpin Umno adalah dalang di sebalik perobohan rumah penduduk kampung di Pantai Jerjak, Bayan Lepas.

Guan Eng pada sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang menegaskan, kerajaan negeri setakat ini tidak pernah merobohkan sebarang rumah tanpa memberikan pampasan yang sewajarnya.

Kenyataan ini sekaligus menafikan fitnah pihak pembangkang Pulau Pinang dan tindakan mereka yang sering memfitnah kerajaan Pulau Pinang sebagai anti-Melayu.

"Saya selalu difitnah anti-Islam oleh Umno dan anti-bukan Islam oleh Gerakan kerana menambah peruntukkan kepada majlis agama. Dengan ini, yang anti sebenarnya di sini tidak lain tidak bukan Umno sendiri.

"Tindakan ini tidak memberikan apa-apa kepada rakyat termasuk orang Melayu sendiri malah menunjukkan keangkuhan umno sendiri dalam usaha menangani isu kemiskinan.

"Kerajaan Pakatan Rakyat berpendapat, tindakan tersebut tidak wajar dilakukan oleh sesebuah parti yang dipimpin oleh pemimpin Umno terutamanya rumah yang diroboh dihuni oleh mereka yang berumur 70 tahun.

"Kerajaan negeri akan cuba membantu mangsa dan tidak membenarkan sebarang permohonan syarikat pembangunan pemaju sehingga mangsa tidak diberikan sebarang pampasan yang sewajarnya dan ini prinsip perjuangan Pakatan Rakyat," katanya.

Ujar beliau, selama ini pihak kerajaan negeri akan berunding dengan semua pihak terutamanya pemaju sebelum membuat apa-apa keputusan terutamanya membabitkan perobohan mana-mana kawasan.

"Kita selalu berusaha untuk berunding. Biasanya pemaju sedia berunding seperti yang disebutkan tadi. Hanya mereka yang mempunyai kuasa sahaja tidak ingin berunding iaitu khususnya yang ada kuasa tidak lain tidak bukan yang menjadi pemimpin Umno. Itulah yang mereka rakus, angkuh dan tidak mahu berunding.

"Selalu kerajaan negeri dipersalahkan. Selalu saya sendiri yang kena. Semuanya tiada kaitan dengan kerajaan negeri dan kita lihat yang akhirnya buat perobohan adalah seorang pemimpin. Kita lihat di sini, yang roboh rumah kampung melayu adalah UMNO dan bukanlah kerajaan negeri," katanya.

Beliau percaya, rakyat Pulau Pinang akan tahu siapa yang sebenarnya merobohkan kampung Melayu adalah pemaju Umno sendiri. -tvsnews

Pemaju Roboh Rumah Pusaka

INILAH rumah pusaka Ghazali Ibrahim di Kampung Sungai Nibong Kechil,
George Town sebelum dirobohkan.

GEORGE TOWN – Gara-gara gagal mendapat persetujuan, enam beradik terpaksa berputih mata apabila rumah pusaka milik keluarga yang berusia 80 tahun di Kampung Sungai Nibong Kechil dekat Jalan Tun Dr. Awang di sini diroboh pemaju semalam.

Operasi meroboh dijalankan berikutan notis pengusiran yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Balik Pulau ke atas penghuni rumah tersebut ketika ini, Ghazali Ibrahim, 63, pada 14 Oktober lalu.

Rumah tersebut terpaksa dirobohkan kerana tanah tersebut kini diambil alih oleh Koperasi Tunas Muda Berhad untuk memajukan projek perumahan.

Rumah Ghazali paling akhir dirobohkan kerana rumah penghuni lain yang dibina di atas tanah yang sama sudah dirobohkan beberapa bulan lalu.

Peguam Koperasi Tunas Muda Berhad, Syamsul Jamil berkata, tindakan mengusir penghuni dan meroboh rumah tersebut sepatutnya berkuat kuasa Ogos lalu tetapi ditangguhkan atas budi bicara pihak mahkamah dan pemaju.

Menurut beliau, pemilik rumah tersebut pernah ditawarkan pampasan sebagaimana ditetapkan oleh mahkamah tetapi ditolak.

RUMAH pusaka Ghazali dirobohkan dengan jentolak dalam masa yang singkat.

Kosmo! difahamkan pemaju menawarkan pampasan berjumlah RM42,000 kepada Ghazali.

“Operasi hari ini (semalam) adalah mengikut perintah mahkamah dan tindakan meroboh terpaksa diteruskan,” kata Syamsul kepada pemberita di sini semalam.

Sementara itu, adik Ghazali, Abd. Laziz, 61, berkata, dia kecewa kerana semua adik-beradik gagal mempertahankan rumah tersebut.

“Sekiranya abang saya (Ghazali) berbincang secara baik dengan pemaju, sudah tentu kami mendapat hak masing-masing (pampasan) yang setimpal.

“Sikap dia yang enggan berbincang dengan kami adik-beradik menjadikan masalah ini bertambah rumit sedangkan pemaju ada menawarkan sejumlah pampasan kepada pemilik rumah yang tanah mereka diambil,” jelasnya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin memberitahu, pihaknya berharap pemilik tanah dan pemaju masih dapat mempertimbangkan pampasan yang setimpal kepada keluarga tersebut. -kosmo

http://greenboc.blogspot.com

DOKUMEN PENYELEWENGAN JAMIL KHIR GUNA DUIT ZAKAT TERDEDAH!


Ingat gesaan Mahfuz Omar AP Pokok Sena meminta Jamil Khir menteri Ugama UMNO untuk menjelaskan penggunaan baca seleweng wang zakat untuk tujuan politik baca pogram memburukan parti PAS..

Dan persoalan yang utama bukan kenapa mengutuk PAS tapi kenapa guna wang Zakat? Kenapa guna Wang rakyat? Sepatutnya Wang zakat di gunakan kepada yang berhak, bukan di gunakan oleh parti UMNO untuk menjatuhkan lawan! (Rujuk sini: REVOLUSI ANAK MUDA MALAYSIA) UMNO dah takde wang kaaaa???

Hari ini dari kotak inbox Pages Era Pasca, aku telah di beri dari parlimen dokumen-dokumen yang melibatkan projek Jamil Khir dalam menerbitkan buku bertajuk Pas bukan Parti Islam bertujuan memburukan PAS. Ingat persoalannya.. Aku tak kesah UMNO nak lawan PAS (ini Normal) tapi kenapa libatkan wang Zakat!?

Teringat cerita skandal Jamil Khir dengan Wanita Tabung Haji kelmarin.. kehkehkeh

Dokumen-dokumen ini adalah untuk sebaran umum bagi membuktikan dakwaan AP Mahfuz Omar bukan omong kosong.. dan sehingga hari ini masih tiada jawapan balas dari Menteri Agama Umno ini di Parlimen.. Mungkin tunggu popejib balik dari Mekah.. Mungkin..
1) Surat Permohonan Pembiyaan (pohon nak duit projek ler)
2) quotation (sebut harga)
3) Delivery Order (Barang Sampai)
INVOICE (Pemohonan Bayaran dari RR MEDIA kepada JAMIL KHIR)

Lagi dokumen-dokumen berkaitan anda boleh ke SINI (www.facebook.com/EraPasca)

Thursday, November 3, 2011

PANAS !!! : AHLI PARLIMEN UMNO DITUDUH TERIMA RASUAH SETENGAH JUTA?

Oleh : JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN

TIDAK siapa menyangka Ahli Parlimen Silam yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Duta Keamanan PBB’ yang kini berstatus ‘DR’ Haji Salleh Kalbi didakwa telah menerima rasuah RM500,000, tidak termasuk sebuah kereta Honda Accord daripada kontraktor IGM Enterprise sebagai imbalan kerana berjanji untuk melobi tiga projek jalan raya di parlimen Silam

“Fang Choi Ming ada menghubungi saya mengadu bahawa Salleh enggan mengembalikan kereta Honda Accord yang digunakan isterinya dan wang RM500,000 yang telah diambilnya kerana bimbang Salleh akan mengganggu perniagaan beliau dan meminta saya melaporkan isu ini kepada SPRM,” kata Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, Citra Masadi yang juga seorang kontraktor dan pernah diganggu Salleh kerana enggan memberikan rasuah.

Menurut Citra, Fang memberitahu beliau, Salleh tidak bersungguh-sungguh membantunya dan sering mengelak setiap kali cuba ditemui.

Sehubungan itu, Citra telah membuat laporan polis di Balai Polis Tawau melalui laporan yang bernombor KNK/RPT/2447/2011 yang isi kandungannya seperti berikut;

“PADA lebih kurang jam 7.45 malam, saya datang ke balai polis untuk membuat laporan ke atas Ahli Parlimen Silam, YB Haji Salleh Kalbi kerana telah menggunakan lambang jata persekutuan yang dikhaskan untuk Ahli Parlimen sahaja; malangnya lambang tersebut juga boleh digunapakai oleh kenderaan milik IGM Enterprise Sdn.Bhd seperti yang disiarkan dalam portal sabahkini.net dan saya juga difahamkan IGM Enterprise Sdn.Bhd telah merasuah YB Salleh Kalbi sebanyak RM500,000 beserta sebuah Honda Accord untuk mendapatkan projek membina Jalan Ulu Teburi, Jalan Putatan Baru dan Jalan Opak-Mensuli. Bagaimanapun IGM Enterprise Sdn.Bhd telah gagal mendapatkan projek tersebut dan pihak IGM Enterprise Sdn.Bhd telah memaklumkan kepada saya bahawa mereka takut membuat laporan polis kerana YB Salleh Kalbi mempunyai kuasa di Lahad Datu. Tujuan laporan ini dibuat agar pihak SPRM menjalankan siasatan serta mengambil tindakan ke atas YB Salleh Kalbi. Sekian laporan saya.”

