Tuesday, July 6, 2010

SHAFEI APDAL.....LUDAH KELANGIT, TERKENA LUDAH SENDIRI


KULAIJAYA (Sinar Harian) – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyifatkan Pas sebagai parti ajaran sesat kerana menurutnya parti itu hanya memperjuangkan kemenangan kerusi dalam Dewan Undangan Negeri dan Parlimen berbanding kepentingan rakyat.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, sebahagian daripada ahli parti itu merupakan ahli UMNO yang gagal mendapat tempat di dalam UMNO dan menyertai Pas untuk mendapatkan kuasa.

“Pas adalah parti ajaran sesat, Pas adalah serpihan daripada ahli UMNO yang tidak mendapat tempat dalam parti.

“Sebab itu perjuangan mereka didorong oleh harta dan kuasa dan bukannya perjuangan untuk mempertahankan hak dan masyarakat Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan perasmian Majlis Perwakilan UMNO Bahagian Kulaijaya bertempat di Dewan Raya Kampung Pertanian, di sini, semalam.

Ulasan : Saya terbaca ucapan Dato' Shafei Afdal dan memang saya sering mengikuti ucapannya. Tahun lepas beliau telah merasmikan mesyuarat agung bahagian Rompin di Muadzam Shah,ucapannya sungguh mengarut dan saya telah pun menjawabnya dalam blog ini tahun lepas. Pada hari ini beliau sekali lagi mengambil peluang ketika merasmikan Mesyuarat agung bahagian Kulai Jaya dengan mengatakan bahawa PAS merupakan parti ajaran sesat dengan alasan bahawa PAS berjuang untuk kemenangan kerusi dalam dewan undangan negeri dan Parlimen.

Pertamanya Shafei kena tahu apakah makna sesat yang sebenarnya sebelum membuat kenyataan.Kalau tak tahu bertanyalah kepada ulamak muda dalam UMNO. Jangan sebarangan tuduh orang sesat.Allah SWT telah membuat satu definasi sesat yang sewajarnya seluruh manusia menjadikannya sebagai satu panduan hidup. Firman Allah SWT dalam quran :
وما كان لمؤمن ولا مؤمنة إذا قضى الله ورسوله أن يكون لهم الخيرة من أمرهم
ومن يعص الله ورسوله فقد ضلَّ ضللا مبينا
Bermaksud: “Dan tidaklah patut bagi orang lelaki dan perempuan yang berIman, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan / menentukan sesuatu ketetapan (tidak wajar) mereka memilih (pilihan lain) dalam urusan mereka. Dan sesiapa yang derhaka terhadap Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang nyata (jelas.)“ .(Al-ahzab 36)

Berdasarkan kepada ayat ini, bermakna Syafei Afdal telah meludah kelangit dan jatuh kembali keatasnya, apabila UMNO yang berkuasa sekelian lama masih lagi memerintah dengan undang-undang ciptaan manusia tanpa mengambil ketetapan dan ketentuan dari Allah SWT. Bermakna UMNOlah yang sesat.

Keduanya Syafei Afdal perlu ingat bahawa negara Malaysia adalah negara demokrasi,untuk memilih parti mana memerintah, ia perlu kepada pilihanraya.Oleh itu PAS sememangnya berjuang dalam sisitem pilihanraya untuk mendapatkan kerusi di DUN dan Parlimen untuk memerintah.Apabila ada kuasa, maka PAS boleh menjaga kepentingan rakyat. Mana ada orang yang masuk bertanding nak kalah.

Lihatlah apabila Pas memerintah Kelantan, kepentingan rakyat telah didahulukan seperti mengadakan skim takaful kifalah, ladang rakyat dan banyak lagi.Buktinya lagi sebelum ini , semasa UMNO memerintah Kelantan, Kelantan berada di tempat yang ketiga dalam statistik miskin tegar, tetapi selepas PAS memerintah statistik itu jatuh ke tempat yang keenam dengan 3,600 orang penduduk miskin tegar berbanding dengan Sabah yang berada ditempat yang pertama dengan jumlah 32,400 penduduk miskin tegar. Miskin-miskin rakyat Kelantan tidak ada lagi yang rakyatnya makan siput babi tapi di negeri Syafei Afdhal dah ada.

Inilah bukti dan beza apabila PAS dapat kuasa berbanding dengan UMNO dapat kuasa.

Apabila PAS memerintah, bukan sahaja orang melayu yang ditolong bahkan orang yang bukan melayu pun ditolong dan diberikan hak mereka seperti di Perak, Ds Nizar Jamaluddin telah mengagihkan juga tanah kepada kaum cina dan india selain dari orang melayu.

Tetapi UMNO, di Terengganu hanya penyokong dan ahli umno sahaja yang mendapat wang ehsan tidak kepada ahli dan penyokong PAS. Adakah ahli dan penyokong PAS bukan orang melayu?. Mana kata nak bela melayu ?. Ternyatalah bahawa mana-mana bahagian yang memanggil Syafei Afdal untuk merasmikan mesyuarat agung bermakna mereka bersedia untuk ditipu.

No comments: