Thursday, October 27, 2011

Wakil Rakyat Umno menyertai perarakan "Menghantar Pulang Tokong Sayur" bersama penganut budha

Zulkifli Yahaya
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi0MoLaNDGv1Ly-IUjkOdStNMkosO28E16LaocMk-0T0dtxqoqorm1VeOvdJXXKbLxVzIerC8g4t7xGdZHH_9Q2m9HuTeaqWjRmkR689BTDbDEYXJ_PMe68xVIhyye_4SGm0DygHvPLL8yC/s1600/ahmad_bashah_md_hanipah.jpg
PENGERUSI Perhubungan Umno Kedah, Dato’ Ahmad Bashah Md Hanipah menerima tempelakan hebat daripada kepimpinan kerajaan negeri yang mendakwa beliau tidak ambil tahu mengenai pengurusan kewangan kerajaan negeri Kedah sewaktu menjadi Exco dahulu.

Kalau tidak masakan Ahmad Bashah mengetahui bahawa kerajaan BN dulu tidak menggunakan kesemua peruntukan penyelenggaraan jalan yang diberikan oleh Pusat untuk tujuan tersebut.

Isunya Ahmad Bashah tuduh kerajaan negeri Pakatan Rakyat sekarang guna peruntukan berkaitan jalan pemberian Pusat itu untuk urusan lain yang tiada mengena dengan selenggaraan jalan, walhal pada zaman BN dulu pun perkara yang sama dilakukan.
Belum pun isu tersebut reda, bakal Menteri Besar Kedah dalam bayangan itu diserang lagi.

Kali ini berkaitan tindakannya menyertai upacara keagamaan bukan Islam.

Mengikut catatan pada 5 Oktober 2011, kira-kira jam 8.00 malam, Adun Bakar Bata itu telah menyertai perarakan ‘Menghantar Pulang Tokong Sayur’ yang diadakan di Jalan Gangsa dan Jalan Putra, bersama-sama penganut agama Buddha.

Memandangkan perayaan tersebut merupakan upacara keagamaan bukan Islam maka ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menitikberatkan kemurnian akidah di samping tindakan tersebut telah menjatuhkan maruah umat Islam.

Jika sebelum ini Umno sibuk dengan program menghantar memorandum di sana-sini, kini giliran Pemuda PAS pula mengambil tempat tersebut. Mereka menyerahkan memorandum kepada Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah mendesak supaya tindakan tertentu diambil terhadap Ahmad Bashah.

“Sohibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Kedah Dato’ Sheikh Baderuddin Ahmad turut menegaskan bahawa umat Islam dilarang menyertai upacara keagamaan bukan Islam berdasarkan kaedah ‘Reda akan kekufuran boleh membawa kufur’.

“Memandangkan Dato’ Ahmad Bashah adalah seorang wakil rakyat dan pemimpin yang mempunyai pengaruh, kami bimbang apa yang dilakukan oleh beliau akan dituruti oleh umat Islam lain yang tidak memahami Islam dengan baik,” ujar Mohd Azam Awang yang mengepalai penyerahan memorandum tersebut.

Dalam tercungapcungap mencari jawapan mempertahankan Ahmad Bashah, jentera penerangan BN Kedah menyamakan tindakan bos mereka itu dengan tindakan Menteri Besar Kelantan menyampaikan watikah lantikan sami Buddha pada 23 Mac 1995 bagi menggantikan sami Phra Vicarayanmuni yang mati pada 30 november 1992. Mereka mendakwa sewaktu penyampaian watikah tersebut, terdapat juga upacara keagamaan Buddha.

Sebenarnya, dua situasi itu jauh berbeza. Menteri Besar Kelantan sebagai ketua kerajaan betanggungjawab terhadap semua pemimpin masyarakat yang di bawah pentadbirannya.

Beliau bukan sahaja pemimpin orang Islam tetapi juga adalah pemimpin bukan Islam, asalkan mereka rakyat Kelantan.

Watikah lantikan yang dikeluarkannya diiktiraf sebagai pengesahan tertinggi daripada ketua kerajaan. Pengesahan oleh Menteri Besar terhadap ketua komuniti itu berbeza sama sekali dengan pengesahan terhadap ‘kebenaran’ sesuatu ajaran agama. Jika secara kebetulan mereka mempunyai upacara tertentu dalam majlis tersebut maka ia bukan kehendak Menteri Besar dan beliau pun tidak melakukan apa-apa perbuatan yang disifatkan turut serta mengambil bahagian.

Ia berbeza dengan mengambil bahagian dalam upacara keagamaan. Jika bukan Islam mengarak berhala dengan berjalan kaki beramai-ramai, maka orang Islam yang turut serta berarak itu terdedah kepada dakwaan ‘turut mengambil bahagian’. Apa hukumnya? Dato’ Mufti telah menjelaskan hukumnya.

Kita memahami situasi sulit Umno yang selama ini bergantung harap kepada undi bukan Muslim tiba-tiba sejumlah besar undi tersebut berpaling daripada mereka.

Mereka akan melakukan apa sahaja untuk menarik semula undi bukan Muslim tetapi takkanlah perlu ke tahap menggadai persoalan akidah demi undi?

Isu mengambil bahagian dalam upacara keagamaan bukan Islam ini bukan isu politik.

Ia persoalan akidah. Ahmad Bashah dan Umno tidak layak sama sekali untuk memimpin negeri Kedah di mana majoriti rakyatnya beragama Islam ini, jika persoalan akidah sebegini dianggap remeh.

Pengerusi Umno Kedah itu perlu bertaubat ke hadrat Allah SWT di samping memohon maaf daripada seluruh umat Islam kerana menjatuhkan maruah umat Islam di negeri ini.

Umno Kedah baru-baru ini mencabar Menteri Besar, Ustaz Azizan Abdul Razak supaya nyatakan pendirian berhubung akta pencegahan murtad yang kononnya mahu diperjuangkan Umno. Eloklah kalau dalam akta tersebut masukkan sekali kesalahan mengambil bahagian dalam upacara agama lain. Lepas tu, baru cabar Ustaz Azizan. ( Detikdaily )

Tuesday, October 25, 2011

Pulau Pinang Bayar Hutang RM600 Juta Hanya Dalam Tiga Tahun!


Jika anda mahukan negeri yang benar-benar cekap, lihatlah Pulau Pinang.

Memang diakui dengan kepesatan pelaburan asing secara langsung (FDI) sejak tiga tahun lalu setelah menumbangkan rejim Barisan Najis, Pakatan Rakyat berjaya juga melupuskan ratusan juta hutang yang ditinggalkan sejak merdeka hinggalah Koh Tsu Koon tumbang di Pulau Mutiara.

Hanya dalam tempoh TIGA TAHUN saja, lebih 95 peratus hutang yang ditimbun Barisan Najis berjaya dilangsaikan hasil kecekapan pentadbiran kerajaan negeri yang mengamalkan slogan Cekap, Akauntibiliti dan Telus (CAT).

Belum ada mana-mana negeri di Malaysia termasuk negeri yang diperintah Umno-APCO sejak merdeka berjaya mengurangkan hutang negeri kepada kerajaan persekutuan.

Johor misalnya, terus menambah hutang biarpun dimomokkan dengan kemasukan pelabur asing terutamanya dari Singapura yang merompak tanah di Iskandar Malaysia sejak dperkenalkan dua tahun lalu.

Dan Melaka juga tidak ketinggalan terus berhutang biarpun kununnya hasil pendapatan kerajaan negeri meningkat sejajar dengan kemasukan pelancong asing ke negeri itu sejak 2003.

Masing-masing menunjuk hebat semuanya berjaya tetapi mengapa terus berhutang sedangkan sepatutnya pendapatan yang diperolehi mestilah ada peratusan yang perlu digunakan untuk membayar kembali hutang kepada persekutuan?

Apa yang tidak kenanya di sini?

Apakah sehingga laporan Ketua Audit Negara perlu dibaca bersama-sama dengan laporan Jabatan Perangkaan Malaysia serta laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, baru hendak kelam kabut?

Mengapa tidak melihat Pulau Pinang sebagai contoh terbaik melangsaikan hutang?

Mudah saja, sebab ia di bawah Pakatan Rakyat dan Najib Altantuya sendiri pun tidak bertegas dengan menteri besar serta ketua menteri mengingatkan mereka supaya membayar hutang tertunggak jika tidak mahu tindakan undang-undang diambil Pejabat Peguam Negara.

Itulah sebabnya Malaysia harus segera diselamatkan kerana jika terlambat, setiap rakyat terpaksa dibebani hutang akibat salah urus tadbir kewangan dan ketirisan yang berlaku sejak 54 tahun lalu.

JALAN PULANG

Belanjawan 2012 mencatat defisit RM213.71 juta walaupun kerajaan negeri Pulau Pinang mempunyai Simpanan Terkumpul Negeri sebanyak RM572.49 juta, sehingga Disember 2010.

Ketika membentangkan Bajet 2012, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata belanjawan defisit tahun ini dijangka tidak akan melibatkan kepada pengurangan yang drastik kepada jumlah Simpanan Terkumpul Negeri.

"Sungguhpun defisit sebanyak RM107.78 juta telah dijangka dalam bajet tahun semasa 2011, namun dijangka kerajaan negeri masih berupaya mencatatkan lebihan iaitu untuk empat tahun berturut-turut," ujarnya di Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang, Georgetown.

Beliau berkata, kira-kira RM600.47 juta atau 95.29 peratus hutang kerajaan negeri berjaya dilangsaikan sejak Mac 2008 dan baki semasa hutang kerajaan negeri ialah RM29.66 juta sahaja.

Baki hutang semasa ini adalah meliputi RM27.51 juta untuk 11 Projek Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) dan RM2.15 juta bagi projek 'Indoor Archade & Seafood Centre' di Batu Kawan.

"Dengan kata lain, Pulau Pinang mencatatkan pengurangan hutang RM600.47 juta ataupun 95.29 peratus dalam tiga setengah tahun ini; iaitu kadar yang paling cemerlang dia antara semua negeri di Malaysia," ujar beliau.( www.jalanpulang1978.blogspot.com )

Monday, October 24, 2011

Himpunan berita panas Laporan Audit Negara 2010


Memang panas hati aku baca berita macam ni. Memang CELAKA punya rasuah.

Malaysiakini melaporkan:
MSN 'perkudakan' peruntukan RM5.66 juta
Lapan belas daripada 23 kuda baka khas yang dibeli oleh Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menyertai pertandingan ekuestrian dan sukan lasak terpaksa diagihkan kepada pelbagai jabatan kerajaan kerana kuda-kuda yang dibeli pada 2008 itu gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa atau Federation Equestre Internationale.

Lima kuda lain - yang dinamakan Edenfels Zephyr, Blue Bronco, Amira Alborada, Navidad, Brookleigh Kentara, bagaimanapun didapati layak dan bertanding pada pertandingan World Endurance Championship. -
Mkini.
Juga dilaporkan:
Harga binocular zoom 29 kali lebih tinggi
Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) membelanjakan RM56,350 bagi sepasang ‘binocular marine’ atau teropong visi malam, 29 kali lebih tinggi daripada harga pasaran bernilai RM1,940, dedah Laporan Ketua Audit 2010.

Jabatan itu juga membayar jumlah yang sama bagi sepasang binocular visi malam jenama Bushnell, atau 1,893 peratus lebih tinggi daripada harga sebenar RM2,827.

Ia juga didapati ‘terlebih bayar’ RM38,470 dan RM13,918 bagi set radar Colour Marine berharga RM8,255 dan sebuah TV LCD dengan pemain cakera DVD bernilai RM16,100 dan RM2,182 masing-masing. - Mkini.
Juga dilaporkan:
Mara ditegur beli peralatan pada harga tinggi
Di sebalik membelanjakan peruntukan RM54 juta untuk menyediakan kursus latihan bagi golongan miskin tegar, Majlis Amanah Rakyat (MARA) membelanjakan wang untuk mendapatkan peralatan tertentu - seratus peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran.

Laporan Audit 2010, yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, menyatakan bahawa dana yang disediakan di bawah program rangsangan ekonomi kedua untuk membantu golongan miskin meningkatkan pendapatan mereka.

Berikut beberapa barang yang dilaporkan dalam laporan berkenaan: - Mkini.
Turut juga dilaporkan:
Audit: PAC panggil 7 agensi, kementerian
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan memanggil tujuh agensi dan kementerian untuk siasatan berdasarkan laporan audit yang dikemukakan ke parlimen hari ini.

Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid (kiri) berkata, jawatankuasa itu memutuskan demikian selepas mendengar taklimat oleh Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang di bangunan parlimen hari ini.

Kementerian terbabit ialah Kementerian Kesihatan; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi; Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air; dan juga Kementerian Pengangkutan.

Turut dipanggil ialah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri serta Stadium Negara Corporation. - Mkini.
Jom kita tengok macamana harga GILA barang lain yang rakyat kena bayar.
  1. Equine Centre Sdn Bhd (enam ekor) dengan bernilai RM1.98 juta
  2. El Ranco Country Club (13) dengan harga RM2.48 juta
  3. Royal Terengganu Endurance Stable (dua) pada harga RM0.58 juta
  4. Toft Endurance Pty Ltd (dua) dengan nilai RM0.62 juta
  5. Komputer riba dan pencetak warna berharga RM3,428 pada harga RM11,845 (lebihan 246 peratus)
  6. Hand-held portable VHF Transceiver berharga RM1,561 pada harga RM4,324 (lebihan 177 peratus)
  7. Ketuhar berharga RM1,200 berbanding harga pasaran RM419, untuk membuat roti dan pastri bagi kursus di Kelantan
  8. Katil Boleh Lipat berharga RM500 berbanding harga pasaran RM100
  9. Dapur gas dua pembakar pada harga RM200 setiap satu, dan bukannya RM59.90
  10. Mesin gunting rambut yang dibekalkan pada harga RM250 setiap satu, dan bukannya RM79
  11. Pengisar pada RM140 dan bukannya sebanyak RM60
Patut pun laporan ni dilengah-lengahkan untuk dibentang dalam parlimen. Tu semua takdak sebab lain melainkan RASUAH.

Realitinya RASUAH di Malaysia ni dah tak boleh nak buat apa dah, hampir semua jabatan kerajaan terutama sekali yang melibatkan ringgit dan sen dan juga penguatkuasaan memang berlaku rasuah.

Dah takdak cara lain dah untuk banteras rasuah melainkan kena jatuhkan Umno BN yang menerajui kerajaan pasai disitulah BAPAK kepada RASUAH. Bila Umno BN dah jatuh, barulah gejala rasuah yang celaka tu akan dapat diperangi.

Laporan Audit Negara : MARA Beli Barangan 100 Kali Ganda Harga Pasaran


KUALA LUMPUR 24 OKT: Laporan Audit Negara 2010 mendedahkan bahawa Majlis Amanah Rakyat (MARA) membelanjakan dana yang diperolehnya secara keterlaluan untuk mendapatkan beberapa peralatan tertentu.

Mengikut laporan itu yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, peruntukan RM54 juta yang dimiliki agensi itu dibelanjakan untuk membeli peralatan seratus peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran.

Jumlah itu merupakan dana yang disediakan di bawah program rangsangan ekonomi kedua untuk membantu golongan miskin meningkatkan pendapatan mereka.

Berikut beberapa barang yang dilaporkan dalam laporan berkenaan:

Ketuhar berharga RM1,200 berbanding harga pasaran RM419

Katil Boleh Lipat berharga RM500 berbanding harga pasaran RM100

Dua dapur gas pembakar pada harga RM200 setiap satu berbanding harga pasaran RM59.90

Mesin gunting rambut yang dibekalkan pada harga RM250 setiap satu, berbanding harga pasaran RM79.

Pengisar pada RM140 dan berbanding harga pasaran RM60.

Ketuhar yang dimaksudkan itu digunakan untuk membuat roti dan pastri bagi kursus di Kelantan

Manakala, katil boleh lipat itu digunakan untuk kursus urutan secara tradisional bagi ibu selepas bersalin dan mesin gunting rambut digunakan untuk kursus menggunting rambut.

Laporan tersebut mencatatkan bahawa sebahagian besar pembelian dibuat melalui rundingan terus, tidak melalui tender terbuka dan tanpa kelulusan daripada Kementerian Kewangan, dipetik portal Malaysia Kini.( www.malaysiaberih.blogspot.com )

Sunday, October 23, 2011

Rakyat diputar alamkan oleh si dia ni.....


Ucapan Najib dalam Malaysiakini.

PM puji HIMPUN 'aman' tidak seperti BERSIH 2.0

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memuji penganjur Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang bertujuan mempertahankan akidah umat Islam yang berlangsung semalam merupakan contoh penganjuran perhimpunan secara aman seperti yang dihasratkan kerajaan.

Himpun placardsKatanya, perhimpunan anti murtad itu cukup berbeza dengan BERSIH 2.0 yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini pada 9 Julai sehingga lebih seribu perserta ditangkap dan dikenakan pelbagai dakwaan.

"Perhimpunan semalam berlangsung secara aman dan terkawal, tidak ada sesiapa pun yang rasa terganggu, tertekan atau tidak selamat.

"Itulah hasrat kerajaan apabila kita menawarkan stadium untuk BERSIH 2.0 mengadakan perhimpunan mereka," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Perdana Bersama Perdana Menteri Dengan Pesara Dan Bekas Polis di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, hari ini.

bersih rally july 9 crowd face-off with police 1Menurut Najib, berbanding dengan kekecohan dan huru-hara semasa BERSIH 2.0 dengn perhimpunan semalam, terdapat perbezaan yang besar.

Najib berkata HIMPUN mencerminkan usaha dalam agenda pembaharuan kerajaan bagi meminda Seksyen 27 Akta Polis untuk membenarkan lebih banyak ruang untuk demonstrasi aman.

"Kita akan mengkaji apa yang berlaku semalam dan mengkaji norma-norma di negara lain. Pihak Ketua Polis Negara dan Kementerian Dalam Negeri sedang meneliti perkara ini dan kita akan merumuskan apa yang terbaik, sesuai dengan amalan sebuah negara yang mengamalkan demokrasi moden dan progresif," kata Najib.

NONEBeliau berkata langkah itu perlu bagi mengimbangi antara hak asasi dan kepentingan umum dalam soal keamanan dan ketenteraman awam.

Mengulas resolusi perhimpunan itu yang meminta kerajaan menggubal undang-undang khusus bagi mencegah dan membendung gejala murtad dan kegiatan memurtadkan umat Islam di negara ini, Najib berkata kuasa mengenai agama tertakluk kepada kerajaan negeri.

10 resolusi

"Saya percaya jika perlu akta ini, pihak negeri akan teliti tuntutan yang dibuat dan diberi tindakan sewajarnya," katanya.

himpun rally hasan ali speaking 2Tuntutan itu merupakan antara 10 resolusi yang dicapai pada perhimpunan berkenaan, selain memastikan undang-undang pencegahan yang tegas dan kukuh untuk memelihara kemuliaan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan dapat dimasukkan sebagai kandungan utama akta yang akan menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri.


ULASAN : Hihi...malam ni terjumpa laporan Malaysiakini yang menyebut lebih kurang maksudnya (PM puji himpunan sejuta ummat kerana perhimpunan itu aman).PM sekarang dalam proses nak bersihkan nama dia yang kian tercalar setelah meruudum di mata dunia dan negara sendiri selepas himpunan BERSIH.Katanya lagi (perhimpunan ini cukup berbeza dengan himpunan BERSIH 2.0). Saya taklah sampai nak kata mangkuk hayun kepada beliau...tapi cumanya nak sebut.....himpunan BERSIH hari tu, boleh jadi aman jugak kalau polis tak kacau....tak sembur water canon, tak tembak gas pemedih mata....jadi amanlah himpunan tersebut.Tapi Kalau buat dalam studium,pastu tutup pintu pagar dan sembur water canon, lepas gas pemedih mata.....tak aman jugak.....Atas arahanlaaa....kalau arahan orang atas jahat, maka tindakan orang bawah pun macam tulaaa jahatnyaaa.....PM Kata lagi... ( Itulah hasrat kerajaan apabila kita menawarkan studium untuk BERSIH 2.0 ) . Sah PM ni merapu...sebelun BERSIH 2.0 diadakan..mula-mula tawar studium untuk berhimpun, tapi bila setuju nak berhimpun...suruh ambil premit pulak...pastu pertubuhan haram pulak alasannyaa....banyaklaa kamu punya alasan kerana tak nak bagi berhimpun.....Tak payah cakap apalaaa.....orang dah meluat dengan ucapan-putar alam macam ni.....