Dalam pada itu, Salleh Kalbi yang dihubungi enggan menjawab panggilan telefon sekalipun telah dihubungi beberapa kali./sabahkini.net

50 tahun UMNO perintah Malaysia....Mana peniaga melayu ?



"Untuk sekian lama, ahli perniagaan Cina tempatan kita telah menjadi pelabur domestik utama dan tidak salah bagi saya katakan bahawa tanpa mereka, Malaysia tidak akan berada di tempat di mana ia berada hari ini," katanya disambut dengan tepukan gemuruh
MEMANG TAK SALAH KITA MENGAKUI tanpa kaum china malaysia tak kemana, yg salah kenyataan tersebut ia telah menjatuhkan martabab bangsa melayu sendiri,dan itu tidak berpijak dibumi yg nyata dengan sejarah panjang bangsa melayu seperti melaka yg diagungkan itu..

seolah olah rezeki ditangan kaum china.. bukan ditangan tuhan... bukan kehadiran merekalah yg telah merebut kek ekonomi kaum melayu...

( http://www.kedahlanie.info )

YEN YEN PEMBOHONG!!! Pelancong ke Kedah bertambah dikatanya berkurang

images/stories/maniuk.jpgALOR SETAR Kerajaan Negeri telah melantik konsultan untuk kajian industri pelancongan di negeri ini di mana menunjukkan berlaku peningkatan, berbeza dengan dakwaan Menteri Pelancongan, YB. Dato’ Seri Dr Ng Yen Yen.


Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam, YB. S. Manikumar berkata, Kerajaan Negeri tidak wajar dipersalahkan jika jumlah pelancong ke Kedah merosot, ekoran tidak mendapat kerjasama sepenuhnya daripada agensi pelancongan bawah Kerajaan Pusat.

“Malah, statistik mendakwa berlaku penurunan dalam jumlah pelancong ke negeri Kedah turut diragui,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bagi mengulas dakwaan Menteri Pelancongan, YB. Dato’ Seri Dr Ng Yen Yen yang menggesa Kerajaan Negeri merangka produk dan program pelancongan lebih menarik selain tidak terlalu bergantung kepada Langkawi semata-mata, ekoran jumlah pelancong ke negeri Kedah merosot sejak tahun 2008 di pejabatnya di Wisma Darul Aman, di sini.

YB. S. Manikumar memberitahu, berdasarkan sumber Unit Perancang Ekonomi Negeri Kedah (UPEN), jumlah pelancong ke Kedah pada tahun 2007 ialah 3.5 juta, meningkat kepada 3.9 juta tahun 2008, seterusnya 4.3 juta juta tahun 2009. Ingin saya bertanya dari mana Yen Yen mendapat statistik mendakwa ianya merosot.

Menurutnya, kedatangan pelancong asing juga meningkat iaitu sejak tahun 2007, sebanyak 1.2 juta kepada 1.4 juta (2008) dan 1.5 juta tahun 2009.

“Jumlah pelancong ke Langkawi juga meningkat, iaitu 2.1 juta (2007), 2.3 juta (2008) dan 2.6 juta (2009). Namun tidak dinafikan jumlah pelancong ke Langkawi melebih jumlah pelancong ke tanah besar Kedah. Ianya tidak wajar dipersoal kerana Langkawi adalah sebahagian daripada Kedah,” katanya.

Mengulas mengenai dakwaan itu, YB. S. Manikumar menjelaskan, pihaknya agak kecewa kerana agensi pelancongan bawah Pusat, iaitu Tourism Malaysia, Majlis Tindakan Pelancongan Negeri (MTPN) Kedah dan Lembaga Kemajuan Langkawi (Lada) tidak memberi kerjasama sepenuhnya untuk melonjakkan industri pelancongan Kedah.

“Sepatutnya wakil ketiga-tiga agensi itu sentiasa berbincang bersama saya, selaku wakil Kerajaan Negeri untuk merangka program pelancongan sepanjang tahun, tetapi tidak wujud penyelarasan kerjasama yang baik antara Pusat dengan negeri untuk pacu pelancongan. Saya hanya dimaklum selepas program dirangka sedangkan saya sepatutnya mengetuai industri ini,” ujarnya.

Beliau memberitahu, promosi bersama antara Pusat dan Kerajaan Negeri juga kurang menyerlah, dan masing-masing membawa haluan sendiri.

