Wednesday, March 26, 2008

Buat sahabat seperjuangan....

Sahabat-sahabatku, masihkah kau ingat bangunan ini? 12 tahun yang lalu kita pernah menjadi penghuni di tingkat 2. Alangkah indahnya kehidupan diwaktu itu....bila waktu azan berkumandang, kita bergegas turun ke halaman bawah bagaikan orang yang melakukan sa'ie di makkah....Apabila waktu kelas, masing-masing persiapkan diri melangkah gagah bersama cita-cita yang tersemat didada..... Semuanya itu hanya menjadi nostalgia yang terpahat kukuh di minda kita.Sekarang kita membawa haluan masing-masing demi meneruskan sisa-sisa kehidupan ini.

Sudah lama aku tidak bertemu kalian semua....Hafizuddin Kadir(Keratong 4)seingat aku kali terakhir semasa ceramah di keratong 4 pada tahun 2002. Jazran Jamaluddin (Jack) pertemuan dengannya kali terakhir ialah sehari setibanya aku di Malaysia di Batu 1 Temerloh. Ahmirizam Ramli (Keratong 5) kali terakhir aku bertemu di Taman Melewar pada tahun 2003. Hanif Nasir (Keratong 2)aku bertemu dengannya pada PRU-12, cukup kuat bekerja untuk memenangkan Ust Sukri Ahmad di DUN Ibam.Fadhli Ismail (Batu 3)pertemuan dengannya kali terakhir di Tunas Manja Sg Isap pada tahun 2007.Azrul Zubir (Bkt Perpat) pertemuan terhakhir dengannya ialah pada tahun lepas di kedai emas kerteh.Tarmizi Rasyid (Kubang Tepak Manir)kali terakhir aku bertemu dengannya di Hadapan mahkamah Kuala Terengganu pada Mac lalu.Al-fadhil Najib Taib (Endau) terakhir aku makan bersamanya di restoran AMRA kempadang kuantan pada tahun 2006. Roslan Ali pertemuanku terakhir bersamanya di pejabat pos kuantan pada jan 2008.Mat Yie (Kg Tok Raja jerteh)pertemuan ku dengannya kali terakhir dan terawal iailah semasa hari raya aidilfitri di Pejabat Pas Kawasan Besut. Kamal Che Mud, Wan Amiruddin dan yang lain-lain tak pernah aku temui......bila teringatkan mereka, sedih dan pilu yang tak pernahku undang datang bertamu di benakku ini....

Sahabat-sahabatku, aku manusia biasa seperti orang lain juga, disana ada kelemahan-kelemahan yang memang tidak dapat dielakkan, dalam keadaan begini aku gagahi juga untuk aku berpesan bagi diriku dan diri kamu semua.......Sekolah yang pernah kita jejaki bersama itu (Darul Quran) diasaskan oleh seorang ulama' yang termasyhur di dunia, bertujuan untuk melahirkan ulama'-ulama' dan pejuang-pejuang islam yang mampu membawa agenda dari Allah SWT. Sahabat-sahabat, Sibuk macamana sekalipun, padat waktu dengan kerja dan keluarga, jenguklah jamaah...hadirilah segala bentuk program jamaah.Berilah komitmen semampu yang boleh dengan jemaah. jangan tinggalkan jemaah dalam keadaan gersang, jemaah umpama bahtera yang perlu kepada kelasi. Yb Tok guru Hj Hadi dan Yb Ust Hj Harun Taib telah mentarbiyyah kita sebagai kelasi...pikullah tanggungjawab ini.....
wassalam...........27032008217am

Ahli Parlimen PAS bagi Penggal 2008 - 201

Pada Pilihanraya ke 12, PAS menang di 23 kawasan Parlimen daripada 66 kawasan. Sembilan di Kelantan, Satu di Terengganu, Dua di Perak, Satu di Wilayah Persekutu Kuala Lumpur, Enam di Kedah dan Empat di Selangor.

1. Dato Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS menang di Marang mengalahkan Calon BN, Ahmad Ramzi bin Mohamad dengan majoriti 2,747. Tuan Guru Abdul Hadi memperolehi 33,435 undi manakala Ahmad Ramzi memperolehi 30,688 undi.

2. Haji Nasharudin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS menang di Bachok mengalahkan bekas Timbalan Menteri Kewangan, Dr Awang Adek Hussin dengan majoriti 2901 undi. Ustaz Nasharudin memperolehi 28,835 undi manakala Dr Awang Adek memperoleh 25,934 undi.

3. Dato’ Kamarudin Jaffar, Setiausaha Agung PAS, menang buat penggal ketiga di Tumpat mengalahkan Calon BN, Dr Asyraf Wajdi bin Dusuki dengan majoriti 9,377. Dato’ Kamarudin memperoleh 36,714 undi manakala Asyrah memperoleh 27,337 undi.

4. Salahuddin Haji Ayub, Ketua Dewan pemuda PAS Pusat menewaskan pencabarnya dari BN, Abdul Ghani bin Mamat dengan majoriti 10,642 undi. Salahuddin memperoleh 27,179 undi manakala Abdul Ghani memperoleh 16,537 undi.

5. Mahfuz Haji Omar, Ketua Penerangan PAS Pusat juga turut menang di Pokok Sena menewaskan Calon BN, Abdul Rahman Ibrahim dengan majoriti 5731 undi. Mahfuz memperolehi 29,687 undi manakala Abdul Rahman memperolehi 23,956 undi.

6. Dr Mohd Hatta Ramli yang juga Bendahari PAS Pusat beralih angin ke Kuala Krai, Kelantan menewaskan Calon BN Che Musa bin Che Omar dengan majoriti 4,984 undi. Dr Hatta memperolehi 23,562 undi manakala Che Musa memperolehi 18,578 undi.

7. Dato Ab Halim bin Ab Rahman turut mengekalkan kerusinya buat kali kedua di Pengkalan Chepa apabila menewaskan calon BN, Rahim Mohd Zain dengan majoriti 11,311 undi apabila Dato’ Abdul Halim memperolehi 26,763 undi manakala Rahim memperolehi 15,452 undi.

8. Dr Dzulkifli Ahmad selaku Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat juga turut menang di Parlimen Kuala Selangor apabila mnewaskan Calon BN, Jahaya bin Ibrahim dengan majoriti 862 undi. Dr Dzulkifli memerolehi 18,796 undi manakala Jahaya memperolehi 17,934 undi.

9. Dr Lo’ Lo’ Haji Mohd Ghazali pula berjaya menewaskan Calon BN di Titiwangsa, Datuk Aziz Jamaludin bin Haji Mohd Tahir dengan majoriti 1,972 undi. Dr Lo’ Lo’ memperolehi 17,857 undi manakala Datuk Aziz memperolehi 15,885 undi.

10. Dr Hjh Siti Mariah bt Mahmud juga turut menang di Kota Raja, Selangor apabila menewaskan S.Vigneswaran a/l M.Sanasee dengan majiriti 20, 751 undi. Dr Siti Mariah Merolehi 38,630 undi manakala S.Vigneswaran memperolehi 17,879 undi.

11. Mujahid Haji Yusof Rawa, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat menang di Parit Buntar Perak apabila menewaskan Abdul Rahman Suliman dengan majoriti 7,551 undi. Mujahid memperolehi 21,221 undi manakala Abdul Rahman 13,670 undi.

12. Siti Zailah bt Mohd Yusuf, Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat dan Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan menang di Rantau Panjang Kelantan menewaskan Calon BN, Mohd Afandi bin Yusof dan calon Bebas Isma Airfath bin Hassanuddin dengan majoriti 4,486 undi. Siti Zailah memperolehi 19,344 undi, CAlon BN memperolehi 14,858 undi manakala calon Bebas hilang deposit memperolehi 330 undi.

13. Dr Mohd Hayati bin Othman menang di Pendang buat kali kedua apabila menewaskan Calon BN, Md Rozai bin Shafian dengan majoriti 4,073 undi. Dr Mohd Hayati memperolehi 27,311 undi manakala Md Rozai memperolehi 23,238 undi.

14. Dato Wan Abd Rahim Wan Abdullah, bekas Speaker DUN Kelantan berjaya di Kota Bharu, Kelantan menewaskan Calon BN, Datuk Mohamad Fatmi bin Che Salleh dengan majoriti 11,288 undi. Dato’ Wan Rahim memperolehi 32,129 undi manakala Datuk Fatmi memperolehi 20,841 undi.

15. Ir Khalid Abdul Samad menang di Shah Alam Selangor menewaskan calon BN yang juga bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Abdul Aziz Shamsuddindengan majoriti 9,314 undi. Khalid memperolehi 33,356 undi manaka Datul Abdul Aziz memperolehi 24,042 undi.

16. Taib Azamuddin Md Taib menang di Baling menewaskan Ketua Putera Umno, Abdul Azeez Abdul Rahim dengan majoriti 7,613 undi. Ustaz Taib memperolehi 36,074 undi manakala Abdul Azeez memperolehi 28,461 undi.

17. Dato Ibrahim Ali juga turut menang di Pasir Mas atas tiket PAS dengan majoriti 8,991 undi menewaskan calon BN, Ahmad Rosdi bin Mahmad. Dato Ibrahim memperolehi 28,673 undi manakala Ahmad Rosdi memperolehi 19,682 undi.

18. Dr Che Rosli Che Mat juga turut menang di Hulu Langat, Selangor menewaskan Calon BN, Markiman bin Kobiran dengan majoriti 1,745 undi. Dr Che Rosli memperolehi 36,124 undi manakala Markiman memperolehi 34,379 undi.

19. Muhammad bin Husin juga menang di Parlimen Pasir Puteh dengan menewaskan Calon BN Amran bin Mat Nor dengan kelebihan 3,968 undi. Muhamad Husin memperolehi 28,365 undi manakala calon BN memperolehi 24,397 undi.

20. Roslan bin Shaharum buat kali pertamanya berjaya di Bukit Gantang, Perak menewaskanBendahari Umno Malaysia (calon BN), Abdul Azim bin Mohd Zabidi dan calon Bebas Mohganan A/l P.manikam dengan majoriti 1,566 undi. Calon PAS, Roslan memperolehi 20,015 undi manakala Calon BN memperolehi 18,449 undi dan calon Bebas hilang deposit memperoleh 872 undi.

21. Ust Nasir Bin Zakaria menang di Padang Terap menewaskan calon BN, Ghazali bin Ibrahim dengan majoriti 369 undi. Calon PAS Nasir mendapat 15,003 undi manakala calon BN memperoleh 14,634 undi.

22. Mohd Firdaus bin Jaafar menang di Jerai Kedah menewaskan penyandang sebelum ini calon BN Datuk Badruddin bin Amiruldin dengan kelebihan 2,299 undi. Mohd Firdaus memperolehi 26,510 undi manakala Datuk badruddin memperolehi 24,211 undi.

23. Che Uda bin Che Nik menang di Sik, Kedah menewaskan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Othman bin Desa dengan kelebihan 481 undi. Calon PAS, Cikgu Che Uda memperoleh 16,864 undi manakala Calon BN memperoleh 16,383 undi.

Saturday, March 22, 2008

Pekung Umno Terbuka....

Nama Ahmad Said ADUN KIJAL tiba-tiba sahaja terkenal diseluruh Malaysia. Selama ini beliau bolehlah dianggap sebagai jaguh kampung yang sering bersabung di Dewan. Laporan dari media alternatif menyatakan bahawa beliau akan dilantik sebagai MB. Sekarang terjawablah siapa MB Terengganu setelah 2 minggu pilihanraya berlalu.Idris Jusoh MB yang menerajui kerajaan sebelum daripada ini tidak diperkenankan oleh sultan untuk jawatan itu pada penggal ini.

Saya difahamkan perlantikan beliau sebagai MB tidak direstui oleh pemimpin-pemimpin UMNO, biarpun diperkenankan oleh sultan. Bahkan Setiausaha Agung UMNO telah membuat kenyataan untuk mengambil tindakan dan akan menerima akibat sekiranya Ahmad menerima jawatan itu bahkan 22 orang ADUN dari BN akan memulaukan upacara majlis perlantikan itu. UMNO telah mengulangi sikapnya terhadap raja-raja, tentu kita masih ingat bagaimana UMNO bertindak membuang kuasa raja-raja dan pemimpin dari UMNO jugalah yang melantik Raja Ibrahim di Ketereh kelantan, sedangkan sultan Ismail Petra masih hidup hingga ke saat ini.

Saya bukanlah penyokong kepada Ahmad Said atau Idris Jusoh. tetapi apa yang hendak saya katakan bahawa siapa sahaja yang jadi MB diantara kedua-duanya ini adalah sama sahaja. Kerana kedua-duanya itu melawan islam, melakukan penyelewengan dan pembaziran terhadap rakyat. Bayangkan masjid kristal yang dibina di pulau Wan Man dianggarkan bernilai RM22 Juta untuk menampung 120 orang ahli qaryah. Manakala Mat Said pula tentu kita masih tidak lupa bagaimana beliau telah menggunakan Ahmad kamal Che hassan (Penolong pengurus besar PESAMA TIMBER CORP SDN. BHD ) untuk menjadi talibarutnya. Ahmad Kamal telah menggunakan sepenuh kuasa eksekutifnya untuk kepentingan politik Ahmad Said iaitu dengan menggunakan wang syarikat untuk menderma kepada orang ramai untuk kepentingan BN di kemaman.

Ibarat kata keluar mulut buaya masuk mulut harimau......

Wassalam........23032008428Am