Beg Tangan Rosmah Harganya Bermula Dari Harga Sebuah Rumah Kos Rendah Sehingga Harga 18 Buah Rumah Kos Rendah???


http://www.malaysiatimes.my/wp-content/uploads/2011/09/rosmah_beige.jpg


"Datin Seri Rosmah Mansor isteri perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dikatakan memiliki BAG TANGAN MEWAH BERJENAMA BIRKIN. Rosmah Mansor dikatakan membeli dan memakai BAG TANGAN MEAWAN JENAMA BIRKIN SEBANYAK 11 (SEBELAS BIJI BAG TANGAN MEWAH JENAMA BIRKIN BERHARGA SETIAP SATU US9,000 HINGGA US150,000 (DALAM RINGGIT MALAYSIA SETIAP SATU BAG TANGAN BERHARGA RM28,000 HINGGA RM472,000)

Bag tangan jenis mewah berjenama birkin adalah bag barang mewah dan keluarannya cukup ekslusif dan edisi keluarannya terhad, mengikut tempahan dari pembeli dan pemilik. Jenama bag tangan Birkin adalah barang mewah yang hanya dibeli dan dimiliki oleh orang yang kaya raya. Satu lambang kemewahan.

Dalam sidang dewan rakyat tukang cakap dewan Datuk Nazri Aziz tidak memberi jawapan berapa biji bag tangan jenama dan berapa harga sebiji tangan mewah jenama Birkin. Solan asal ditanya oleh wakil Parlimen Serdang Yb. Teo Nie Ching dalam sidang dewan rakyat.

Untuk makluman bag tangan mewah jenama Birkin diperbuat oleh Hermes dan nama bag tangan Birkin semperna nama penyanyi / pelakon Britain Jane Birkin.

Jika bag tangan Birkin milik Rosmah berharga satu sebanyak RM28,000 (harga paling rendah). Rosmah dikatakan memiliki 11 sebelas biji Birkin yang dianggarkan RM28,000 x11 biji. JADI BERAPA HARGA BAG TANGAN ROSMAH?.

Tuan dan puan jawap sendirilah, Tapi bagaimana pul kalau Rosmah memiliki BAG TANGAN MEWAH JENAM BIRKIN YANG BERHARGA RM472,000 (US150,000) DIKALI DENGAN 11 BIJI?.

Hancur hancur kalau begitu perangai Rosmah bini najib Razak. Syabas kepada Yb. TOE NIE CHING ( PARLIMEN SERDANG DARI DAP). Mengemukakan soalan bertulis yang gagal dijawap dan tidak dijawap oleh tukang cakap dewan rakyat Datuk Nazri Aziz.

Rakyat fikir-fikirlah dan cuba teka berapa harga BEG TANGAN ROSMAH SEBENAR DAN BERAPA BIJI BEG TANGAN MEWAH JENAMA BIRKIN?

SUMBER

N'N:Harga rumah kos rendah dihadkan di antara RM25,000.00 dan RM42,000.00 seunit tertakluk kepada pengesahan harga tanah oleh Pengarah Jabatan Penilaian. Korang fikirlah sendiri......

MBJB didakwa roboh gerai tanpa notis : Aikk Dulu kata kat Pulau Pinang !!!


ULASAN : KATA DULANG PAKU SERPIH, MENGATA ORANG DIA YANG LEBIH...itulah patut dikatakan kepada kerajaan UMNO Negeri Johor, sekarang dah terkena pada negeri TPM.Dulu dok kata kat negeri Pulau Pinang macam-macam...sekarang, orang dok tengah makan pun dirobohnyaaa....siapa lebih zalim?Sedangkan kerajaan Pulau Pinang merobohkan gerai itu kerana tanah kerajaan, yang berniaganya pendatang tanpa izin. Antara alasan kerajaan Pulau Pinang lagi hasil dari beberapa siri mesyuarat jawatankuasa ini telah merumuskan tindakan seperti berikut:

1. Gerai-gerai haram di atas tanah Kerajaan Negeri/persendirian yang boleh dirobohkan:

1.1) Gerai yang menerima banyak aduan.

1.2) Gerai yang didirikan atas tanah dalam cadangan untuk dibangunkan.

1.3) Gerai yang dalam rundingan untuk penempatan semula.

1.4 )Gerai yang boleh menjejaskan kesihatan, keselamatan, kebersihan

dan alam sekitar.

1.5) Gerai yang beroperasi di sekitar tapak penjaja majlis/kompleks /pasar awam

1.6) Gerai yang berada 9 meter daripada persimpangan jalan raya

1.7) Gerai di kawasan sekolah dan hospital

1.8) Gerai di jalan-jalan protokol

2. Kategori Gerai Yang Boleh Dikompaun

2.1) Gerai yang tidak mematuhi syarat lesen

2.2) Gerai yang tidak berlesen

2.3) Gerai yang menghalang tempat awam

Sekiranya alasan yang diberikan pun sama dengan yang telah dikemukakan oleh kerajaan Pulau Pinang, mengapa kerajaan Pulau Pinang diseret dan diaibkan ke dalam TV, radia, blog2 UMCO... seolah-olah kerajaan PR Pulau Pinang lebih jahat dari dari segala-galanyaa...



JOHOR BAHRU: Tindakan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) merobohkan tiga gerai di Kampung Melayu Majidee Baru di sini, tanpa notis pemberitahuan mengundang rasa tidak puas hati beberapa pemilik gerai terbabit.

Lebih mengecewakan apabila pemilik gerai itu mendakwa, MBJB merobohkan gerai mereka ketika pelanggan sedang menikmati juadah menyebabkan peniaga kerugian ribuan ringgit.

Peniaga, Mohd Fuad Jais, 29, berkata, 15 penguat kuasa MBJB datang ke gerainya kira-kira pada jam 10.30 pagi dan tanpa berlengah merampas barangan perniagaan seterusnya merobohkan gerainya.

"Ketika itu, beberapa pelanggan sedang makan di gerai dan saya terkejut apabila tanpa sebarang pemberitahuan, kumpulan penguat kuasa itu datang lalu merobohkan gerai saya dan dua gerai bersebelahan.

"Memang saya hampa dan sedih atas perkara ini kerana gerai makan ini adalah sumber mata pencarian saya sekeluarga, kami sudah berniaga di sini hampir 23 tahun," katanya ketika ditemui di tapak bekas gerainya, semalam.

Menurut Mohd Fuad, dia berasa ditindas oleh MBJB kerana tidak menerima notis pemberitahuan atau amaran terlebih dulu.

"Saya tidak menafikan pernah menerima notis tetapi ia pada awal 2010 dan notis terbabit tidak menyatakan tarikh atau bulan yang tepat untuk gerai kami dirobohkan," katanya.

Seorang lagi peniaga, Hassan Osman, 52, berkata, tindakan merobohkan gerai buah-buahan miliknya yang diusahakan sejak setahun lalu benar-benar menghampakan.

"Dengan hasil menjual buah-buahan inilah yang saya gunakan untuk menampung kehidupan saya sekeluarga.

"Kini saya tidak tahu di mana perlu mengadu dan apa yang perlu dilakukan, cuma saya berharap ada pihak atau individu yang tampil untuk membantu kami menyelesaikan perkara ini," katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam MBJB, Mohd Firdaus Abdul Hamid berkata, pihaknya menolak dakwaan peniaga terbabit kerana sudah memaklumkan kepada mereka terlebih dulu.

"MBJB sudah memberikan notis peringatan untuk mengosongkan tapak gerai mereka kerana tapak itu dibina di atas rizab tanah kerajaan dan terbabit dalam proses pelebaran jalan,” katanya

Friday, October 21, 2011

PERTUBUHAN MELAYU MURTAD TELAH DI LULUSKAN :APA KERAJAAN UBN BUAT ?

Persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia !! Injil telah dicetak & di edar... IFC buat Roadshow besar-besaran sokong kebebasan Beragama... Bersedialah wahai saudara - saudari ku yang amat disayangi... BERDOALAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT tolong sebarkan kepada yang cintakan AGAMA ALLAH

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni?? Patut laa ada yang kata tak nak ada anak. Bukan takut nak beranak, tapi takut ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!! Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal. Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.


You ollz tau depa minta apa kat PM?... Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia. Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun

- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,

tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa minta di'tiada'kan.

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.


4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain

- mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium Muslim

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',

katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,

maka inilah hadiahnya!'...
Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!

Allahua`ala `alam.

ULASAN : Terbukti himpunan sejuta ummah nampaknya hanya main-main saja, sepatutnya pertubuhan ini haram dutubuhkan dan mereka yang cuba untuk menubuhkan pertubuhan ini hendaklah di ambil tindakan.Tetapi sebaliknya berlaku.....Kerajaan UMNO /BN sudah tidak sensitif lagi untuk untuk membela agama apatah lagi nak melaksanakan hukum hudud.....Jamil Khir sepatutnya bertegas dengan golongan seumpama ini.Dengan cara mengambil tindakan terhadap pertubuhan ini, sekat program-program media yang melalaikan dan Haramkan pertubuhan IFC baru nampak kerajaan sensitif sikit terhadap agama......


Thursday, October 20, 2011

Undang-undang murtad terhalang kerana Umno

WarkahDaily – Sepatutnya negara ini sudah lama menggubal undang-undang berkaitan pencegahan murtad, jelas Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz. Namun kerana ego pemimpin Umno menyebabkan undang-undang berkenaan terhalang daripada diwartakan.

Tuan Guru Nik Aziz
Menurut Menteri Besar Kelantan itu, jika tiada halangan daripada Umno, sudah tentu undang-undang pencegahan murtad dapat diselesaikan dan telah diterima pakai kira-kira dua dekad yang lalu.

“Jika tidak kerana keegoan Umno yang terlampau mengutamakan sentimen politik, pada adatnya negara kita sudah pun memiliki undang-undang khusus menangani gejala murtad.

“Paling lewat pun pada sekitar awal 90-an dulu, sudah ada usaha secara serius dan bersaluran oleh PAS untuk membuka jalan perbahasan secara positif dan signifikan ke arah penggubalan suatu undang-undang berkaitan murtad,” kata Nik Aziz yang dipetik dari The Malaysian Insider.

Kenyataan Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS itu sebagai mengulas kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria minggu lalu, agar Akta Murtad digubal di negara ini bagi pencegahan gejala murtad.

Idea berkenaan undang-undang murtad ini muncul ketika Nik Aziz mengulangi hasrat kerajaan negeri Kelantan mahu memperkenalkan undang-undang hukum hudud.

Kerajaan negeri menggubal enakmen berkaitan pada 1993, tetapi tidak dapat dikuatkuasakan ekoran sekatan kerajaan pusat atas faktor peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata cadangan supaya Akta Murtad diwujudkan harus dibincangkan secara bersama-sama oleh majlis-majlis agama Islam negeri kerana soal agama terletak dalam bidang kuasa kerajaan negeri.

Beliau berkata penguatkuasaan enakmen melarang orang bukan Islam menyebarkan agama mereka kepada kalangan orang Islam juga terletak dalam kuasa kerajaan negeri.

Akta Murtad dicadangkan Harussaini untuk menghukum individu yang terbukti bersalah memurtadkan orang Islam kerana ia jelas bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

http://btmmari.blogspot.com

Mat Said pening kepala dengan bajet 2012


DUNGUN - Menteri Besar Terengganu mengakui, beliau 'pening kepala' ekoran pengumuman bajet 2012 oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak.

Menurutnya, pengumuman pembayaran bonus kakitangan kerajaan menyebabkan kerajaan negeri terpaksa mencari kewangan sebanyak RM18 juta.

"Nak bayar bonus, kita pening kepala, nak raya baru ni PM isytihar bayar RM500 bonus, saya pening kepala dah, sebab (nak bayar bonus) RM500, kita (kena belanja) sekarang RM18 juta (kepada) kakitangan awam dan badan berkanun,

"baru ni (bajet 2012 PM) isytihar pula, RM500 (setiap kakitangan) RM18 juta pula (kena belanja),"ujarnya pada Majlis Pengagihan e-Book Kepada Pelajar Tahun 4 Dun Rantau Abang bertempat di Sekolah Menengah Pulau Serai, Ahad 16 Oktober, dekat sini.

Katanya, peruntukan untuk membayar bonus kakitangan sebanyak RM18 juta tersebut tidak diperuntukkan dalam bajet menyebabkan kerajaan 'menggelepar' mencari kewangan.

Ahmad Said turut mengeluh, tindakan Najib 'yang sedap' mengumumkan pemberian bonus kepada kakitangan kerajaan juga menyebabkan kesusahan kepada Menteri-menteri Besar di negeri-negeri.

"PM sedap sangat sebt, isytihar bayar bonus bayar apa, kita kena kejar nak pitih di mana,"katanya.

Dalam pada itu, seorang bapa kepada pelajar mengadu, beliau menganggap kerajaan tidak ikhlas dalam pemberian komputer riba 'E-Book' kepada murid-murid sekolah.

Beliau yang enggan dikenali berkata, kerajaan sering mengungkit apa-apa pemberian, termasuk pemberian E-Book kepada rakyat, kononnya ia satu daripada program 'Merakyatkan Pembangunan' negeri Terengganu.

"rakyat tidak pernah mengungkit, berapa banyak kena bayar perkhidmatan dan pelbagai cukai kepada kerajaan, kerajaan Terengganu belanja kerana hasil minyak, itu memang hak rakyat,"katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri yang juga ADUN Rantau Abang, Dato' Zaaba Mohd Adib telah menggunakan Majlis Pengagihan e-Book tersebut sebagai medan berkempen politik pilihanraya.

Beliau meminta hadirin terus memberikan sokongan dengan menjanjikan pembangunan hospital, Maktab Rendah Sains Mara dan peruntukan sebanyak RM10juta bagi membuang pasir dan 'beting' di muara sungai. ( Laporan buletinonline.net )

Ghadaffi mati akibat cedera

Bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya sewaktu ditangkap berhampiran bandar kelahirannya di Sirte, kata seorang pegawai kanan tentera Majlis Peralihan Nasional (NTC).

pegawai NTC, Abdel Majid sebelum ini dilaporkan berkata Gaddafi telah ditangkap dan kedua-dua belah kakinya cedera ketika cuba lari dalam satu konvoi yang diserangkan jet pejuang Nato.

