Saturday, October 30, 2010

MAT NOR DERIS (BEKAS PENSYARAH AKADEMI ISLAM UM)MAKI TOKGURU MB..MEMALUKAN

Bekas pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya dan juga bekas calon BN Pengkalan Chepa, Nor Idris memaki hamun Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menziarahi rumah bekas Adun Galas, Haji Omar Mohamad.

image (GAMBAR: Mohd Nor Idris memaki rombongan MB Kelantan di rumah bekas Adun Galas), buruk akhlak ulama umno perkasa nih…

Kejadian yang mengejutkan itu berlaku ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz menziarah bekas wakil rakyat Dun Galas dari Semangat 46 di Kampung RPT Sungai Terah selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) Maahad Muhammadi Gua Musang.

Rombongan Menteri Besar yang turut disertai anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan pegawai-pegawai kanan Yayasan Islam Kelantan (Yik).

Sebaik sahaja Tuan Guru Nik Abdul Aziz tiba, Haji Omar yang berada di dalam rumah keluar menyambut mesra kehadiran Menteri Besar dan rombongannya.

perkasa1 pensyarah tahap pengikut bghehim ali (berketayap)

Ekoran itu Mohd Amar cuba menenangkan keadaan dan meminta Ustaz Nor bertenang, namun pada awalnya beliau enggan dan terus menegangkan urat lehernya.

Beliau yang memakai baju kameja biru tertera gambar 1Malaysia enggan mendengar nasihat anggota Exco terbabit sehingga menyebabkan anggota rombongan lain cuba menangkan keadaan.

imagebekas pensyarah ini pernah mengkafir kan umno, pegi jahannam lah.

Sebagai tetamu kita hendaklah menghormat tuan rumah. Kita sama-sama tetamu. Saya datang bukan hendak berbahas dengan sesiapa cuma hendak menziarahi tuan rumah,” kata Menteri Besar.

Ini lah tahap golongan agama UMNO, ilmu di letak kepala lutut, biar lah apa tahap nya, pensyarah ke hape ke kalau dah umno, mesti menunjukan sifat2 akhlak yang rosak dek kerana termakan benda dari sumber haram.

www.guanomanikurai.blogspot.com

6 comments:

HijabRockers said...

macam2 hal la... ya Allah selamatkanla ummah.

Cikgu Di said...

Memberi pandangan dan mendengar pandangan orang adalah natijah mencari kebenaran.Tidak semua yang ada pada kita itu baik dan bukan semua yang ada pada orang lain itu buruk.Jika kita tak mahu dimalukan, jangan pula kita memalukan orang lain. Kerana neraca keadilan bukan kita yang menentukan. Dunia politik yang berlandaskan nafsu dan saling mencari keaiban tidak akan berkesudahan sampai kiamat bila kita sudah menjejak kaki kedalamnya. Dan jangan berkata-kata seperti ahli sufi kalau jalan yang kita ikuti berlainan caranya....walahualam.

n.ajis said...

tokguru pun suka maki hamun orang.

ptui!! rasakan bila kena maki.

lain kali jangan maki orang kalau tak suka dimaki.

Anonymous said...

asalamualaikum saudara, saya mohon untuk copy article ini untuk di muatkan kedalam blog AMK BANDAR TUN RAZAK di www.keadilan124.blogspot.com

Unknown said...

salam......betul tu cikgu di....kalau kita tengok umno memang bawak islam yang seBENAR. saya suka tengok antaranya ISLAMIC FASHION FESTIVAL YANG DINAUNGI OLEH ISTERI PM ROSMAH MANSOR YANG MEMANG MEMBAWA FASHION ISLAM YANG SEBENAR. DAN SAYA RASA ELOK PAKAIAN INI DIPERAGAKAN DI DALAM MASJID PASAL IANYA MENEPATI HUKUM SYARAK. DENGAN DADA YANG TERBUKA DAN TERBELAH SANA SINI MEMANG MENGIKUT HUKUM SYARAK YANG SEBENAR. TAHNIAH UMNO KERANA MEMPERLIHATKAN IMEJ PAKAIAN ISLAM YANG SEBENAR. MOGA USAHA UMNO DIBERKATI OLEH ALLAH, MOGA JANGAN DILAKNAT OLEH ALLAH.

Ettyzaza said...

rosmah laungkan fesyen islam???rase nk tergelak..sdgkan diri rosmah tuh pn xbetol..pkai tudung leher jambol rmbot terkeluar..ape tuh???tadarus quran bulan ramadhan pon bley pkai cmtuh..xhormat quran..islam ape cmtu???buta la sape sokong BN..dah trg2..lg nk sokong..mmg buta semua penyokong BN...tuan guru bukan calang2 owg..jgn sebarngan nk mengata dy..dy lg bnyk ilmu agama..semge allah melindungi tuan guru...