“Penonjolan produk pelancongan tertentu diletak bawah pejabat pelancongan negeri Kedah, di mana Kementerian akan melantik kontraktor menerusi rundingan terus tanpa rujuk pada negeri. Ada kala ianya menimbulkan masalah seperti tidak memenuhi spesifikasi yang terpaksa ditanggung negeri,” jelasnya.

Ini berikutan selepas negeri Kedah diambil alih Pakatan Rakyat (PR), perkara ini diletak bawah bidang kuasa pejabat pembangunan negeri (SDA), berbanding sebelum ini bawah Unit Kawal Selia, UPEN.

YB. S. Manikumar turut kesal kerana tidak pernah diundang menyertai mana-mana program pembangunan pelancongan peringkat Pusat, termasuk perjumpaan antara Menteri dan Exco Pelancongan setiap tiga bulan sekali.

“Saya andaikan Menteri yang tidak buat kerja, bukan saya. Exco PR seolah dipinggirkan. Menteri patut tanya Tourism Malaysia apa dia buat untuk Kedah sebelum tanya saya,”
katanya.

Menurutnya, pihaknya turut menganjurkan pelbagai program pelancongan menggunakan bajet negeri yang berjaya menarik penyertaan negara luar, antaranya Royal Langkawi Regatta, Kedah International Hot Air Baloon dan Paramotor Kedah Satun International Challenge.

“Di setiap daerah pula kita wujudkan kluster produk tersendiri, antaranya Pusat Rekreasi Ulu lenggong (Baling), Lembah Bujang (Sungai Petani), Pendang Lake Resort dan Gunung Jerai Resort dan Taman Orkid, Pusat Rekreasi Sungai Sedim (Kulim) dan Titi Hayun (Yan),” jelasnya.

Tambahnya, negeri Kedah memiliki produk pelancongan tersendiri yang mencukupi namun kemungkinan promosi oleh agensi Pusat termasuk ejen pelancongan tidak mencakupi aspek itu.

“Saya turut berpandukan pada Pelan Strategik Kedah Sejahtera, dalam merangka program bersesuaian. Malah kajian dan perancangan bagi tempoh lima tahun turut dirangka secara komprehensif,” ujarnya.


DATA

Jumlah pelancong ke Kedah 2007 2008 2009

Domestik 2.3 juta 2.5 juta 2.8 juta
Antarabangsa 1.2 juta 1.4 juta 1.5 juta
Jumlah keseluruhan 3.5 juta 3.9 juta 4.3 juta


Jumlah pelancong ke Kedah 2007 2008 2009

Langkawi 2.1 juta 2.3 juta 2.6 juta
Tanah besar 1.4 juta 1.6 juta 1.7 juta

http://paspb2.blogspot.com

Tuesday, November 1, 2011

Selepas aduan 'dicabul', pengadu pula didakwa

NONETujuh tahun yang lalu, seorang pengurus akaun membuat aduan bahawa dirinya dicabuli oleh oleh 11 anggota polis tetapi mendakwa langsung tidak dimaklumkan berhubung sebarang siasatan.
Namun, kira-kira tengah malam, semalam, pihak polis akhirnya bertindak - tetapi sebaliknya wanita itu pula ditahan.

Beliau terpaksa bermalam di lokap polis sementara menunggu dihadapkan ke mahkamah hari ini atas pertuduhan menghalang polis daripada melaksanakan tugas.

Menurut peguam, Keppy Wong (kanan), wanita itu, Wong Bee Fong, 39, akan didakwa di Mahkamah Majistret Kajang.

"Apayang terjadi kepada negara hari ini? Mereka (polis) boleh memaklumkan kepada beliau mengenai pertuduhan berkenaan tetapi sebaliknya menangkap beliau di tengah-tengah malam," katanya kepada Malaysiakini.

"Sudahlah dirinya dicabul kehormatannya, sekarang beliau terpaksa meringkuk di lokap pula.”

Wong bee fong demonstrating how she was molested by policeBee Fong mendakwa bahawa beliau ditahan semasa sekatan jalan oleh polis di Taman Connaught, Kuala Lumpur kerana disyaki memandu ketika dalam keadaan mabuk.
Selepas berunding, dakwanya, beliau meminta anggota polis untuk mengembalikan lesen memandunya dan mengeluarkan saman.

Bagaimanapun, anggota polis berkenaan didakwa enggan berbuat demikian dan sebaliknya meminta rasuah sebanyak RM3,000.

Beliau kemudiannya memandu ke arah balai polis Batu 9 balai di Cheras, tetapi berkatasebuah kereta Proton Wira berwarna perang mengekorinya dan memaksanay mengubah haluan ke bangunan Pasukan Gerakan Awam.

Semasa Bee Fong keluar dari keretanya, 11 anggota polis didakwa menghampiri dirinya dan mula meraba tubuhnya.

www.malaysiakini.com/bm