"Dia juga terkena tembakan di kepalanya," kata para pegawai. "Banyak tembakan dilepaskan ke atas kumpulannya dan dia mati."

Pegawai kanan tentera NTC juga berkata menteri pertahanan Gaddafi, Abu Bakar Younus Jabr terbunuh sewaktu penangkapan bekas pemimpin Libya itu.

NONESebelum ini, AP melaporkan pejuang Libya dilaporkan mengambil alih kubu terakhir yang dipertahankan pengikut setia Gaddafi di ibu kota Sirte.

Ini menjadikan semua kampung halaman pemimpin negara yang digulingkan itu berada di bawah kawalan mereka.

Wartawan yang berada di tempat kejadian berkata, serangan terakhir bermula jam 8 pagi hari ini bertujuan mengambil alih baki lokasi yang masih dipertahankan penyokong kuat Gaddafi sebelum ia berakhir dalam tempoh 90 minit kemudian.

Sebelum serangan itu, menurut wartawan terbabit, lima kenderaan yang dipenuhi dengan penyokong Gaddafi kelihatan cuba melarikan diri menerusi laluan lebuh raya.

Bagaimanapun, katanya, mereka terbunuh dalam serangan yang dilakukan pejuang revolusi negara itu, sebelum operasi mencari baki pejuang Gaddafi yang masih bersembunyi diteruskan. ( Malaysiakini.com )

Wednesday, October 19, 2011

POLIS DAH JADI PEMBANCI UMNO


بسم الله الرحمن الرحيم

Oleh Sabahkini

Saudara Pengarang,


SAYA amat terkejut dengan tindakan dua pegawai polis ‘Cawangan Khas’ (SB) yang mengunjungi rumah saya 16 oktober 2011, meminta saya mengisi borang mengenai undi pilihanraya.



Pada mulanya saya ingat mereka bukanlah pegawai polis, tapi penyamar yang ingin merompak rumah kami kerana tindakan mereka mengambil gambar luar rumah. Saya memohon dengan pegawai polis ini supaya datang keesokan hari untuk menuntut borang kerana ragu akan tindakan mereka.

Saya segera bertanyakan hal ini kepada balai polis berhampiran, pada mulanya pihak polis di balai polis itu sendiri tidak tahu akan hal ini. Mereka juga ada mengatakan bahawa, jika ada apa-apa borang dari pihak polis, ianya selalu disertakan dengan logo balai polis; berbeza dengan borang yang pegawai polis dari cawangan khas ini berikan, tiada apa-apa logo tertera.

Tetapi apabila mereka menghubungi cawangan khas dan menanyakan hal ini, mereka mengakui ada pegawai mereka yang mendatangi rumah ke rumah untuk membuat banci.

Bukankah undi itu rahsia dan hak kami saya bertanyakan hal itu dengan mereka, mereka mengatakan ini cuma untuk mengira secara rawak sahaja. Tetapi di borang yang mereka berikan, ada diminta untuk menulis nombor kad pengenalan. Maka ini bukanlah secara rawak jika dokumen pengenalan diri juga diminta bersama.

Pada 16 oktober 2011, dua pegawai polis itu datang sekali lagi, meminta lagi borang itu. Saya bertanyakan sekali lagi, “Bukankah undi adalah rahsia? Sepatutnya kamu sebagai polis lebih tahu.”

Mereka menjawab bahawa tindakan mereka adalah atas ‘ARAHAN PIHAK ATASAN’. Saya telah menelefon pihak Suruhanjaya Pilihanraya dan mereka sekali lagi menegaskan bahawa tindakan pegawai polis tersebut adalah salah dari segi undang-undang kerana sekali lagi dinyatakan, “UNDI ADALAH RAHSIA”.

Kepada Ketua Polis Negara dan OCPD, hentikanlah kerja sia-sia ini kerana kami tidak akan memberikan hak kami untuk dinodai.

Salam Hormat,

MARDIANY DIGONG

Gambar palsu untuk fitnah anak LGE

Penulis blog yang dikaitkan dengan Umno dikatakan menggunakan gambar palsu bagi memfitnah anak ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang hanya berusia 16 tahun meramas buah dada teman sekolahnya.

tony pua and lim kit siang press conference 191011 03Menurut setiausaha publisiti DAP, Tony Pua, gambar yang digunakan oleh penulis blog berkenaan dikenalpasti sebagai Anya Sun Corke, 21, seorang warga Britain.

Gadis itu juga dikatakan tidak mempunyai kaitan dengan Pulau Pinang mahupun pernah berhubungan dengan anak Lim, kata Pua.

"(Beliau) sekarang pelajar tahun ketiga di sebuah kolej di Amerika Syarikat. Semua ini membuktikan bahawa dakwaan oleh cybertrooper Umno adalah pembohongan,” katanya.

Pua menyifatkan tindakan keji penulis blog berkenaan yang mengheret anak Lim itu sebagai “memalukan bangsa, agama dan negara” mereka dan bertujuan memusnahkan masa depan remaja itu.

"Malah, penulis blog cuba memberi kredibiliti pendustaan mereka dengan menyiarkan gambar gadis muda itu,” kata Pua merujuk blog yang turut memuat-naikkan gambar mangsa-mangsa berkenaan.

NONEMenurut Pua, tembelang penulis blog itu berjaya dibongkar oleh pengurus IT DAP Goh Kheng Teong yang mengesan identiti gadis itu selepas gambarnya dimuat-naikkan di blog mereka.

“Tidak ada sesiapa di sekolah anak Lim yang mengenali siapa gadis itu, termasuk pengetua dan guru-guru.

“Tidak memeranjatkan kerana gadis itu tidak pernah belajar di Pulau Pinang dan bukan juga warga Malaysia,” katanya.

Corke, yang kini menuntut di Wellesley College, adalah pemain catur yang terhandal dan menjadi wanita pertama yang mewakili universitinya dalam Liga Catur Amerika Syarikat.


ULASAN : Sekarang ini bukan setakat si ayah yang menjadi bahan fitnah UMNO/ BN bahkan anaknya juga menjadi bahan Siri fitnah UMNO /BN.Persoalan dosa pahala sudah tidak ada lagi dalam kamus kehidupan UMNO, yang penting bagi mereka ialah untuk meraih kemenangan tanpa batas sempadan.Dulu yang menjadi mangsa mereka Lim Guan Eng sendiri, apabila disebarkan oleh blog pro UMNO yang YAB LIM sedang menyembelih lembu, LGE tidak membenarkan perarakan Maulidur Rasul dan lagi lagi......Ini gambaran bahawa UMNO/BN terlalu terdesak untuk meraih sokongan rakyat, sanggup berbuat apa sahaja.....

Tuesday, October 18, 2011

PELAJAR NAK DENGAR KULIAH UST AZHAR DI KIRA BERPOLITIK, UMNO BUAT PROGRAM DALAM PAGAR KIPSAS NAK KIRA SEBAGAI APA ?




Diatas adalah gambar-gambar bagaimana UMNO menggunakan
dewan dan kawasan KIPSAS sebagai tapak program mereka.


