Friday, June 25, 2010

40 ULAMAK MUDA UMNO PERLU BERSEDIA DENGAN LABU-LABUNYA

Allahu Akbar sudah lama rasanya tak Update blog ini, apa boleh buat laptop dan broadband isteri pinjam untuk kursusnya selama sebulan.

Mengapa Kami Sertai UMNO.

Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd Othman berkata tujuan beliau dan 39 lagi ulama muda menyertai Umno malam ini adalah untuk membantu kerja-kerja dakwah dalam parti itu.

Ini menandakan bahawa dalam UMNO selama ini tidak ada kerja-kerja dakwah. Selama ini ingat saje- saje jee Shahrizat Jalil, Rafidah Aziz, Azalina Othman dan beberapa pimpinan puteri dan wanita tak pakai tudung, lepas tu ada pemimpin-pemimpin BN yang terlibat dengan judi, rasuah..rupanya takde kerja dakwah amar makruf nahi munkar...:)


Beliau mewakili kumpulan ulama tersebut menyerahkan borang keahlian mereka kepada Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di PWTC malam ini.

Seramai 16 daripada mereka hadir manakala bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang diuar-uarkan akan turut menyertai Umno tidak bersama kumpulan itu malam ini.

"Saya mewakili kumpulan ulama muda untuk bekerjasama dengan Umno dalam perkara-perkara keagamaan dan kerohanian.

Tak kisah mereka mengaku ulamak muda, tapi kita kena ingat, ulamak ada dua, ulamak Akhirat dan ulamak Ssu' (Jahat). Ulama' akhirat akan menyuruh kepada kebaikan dan dalam masa yang sama mereka juga mencegah kemunkaran. Manakala ulama' dunia, mereka akan mencari habuan dunia untuk hidup, langsung tidak selera untuk mencegah kemunkaran yang dilakukan oleh pemimpin yang zalim...Ujian berat buat ulama' muda yang baru masuk UMNO, diharap dengan 39 orang yang bersama fadlan dapat menghapuskan judi, arak dan rumah-rumah pelacuran yang bertebaran.

"Kami banyak buat perbincangan, kami dapati satu perkara positif untuk menyertai Umno bagi menggerakkan usaha -usaha untuk berdakwah.

"Kami berusaha untuk menegakkan kebenaran berasaskan kepada alQuran, hadith dan pandangan ulama muktabar," kata Fadlan yang dalam proses mendapatkan PhD dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Kalau kamu semua nak kebenaran berasaskan al-quran, hadith dan pandangan ulamak muktabar, kena dok dalam PAS baru betul...Umno terang-terang tolak hukum al-quran, hina sunnah nabi. Kalau anda hanya sebuah van vannete jangan berangan nak tarik lori minyak.

Fadlan berkata daripada 40 orang ulama muda itu, ada yang bekerja sebagai pensyarah, penasihat agama, ahli motivasi.Sementara itu Fthul Bari pula berkata Umno berjanji untuk mempastikan agamawan muda meneruska kerja-kerja dakwah.

Beliau menyifatkan ianya sebagai tawaran yang dinanti-nantikan dan peluang keemasan untuk berdakwah.

"Kebanyakan mereka ini berkelulusan dari Jordan, Madinah dan Mesir.

"Kalau ilmu mereka dinafikan untuk disampaikan kepada masyarakat, maka pengajian kami sia-sia," katanya

Kita tak menafikan ilmu mereka, tetapi sejarah telah buktikan bahawa ulama' dalam umno sebelum ini seperti melukut di tepi gantang...taakut untuk menyatakan kebenaran. hanya ghairah habuan dunia semata-mata. Seperti Dr Hamid Othman, sanggup menyokong judi didalam parlimen semasa beliau sebagai menjadi menteri , Dr Yusuf Nor dan Bekas Exco Pemuda Umno Malaysia Shamsul Najmi Shamsuddin, pernah menyokong tindakan JAIS yang menyerbu The Zouk (kelab malam) sewaktu itu beliau memegang BIRO AGAMA PERGERAKAN PEMUDA UMNO, tetapi ketua pemuda UMNO bersikap membela artis yang terlibat dalam serbuan itu.Akhir sekali Shamsul Najmi terjun dengan labu-labunya entah kemana....

Sedangkan Shamsul Najmi bersetuju JAIS menyerbu kelab maksiat itu....itulah standard orang agama dalam UMNO. Jadi bersedialah 40 orang ulamak muda ini dengan labu masing-masing....

Saturday, June 5, 2010

DARI MASJID KAMPUNG BARU KE KEDUTAAN AMERIKA


UPLOAD GAMBAR -GAMBAR DEMONTRASI DITANGGUHKAN
KERANA SERVER LEMBABYb Dato' Sri Anwar Ibrahim sedang berucap selepas menyerahkan
memo bantahan kepada pegawai kedutaan Amerika
Yb Lim Kit Siang menyampaikan ucapan membantah
kekejaman Israel
Yb Ust Nasharuddin Mat Isa (Timb. Presiden Pas Pusat) menutup
perhimpunan dengan ucapan dan doa
Ini bukan peminta sedekah ye...Pemuda Pas Kuala Krau berehat
keletihan di stesen LRT Ampang Park
Semangat....Antara anak muda yang menangis dengan kekejaman Israel
terhadap ummat Islam Palestin
Anak teruna....sentiasa hadir kemana sahaja demontrasi dan himpunan diadakan
Hari ini beliau bagaikan tok guru pondok