KUANTAN, 18 Okt - Para pelajar Kolej Islam Pahang Sultan Hj.Ahmad Shah (KIPSAS) dekat sini kecewa dengan kerenah birokrasi pihak pentadbiran hingga menyebabkan mereka gagal untuk mengikuti Kuliah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Taman Cenderawasih malam tadi. Menurut seorang pelajar yang enggan namanya disiarkan berkata, mereka tidak sangka pihak kolej menarik balik kebenaran untuk para pelajar ke majlis ilmu itu. "Ustaz Azhar Idrus adalah tokoh pendakwah tersohor yang amat terkenal di seluruh negara. Maka sudah semestinya kehadiran beliau ke Kuantan tidak akan dilepaskan oleh kami semua. Urusan bas telah diputuskan pada Jumaat dan semuanya berjalan lancar. Lantaran itu kami membuat iklan kepada mana-mana pelajar yang ingin turut serta supaya mendaftar nama. Tapi, kami sungguh kecewa bila bas yang ditunggu tidak kunjung tiba. Kami telah ditipu oleh pihak kolej dengan alasan kuliah itu ceramah politik", kata beliau. Difahamkan, pada Jumaat permohonan untuk menggunakan bas kolej telah diluluskan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan bas diuruskan oleh pegawai di Bahagian Kewangan. Anehnya tiba-tiba ia dibatalkan secara tiba-tiba. "Bila kami jumpa bahagian HEP. mereka kata Naib Presiden kolej tak benarkan dan macam-macam lagi alasan yang diberikan. Kami ditipu oleh pihak kolej sendiri. Bayangkan pelajar yang dtidak tahu pembatalan bas tersebut terpaksa menunggu begitu lama untuk ke kuliah berkenaan. Sampai hati pihak kolej menipu kami. Kami bukan budak-budak yang boleh diperlakukan sedemikian rupa", kata salah seorang pelajar yang sempat dihubungi.


Kalau dengar kuliah Ustaz Azhar Idrus dikira politik dan pelajar dihalang
apa pula bezanya dengan benarkan UMNO buat konvensyen di kolej itu

Ibu Bapa Pelajar Kecewa Kipsas benarkan Persidangan UMNO

Jika kuliah Ustaz Azhar itu berunsur politik, kenapa UIAM Gombak izinkan
program beliau. Mana yang lebih hebat Kipsas atau UIAM?. Bukti klik SINI


Monday, October 17, 2011

SEX modal UMCO dulu kini dan selamanyaaaa....

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng enggan mengulas laporan dalam blog pro-Umno yang mendakwa anak lelaki seorang kenamaan di negeri itu mencabul kehormatan seorang rakan pelajar wanitanya.

Sebaliknya, Lim yang juga setiausaha agung DAP mencabar Umno supaya menerbitkan dakwaan itu di akhbar-akhbar dan media milik mereka.NONE

"Biarkan Umno menerbitkan berita itu dulu, kemudian anda boleh saksikan apa yang akan kami buat.

"Apa yang berlaku sekarang, mereka baling batu, sembunyi tangan. Mengapa harus saya menjawab mereka setiap kali?” soalnya pada sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.

Menurut Lim, beliau mempunyai tugas lain yang lebih mendesak bagi menguruskan kerajaan negeri daripada menjawap tohmahan seumpama itu.

Awal hari ini, isteri Lim, Betty Chew, juga enggan mengulas dan hanya berkata, "Tolong kemukakan soalan kepada KM".

Media di Pulau Pinang hari ini kecoh apabila blog pro-Umno mendakwa anak pemimpin tinggi politik mencabul kehormatan budak sekolah dan bagi menutup perbuatan itu, bayaran RM200,000 didakwa disogok kepada ibu bapa budak perempuan itu supaya tidak menghebohkannya.

Pindahkan anak

“Dek tidak dapat menanggung malu, bapa VVIP itu telah memindahkan anak beliau ke sekolah lain. Dan perkara ini hanya diketahui oleh mereka yang terlibat sahaja dan juga pegawai-pegawai penting VVIP tersebut!

“Siapalah VVIP negeri Pulau Pinang yang ada ilmu kira-kira dan matematik hingga dapat mengira RM100,000 untuk 1 buah dada yang diramas oleh anak lelaki beliau?” tulis blogger dengan nama Dr MiM di novandri.blogspot.

Berikutan pendedahan itu, blog pro-Umno terus membuat spekulasi bahawa identi orang kenamaan yang dimaksudkan itu adalah Lim.

Anak lelaki ketua menteri itu yang berusia 16 tahun itu didakwa baru-baru ini dipindahkan dari sekolah Cina Heng Ee ke Sekolah St Xavier’s Institution baru-baru ini keraja masalah disiplin.

Bagaimanapun pihak sekolah telah menafikan dakwaan berkenaan.

Sumber dari sekolah Heng Ee mengesahkan anak Lim memang dipindahkan ke sekolah lain dan proses dijalankan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Beliau menafikan dakwaan pemindahan ke St Xavier’s Institution adalah kerana masalah disiplin seperti yang didakwa itu.

“Dia adalah seorang pengawas di sekolah dan mempunyai prestasi yang agak baik dalam bidang akademik. Kami tidak mahu dia meninggalkan sekolah ini.

"Malah ibu bapanya juga tidak mahu dia meninggalkan sekolah ini tetapi dia memilih untuk belajar di sekolah lain,” kata sumber yang tidak mahu identitinya didedahkan.

ULASAN : Bila ada saja kenyataan berkait dengan sex, kita boleh agak dah....Pastinya datang dari UMCO....pemikiran mereka tetap cara lama...sedangkan tahap pemikiran manusia makin berubah.....mereka syok dengan cara mereka sendiri sedangkan orang makin lama, makin muak mendengar kenyataan-kenyataan berkait dengan sex ini.Sebenarnya puak-puak UMCO ini nak samakan cara hidup pemimpin kita dengan pemimpin mereka yang jauh dari akhlak-akhlak islam.Bagi sesetengah pemimpin mereka, perbuatan yang menjurus kepada sex adalah perkara biasa. Contohnya JAMALUDDIN JARJIS yang pernah didakwa kerana meraba punggung seorang gadis, Dr RAHMAN ISMAIL ketika itu menjadi Ahli Parlimen Gombak ada affair dengan Senator NORHAYATI TAN SRI ONN, Ketua Umno Bahagian Gombak Ir Rahim Kamaruddin dengan seorang wanita sebagaimana yang didedahkan oleh blog http://tawanmalaysia.com bertarikh 18 Mac 2011. Di Kedah Setiausaha Bahagian Jerlun JASMI MUHD ISMAIL berkhalwat dengan YUSMAWATI YAAKOB yang merupakan Ketua Puteri UMNO Bahagian Jerlun.Itu tak termasuk kes Rahim Tamby Chik dan yang seangkatan dengannya lagi....Bererti dalam UMNO perkara ini adalah perkara biasa...sampai menjadi-jadi tuduh orang lain seperti mereka.

Sunday, October 16, 2011

RM55 Juta Tidak Lesap -KHALID IBRAHIM

SHAH ALAM 14 OKT : Kerajaan Selangor menyangkal dakwaan bahawa wang RM55 juta untuk penyelengaraan infrastruktur negeri pada 2009 telah "lesap".

Sebaliknya, wang tersebut dimasukkan kembali ke dalam akaun penyelengaraan dan digunakan pada tahun 2010.

Dalam menjawab tuduhan Umno Selangor hari ini, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencabar parti Barisan Nasional itu membuktikan tuduhannya bahawa wang itu lesap.

"Kita boleh menunjukkan setiap sen yang kita belanja. Kalau mereka kata wang ini tiada, mereka kena buktikan kepada kita," Abdul Khalid berkata.

Akhbar hari Jumaat memaparkan laporan mendakwa wang RM55 juta itu merupakan baki daripada peruntukan kerajaan pusat kepada negeri bagi menyelengarakan kemudahan infrastruktur di Selangor.

Setiausaha Umno Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed meminta penjelasan Menteri Besar berkenaan cara duit itu dibelanjakan.

Di dalam satu kenyataan, Pejabat Kewangan Negeri berkata pada tahun 2009 Selangor menerima sejumlah RM315.6 juta daripada kerajaan pusat bagi kerja-kerja penyelengaran jalan.

Manakala, penggunaan peruntukan ini pada tahun 2009 adalah berjumlah RM328.7 juta yang terdiri daripada pembayaran terus melalui Akaun Amanah Penyelenggaraan Jalan-Jalan Negeri berjumlah RM78.7 juta dan juga pindahan kepada Akaun Hasil Disatukan Kerajaan Negeri Selangor berjumlah RM250 juta.

Baki Akaun Amanah Penyelenggaraan Jalan-Jalan Negeri pada 1 Januari 2009 dan 31 Disember 2009 adalah masing-masing berjumlah RM67.5 juta dan RM54.4 juta.

Jumlah RM54.4 juta yang merupakan baki Akaun Amanah Penyelenggaraan Jalan-Jalan Negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 2009 dibawa ke hadapan pada tahun 2010.


Thursday, October 13, 2011

Duit ada RM186bil. tapi berjanji sampai RM232bil..mampos rakyat kena tanggung lagi RM46bil. lepas nie..!!

DULU TANGKAP WARGA ASING, SEKARANG HANTAR WARGA ASING KURSUS PULAK.......


Polis menafikan dakwaan Pemuda PAS bahawa 240 warga asing yang menaiki sepuluh buah bas dari Johor kelmarin, dibawa ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mendapat taraf warganegara yang membolehkan mereka mengundi.

Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Imran Abdul Rahman ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan berhubung perkara itu kelmarin, lapor Sinar Harian. Bagaimanapun beliau berkata, selepas menjalankan siasatan didapati perkara itu tidak benar.

“Maklumat yang kita peroleh menunjukkan semua warga asing itu berada di Desa Pinggiran Putra untuk menghadiri kursus keusahawanan. “Mereka (warga asing) bukan dibawa untuk pergi ke JPN seperti yang didakwa oleh pihak terbabit,” katanya seperti dilaporkan harian berbahasa Melayu itu.

( LAPORAN WWW.MALAYSIAKINI.COM )

ULASAN : Nampak gayanya makin teruk negara kita ni, hujan dah naik ke langit....dalam dua tiga tahun lepas, pihak polis bergabung dengan RELA masuk kampung keluar kampung mencari warga asing yang tidak ada kad pengenalan, mereka yang tidak ada kad pengenalan akan di tangkap dan dibawa ke Kem Tahanan bagi warga asing...kalau di Pahang di Kemayan.

Saya punyai kawan yang berasal dari Kemboja yang tinggal di Sekukuh Pekan Pahang, kata mereka "Setiap kali polis dan RELA masuk kampung,maka lintang pukanglah penduduk-penduduk yang tidak punyai IC lari ke dalam hutan".Ada dikalangan penduduk disitu yang belajar di pondok Kelantan,mereka beramal dengan surah2 tertentu supaya RELA tidak masuk kerumah-rumah mereka dan menjadi, dengan pertolongan Allah.

Oleh kerana takut, sehinggakan mereka-mereka yang tidak pandai baca quran pun boleh menghafal surah-surah tersebut untuk di jauhkan daripada RELA dan polis.Tapi akhir-akhir ini,nampak gayanya lain pulak jadinya,pendatang asing dibawa krusus keusahawanan pulak....bila pulak mereka ni boleh berniaga disini ? Mana mereka nak ambik modal? Nak pinjam dengan kerajaan, perlukan kepada cagaran pulak....apa yang pendatang ni nak cagarkan kepada kerajaan ?....

jadi kepada KETUA POLIS DAERAH SEPANG tak payah jadi penipulah..semua orang dah tahu....

ADA BEZA ARTIS SERTAI PAS DENGAN SERTAI UMNO

BERITA yang dipetik dari sahabat blogger pulakdah memaklumkan bahawa tiga orang artis terkenal telah menyerahkan borang keahlian Umno kepada Khairy Jamaluddin.

Mereka adalah penyanyi rock terkenal, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman dan beberapa orang artis lain.

ReJaM© berpendapat, jika artis masuk Umno bukanlah sesuatu yang pelik, kerana mereka masih terus menjalankan aktiviti seni sama ada menyanyi, berlakon dan sebagainya.

Malah maklumat yang diterima, Zaid Zaidi, Awie, dan Adam AF memang sudah lama menjadi ahli Umno. Cuma yang peliknya kenapa dia masuk Umno sekali lagi?


Berbeza dengan saudara Bob Lokman yang menyertai PAS. Jelas beliau mahu berubah dan sudah tidak mahu bergelumang dengan dunia hiburan lagi.

Kini Bob Lokman aktif di pentas-pentas ceramah di dalam menyampaikan dakwah kepada para hadirin, sesuai dengan statusnya sebagai cucu ulama terkenal Tok Kenali.

Awie, Zaid Zaidi dan Adam AF masuk Umno, tidak ada apa-apa perubahan. Mereka akan terus menyanyi dan berlakon, sebaliknya Bob Lokman kini sudah tidak lagi bergelar artis tetapi pendakwah.

ULASAN : Sejak akhir-akhir ini menjadi satu fenomena bagi artis memilih haluan mereka samada cenderung kepada PAS atau UMNO. Walau bagaimanapun jelas dilihat wujudnya perbezaan sikap mereka.Contohnya Bob Lokman, Syam Kamekazi, Iwan Dangdut, Ciko, Razzi Melissa, mereka memilih untuk cenderung kepada islam yang dibawa oleh PAS,kita tengok perwatakan mereka menyejukkan hati kerana mereka dekat dengan Allah SWT. Manakala masyarakat juga cukup seronok dengan perubahan mereka.Tetapi mereka yang menyertai UMNO setakat ini cara mereka masih lagi tidak berubah, bahkan masih seperti dahulu lagi.Tak tahulah, mungkin Fathul Bari, Jamil Khir dan DR Masyitah ada penawar untuk artis yang menyertai UMNO.